Salam,
Semalam budak gedebob ni tanya aku macam gini;
"ibu, kita nak belikan mak lela, ibu ros dengan cikgu baru (semua pengasuh dia) tu tudung boleh tak?"
Wah..kecik-kecik dah pandai nak bagi hadiah kat orang ke? (aku cakap dalam hati jer..)
"Kenapa nak bagi diaorang hadiah..ni diaorang ada suruh yip bagi ker?"
"eh, taklah..kita memang nak bagi lah..kita kan baik, kalau kita bagi kan dapat pahala.."
ohhh..wah bagusnya..dapat pahala tuh..siap cakap kat aku lagi, setiap sorang pengasuh tu nak tudungnya berbeza warna..amboi..amboi..
Cubalah cakap kat abah tu, yip nak bagi ibu hadiah tudung ke..huhu..nie bukan nak bagi aku tapi nak bagi semua pengasuh2 dia..bagus betul..untung sapa jadi pengasuh yip nie..hehehe..
Lepas tu, dia cakap lagi;
"cikgu ita (ex pengasuh dia) dah nak kawin..kita nak datang ngan nak bagi hadiah.." nengok hadiah lagi..bertuah betul kan sapa jaga yip nie..
"yip nak bagi hadiah per?"
"kita nak bagi dia hadiah baju.."
"ha? hadiah kawin baju? bagi lah hadiah lain..ada lak bagi baju.."
Nengok, imaginasi budak..tak agak2 nak bagi baju tuh..cubalah cakap kat abah, ibu pun mau baju jugak..sian kat ibu tau..hehe..
Moral of the story-budak2 kecik semua hatinya jujur, tulus, suci dan bersih..kalau kita boleh bentuk dia jadik molek, maka moleklah ia...i'allah...:)
AKU PON NAK JAGA ZARIF LAH MACAM NI
ReplyDeletehehehe...boleh saja..tapi kalau kau asik dengki dia je camana?..
ReplyDelete