Monday, February 28, 2011

Okler, aku letak balik...

Salam,

Kerana ada segelintir kawan-kawan mahupun sedara yang merungut tak boleh nak komen, maka aku pun letak kan kembali di blog ni..

Kalau ikutkan hati, memang takmo letak, pasal tau sapa ler yang nak komen sangat kan..tapi takper, aku letak kembali..kalau rasa ruangan komen tu suram, aku hide balik..senang je kan...

So, dipersilakan pada sesiapa yang nak komen, cepat komen..:)

Kena cuti

Salam,

Hari ni aku kena cuti kecemasan, sebabnya zara demam panas petang semalam secara tiba-tiba. Dah pergi klinik malam tadi, dan dah bagi makan ubat pun. 

 Gambar malam tadi lepas balik klinik
 
Budak kat sebelah yg macam takder masalah langsung dlm hidup

Memang risau zara ni, pasal dia punya demam memang akan tiba-tiba panas..Aku memang kena alert kan..pasal takut dia sawan ke apa ke..risau tu. Malam tadi kat klinik check suhu dia 39.4..panas kann..

Dan agak kejam sikit bila nak bagi zara makan ubat, aku akan takutkan dia dengan hantu limah (hantu kak limah la..)..Sangat tak patut tapi cara tu sangat berkesan untuk dia makan ubat plus kena cakap2 la ubat tu rasanya sedap macam aiskrim la, ada la psiko2 secara positif untuk bantu dia menelan ubat..huhu..

Dan, hakikatnya zara demam sebab berjangkit dari aku yang batuk tak baik-baik hampir sebulan lalu..ermm..

Malam tadi jugak ayah mentua aku kena warded pasal suspek sakit kencing manis dia la..dia kan tak pantang makan..TAPI info terkini dari mrhubby  petang ni, ayah mentua aku dah boleh discharge hari ni pasal dr kata ayah mentua aku hanyalah allergik makanan..hai..macam-macam hal la..pening kepala..

Saturday, February 26, 2011

Homemade Oreo Cheese Cake



Salam,

Pertama kali dalam hidup, juga pertama kali setelah berumahtangga, juga pertama kali setelah menjadi ibu pada 2 orang anak..pertama kali ye, baru buat kek..Ala..kek yang mudah je kot..budak sekolah menengah pun pandai..:) budak laki cam adik aku wan pun boleh buat kalau nengok resipi nih..

Abaikanlah rupa kek yang agak comot tuh..mula-mula memang cantik gile..tapi bila nak balikkan nak letak dalam pinggan besar, sekali yang lapisan bawah sekali tu takmo ikut la pulak..terlekat kat loyang..lawak giler..yang keluar kat pinggan besar yang lapisan atas je..So, mrhubby kata letak balik la kat loyang, tu yang rupa comot bagai..but still boleh dibanggakan oleh aku..

Ni baru first time okeh..baru amatur..tunggu aku buat kali kedua okeh..takpun tunggu je bday aku nanti bulan Mac, aku buat sendiri je..lagi senang..

Serius sedap..:) Bagi peminat cheese dan oreo, memang harus rasa kek ni..dan sebenarnya aku bukanlah peminat cheese dan oreo, tapi sebab nak buat kek ni, tetiba terjadik suka pulak..TAPI, tak boleh makan banyak2 la, nanti muak, almaklumlah cheese kan..

So, besok nak balik umah bp, harus ku bekalkan ini pada ibu dan ibu mentuaku..tunggu yea..

Aku ikut resipi dari sini. Yang penting belajar basic dulu, kata amatur kan..hehehe..

Oh, aku terigau-igau..bila la nak buat yang ini?

Salam,

Kebelakangan ni aku memang terigau-igaukan yang ini..sampai termasuk-masuk dalam mimpi aku..aku penah la buat triffle, tapi nak cuba resipi kak nani ni (mak hanis zalikha)..mencabar jiwa dan minda aku la..huhu..nampak lazat sangat tuh..:)

pinjam gambar dari blog kak nani eh..

Lepas tu aku pun punya rajin hari ni, surf internet, tak sangka terjumpa video kak nani ada masuk NONA tahun lepas bagi tunjuk ajar buat triffle ni..aku apa lagi la..terus download..wahhh..tak lama lagi ni, aku buat la triffle ni, confirm tak sama macam tangan kak nani kan, tapi aku harus cuba...


Ishh, tak sabar rasanya...

Terapi minda di hujung minggu

Salam,

Kemalasan untuk berblog..weee..

Hari ni aku memasak untuk terapi minda. Makan tengahari agak lewat, dah pukul 4.30 petang baru dapat makan kuetiau kungfu, ikut resipi Mat Gebu ni ha. Alhamdulillah, sedap..perasan sendiri. Tapi mrhubby bertambah dua tiga kali jugak. :) Confirm Mat Gebu punya lagi best kan, aku punya macam ala-ala je..

Lepas tu aku ada buat Oreo Cheese Cake..Ala resipi simple2 je..tak guna oven pun..simpan dalam fridge je. Waktu aku tulis entry ni, masih lagi dalam fridge..belum boleh keluarkan lagi. Kata kena tunggu 4 ke 5 jam kan, bagi keras betul..so nengoklah camana..kalau jadik alhamdulillah..harap2 la jadik ek..

Kalau jadik kek tu, aku upload gambar, kalau tak jadik, sekian jelah..hehe.

Ok, selamat berhujung minggu..

Malam, aku upload gambar la ye..sabarrr..

Friday, February 25, 2011

Dah celik


Salam,

Si hitam tu Hachi, dan si putih tu Chiko.. Dah buleh bukak mata, dah buleh jalan-jalan la pulak..lemah aku, jap lagi ada ler merayap bawah keta ke dok kat tayar la..

Dan pagi ni dah buat hal, g berak depan pintu..waaa..bencii..ada kena buang lagi kan nantiii....huhu..TAPI kesian kann? memang kesian..takperlah ada 3 orang tukang jaga kat umah ni kecuali aku...Ada sapa berkenan?

Kalau sapa berkenan, nak anak kucing ni, aku bagi pakej, amik 2 anak ni dapat mak nya sekali..:) sebab diaorang masih menyusu lagi..Nak tak? Free je....

Thursday, February 24, 2011

Begitukah Cinta


Salam,

Memula aku tak nengok citer ni, almaklumlah citer ditayangkan dari pukul 7 mlm sampai pukul 8 kan..dah tentu2 waktu maghrib kan, kadang aku tutup tv lagi..alangkan citer tiramisu pun aku tak nengok..TAPI, baru dua hari lepas, entah kenapa aku tertengok lak citer ni, itupun on off..

Semalam dan hari ni aku nengok lagi..tapi on off la kan..macam best pulak..tau2 je diaorang dah kawin..tapi macam aku dapat info dari blog lain, citer ni ala-ala Ibu Mertuaku..Kira si lelaki tu anak orang kaya sanggup kawin ngan perempuan tu dan sanggup hidup susah..Aku memang suka citer-citer yang cinta2 ni..Pelakon dia pun oklah, si Nazim Othman tu pun hensem kan..:) kira berselera la aku nak nengok tv..Ainul Aishah pun ok la..

Ala, kalau korang tak nengok citer ni, ataupun terlepas episod2 sebelum ni, nengok je kat TONTON..




Lagu sungai lui-aizat antara lagu yang melatari cerita ni...what a wonderful song..

Susu oh susu


Salam,

Susu Dutch Lady ni yang saiz besar punya, aku beli kat kedai Babyshop kat Parit Raja - RM21.90 (ni pek baru tau..Kalau pek lama harganya RM21.50)

Bila aku nengok kat pasaraya lain, masih di Parit Raja jugak, harga susu ni saiz yang sama harganya up sikit dari RM21.90 ke RM21.99, penambahan 0.09 sen..senang kata 10 sen la kan..ermm..

Aku tak taulah nak kata murah ke mahal kan, tapi zaman ni semua pun mahal belaka..dahla zara ni kuat minum susu..susu saiz besar ni mau tahan seminggu lebih ke dua minggu la..nasib jugak zarif dah tak minum susu lagi..huhu.

Wednesday, February 23, 2011

Rehat sekejap

Salam,

Tetiba rasa macam "eh, kerja ofis dah habis ke?" wahh..tetiba boleh pulak berehat2 bagai ni..sambil menyaksikan hujan turun dengan lebatnya..
Serasanya macam takder peluang nak ke pasar malam ni..makan nasi putih, lauk kicap dengan telur jelah jawabnya (favourite zarif..)

*Mengharapkan keajaiban berlaku tapi rasanya sangat mustahil*

RAHSIA BULAN KELAHIRAN KAMI


MAC

- Berpesonaliti menarik dan menawan
- Mudah didampingi 
- Sangat pemalu dan pemendam rasa 
- Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati 
- Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
- Suka pada kedamaian 
- Sangat peka pada orang lain 
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain 
- Tidak cepat marah dan sangat amanah 
- Tahu membalas dan mengenang budi
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam 
- Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal 
- Suka berangan-angan 
- Suka melancong 
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi 
- Kelam kabut dalam memilih pasangan 
- Suka dengan hiasan rumahtangga 
- Punya bakat seni dalam bidang muzik 
- Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik 
- Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

OKTOBER 

- Suka berbual 
- Suka orang yang sayang padanya 
- Suka ambil jalan tengah 
- Sangat menawan & sopan santun 
- Kecantikan luar & dalam 
- Tidak pandai berbohong & berpura-pura 
- Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan 
- Sentiasa berkawan 
- Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama 
- Cepat marah 
- Macam pentingkan diri sendiri 
- Tidak menolong orang kecuali diminta 
- Suka melihat dari perspektifnya sendiri 
- Tidak suka terima pandangan orang lain 
- Emosi yang mudah terusik 
- Suka berangan & pandai bercakap 
- Emosi yang kelam kabut 
- Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) 
- Suka melancong, bidang sastera & seni 
- Pengasih, penyayang & lemah lembut 
- Romantik dalam percintaan 
- Mudah terusik hati & cemburu 
- Ambil berat tentang orang lain 
- Suka kegiatan luar 
- Orang yang adil 
- Boros & mudah dipengaruhi persekitaran 
- Mudah patah semangat

Salam,

Inilah rahsia bulan kelahiran kami. Kalau korang nak tau rahsia bulan kelahiran korang, google sendiri eh, berlambak ada kat intenet tu..aku amik part aku ngan mrhubby je. Rahsia bulan kelahiran ni adalah hasil kajian Dato' Dr Hj Mohd. Fadzilah Kamsah. Jadi bila dah kata kajian tu, maksudnya boleh dikatakan hampir tepat la..dan kalau nak percaya tak salah pun..


Yang bulan Mac yang aku kalerkan purple tu maksudnya adalah 'SANGAT AKU' - memang betullah tu aku, yang lain-lain tu betul jugak tapi yang ungu lebih tepat lagi..yang kaler merah pulak kurang tepat..mana ada bakat seni, bakat membeli majalah hiburan dan hafal nama artis or lagu, betul la..Main gitar, ke piano apatahlagi menyanyi takder langsung...


Yang bulan Oktober punya tu, mrhubby punya eh, yang kaler purple tu maksudnya 'SANGAT MRHUBBY' - itulah dia hakikatnya yang aku kenal.. Yang kaler merah tu, adalah bukan dia..macam "eh, suka berbual? pandai bercakap? suka berangan? cepat marah?" Memang bukan dia la..yang lain-lain tu betul jugak sama je ngan aku..

Confirm Dira Abu Zahar dan Zizan Pengacara Melodi

Salam,

Start bulan April nanti, Zizan dan Dira Abu Zahar akan gantikan Fara dan Wahid dalam rancangan Melodi..Hopefully diaorang boleh buat..Aku memang suka Dira, especially suara dia, ala-ala serak gitu..Zizan tak yah cakaplah kan...so wish both of you the best!

gambar ihsan google

Tuesday, February 22, 2011

Soalan zarif lagi

Salam,

Zarif tanya " Ibu, syurga tu bawah tapak kaki ibu eh?"

Aku angguk.
"Habis tu, bawah tapak kaki kita ni neraka ke?"

Sila jawab wahai ibu bijak bistari..Ha, amik ko..soalan bernas dari seorang anak..

Sekali lagi, otak aku ligat mencari jawapan..Aku cuba menjawab sebaik mungkin walaupun kurang ilmu tapi sebaiknya aku harap dia faham apa yang aku maksudkan.

Lagi satu, dia dah hafal ayat seribu dinar..kata sekolah agama kan, haruslah hafal..Yang tak bestnya, aku tak hafal pun..malu okeh..siap cakap, "ibu tak tau ker? nak kita ajar tak?"

Dahh..aku nak g hafal ayat seribu dinar ni..

Jaga dan sayangi dia

Salam,

Selamat pagi dan harap hari ni akan akan memberi kebahagiaan kepada semua..:)

On the way nak ke ofis tadi, aku terdengar kat berita radio Hotfm yang Jimmy Shanley akan ke mahkamah syariah untuk memfailkan nusyuz terhadap isterinya..Oh, confirmlah kot rumahtangga dia ada problem kan..Sayang kalau bercerai, pasal belanja perkahwinan diaorang dah tentu mahal, gah pulak tu..(tetiba sangat kepochi pagi2 ni).
Tapi masalah diaorang kita tak tau kan..cuma kalau boleh janganlah bercerai. Mudah sungguh orang yang kawin sekarang ni, dah keluar belanja mahal-mahal, ada masalah sikit je cerai..

Pada pendapat aku la, once dah bercinta,kita dah suka, kita kena accept kekurangan dan kelebihan pasangan kita..Time bercinta memang best, tapi bila dah kawin, seriously true color masing-masing akan keluar..Masa tulah tiba-tiba terasa "eh, cam ni ke dia?" "oh, tak sangkalah dia cam gini.." Tapi kita dah kawin kan, samaada suka ke tak suka dengan perangai pasangan kita, kena accept la, pasal dah janji nak setia ke akhir hayat dan nak sehidup semati kan..

Tapi terus terang kata, 5 tahun pertama perkahwinan adalah ujian, so terimalah seadanya. Berfikir dengan bijaksana menyelesaikan segala masalah. Aku pun belum cecah 10 tahun lagi, tapi aku cuba jaga sebaik mungkin pasal aku nak hidup lama dengan mrhubby. Banyak lagi impian yang belum tercapai. Kesimpulannya, jagalah dan sayangilah pasangan kita. :)

Monday, February 21, 2011

Eh, betul kan itu awak? Saya tak silap eh..

Salam,

Sebenarnya petang tadi, dengan secara tak sengajanya aku termasuk web ini..So saja-sajalah nengok stores dia yang ada kat satu malaysia ni..tup..tup, bila nengok yang kat Batu Pahat punya, rasa sedikit terkejut..

Serasa-rasa macam kenal empunya diri yang sedang berdiri ala-ala poyo di kiosk kat Carrefour Batu Pahat, Johor ...Bila masa la gamaknya diambil gambar ini ya..Sila klik di SINI. ( Kena select Country : Malaysia, State : Johor, City : Batu Pahat) - Nak copy dan save gambar macam tak boleh atau aku yang tak reti sebenarnya..huhu..

So, dengan sukacitanya aku pun nak bagi SURPRISEEEE!! kat mrhubby..hehehe..Walaupun hanya bahagian belakang saja, dan tanpa muka, tetap glamer ok..

"Eh, ni betul kan abang?"
"Betul kan?"
"Saya tak silap orang kan?"
"Awak rasa terkejut tak?"....:)

*Sebenarnya kan ada hati macam nak buat business ni..cam menarik je kan, dengan kiosk yang colourful..haii, kalaulah ada duit yang banyakkk...*


*****

Mrhubby : Macamana awak confirm itu saya eh?
Aku : Dah tentulah suami sendiri kot, semua gaya dari depan, belakang, kiri kanan saya boleh kenal la...
Mrhubby : Nasib baik saya tak keluar dengan perempuan lain ke kan..kalau tak kantoi..
Aku : Tau takper..

Putih itu suci dan bersih

Salam,

Tetiba aku rasa macam gatal dan nak bersanding lagi, aku nak pakai baju kaler putih..entah kenapa lately ni aku rasa sapa yang pakai kaler putih nampak cantik sangat..dan selebriti yang aku rasa nampak fresh dan lawa sangat pakai kaler putih (baju pengantin) adalah Nana..Ala, nana yang dj radio tu kan..


Ni putih ke silver ke tapi kalau sekali pandang nampak cam kaler putih..tapi serius gojes..simple dan menawan..Tapi tu selebriti kan..

Sabtu lepas mak n abah pegi kenduri kawin sepupu aku ni..buat sebelah laki pulak..sekali lagi aku suka..mungkin sepupu aku tu dan memang comel dan cantik, ditambah dengan bajunya yang lawa., kaler putih dan ada bias2 kaler purple..aku memang suka..:)

Kalaulah mrhubby tak keja sabtu tu, confirm aku dah g jb time ni..

 mak dan abah bersama pengantin

 pengantin cun..

 nice..

"Sayang, jom kita sanding lagi nak?"

*Eh, nanti aku nak pakai baju pengantin lagi sekali la, diapit oleh si debob dan si kenit itu..mesti cun kan..*

Penah makan? Cucur jawa @ Cucur Topi?

Salam,

Pagi ni kawan aku tanya, "penah makan cucur jawa tak?"

"Ha? cucur jawa? apa tuh? tak penah dengar pun..."

"Cuba kau google, cari cucur jawa.."

Dan hasilnya..

gambar hasil google

Memula nengok gambar ni, ingatkan karipap bulat yang tak jadik, tu pasal dia leper je kan..rupanya tidak la..memang cucur jawa.

Kata kawan aku, cucur jawa ni senang didapati kat Melaka dan Negeri Sembilan (kalau salah tolong betulkan..). Ok, aku belum penah buat lagi, maklumlah baru first time dengar kan..so aku nak share resipi dari kawan aku..Tapi kalau korang google resipi ni, confirm banyak je yang keluar.

CUCUR JAWA

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan air sejuk
garam secukup rasa

Blend semua bahan-bahan kat atas ni sampai licin dan berbuih. Lepas tu perap 8 jam. Pastikan minyak dalam kuali panas, dan dah boleh untuk digoreng. 

*Kata member aku, nak goreng adunan yang dah blend tu kena letak dalam senduk (dalam minyak yang panas) lepas tu goyang-goyangkan sampai adunan tu terkeluar dari senduk tu..Lepas tu bila dah bertukar kaler kecoklatan dah boleh la angkat*

Ok..paham tak? harap paham la kan..macam senang je buat nya ni, lepas ni boleh la cuba...


Kena tonton

Salam,

Just nak bagitau, pukul 10 malam tadi ada biografi Sudirman Haji Arshad..Aku yang memang tak boleh terlepas cerita Trilogi Cinta kat tv1 setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa akhirnya terpaksa akur dengan rancangan biografi tu..Very interesting..

Tiba-tiba kan, aku terasa sangat kehilangan arwah Sudirman bila nengok biografi tu..Terutama bila menyentuh bab arwah buat Konsert free kat Chow Kit. Punyalah ramai manusia yang datang. Konsert free eh..Ada ke artis zaman sekarang nak buat konsert free macam arwah buat? Takde kan..mana ada..Sekarang semua pun duit, duit dan duit saja...

So, pada yang terlepas nengok boleh rujuk entry aku yang lepas, baca sini.

Dah, cuma nak bagitau itu je..:)

Sedondon di hari minggu

 Sedondon & Cun (Perasan sendiri)

 Apa yang dimenungkan tu dik?

Sedondon ke Bp Mall
Salam,

Semalam kitaorang bersiap2 pasal ada sambutan Majlis Maulud Nabi..ala, ada makan-makanlah..cam tak biasa...so perlulah bergaya sopan kan..Semestinya kain cotton adalah kain yang sangat sesuai untuk ke majlis-majlis cam gini..Sangat selesa..:)

Seronok pulak ada anak perempuan kan, dan seronok jugak berpakaian sedondon..tiba-tiba rasa macam nak beli kain cotton banyak2 dan buat sedondon dengan zara..rasa hebat! :)

Terima kasih pada yang memasak pada majlis maulud tu..Confirm sedap, nasi minyak (eh, nasi minyak ke beriani-masih tak tau nak bezakan..), ada ayam masak merah yang memang sedap la.., kambing masak beriani kot, dan kuah dalca..semua pun sedap..dan aku dengan bangganya tambah 3 kali tanpa rasa malu..Kali ni makcik (Mak-e) aku ada sekali, temankan aku makan-makan...

Habis majlis maulud tu, terus temankan Mak-e ke Bp Mall, pegi kedai Nokia nak betulkan handphone dia..Dan, alhamdulillah, phone dia dah ok.....:) (Boleh rujuk gambar ketiga tu ye..)

So, itu la saja aktiviti aku semalam termasuklah membasuh sendiri kain baju yang tak boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh (ala, jenis-jenis kain batik dan dry cleaning seadanya la..), huuhh sangat penat..

Sunday, February 20, 2011

Bila kepenatan dan kelaparan melampau..


Salam,

Ha, ni lah padahnya bila rasa kekenyangan dan kepenatan yang melampau..hehe..

Gambar ni aku snap waktu on the way balik dari umah mentua aku kat batu pahat ke parit raja..Si abang tu memang langsung tak tido petang..cam gitulah rupanya..

Zara kangkang tak ingat....huhu.

Friday, February 18, 2011

KRU Forever...

Salam,

Pagi ni terdengar lagu Mengerti-KRU kat radio Hotfm (ada sesi ngan KRU ke kat Hotfm tadi?) ..dan tetiba teringat la kenangan dulu-dulu..ingat aku sorang je, rupanya member aku kat fb pun layan gak..huhu..sama je..ni semua waktu-waktu kitaorang sekolah menengah dulu..gila fanatik kat KRU..

So, tiba-tiba nak mengimbau kembali kenangan dengan KRU...Aku 'list'kan antara video lagu-lagu KRU kegemaran aku...(sebenarnya ada lagi, tapi ni antaranya la..)

MENGERTI

DI DALAM DILEMA

SALAH SIAPA

NEGATIF

OHH LA LA

ANEH

Oh lupa nak cakap..aku memang ada kenangan sendiri dengan KRU..waktu form 2, aku penah call KRU kat radio johor..kalau tak silap tahun 1993 la, waktu tu KRU nak buat konsert 'REKRUED'. Peminat fanatik la katakan..bila dah dapat cakap dengan norman dan edry (tapi tak cakap dengan yusry sebab yusry pendiam), happy giler, senyum sampai ke telinga bila dapat call diaorang.

Miss all the moments..pasal tu nama blog ni SWEET MOMENTS...

Thursday, February 17, 2011

Cerita Nasi Tomato

Salam,

Sesambil masak tadi aku pun teringatlah momen-momen selepas berkahwin dengan mrhubby..So, macam biasa, aku pun tanyalah soalan kat dia ala-ala macam rancangan Serasi Bersama tuh...

Me : Makanan pertama yang saya masak untuk abang lepas kahwin?

Mrhubby : Ayam masak sambal

Me : Eh, awak ingat eh? ( serius, aku memang tak ingat okeh..)

Mrhubby : Ingatla..awak je yang tak ingat..

Me : Sedap ke saya masak?

Mrhubby : Mestilah sedap.. (cheh, iyer2 je..ayat bodek tuh..)

Ok..soalan lain pulak (masih berkisar tentang makanan lagi)

Me : Masakan yang saya buat tapi tak jadik? (serius, yang ni mmg aku ingat okeh..)

Mrhubby : Nasi tomato..

Sebenarnya kan..bukan sekali tak jadik tapi dah 2 ke 3 kali tak jadik..sejak tu agak fobia nak masak nasi tomato takut membazir..

Mrhubby : Masa dulu nasi tomato tu lah favourite saya..especially bila mak saya masak dulu2..tapi bila awak masak tak jadik je, dah tak jadik favourite lagi...

Me : Alamak..(tiba-tiba rasa sayu lak....)

Semangat mana ntah tiba-tiba datang..dan aku rasa patut cuba lagi sekali masak nasi tomato..huhu..kesian pulak kat mrhubby kan...

Me : SAYA SAHUT CABARAN AWAK..(ehh, tetiba pulak kann..bila masa dia cabar aku ntah..hehe)

Nanti eh...bagi aku timba ilmu dengan Mat Gebu ke, dengan Kak Ummi mahupun Chef Hanieliza.
Kalau nak lagi senang, biarlah aku belajar dengan mak aku dulu (walaupun dah beberapa kali belajar tapi still 'fail'..)


Semoga Tuhan permudahkan urusan aku nak masak nasi tomato ni...

Bila nak masaknya??  Err..Minggu depan kot....kalau ada kudrat la...hihi..

Apa nak cerita?

Salam,

Alamak, tiba-tiba hari ni takder idea pulak nak tulis entry..cuma menyelesaikan kerja-kerja yang sepatutnya dihabiskan..inipun bukan nak cerita apa pun..cumanya tangan ni gatal sangat nak menaip..kata secretary kan..Bak kata Ben Ashaari, kalau takder idea, kita relax dulu k..jangan paksa diri.

Dahlah suara takde, lepas tu bila jawab telefon hari ni dah rasa cam kelakar pulak..ditambah dengan orang-orang yang menyindir lagi..sabar jelah, nak buat camanakan..kata rockers..:)
Walaupun suara takder, tapi kerja tetap dilunaskan..

Oklah..kita sambung malam nanti k..itupun kalau aku ada idea..kesian kat mereka-mereka yang masuk blog ni, nengok sama je takder citer pun (ada ke?)..aku lebih suka citer hal family la..lagi best letak gambar anak kat blog ni dari letak gambar orang lain..ye tak?

Ok-ok...nak kemas-kemas dokumen, dah bersepah sangat ni..

Tata..

Oh tidakkk...dah hilang dahh..

Salam,

Oh bencii......dah hilang dahh....
Sedih..huhu
Pagi ni boleh tetiba hilang pulak suara...

Semalam adalah suara lagi...Pagi ni hilang terus la..Jumpa bos pun segan. Makanya aku akan jadi pekerja yang baik dan diam hari ni..

Eh, macamana nak jawab telefon eh? huhu..

*Aku tak mc sebab rasa tak perlu kot, suara je takde, tapi kaki tangan semua boleh gerak dan boleh buat kerja..rugi kalau mc kan..walaupun bos kata kesian, tapi ok lagi ni...*

Wednesday, February 16, 2011

Biografi Sudirman Arshad


Salam,

Jangan lupa saksikan rancangan Biografi Sudirman Arshad seperti butiran berikut; (eh, apasal aku cam skema jer??)

History Chanel (Astro 555)

Februari
20/2/2011 = 10.00 malam
22/2/2011 = 11.00 malam
23/2/2011 = 9.00   malam

Mac
01/3/2011 = 9.00 malam
11/3/2011 = 11.00 malam
13/3/2011 = 7.00  malam


Sapa yang minat arwah Datuk Sudirman Arshad ni better jangan lepaskan peluang nengok rancangan biografi ni..Aku memang minat sangat nengok biografi-biografi orang ni tak kiralah artis ke, orang kenamaan ke atau sesapa je lah...Boleh tau sejarah dan asal usul hidup diaorang kan, macam biografi P.Ramlee yang penah ditayangkan sebelum ni..

So, don't miss ok...

Bila dengan abah cam gitu, bila dengan ibu cam gini..

Salam,

Tetiba nak buat review gambar...kenapa eh kalau zara bergambar dengan ayah dia, boleh je fokus nengok kamera lepas tu mata bulat je..



TAPIiiii kan, kenapa kalau dengan aku, dia macam gini;


ni dia tak tido eh..dia saja je ni..

Zara memang susah sangat nak fokus..ada lagi gambar dia ngan aku yang sokmo memain je..agaknya mood dia tak baik kot..huhu..sabar jelah nak oiii..

Dalam Diamku (CTKD)




Salam,

Oh...entry yang ini aku ada cakap pasal aku minat lagu TANPAMU tu gara-gara citer TRILOGI CINTA..Tapi yang sebenarnya lagu ni...lagu DALAM DIAMKU...
Paduan suara Datuk Siti dengan Krisdayanti memang best...:)
 
Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa

Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

*Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi

**Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Chorus
Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini

Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Daku terus mencari...
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Ulang *, ** dan chorus

Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah... lepaskanlah...

Ulang chorus

Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi


Bila kena sound



Salam,

Semalam kan aku tinggal 3 orang je dengan kids..Seronok pulak rasanya..Macam-macam aku bualkan dengan diaorang terutama Zarif la..Aku cerita dengan dia pasal Nabi Muhammad S.A.W. Cerita pun benda yang aku tau la..Banyak dah lupa la..Kena ulangkaji balik ni..

Ntah apa agaknya aku psiko2 dengan cerita2 kat dia, tetiba dia boleh cakap, "Ibu, tetiba kita rasa macam sedih dan nak nangis la..kita rasa macam nak baca Qur'an pulak.."

Eh..tetiba pulak..aku confuse..hehe..tak lama lepas tu dia bawak keluar kitab Iqra' yang mak belikan..dan dia tunjuk kat aku huruf 'ba' kat atas tu...(nengok gambar atas ye)

Zarif : Ibu tau tak nak bunyikan macamana?


Me : "buu.." (macam ada style sikit kot aku sebut)


TAPI....Zarif boleh sound aku...


Zarif : Kenapa nak sebut cam gitu? macam nak nyanyi jer?


Me : Abis, sebutnya macamana?


Zarif : Sebut je "bu..", cikgu kita kata muncungkan sikit mulut tu..


Waaaa...aku kena sound dengan anak sendiri kot....so aku ikut je arahan dia ye..:)
 


sori gambar blur..huhu


Lagi satu perkataan kat atas ni..dia tanya aku lagi..

Zarif : Ibu tau tak nak bunyikan ni macamana? ni dia ada huruf macam "ya" tapi takder titik kat bawah..

Me : "qu-ri-a"

Zarif : ha..nasib baik tau...

Amboi anak..mu ingat ibu mu ni tak pandai ker? sabar jelah..

Apapun sangat enjoy belajar dengan anak..aku tak marah pun kalau zarif tegur aku...sweet sangat..:)

Tuesday, February 15, 2011

Bersalin takla teruk macam tuh..

Salam,

Orait..petang tadi terbukak la chanel citra, ada cerita Lagenda Budak Setan yang filem tu kan..so ada satu scene tu, kira dah nak abis la..scene yang si ayu tu nak bersalin before dia mati..

Aku rasa kan, kalau orang-orang ni nak buat shooting baik nengok dulu cara orang bersalin kat hospital..bukan apa..cara dia meneran tu sangat menakutkan..Menakutkan tu mungkin pada perempuan-perempuan yang tengah mengandung dan nak bersalin buat kali pertama..

Aku first time nak bersalin pun memang takut..lagila ingat terer ke teran, nak teran bersalin pun kena ada skill ok..tu pasal yang kaya boleh g kelas pra-bersalin..yang tak mampu cam aku, redah ajelah..

sumber: google image

Pengalaman pertama nak bersalinkan zarif, memang tak terer, aku pun nak jerit jugak..tapi nurse2 kat situ termasuk mak aku cakap, jangan jerit..kita kan orang islam..kena rasa segan..yang jerit2 tu bukan orang islam..so bila nak teran je, mak aku terus sumbat mulut aku ngan towel  okeh...so takderlah dengar suara aku..

Sama gak masa zara..pun gitu gak..aku gigit towel gak kot..bagi kontrol suara tak kuar..segan seeyhhh..dan aku penah dengar ada orang bersalin takder jerit2 pun, setakat suara cam keluh kesah gitu, dah keluar pun baby nya...see..

Memang pengalaman setiap orang berbeza..ada yang senang dan ada yang susah..cuma aku tekankan di sini adalah part jerit2 tu je..janganlah keterlaluan sangat..kalau aku ni pun belum ada anak, bila nengok orang berlakon terjerit2 nak bersalin normal, serius aku pun takut..

Orang-orang yang buat drama or filem ni kena peka sikit dengan sensitiviti orang kita okeh..nak2 lagi orang-orang kita mudah terpengaruh dengan apa yang dipaparkan kat tv...


Finally..

Salam,

Ok, aku sambung sikit lagi ni..pasal guna kamera hp je..jadi seadanya jelah gambar..






Ok dah..tu je..hihi..selamat dah makcik pakcik aku terima sekaligus 2 menantu, laki n pompuan..lega dah buat sementara ni..tapi aku memang suka part pelamin nie la..besar tuh..pastu yang cute tu ada cahaya lampu laser..dan time pengantin datang, kat pelamin kot, ada bubbles....cun la...so happy for u guys..

Oh yea, aku tak dapat amik gambar ngan pengantin kerna dah balik awal..huhu..terpaksa la..bebudak dah meragam..kalau tak, nak jugak aku tunggu kan, tapi aku pun dah cam serabai..so takperla..takder rezeki..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...