Friday, December 26, 2008

Happy Birthday Abah....


gambar blur (yg penting zarif mesti ada..hehe)

Selamat hari lahir abah..abah dah 60 tahun pun..alhamdulillah masih dipanjangkan umur..walaupun 60 tapi masih nampak muda..hihihihi..yang penting setiap kali 26dis selepas tahun 2005 aku akan ingat bday abah bersama2 tragedi tsunami...ermm..by the way aku dah pun wish abah secara peribadi melalui sms tengah malam tadi..dan kebetulan pulak malam tadi abah leh masuk tdo pas kul 12 and kitaorang lak boleh tak tdo lagi..jadi kitaorang telah meletakkan hadiah kat ats katil abah..hehehe..tak lama pas tu aku dapat msg dari abah say tq..hehe..aku bagi abah hadiah simple jer..kasut jogging..pasal aku nak abah selalu sihat dan dijauhkan dari penyakit2 yang berbahaya..bila abah sihat, abah leh jaga mak sampai akhir hayat..AMIN..love u so much dad..

Macam siput..




Zara suka tido mcam gambar di tengah2 tu (mcam siput kan..).Actually doc pakar tak galakkan baby tido meniarap, dulu2 bolehla, tapi skang nie dia kata takut bby berhenti bernafas..but then zara pulak bila tdo meniarap nie dia leh lena dengan tenang dan lama sikit..tapi aku pantaulah..kadang2 aku tengok gak dia bernafas ke tak, takut lak tetiba tak bernafas kang, naya la pulak..tapi alhamdulillah semuanya ok..bila dia tak selesa aku terus tdo kan dia cara biasa...

Tuesday, December 23, 2008

Majlis Tahlil dan Akikah




Alhamdulillah majlis telah selamat dilangsungkan pada sabtu 20hb yang lepas..aku cuma buat majlis doa selamat, tahlil dan akikah..takder majlis cukur jambul..kebetulan zara pun dah dicukur rambutnya..gambar tak banyak diambil..nie je..lagipun malam tu zarif pun agak lasak gak..tak boleh duduk diam..asik main je ngan anak kak azah..plus sepupu2 dia (anak kak suzi) pun ada..tak reti diam..zara pulak bagus jer..family mentua aku datang, dia leh tido ngan senyap dan bersopan santun..hehehe..senang hati aku..yang penting majlis dah berlangsung dalam keadaan yang baik..alhamdulillah...

Wednesday, December 17, 2008

1 month..



Today zara is 1 month..jap jer..alhamdulillah setakat nie semuanya dalam keadaan sihat dan baik termasuklah aku yang masih lagi berpantang nie...2ohb nie buat majlis akikah untuk dia, alang2 cuti sekolah baik buat sekarang..after this dah takder masa lagi..ikutkan sebelum nie rancang nak buat masa besday zarif 31hb jan, tapi sharul suh buat cuti sekolah nie..memandangkan dia pun dah kena tukar sekolah pagi takut next year banyak kerja nak kena buat..aku tak kisah..yang penting harap majlis berjalan ngan lancar...i'allah.

-'topi merah tu nasya punyer..pinjam ye mai..heheh..'-

Friday, December 12, 2008

Zara kena cukur..











Semua adalah aksi2 Zara kena cukur sehinggalah selesai cukur..lega aku nengok dia dah kena cukur, kalau tak rambut dia lebat sangat and aku rasa dia pun sangat rimas..heheh..Shahrul dah timbang rambut Zara and guess what?? rambut Zara dinilaikan dengan harga emas semasa bernilai RM354.00, berat rambut zara 3.58gram. Harga emas semasa 1gram=99.00..Mahal giler..

Tuesday, December 02, 2008

Beza..




Alahai Zarif...



Ini adalah aksi2 zarif yang saja nak menyakitkan hati aku n sharul..tapi dalam sakit hati pun aku snap gak gambar..mana taknya masa nie sharul nak letak zara tapi time tu gak lah dia panjat n baring dalam katil..kalau badan kecik takperlah gak..sabar jelah..kat umah atuk nie bolehlah zarif nak manja2...balik pt raja nanti...siap...hehehe..apapun aku cuba bagi yang terbaik untuk zarif n zara..cumanya time zara nie kecik lagi aku terpaksa bertegas skit ngan zarif, yelah banyak aksi2 dia yang menakutkan aku..cuma aku je tak amik gambar atau record..orang dah ber'adik', mestilah jeles n saja nak tarik perhatian...

Monday, December 01, 2008

Dah bertambah..







Hari Jumaat lepas, nurse ada datang umah buat checkup lagi, and dia ada bawak timbang untuk timbang zara..pastu dia cakap zara dah 3.7 kg..aku pun terkejut..biar betul? lum sampai 2 minggu dah 3.7kg? padahal masa lahir cuma 2.9kg jer..tapi aku tak nafikan lah yang dia kuat menyusu plak lately nie..tapi yang bestnya nie conversation aku ngan nurse tu hari tu..
Nurse : Hari tuh lahir baper dik? (sambil menimbang zara-dia guna timbang kecik yang dicangkuk pada lampin zara..)
Aku : 2.9 kg, naper?
Nurse : Oh, nie dah 3.7 kg..
Aku : Ha? Ye ke? betul ke? takkanlah cepat je naik? ntah2 timbang tu rosak kot..(suka2 ati aku je cakap timbang dia rosak..haha)
Nurse : Betul dik..nie memang keja saya,..timbang nie tak rosak..lagipun kalau saya nengok pattern budak nie (zara) memang saiz 3.7 kg..lagipun saya dah biasa keja menimbang budak..
Aku : huhuhu (dalam hati jer..dia kecik ati ke aku cakap timbang tu rosak? yelah nak pertikaikan keja dia pulak kan..heheh)
Apapun, kalau betul lah zara dah bertambah berat alhamdulillah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...