Tuesday, January 19, 2010

Mencabarnya minda dan fizikal...

Semuanya bermula khamis lepas..Balik amik budak2 dari taska, semuanya ok..ptg tu abang balik lambat pasal dia ada aktiviti main bolasepak..so tak kisahla..aku uruskan budak2..tiba time aku nak masak, zara tiba2 muntah..isshhh..pelik lak..angin takder, ribut takder..yang aku tau dia cuma batuk n selsema je..tapi serius dia sangat ok sampailah time dia muntah tu..mmg cuak ler aku..
plus bukan tu jer..sampai ke malam, aku rasa dekat 6 kali dia muntah..adusss..naper nie..so dia da lepak..silap nye aku tak bawak g klinik or hospital..tu kesilapan aku..badan dia dah start panas, aku bagi ler ubat demam..esoknya jumaat aku terpaksa EL..mmg sian kat dia, but still dia lepak..aku terus bg ubat demam, selsema n batuk..petang n malam tu dia ok semula, boleh memain tapi nampak letihler..
Sabtu~zara leh berak2 lak n then najisnya cair..lerrr..aduhh..naper nie..time tu mmg cuak giler..tenaga dia dah banyak hilang nie...so decide nak bawak dia ke klinik..sampai kat klinik dia leh sihat lak, boleh jejalan but still mcam tired..
Isnin~aku cuti lagi..nengok lagi keadaan dia..berak still cair, dahlah ORS taknak minum, makan ubat mcam kena dera..mmg seksa betul kalau nak bagi zara makan ubat..tapi demi kebaikan dia, aku mmg paksa..have to lah, kalau tak mmg lambat baik...walaupun cuti aku mcam tak rehat..zara nak melekat jer kat aku..malam dia getting better..alhamdulillah..
TAPIIII...tengahari semalam, taska telefon bagitau zarif lak muntah2...haaaa? laaa..pagi tu elok2 je g sekolah.. 
huhuhuhu..serius mmg mencabar betul lahh..baik sorang, sakit pulak yang sorang lagi..amik zarif beberapa kali dia muntah dan berak cair gak..hisssshhhh..mmg dugaan tul hidup aku minggu nie...bertambah mencabar malam tu lak, for the first time sejak dia lahir, dia boleh terberak atas tilam dengan banyaknyaaa..dengan bau yangg.............(tak boleh nak describe..) 
Ok...sabar huda..sabar yea...alhamdulillah my hubby pun dengan ringan tulang menguruskan semua satu persatu dengan bantuan aku jugak..aku cuba kontrol keadaan, uruskan semua ikut akal fikiran, berfikir positif..tipulah kalau kata aku tak stress..but aku cuba hadapi dengan baik..this is part of life, ini adalah kehidupan orang yang dah ada anak..apa yang aku alami nie semua baru peringkat awal, anak2 baru nak membesar...so alhamdulillah, aku cuba menghadapi dengan sebaik mungkin..mmg mencabar sebenarnya, tapi aku anggap nie dugaan...dugaan untuk menghadapi keadaan2 yang lebih mencabar di masa akan datang...

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...