Ntah apa-apalah si zarif ni simpan kat beg..
Apa benda la kad pokemon bagai ni semua?
Salam,
Malam tadi entah kenapa aku tergerak hati nak check beg sekolah zarif, biasanya check hari-hari, tapi kebelakangan ni agak penat sikit..so tak check la beg dia..Tapi malam tadi, hati ni tergerak untuk bongkar beg dia..
Hasilnyaa...sila nengok gambar di atas.
Waktu aku check tu zarif nya dah tido..Aduhai anak laki sorang ni, ntah apa la dia buat harta dalam beg tu kan..ada kayu apa ntah (kutip kat mana la tu?), ada kad pokemon la, adoii, ni pegi sekolah agama ke pegi funfair? Pencil box pun sampai patah..tu aku tak snap gambar berus gigi dan ubat gigi yang dah bocor tersimpan dalam plastik..alahaii anak la anak..Dia memang kena bawak berus gigi dan ubat gigi pasal dia sekolah dari pagi sampai petang (tengahari kena mandi dan salin baju).
Cuba kongsi sikit, budak laki memang cam gini ke? Zarif ni baru sekolah tadika, baru 6 tahun..belum lagi sekolah rendah..macamana ni? Jenuh la kalau asik cam gini je...huhu..
*Ibu yang baik hati ni dah kemaskinikan beg sekolah zarif, dah cantik dan kemas lagi..entah berapa lama la boleh bertahan..*
No comments:
Post a Comment