Friday, April 02, 2010

Sila amalkan untuk kebaikan..


Salam,

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulan suami isteri.. Memang tidak semestinya pasangan akan terus hidup harmoni sepanjang masa..Ada ketikanya suami isteri bergaduh kerana perbezaan pendapat.

Dalam islam, ada petua untuk meringankan beban suami atau isteri yang menghadapi masalah dengan pasangan masing-masing selain tidak tahan dengan karenah dan kedegilan anak.


Antaranya;


-Apabila mengesyaki suami tidak betah dan mula panas di rumah, bacalah surah Al-Imran ayat 200 setiap kali selepas sembahyang..


-Ketika menghadapi suami yang panas baran, isteri disyor rajin membaca surah Al-Anbia ayat 69..


-Suami isteri dalam keadaan tertekan dengan masalah, boleh letakkan tangan kanan ke dada sebelah kiri sambil membaca surat Alam Nasyrah sebanyak tiga kali..


-Bagi melembutkan hati anak dan isteri, si suami hendaklah membaca surah Asy-Syura ayat 19 selepas solat..


-Menghadapi anak yang degil pula baca surat Al-Ahkaf ayat 15 (juzuk 26)..


-Ahli keluarga liat sembahyang-baca lepas sembahyang surah Ibrahim ayat 40.


-Ayat untuk murah rezeki, baca surah at-Talaq ayat 2&3, dikenali juga ayat seribu dinar..

1 comment:

  1. sesungguhnya AlQuran itu adalah penawar segala penyakit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...