Friday, January 04, 2008

Ho!!Ho!!Ho!!Jingle bell..Jingle bell..jingle all the way....

Zarif with mak uda (rai)

Zarif with pakcik wan

Zarif with mak usu (yana)




Thursday, January 03, 2008

Happy Birthday Abah....

kek abah yang mak order

seperti biasa zarif interframe..

Happy Birthday to u..happy birthday to u..happy birthday to abah...happy birthday to u...26 Disember 2007 - selamat hari lahir abah yang ke-59 tahun..mcam tak percaya je abah dah 59 tahun..dah nak 60 tahun pun..tapi tak mcam orang 60 tahun pun..maklumlah abah nie banyak exercise..jadi badan pun sihat..tak macam aku nie yang memang pemalas nak exercise...heheh. as usual besday abah nie...nengoklah si zarif tu..interframe yang tak sudah..heheh.kek yang mak tempah dari makcik jaminah nie memang sedap pasal ada walnut semua..sedap..abah pun puji pasal sedap..yelah selalu beli kek secret recipe atau season..nie lain dari yang lain..mak pun buat roti jala jugak..sedap..apa pun wish my father semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Selamat Hari Raya Aidiladha

handsomenya...

zarif with his cousin

like father like son

sedapnya makan kek...


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...hari raya nie jatuh pada 20 Disember 2007 bersamaan ngan birthday rai dan birthday abang ipar aku...huhu.memang meriah sangat..actually malam raya tu aku tak balik mana2 umah pun. aku stay je kat parit raja pasal aku bgtau suami nak try masak sendiri untuk hari raya haji..aku masak nasi jagung pasal aku tau ramai yang buat ketupat..jadi aku nak kelainan..aku masak ayam masak merah dan rendang daging cili api..bolehlah tahan sedap..hihi.jadi pepagi lagi kul 7 tu kitaorang dah bertolak balik ke bandar ke umah mak aku dulu untuk bfast..pas makan dan pas sembahyang raya baru bertolak ke umah mentua aku..kat umah mentua dah ada family abang ipar..banyak gak makanan. best tul makan..dan makan..kat taman koperasi ada 7 ekor lembu nak dikorbankan..kira banyak gak tu..by the time lembu nak dikorbankan hujan turun..memula slow tapi pastu lebat jugak..before that si zarif menangis2 nak ikut tok bah dia g nengok lembu..suka dia.heheh..pastu kitaorang celebrate besday abang ojan..makan kek aiskrim..bestnya..laju je kek tu abis maklumlah anak sedara ramai..petang dalam kul 2 lebih kitaorng g umah orang kawin..kata mak mentua umah atuk sedara..dah disuruh pergi..pergi ajelah walaupun kitaorang tak dapat undangan. tapi ats dasar sedara pergilah..biasalah mentua aku..umah orang kawin tu kat bagan..keadaan masa tu hujan lebat..tapi sianlah majlis kawin tu..bukan apa, dahla masa tu raya haji and then masa tu memang tengah hujan, orang pun tak ramai..yang tak best khemah lelaki ppuan berasingan.hmm.apa2 ajelah..jalan becak kat kawasan kampung pulak tu..jalan tanah merah becak2..nasib aku pakai kasut buruk je..yang lain2 pakai heel da susah pasal jalan memang lecak. tapi nak wat mcamana kan..kita bukan boleh jangka cuaca..semuanya kuasa Tuhan...




Happy Birthday Mak Uda..


Bulan Disember nie memang bulan party..actually dalam bulan 12 nie memang banyak sangat occasion..banyak celebration..20 Dis nie besday rai pulak...kek nie ditaja oleh my mom, wan, yana and me..yana yang order kat secret recipe..nie besday rai yang ke 23 tahun..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...as usual nengoklah si zarif..bila time nak potong kek mesti dia ada untuk interframe..heheh..anak la anak...makcik2 ngan pakcik dia memang suka layan dia mcam nie..bila dia asik mcam nie je takut orang confuse plak birthday sapa pulak..sebb setiap besday orang dia ada..hihih.

Happy Birthday Pakcik Wan n Mak su....





Actually birthday yana n wan nie bulan 11..yana 12/11 and wan 15/11..memang kebiasaannya dari kecik sampai lah nie yana and wan nie akan sambut besday sesama..kalau nak buat asing2 rugi je..hihih.tu yang yana tak suka..heheh. disebbkan bulan 11 masing2 kat ipta jadinya bila diaorang balik bercuti baru leh celebrate..as usual bila besday sesapa pun..si botak tu akan menyelit untuk potong kek..kek tu mak yang belikan untuk wan n yana..aku yang belikan kat season summit..apa nama kek nie aku dah lupa pulak..tapi bolehlah.. janji sedap..yang pasti si zarif akan interframe tak kiralah besday sapa pun...memang suka potong kek...hihih..hopefully yana and wan akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa.....


Zarif's creativity..


nie adalah lukisan zarif yang pertama iaitu hantu...hihihihi..takutnya....bolehla..walaupun kalau aku nengok sekali lalu je mcam budak pakai tudung..but i know he can draw...ke mana turunnya kuah kalau bukan ke nasi...zarif pun bakal mengikut jejak abah dia as the art teacher..lagipun adik beradik aku semua memang berseni termasuk ayah aku..jadi tak mustahil zarif pun akan terer lukis tak macam aku nie yang memang tak berbakat langsung..nak buat kucing pun belum tentu jadik..hehehe..hopefully that my son will be a good person...AMIN.

Tuesday, January 01, 2008

Sukaneka semasa Mesyuarat SKT PKU di Melaka


zarif posing bersama pelampung kataknya...

aksi dr. zul semasa memasukkan gelung ke dalam botol








Nie adalah antara suasana semasa sukaneka berlangsung semasa Mesyuarat SKT PKU di Everly Resort Hotel, Melaka. Mesyuarat tu berlangsung dari 30 Nov - 2 Dis 2007. Suami dan anak aku pastilah ikut sekali..itu yang best. zarif dah tentu hepi pasal dia boleh swimming kat kolam. Masa sukaneka nie berlangsung berlakunya tragedi yang paling aku tak suka tapi dah terjadi pun. bebudak seusia zarif pun ada games iaitu baling bola di antara ibu dan anak. zarif baling bola dah betul tapi bila aku tak dapat tangkap, aku pun tunduk nak amik bola tetiba dia boleh peluk aku dari belakang sambil nangis jadi aku pun boleh jatuh terduduk dan SAKITTT yang amat sangat..memula aku ingat biasa je, tapi aku rasa terseliuh yang amat sangat..yang menyebabkan aku terpaksa jalan terhincut2 dan kena bandage..dan memaksa ketua aku terpaksa bagi mc sehari selepas balik dari melaka..tak pernah aku sakit mcam nie..inilah pertama kali..terasa benar sakitnya..diaorang cakap mungkin aku berdiri di kawasan permukaan pantai yang tak rata..tu bila jatuh tu terseliuh..berhari2 gak lah..menyebabkan aku pun kena sembahyang duduk...but now keadaan dah pulih..dah normal dah..dah boleh berlari pun..heheh..apapun masa sukaneka tu walaupun zarif tak berjaya tapi still dia dapat hadiah..dapat hadiah pelampung katak...hehehe.













Very hardworking this little boy....

zarif and his tok tip

sukanya dia...

very bz d hujung minggu


actually dah lama aku tak update blog nie..baru berkesempatan nie. memang kebelakangan ni sangat sibuk..nie pun ada banyak gambar nak masukkan dalam blog nie. gambar kat atas nie antara aktiviti zarif d hujung minggu di rumah tok tip. masa ni sebenarnya adik aku wan tu ada tapi dia tdo lagi. yang beria2 si zarif yang nak menolong padahal ada banyak nyamuk kat luar tu..harap2 sikap rajin dia ni berterusan sampai ke besar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...