Showing posts with label RAYA. Show all posts
Showing posts with label RAYA. Show all posts

Monday, October 20, 2008

Open house sana sini..

Dalam keadaan aku yang sarat begini (35 minggu) hari ini, aku masih lagi mampu membuat kerja2, alhamdulillah..and masih lagi mampu untuk pergi ke rumah2 terbuka..makan dan makan saja..mulanya aku pun pk nak buat open house gak ujung minggu nie tapi bila berbincang2 semula ngan suami dan mak aku, nampaknya hasrat tu tak kesampaian bila memikirkan tahap kesihatan aku..kebetulan Pusat Kesihatan tempat aku kerja nie nak buat open house gak, so sapa2 yang tak bukak umah tu akan contribute duit sikitlah untuk majlis tu nanti..kira oklah kan..aku kalau boleh nak masak sendiri tapi kena nengoklah diri sendiri kan..eheheh.untuk minggu nie saja ada banyak rumah dan mjlis yang perlu aku hadiri..so apa lagi makan2 lah yea...tapi kena control diri....

Raya Bahagian ii-Kuala Lumpur

Mak abah mentuaku potong kek anniversary

Aku dan biras2ku..

Anak2 mak dan abah

Menantu2 mak dan abah

Cucu2 lelaki

Cucu2 perempuan

Tahun nie abang suhaimi tak dapat balik kampung beraya, jadi kami semua berkumpul di rumah abang suhaimi untuk celebrate 50th wedding anniversary mak dan abah..so rutin seperti biasa kami semua ke Kuala Lumpur untuk beraya..actually aku taknak g kl dalam keadaan sarat mcmni..tapi untuk suami dan juga sebb nak celebrate anniversary abah dan mak, maka aku pun g lah gak..so far ok..bila dah jadik rutin, yang tak ok pun jadik ok jer..hehe..tapi aku suka gak lah pasal dapat jumpa biras2 aku tu..biasalah kalau dah jumpa..perempuan kan..suami aku dah paham sangat dahh..hehehe..zarif pulak kalau dah jumpa sepupu2 dia memang hilang akal..main tak ingat dunia..tapi tak kisahlah..bukan selalu jumpa pun...yang penting majlis berjalan lancar..dan paling penting bila misi hari raya nak berjumpa sanak saudara tercapai walaupun mak mentua aku masih lagi tak puas beraya di KL..nak buat camana kan..






Raya Bahagian i..







 
Nie antara gambar2 masa raya pertama..alhamdulillah dapat beraya ngan meriah kali nie terutama di samping keluarga tercinta..mai takder masa first raya pasal tahun nie giliran dia beraya ngan mentua kat Negeri Sembilan..Mujurlah aku nie duduk setaman je ngan mentua..jadi nak beraya kat mana dulu tak jadi hal..malam raya tdo umah mentua, pagi2 balik umah mak makan dulu, pas sembahyang raya, mintak2 maaf dan bergambar2 baru g semula umah mentua untuk makan2..pas dah makan2 baru balik kampung abah kat kesang..best...kalau sebelah mentua sedara2 banyak kat kl..sebab tu every year kitaorang kena g kl..tu dah jadi mcam rutin..apapun aku lebih rela umah mak dan mentua dekat2 jer..tak yah jauh2..aku teringat first time aku beraya kat umah mentua and masa tu family aku semua balik kesang..aduh..bila dengar takbir aku punyelah sedih menangis mcam apa pulak..so aku lebih rela berdekatan dari berjauhan..lagipun aku takyah gaduh2 ngan suami..nak balik memana pun takder hal..




Thursday, January 03, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

handsomenya...

zarif with his cousin

like father like son

sedapnya makan kek...


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...hari raya nie jatuh pada 20 Disember 2007 bersamaan ngan birthday rai dan birthday abang ipar aku...huhu.memang meriah sangat..actually malam raya tu aku tak balik mana2 umah pun. aku stay je kat parit raja pasal aku bgtau suami nak try masak sendiri untuk hari raya haji..aku masak nasi jagung pasal aku tau ramai yang buat ketupat..jadi aku nak kelainan..aku masak ayam masak merah dan rendang daging cili api..bolehlah tahan sedap..hihi.jadi pepagi lagi kul 7 tu kitaorang dah bertolak balik ke bandar ke umah mak aku dulu untuk bfast..pas makan dan pas sembahyang raya baru bertolak ke umah mentua aku..kat umah mentua dah ada family abang ipar..banyak gak makanan. best tul makan..dan makan..kat taman koperasi ada 7 ekor lembu nak dikorbankan..kira banyak gak tu..by the time lembu nak dikorbankan hujan turun..memula slow tapi pastu lebat jugak..before that si zarif menangis2 nak ikut tok bah dia g nengok lembu..suka dia.heheh..pastu kitaorang celebrate besday abang ojan..makan kek aiskrim..bestnya..laju je kek tu abis maklumlah anak sedara ramai..petang dalam kul 2 lebih kitaorng g umah orang kawin..kata mak mentua umah atuk sedara..dah disuruh pergi..pergi ajelah walaupun kitaorang tak dapat undangan. tapi ats dasar sedara pergilah..biasalah mentua aku..umah orang kawin tu kat bagan..keadaan masa tu hujan lebat..tapi sianlah majlis kawin tu..bukan apa, dahla masa tu raya haji and then masa tu memang tengah hujan, orang pun tak ramai..yang tak best khemah lelaki ppuan berasingan.hmm.apa2 ajelah..jalan becak kat kawasan kampung pulak tu..jalan tanah merah becak2..nasib aku pakai kasut buruk je..yang lain2 pakai heel da susah pasal jalan memang lecak. tapi nak wat mcamana kan..kita bukan boleh jangka cuaca..semuanya kuasa Tuhan...




Wednesday, November 07, 2007

Berhari raya di Kuala Lumpur

Posing kat luar umah makcik Anis




Nasya yang comel..

last friday aku n family ikut meneman mak n abah g beraya kat kl. btolak pas isyak and on the way kenalah berenti kat tanjung agas seketika pasal zarif batuk n termuntah..agak banyak jugak sampai baju aku pun terkena..nasib tak kena kat keta..sian gak kat dia..dahla baju tdo dia tak banyak..after that, kitaorang teruskan perjalanan ke rumah mai..sampai sana kat pukul 12.15..kira cepat gaklah pada aku..nasib abah ada leh berciter2 and jadik peneman abang..sampai dah tengah malam, apa lagi terus 'landing' lah..tapi malam tu tak boleh tido sangat memandangkan zarif batuk yang berterusan..sian zarif..kalau lah batuk tu leh pindah kat ibu..kan bagus..
sok pagi lebih kurang kul 11 dah bertolak ke umah makcik anis...rai pun ikut sekali.(pasal tunggu dia sampai umah mai, kitaorang kuar lewat )dahlah sabtu tentu2lah jam kan..lebih kurang 12 tgh sampai umah makcik anis..memang besar n cantik..ada duit..semua pun boleh beli..dah rezeki dia..yang takbestnya..zarif pun bawak cara kampung dia yang sangat jakun berlari keliling rumah..elok2 pakai baju raya..dah muntah..jadi gambar dia semua pakai baju biasa aje pasal dia muntah lagi..nasib muntah kat luar rumah..kul 3 ptg g umah busu noi pulak..dah duduk sini asiklah membelek tupperware aje..banyak giler tupperware busu noi..aku pun dah terbeli 1 je botol air yang hrgnya 12.8..tu pun kira menahan nafsu..heheh.
petang tu mai g selayang ngan rai dia nak amik candy kat umah kawan dia, so aku offer untuk jaga nasya sampai balik umah..heheh..bestnya..masih terasa2 lagi nasya tdo kat riba aku..terasa macam nak anak lagi jer..zarif pun apalagi..nampak nasya kat riba aku terus duduk menghimpit aku n dua2 pun tertdo sampai lah umah mai..dahlah on the way ke umah mai dari shah alam tu hujan sepanjang masa..zarif plak pasal dah makan ubat batuk dia terus tdo tak sedar diri dari petang tu sampai lah ke pagi sok..pas magrib tu aku n abang g jusco balakong jap pasal nak belikan baju tdo zarif yang dah abis..
sok paginya balik awal coz banyak tempat nak singgah..pas kuar dari umah mai singgah beraya kat umah pak uda kat serdang..dari kul 10 sampailah tenghari..kul 1.30 singgah kat umah makcik noli kat batu berendam melaka...and then kul 3.30 singgah kat umah kak suria pulak..last but not least singgah umah atuk kat kesang...sampai bp betul2 kul 7 malam..aku tdo je umah mak malam tu pasal dah tak larat nak balik pt.raja.......

Monday, November 05, 2007

Nostalgia raya 2007

Raya tahun nie raya yang paling meriah lah aku rasa. Tahun nie semua pun berkumpul kat umah mak.mcam aku yang rumah mentua dekat nie memang takder masalah apa pun..senang. kalau nak gaduh pun, bukan gaduh nak raya umah sapa dulu tapi selalu gaduh nak raya umah sedara-mara, pasalnya sedara mara kitaorang nie ramai..

Tahun nie tema kami sekeluarga lebih kurang purple and pink.mcam aku pun tetiba nak kaler pink..tapi nak kata pink ke peach ke tak kisahlah..janji ada tona warna..hehehe.
rutin hari raya setiap tahun semestinya sama..bangun pagi, prepare untuk sarapan ketupat dan lauk2 lain. bfast sesama dan after that yang lelaki dah siap2 untuk sembahyang raya..yang ppuannya semua kena kemas2 dan siap2kan diri termasuk untuk anak2..(mana yang ada anak lah).


Lepas semua dah siap tunggu kaum lelaki balik dan bersiap sedia untuk proses meminta maaf..after that adalah sesi bergambar pulak..dah 2 tahun kami asik bergambar di depan rumah dekat pokok2 abah yang hijau2 tuh..heheh.nampak gambar cantik pulak.ehehe.selepas session bergambar tuh..kami semua bergerak ke studio untuk sesi bergambar lagi..tapi kali nie gambar studio lah pulak..last year takder gambar studio pasal ahli keluarga tak bertambah..but this year since nasya ada so kita pun bergambar kat studio..bukan gambar family jer...aku n family pun amik gak..rasa bestlah pulak ada gambar studio sendiri..mahal pun mahal lah janji berbaloi..janji puas...

Pas dah bergambar kat studio, aku pun terus ke umah mentua..untuk beraya2 ngan diaorang pulak.yelah adik beradik ipar aku semua pun balik n beraya kat sini tahun nie..meriahlah sikit..taklah sunyi mentua aku..rutin biasa tentulah ke minyak beku..petang tu aku pun bukak umah untuk diaorang beraya..taklah masak pun..raya pertama dapur tak berasap..aku tempah sate je 250 cucuk..buat cocktail sket..ngan goreng popia otak2..alhamdulillah..semua pun makan..kira better dari kejadian tahun lepas...heheheh. i'allah tahun depan aku akan buat yang lebih baik..kesimpulannya raya tahun nie boleh lah dikatakan meriah SIKIT meskipun BONUS takder..kalau ada bonus mungkin MERIAH SANGAT..hehehe..

Hari Raya 2007

Gambar family aku di hari raya yang mulia

Gambar Raya 2007





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...