Salam,
Memula nak cakap tahniah pada pasukan bolasepak Malaysia..Seri tanpa jaringan malam tadi dan pasukan Malaysia menang dengan aggregat 2-0..Tapi takder siaran kat tv kan? Takder kan..lagipun aku tertido awal la malam tadi, penattt..
Ok, by the way aku nak tunjuk ni..
Akhirnyaa, aku berjaya buat oreo cheese cake lagi..hoyey! Tapi ni kecik je..cheese mana boleh makan tebal-tebal dan besar-besar kan..nanti muak, betul tak?
Ok, di atas adalah perbezaan di antara oreo cheese cake secret recipe dan yang aku punya. Yang tebal besar tu of course la SR punya kan..yang kecik cimonet tu aku punya la..hehe..Ketara benar bezanya..Tapi kan jujurnya aku suka aku punya cream cheese..Yang SR punya rasa cam masam-masam tak masuk tekak la..sedap lagi aku punya..:) (kena puji diri sendiri okeh)..
Dah..dah..aku amatur je..sekali lagi, ni kek simpan dalam fridge je, senang..Nak tau resipi? Aku tiru sini..korang pun boleh try k.
Ok, aku ada mesyuarat pagi ni, confirm lama..adoii..
No comments:
Post a Comment