Sunday, August 30, 2009

Cerita hujung minggu..

Bestnya wknd niee, dahlah cuti 3 hari....semua adik2 balik, terasa mcam raya pulak..ok today is 10 Ramadhan, if i'm not mistaken lah..so far semua berjalan seperti biasa..cuaca lak lately nie asik hujan sajer..tapi ok lah kan..boleh bersihkan segala kekotoran yang ada di muka bumi ini..:)

Cuma tak bestnya nie,. zara, my little girl tetiba lak leh demam..without any sign..no cough, no flu..suddenly...:( and then it's on and off..huhuhuh..ke kata orang tua2 budak nak cukup bulan mmg cam tuh, ke ada nak tumbuh gigi ke or etc...whatever..tapi sekarang nie musim2 sakit yang merbahaya nie aku kena beware..yelah buatnya aku buat2 bodoh atau buat2 tak kisah rupa2nya nanti kena sakit yang serius lak...(mintak2 dijauhkann..)..i'allah aku nak bawak dia g klinik nanti..2 months back nie serasa2nya mmg asik ke hospital dan klinik saja...aduhhh..tak larat weii..kalau diberi pilihan, hospital dan klinik tu adalah satu2 nya tempat yang aku nak elakkan pergi KECUALI untuk bersalin sahaja...:) tapi takperlah..kata orang sakit tu leh menghapus dosa kan..hehehe..

Lupa lak..hari nie kan 30hb so esok dah 31hb/8..Hari Kebangsaan yang ke-52..tahun nie mcam kureng sikit kemeriahannya..pasal dah puasa kan..tapi yang penting kita sebagai rakyat malaysia kena ingat asal usul kita dan jerit perih orang2 dulu nak memerdekan negara kita..bukan setakat letak bendera kat keta atau jerit 'Merdeka' sambil nengok konsert..:)
Kenangan hari kebangsaan nie aku cuma teringat masa form 1 and 2 aku ada buat performance kat Stadium Batu Pahat..best giler..ala2 mcam pom2 girls tu..hehehe..and form 4 lak, aku terlibat dengan perbarisan renjer puteri..rasa glamour sangat walaupun kulit masa tu dah hitam terbakar asik berjemur kat terik matahari..but it was fun...sapa yang pernah terlibat dengan semua aktiviti2 yang membabitkan hari kebangssan mmg akan rasa megah dan bangga yang amat..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...