Tuesday, November 30, 2010

Anggun - Berganti Hati




Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga
Reff:
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi

Dan berganti hati
Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda
Back to Reff:
Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati
Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti…

*Ok..nie semua penangan cerita asmara okeh..bak kata member aku, final citer asmara tadi - "kalau dah jodoh tak ke mana..." *

Kena bagi tazkirah ni..

IMAG0164

Salam,

Entah kenapa lately ni zarif cepat sangat tersentap..kuat merajuk lagi mengalahkan si zara..cengeng benor! Lepas tu perangai dia pun makin menguji kesabaran aku ni..kalau takat cakap lembut2 tu memang tak jalanlah..terpaksa jugak aku keraskan suara, memekik tak kira waktu..bukan suka2 tapi dia memang mencabar aku..

Lagilah kalau balik umah atuk dia, adoi..boleh sakit jiwa dan raga rasanya..Kadang-kadang terfikir cam taknak balik je bp lagi pasal dia asyik buat perangai mengada2..hari tu dia buat perangai, sorang pun tak layan dia..Menangis2 la depan kitaorang semua ni, tapi semua pun buat selamba je..Lepas tu dia boleh cakap ‘Kenapa la semua orang buat bodo je kita menangis nie?’

Pagi ni dia buat perangai lagi..mrhubby nak hantar dia n zara pergi taska..dah nak sampai dah taska ni, dia boleh mintak belikan breakfast pulak..dah tentu2 mrhubby tak sempat pasal nak berkejar ke sekolah kan, nak jaga SPM..so mrhubby cakaplah bebaik kat dia..then bila mrhubby suruh dia salam, budak bertuah ni boleh buat muka ngan terus je menonong keluar dari keta cam gitu je..amboiii..merajuk la tuh..

Ni aku takder di lokasi pasal aku dah sampai opis..mrhubby yang citer kat aku..gerammmnya bila aku dapat tau..dahlah dia buat perangai tu depan pengasuh dia..memang kenalah dia jap lagi ngan aku..bagi tazkirah sikit kat dia ni..Budak zaman sekarang ek suka-suki je buat perangai depan mak bapak cam gitu..aku dulu tak berani kalau kena marah ngan abah..

Geramnya aku………..tapi jadik ibu ni kena sabarlah bebanyakkk….(sighhhh….)

Main-main di taman

Salam,

Ni antara gambar-gambar masa bawak zarif, zara n nasya kat padang bp..and i’m still using WLW..masih lagi jakun..What is WLW? Windows Live Writer..Ok..layan…:)

Sederhana aje..

gambar artis di parti eh

Salam,

Entah kenapa aku rasa memang aku minat Lisa Surihani ni..ikutkan hati nak je aku letak gambar artis lain yang bergaya masa parti Eh ni kan, tapi tak sampai hati pulak nak membezakan dengan Lisa Surihani yang sopan dan cantik jugak pandai ni..Cubalah artis2 yang ada ni ikut cam gini..bukan tak boleh bergaya, boleh je..Lagi sederhana lagi manis rupa dipandang ngan lagi molek…

Kata orang less is better..betul kan…? Tak payahlah nak pakai seksi-seksi sana sini, lepas tu ketat2 pulak..adoii..mata yang nengok pun sakit tambah pulak dosa pasal dah mengata…huhu..

Gambar diambil dari : beautifulnara.com

Tak tau..

Salam,

Lambat update hari ni..ni aku update masih lagi menggunakan windows live writer..memang best la..

Aku ni baru je balik dari dewan meraikan kengkawan yang dapat anugerah cemerlang..yehoo…:) Ok, nak citer apa ek? Tak tau nak citer apa sekarang ni..masih lagi nak meng ‘explore’ WLW ni..huhu..jakun eh, jakun..

Oklah, dah ada isu nanti aku update lagi yea..tata.

Monday, November 29, 2010

Apalah nak jadi ni..

Salam,

Entah apalah nak jadik dengan masalah politik negara sekarang ni..kalau tanya aku apa yang berlaku sekarang jujurnya aku rasa keadaan agak kelam kabut..
Disebabkan itu, aku malaslah nak amik tau..lagipun aku bukan orang politik..takat tau gitu-gitu je..lepas tu takmo komen apa2..diam-diam sudah kan...

Esok, ada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...yeay! Aku suka bukan sebab aku dapat anugerah pun..aku suka pasal ada kengkawan aku dapat anugerah tu..lagi aku suka pasal takyah buat kerja pagi esok..huhu..mari kita bersama-sama meraikan kengkawan yang bakal naik pentas..TAHNIAH SEMUA!

Aku? takper..belum masa lagi..tak kisah pun..kita buat je kerja macam biasa, kalau ada rezeki adalah kan..buatper nak jeles2 ye tak?

Ni testing lagi nie..

Salam,

Ok..sekarang aku try update entry menggunakan windows live writer..huhu..sangat menarik dan mengujakan macam En. Ben Ashaari suruh buat tu kan..Mana tau lepas ni aku boleh update dengan begitu pantas..hihi.

Ok.aku nak try letak gambar ni..betul ke senang..jap eh..kata En. Ben just copy and paste je..

IMAG0199

Ok..aku kagum dengan diri sendiri..*sila tepuk tangan* yeay!!

Jatuh cinta


Salam,

Gambar apakah yang aku nak tunjukkan sebenarnya?...huhu


Oh..gambar moto besar rupanya..haah..semalam on the way nak pegi umah orang kawin, banyak pulak moto-moto besar ni potong keta kitaorang..wah..cair dengar bunyi enjin diaorang..sakit jiwa..lepas tu berdesup laju tinggalkan keta semua..

Waa..aku memang tak boleh tengoklah orang bawak moto-moto besar ni..cair hati..memula jangan nengok muka diaorang, of course la tak nampak kan pasal diaorang pakai helmet fullface..
Nengok moto dulu, pastu nengok tayar beso tu, pastu tengok gaya diaorang, nak2 lagi kalau yang tunggang moto tu stok badan besar2 ala cam fahrin ahmad kan..kena lak kalau pakai jaket kulit...wah..tu belum nengok muka lagi dah jatuh cinta..hehe..gatal..

Kena pulak kalau berenti kat traffic light, tiba2 dia bukak sikit helmet fullface tu pastu, dia senyum ke..(eh, boleh nampak ke dia senyum ek?) tipu..

Oklah,katakan tiba2 yang bawak moto beso ni berenti makan kat mana2 ke, lepas tu aku pun ada sekali, lepas tu salah sorang tu bukak helmet dia, "Alamak, remy ishak ke?" Satu lagi bukak helmet jugak "Fahrin Ahmad ke?"
Dua-dua senyum kat aku....Aku pengsan.............
Ok..apa yang aku merapik nie? Over dan tipu semata..kalau berangan memang boleh bagi kat aku..:)

Sunday, November 28, 2010

Eco Bottle Spring Tupperware



Amboi..haus sungguh nie..takpe, guna Eco Bottle Spring..:)

 

Salam,

Memula nengok gambar dulu..Ok ni semalam bawak kids dan nasya pergi main2 bola kat padang, bagi keluar peluh..Nengoklah zarif sakan dia, haus sangat sampai berapa kali teguk minum air..

Ha, zarif ni kalau nak suruh bawak bekal air masak memang payah..tak ingin dia nak bawak kalau tak iye-iye, lagi suka nak beli air manis je..So disebabkan Eco Bottle Spring yang cantik dan menarik, barulah dia nak bawak ke padang..

Kalau korang pun susah nak minum air masak dan malas nak bawak botol air, harap lepas ni tak lagi la..:)


Eco Bottle Spring (4) 500 ml keluaran TUPPERWARE
1. Eco Cherry & Eco Lemon (2)
2. Eco Lime & Eco Orange (2)

Saiz botol ni 500 ml - sama dengan saiz botol mineral water yang kecik tu..

Harganya?
Kalau beli 1 set (4) = RM 64.80
Kalau beli 2 set (8) = RM 129.60
Kalau tak nak beli semua, tapi nak 1 je boleh tak? Boleh je harganya RM16.20

Jangan risau aku bagi DISKAUN...
Kalau beli 2 set Eco Bottle Spring ni PERCUMA 1 botol lagi kaler Eco Berry (Purple)

Nak beli? Taknak beli? Sebenarnya rugi kalau tak beli..Seisi rumah boleh guna okeh...senang nak pegang dan sangat comel...:)


So, apa lagi? Kalau berminat boleh oder kat aku;
Email : zarakiddies@yahoo.com
Sms : 016-7931644


UPDATE;

Sekiranya berminat dengan produk TUPPERWARE
sila ke 



Tiba-tiba terasa "eh, usahawan ke aku?"

Salam,

Dah sarapan ke? huhu..dah tengahari dah oii...oklah..aku belum mandi lagi ni..konon2 nak pergi kenduri kawin awal, tapi kalau dah mengadap laptop lepas tu mrhubby pun dok sibuk dengan kerja sekolah tak sudah2 makanya lepas zohor la bergerak ke umah member..
Mungkin anak2 terpaksa kutinggalkan..si zara dah berlayar dahh..zarif pulak takmo ikut..ha, suka hatila..mai pun dah selamat balik dah pukul 10.30 tadi.

Ok..kan dah cakap semalam kan..hari yang malas..hoho..bukan apa..sebenarnya aku semalam macam bz sikit..sikit je..pasal terasa diri macam dah jadik bos besar..hehe.
Oklah, cam gini..semalam aku g kedai tupperware..ehem..ehem..Yup, terus terang jelah kan..aku memang agen tupperware..yahoo!
So, I take the oder semalam konon2 nak buat promosi di ofis hari esok, uhuk2 malangnya tak sempat dong..habis sudahh semuanya..:)
Jutaan terima kasih pada yang membelinya walaupun pada kaum kerabatku saja..Ha, oklah kan..memang pun memula target aku pada ahli keluarga dan kerabat2 sedara..Ha, jap lagi ke esok ke aku luaskan target aku ke seluruh malaysia! Takper, angan kena besar baru boleh berjaya...:)

Aku memang nak berjaya, nak carik side income so kenalah usaha kan..Nak tunggu dapat duit dari blog, hmm tak tau bilelah kan..trafik tinggi jauh sekali..yang setia baca pun dah kira baik dah...

So, perasaan yang best semalam bila membeli barangan di tupperware walaupun kurang dari 20 item tapi cukup membanggakan aku..:) silalah doakan aku berjaya dan silalah beri sokongan ye....:)

*Feeling usahawan memang best..agak2 boleh tak beli Murano?* haha.

Janji update

Salam,

Selamat pagi..:) 

Kira awal jugak aku update hari ni..kang jadik cam semalam, malas tahap gaban pulak..hari pun sebenarnya sama jugak tapi kesian sapa yang masuk sini tapi takder apa-apa..eh, tapi sebenarnya pun memang takder apa-apa pun kan...

Ok, layan mata jap nengok zara nie;





Sebenarnya si wan adik laki aku tuh bagi budak2 ni dadu apa ntah ada tulisan cina, ala saja buat2 main..sampai si zarif siap tanya pada tok tip dia "tok tip, apa maksud tulisan cina kat dadu ni?"
Hehehe...Tapi maaf lah tok tip dan seisi rumah pun tak tau..

Dan of course budak2 ni lebih tertarik pada binatang ni..nengoklah si zara tuh..ala2 panda la kan..sebenarnya kan bukan budak2 je tertarik, aku pun sama je..Tapi mintak maaflah ni wan yang punya..:)

Ok..nanti aku update lagi apakah yang berlaku semalam yang konon2nya malas bagi aku tuh..tata, nak buat bfast jap nie..

Saturday, November 27, 2010

Weekend yang malas

Salam,

Oh..weekend yang sangat malas..camana ni?


Harap semua enjoy weekend ni seperti aku jua..hehe..

Aku update entry dari android phone, really hope boleh publish..tolonglahh...

Friday, November 26, 2010

Itu kerja kau, ini kerja aku..

Salam,

Kadang-kadang kan, nak jugak cuba cara macam ni;
"Hei..tu kerja kau laa..aku tak buat kerja kau.., yang ni je kerja aku..faham tak? kalau tak faham gak, bukak fail meja..dalam tu ada skop kerja aku..boleh??"

Kadang-kadang rasa nak menangis, macam tak cukup tangan buat itu ini..padahal bukan bos pun..huhu..pasal aku tak buat kerja aku semata, tapi buat kerja orang lain..

TAPI, masalahnya aku ni baik..bukan setakat baik je, baik hati sangat (memang sengaja puji diri sendiri), tak mampu nak cakap TIDAK..so sila padan muka diri sendiri..

Sekali lagi, ingat kerja setiausaha ni senang ke?? Jujurnya sekarang aku rasa macam dah tak organize dah..rasa cam hampes sangat..patut jadik secretary kenalah well organize tapi keadaan semuanya kelam kabut..dua bos tuh jaga, nak2 lagi kena pulak time hectic yang semuanya nak urgent..menyampah tau..meja pun dah serabut, belum lagi kes filing..

Memang patut buat kerja yang utama, tapi semua pun penting dan perlu didulukan, camana tuh..tak boleh nak fikir..

TAPI kan, dalam tekanan pun, aku selalu ajar diri..it's ok..don't push it too hard..takut jugak kalau aku paksa2 diri, tak pasal kena darah tinggi pulak..naya je..
Jujurnya aku suka menyibukkan diri tapi kan agak2lah..badan aku bukan robot..kalau boleh biarlah ada give and take..
Waktu usia cam aku ni lah kena kerja kuat, takkanlah nak rehat senang lenang pulak kan..

Entahlah kadang2 aku rasa cam apa yang berlaku kat diri dah tak balance..apply cuti pun, aku still kerja kat umah..camana tuh? hmmm...

Again, this is life....life.....

Agak-agak boleh dapat CEMERLANG tak tahun depan? hahaha...jangan nak perasan okeh..Takper, memang nak pasang angan-angan mat jenin dulu..:)

Nasib baik..

Salam,

Nasib baik memang macam dah sebati dengan diri aku..sebati ok..Time-time susah dan terdesak, selalu memang akan terjadi dan terdengar perkataan 'nasib baik..'

"Nasib baik kan..."
"Kalau tak, tak taulah apa jadik.."
"Tuhan tu memang sayang kita kan.."

Yea..itu memang antara ayat-ayat biasa yang kedengaran bila keadaan yang tak berapa baik tapi lepas tu macam ada something miracle happen dan tak lama lepas tu keluar ayat "nasib baik.."

Tapi sampai bila nak harap pada perkataan "nasib baik" tu..
Tak selamanya nasib kita akan selalu baik....Tapi takkan nak duduk je tak buat apa-apa dan mengharapkan lagi sekali "nasib baik...."

Dan nasib jugak boleh berubah tak baik...Mungkin sebab ada tertinggal sembahyang ke, ataupun doa tak cukup banyak ataupun sembahyang tak kusyuk, atau kurang mengaji ke, so kena nilai2 kanlah..

Sama jugak macam malam tadi dalam rancangan Amazing Race Asia, Jess dan Lani, padahal diaorang terer, kira team yang kuat jugak lah..tapi sebab sesat je, maka diaorang dah terkeluar...dah tak dapat top 3..sadis sungguh..dah jadik nasib tak baik...

Kesimpulannya, hari ni berlaku satu peristiwa pada diri aku yang boleh disimpulkan kepada 'argghh, nasib baik'..tetiba rasa Tuhan sayang sangat kat aku di saat-saat yang agak genting..

Makanya aku takkan bergantung harap pada nasib je..kejap nasib baik kejap lagi nasib tak baik....

So, mulakanlah something ya..something dengan penuh semangat tanpa rasa putus asa...

Ibu mencuri eh?

Salam,

Malam tadi lepas balik dari rumah mak, sambil-sambil makan roti butterscotch sapu planta cecah dengan air teh o panas..sedapnyaa..nikmat..:)

Layanlah si zarif yang nengok cerita apa ek kat chanel ceria..ala pasal budak2 sekolah tu..aku lupa dah tajuknya..

Aku pun bukak lah cerita kat mrhubby;
"Saya dulu mcam budak2 ni lah..masa kecik2 main memang tak hingat apa dah, mak abah kerja hospital..saya pulak nakal masa kecik2...suka hati pergi rumah jiran-jiran panggil anak diaorang..duduk kuarters hospital kann.."

"Memang sakanlah saya main dulu..masa kecik-kecik saya tak pasif, tapi punyelah aktif, mai tu asik ikut je saya...saya kawan dengan budak2 besar..padahal saya baru je sekolah tadika, tapi kawan dengan budak darjah 5 dengan 6.."
"Ada sekali tuh, saya mintaklah kawan saya tu belikan saya batu seremban..time kecik-kecik dulu kan glemer main batu seremban..nak beli batu seremban tu harganya lima puluh sen,..tapi saya budak kecik mana ada duit kan, jadik saya pun "tet.." la...

Tiba-tiba kan....ada suara mencelah,
"Haa..ibu mencuri eh? mana ibu dapat duit?"

Dahlah time tuh betul-betul roti masuk ke mulut aku, bila si zarif tanya macam tu je, serius rasa nak tersedak pun ye..takut je kalau tiba-tiba aku mati terkejut..hahaha..

Bila dia tanya tuh, aku cover line lagi, mrhubby dah tergelak2 kan aku..

"Eh, mana ada ibu mencuri..pandai je yip ni..."

"Habis mana dapat duit?..."

*Blur....*

*Diam..*

*Aku rasa aku terjumpa duit bersepah-sepah la..tu namanya curi ke? tak curi kan, tak kannn?*

Yeay!

Salam,

Aku baru perasan email tengahari tadi, elaun bantuan khas kerajaan pada kakitangan awam akan dimasukkan ke akaun masing-masing 1 Disember nanti..yippie!

Memang tahap dah sengkek dah nii..sian ko..mau taknya gaji November dah kuar awal, lepas tu nak tunggu gaji disember 20hb pulak..adush..
Bersyukurlah seadanya..dapat duit pun ingat boleh berjoli ke? aku nak asingkan sikit untuk zarif daftar sekolah tadika nanti..huhu..
So, bagi kakitangan awam..1 Disember dah masuk eh elaun bantuan khas kewangan tuh..

Sekian.

Adik dan 'Doya'


Nah layanlah korang gambar zara dengan 'doya' nya..

Sapa tuh adik?

'Doya' ------> merujuk kepada Dora ok..hehe


'Doya' ni tok tip n tokzu dia yang hadiahkan...tq:)

Thursday, November 25, 2010

Ala..huduh la..


Salam,

Ni apa? Ni rumput laa..rumput..kenapa tak warna hijau? ha tulah pasal...ni yang aku hangin ni..
Aku pun terkejut beruk ni..huhu..alkisahnya, kelmarin baru aku tau rumput depan umah ni bertukar kaler..mau aku tak terkejut..asalnya molek je kaler hijau tetiba lak boleh berubah..

Lepas tu anak jiran aku bagitau la, ada orang sebelah umah aku ni datang sembur2 rumput sebelah umah dia langsung ke depan umah aku ni..waaahhh..dia sembur racun rumput ke? memang jadi cam gitu eh..
Untuk pengetahuan, rumah sebelah aku ni kosong..dulu ada orang sewa tapi lepas orang tu pindah, katanya tuan rumah nak masuk semula, tapi tak penah lak aku jumpa orangnya..nak jadikan citer, rumput kat halaman umah tu dah panjang-panjang dah serupa cam lalang laa..

So aku assume, dia nak kerja senang, tak nak rumput tumbuh panjang2 lagi, dia sembur jelah racun rumput kot..langsung terus jadik kuning cam gitu..
Nie aku assume la..

Tapi kecewa sangat..rumput kat sebelah depan ni jadik cam gini..kalau dia buat kat umah dia je takper...ni sampai rumput kat luar gate pun ko nak buat..buruk jadiknya tau..rumput orang lain kaler hijau alih2 rumput depan umah kaler kuning...huduh! 

Boleh jadik hijau semula ke?

Mintak maaflah banyak-banyakk..

Salam,

Bagi sesiapa yang baca blog aku hari ni, mintak maaf la banyak-banyak ye..tak menyempat la..sungguh...tak sempat nak baca blog orang..huhu..entah kenapa hari ni aku jadi serupa mcam orang ini;



Melampau eh?...betul..walaupun bukan bos besar, hanya kuli saja, menurut perintah tapi memang cam gini..benci..tiba-tiba mood dan semangat untuk kerja terusss drop..tapi cepat2 aku bina semangat balik..bahaya kalau drop lepas tu terus tak naik-naik semangat langsung...dahlah ini punca rezeki aku..

Jadik aku cuba organize semula sebaik mungkin..arggghh..tiba-tiba rasa seronoknya kalau dapat kerja sendiri tanpa mengikut telunjuk orang............hmmmm..

Boleh mengurangkan stress

Salam,

Kalau stress apa korang buat nak bagi kurangkan tension tuh?
Makan? Nyanyi? Jalan-jalan?

Ok..tak kisahlah..ikut suka hati...kalau aku bagi ni nak tak?

dah makan pun..bukan aku ye..member aku...:)



Apakah kaitan stress dengan coklat? Ada kata makan coklat boleh kurangkan stress..eh?..ok, actually nak say thanks pada one of the lecturer yang sudi bagi coklat ni..jauh eh datangnya dari UK..sanggup tu aku amik gambar paket belakang..huhu semata-mata nak bagi nampak link website tuh..UK..bukan Ulu Kelang tau, United Kingdom..:)

Sebenarnya dari paket coklat ni je kot dah boleh tau memang bukan dari Malaysia..
Cuma nak cakap lagi, aku sebenarnya la tak berapa gemar coklat bar ni..ni pun aku bagi member2 aku yang makan..memang tak minat...

Hilang nikmat dunia kalau tak suka coklat ni?
Takper..tak kisah pun..
Aku makan coklat tapi aku suka coklat yang biasa-biasa ngan murah-murah gitu yang budak2 suka makan ..kalau nak bagi coklat2 cam gini rupa, aku amik tapi aku tak makan...tak tau naper..

Kalaulah ada pertandingan suruh makan coklat bar cam gini..confirm aku kalah..kalah teruk lagi..:)

Wednesday, November 24, 2010

Pakej memupuk kasih sayang..

Salam,

Okeh..ni pakej dalam rumahtangga aku..bagi semai2 kasih sayang tuh..pakej yang simple dan ringan-ringan saja..ha, mulalah nak melencong tuh kan..asal ringan2 ada je pikir lain..huhu..
 
Pakej satu;
Urut badan saja
 
Pakej dua;
Urut kaki saja

Pakej tiga;
Urut badan dan kaki

Pakej empat;
Ketip kuku

Pakej lima;
Cabut uban

Pakej bonus satu;
Urut badan, kaki dan kepala

Pakej bonus dua;
Urut kaki, ketip kuku dan cabut uban

Pakej bagi lena;
Bagi picit keluar blackhead / whitehead.(sangat best..biasanya untuk abang je)

Eh..tetiba cam banyak pulak pakej ni..biar betul..tapi memang betul lahh..ni memang betul buat eh..takder yang menyimpang selain dari ini...haha..TAPI kalau ada menyimpang pun apa salahnya kann..kata suami isteri..dihalalkan..LAGI mengeratkan kasih sayang...:)

Sebenarnya ada lagi pakej lain..tapi pakej tu BIARLAH RAHSIA..karang takut pulak, kalau aku tulis, ada yang tak sabar-sabar nak kawin...

Yang penting nak buat semua ni perlulah disertai dengan rasa ikhlas barulah best..tak payah g SPA eh..hehehe...

*Sebenarnya yang suka diurut kaki tu adalah aku..aku memang feel giler kalau urut kaki..tak taulah naper..feel okeh..nak2 lagi di tapak kaki dan jari2..boleh gitu?...*

Cerita ni hampir sama la..

Salam,

Tak beranilah nak kata ciplak citer orang sana ke kan..dalam industri drama dan perfileman semuanya boleh terjadi secara kebetulan dan ada persamaan..masing-masing punye idea bila diterjemahkan secara tak langsung jadiklah hampir sama..tu je nak kata..

Sapa yang nengok citer Prebet Jamilah taulah jalan cerita dia,..secara kebetulan aku pun tertengok citer Major Movie Star ni kat Star Movie 413.. Citer Major Movie Star ni Jessica Simpson berlakon, yang cerita Prebet Jamilah tu Scha Alyahya heroinnya...


Jom kawin





Salam,

Akhirnya, boleh gak upload gambar kan, walaupun gambarku ini hanya digoogle sajer..ok, gambar kad kawin laa..ni lah nak maklumkan ni..
Sebelum cuti sekolah lagi, lebih kurang 2 minggu sebelum cuti aku dah start terima dah kad kawin..Tapi takderlah kad kawin yang beriben2 cam gini..tapi pelbagai rupalah kad kawin ni..aku sampai dah tak larat2 dah nak terima..huhu..

Kalau campurkan kad kawin yang aku terima plus dengan mrhubby terima rasanya dekat 10 keping kot...Apa? Tak banyakk?
Banyak laa tu..banyak sangat dah bagi aku..tak tau lagi la, kalau ada yang bakal menyusul lagi..waaa..

Kata orang kalau dapat jemputan walimatul urus, WAJIB hadir..tapi aku nengok kemampuan la kan..mana yang dekat, i'allah aku datang..tapi kalau yang jauh sangat, mintak maaf la banyak-banyak...

Kata kawan aku, "Ala, kak, kalau yang jauh-jauh tu, becek aje..." 
"Apa?, becek?" sambil kerut-kerut dahi...
"Haa..becek.."
"Oh...bagi duit eh.." tetiba pulak macam tau becek tu apa..huhu
Member aku tu angguk aja..

Tu kata orang jawa la, becek ok..(bukan becak)..istilah becek tu salam kaut la atau kata senangnya bagi duit..hehe..
Kalau aku tersalah, sapa orang jawa, sila betulkan ok..(aku jawa gak tapi dah campur melayu..)

So, selamat lah pada sesiapa yang mendirikan rumahtangga ye..semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir nyawa..

Kembali ke Pencipta

Salam,

Entah tetiba aku terusik bila baca blog Ben Ashaari pasal kematian blogger Aisyah . 
Walaupun tak punya kaitan, tapi hubungan sebagai blogger tetap ada..

Sedih mengenangkan nasib enam orang anak-anak yang masih kecik termasuk 3 orang kembar yang masih lagi perlukan kasih sayang seorang ibu.:( Luluhnya hati aku, tak dapat nak digambarkan..

Betul la, kita yang masih hidup ni pun tak tau lagi bila masanya..Kata orang sunat eh ingat mati 7 kali sehari?
Sebenarnya setiap masa memang aku ingat mati, entah macamana bentuk kematian aku pun tak tau..Tapi bila pandang muka anak-anak aku cuma mampu berdoa pada Tuhan, mohon panjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik..Banyak lagi aku nak buat pada mereka, macam tu jugak pada mak dan abah aku..

Buat masa ini, aku belum mampu menerima kehilangan insan-insan yang aku sayang, tapi tak taulah kan..Kita mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya..

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah pada arwah Aisyah dan sesiapa jua yang telah pergi..Moga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..AMIN.

Apa pasal?

Oitt..apasal ler tak buleh upload gambar ni..bengang lorr..server rejected je..nak kata intenet down, tak mungkin la kott..aduss, tension..pesal nie??

Setelah sakan cuti..

Salam,

Amboii..setelah sakan bercuti...mari kembali ke pejabat dan sambung semua kerja-kerja eh..banyak betul kerja yang tertangguh dan kerja-kerja yang bertambah...
Dah puas cuti kan, jangan kata penat lagi, mau kena penyepak..huhu..so silalah ye buat kerja dengan penuh berdedikasi dan jangan curik tulang..

Ok..dah tu je, aku pun tak tau nak citer apa pagi ni, cuma nak ucap selamat pagi buat semua bloggerss....:)
Semoga selamat semuanyaaa...

Tuesday, November 23, 2010

Zara konon-konon the beauty queen





Salam,

Petang hari ahad hari tuh pegi la padang kat bp saja bawak si zarif main bola...bagi keluarkan peluh2..ingat adik nak join sekaki main rupanya tidak ler..dia sanggup la duduk je kat tangga ni..sambil nengok kitaorang main..

Wah, ala2 control cantik gitu..sabar jelah..takmo gerak langsung...huhu..Rasanya mood dia tak ok lagi kot..tu yang dia dok control cun je..hehe..

Sunhat dari okinokiyo

Good luck for SPM


Salam,

Selamat menduduki peperiksaan SPM yang bermula hari ni hinggalah 20hb Disember nanti.of course la aku tau sebulan periksa..jadual periksa pun aku ada, pasal mrhubby pun kena jaga SPM..huhu..so start dari esok sampai khamis ni, agak ketat jadualnya..Wish my cousins (aku tau ada cousins aku yang amik SPM ni) dan jugak pada anak-anak cousins aku mana yang amik SPM, GOOD LUCK yea..

Doa bebanyak pada Tuhan, moga dipermudahkan semuanya..i'allah usaha belajar kat sekolah dan pegi tuisyen selama ni takkan sia-sia..Semoga Berjaya.......

Monday, November 22, 2010

Sebenarnya aku pun nak cakap pasal ni jugak..

Salam,

Dok baca blog-blog orang ni, tadi singgah jap blog beautifulnara, so terbacalah entry ini .

Aku kan sebenarnya memang lah nak sentuh bab-bab inilah tapi tak tertulis2 kat blog..sebenarnya kan aku takderlah sampai nak jauh hati dan langsung tak nengok tv3..Cuma aku memang tak puas hati benor bab siarkan citer indon ni..memang makan hati laa..

Nasib baik waktu citer tu disiarkan aku dah pergi kerja..tapi memang benganglah kan..kita beria sangatlah nak menayangkan citer2 indon tapi pikirlah ada ke diaorang nak siarkan citer kita..Seriuslah, aku memang  tak minat lor..TAK MINAT..kadang-kadang ada gak cerita dia yang merapik..ntah haper-haper..last eh aku terpedaya nengok citer indon ni, citer bawang putih ngan bawang merah tu..tapi tuhla pasal aku ulang semula, AKU TERPEDAYA..haha..pasal that time ramai sangat yang macam fanatik jadi aku pun takmo ketinggalan la..but truly aku lagi suka bawang putih bawang merah versi citer melayu klasik kita tuh..lagi beshh..

Memang patutlah, pembaca tu tuliskan rasa tak puas hati dia pada TV3..Harap2 lepas ni TV3 alert la..
Kan malaysia ni banyak drama-drama melayu..kadang-kadang tak puas nengok cerita melayu ni..cerita indon tayangkan waktu pukul 2, tapi aku perasan citer2 melayu disiarkan waktu2 maghrib, waktu2 yang patutnya orang muslim pergi sembahyang..camana tuh? 

So pikir2kan lah..jujurnya aku memang takminat citer indon..lagi aku jaki kalau bukak astro 104, ada je apa tuh tajuknya, CINTA KIRANA eh...huhh, memang tak boleh ngadap la...so pleasee....

Duit takkan datang tergolek-golek

Salam,

Entah semangat apa yang datang kat aku petang tadi pun aku tak tau..sebenarnya lately ni la kan, aku memang dah rasa boring sangat dengan kerja, tapi tak bermakna yang aku kena berhenti kerja..ingat senang ke nak berhenti kerja...
 
Cumanya rasa zaman ini perlu buat kerja sampingan untuk menambahkan pendapatan..rasanya semua orang pun ada buat part time..aku nak duittt..ingat kalau jerit nak duit, duit-duit tu akan datang percuma dari langit macam hujan turun mencurah-curah atau duit tu nak datang tergolek-golek kat aku? hmmmm..tak mungkin...

Yer, aku ter 'inspirasi' dengan sendirinya dengan bakat dan kelebihan Puan Hanis
Apa yang dia mampu beli semua pun mengujakan aku...Apa yang dia buat semua pun menjeleskan aku..Dari sorang surirumah sampailah ke bisneswoman..Aku nak jadik macam dia tapi aku kena usaha, setakat cakap je tak payahlah..tapi tak bermakna aku nak jual Premium Beautiful..

Sama jugak lagi sorang yang aku ter'inspirasi' dengan adik aku sendiri, Mai
Dari sorang yang tak reti jahit macam aku, tiba-tiba dengan magiknya boleh menjahit dan boleh menjual...arrhhhh..jeles-jeles..Jeles sebab benda baik tak salah..

Memang..memang aku nak kaya..bukan kaya raya sangat, maksudnya nak senang..nak ada duit lebih, nak jadik manusia yang kuat semangat, yang tak peduli cakap orang..Sebenarnya semua orang boleh buat, semua orang pun boleh jual apa saja, dari barang yang mahal harga ribu ataupun semurah dua ringgit pun..

Aku percaya pada kuasa membeli manusia..jugak aku percaya semua orang kena usaha dan perlu ada pengorbanan..Yup...aku akan cuba..aku cuba buang segala sifat-sifat negatif, i'allah..

Sampai bila pun aku takmo ada kat takuk lama..aku nak jadik macam mereka..semua orang pun ada magis tersendiri..Nak duit kena usaha, takder duit yang datang free-free kat ko..

Dan, i'allah aku cuba buat..aku percaya pada USAHA DAN TAWAKAL..Usaha dan jugak perlu mintak tolong dari Tuhan, perlu jugak dapat restu dari keluarga tercinta..i'allah..doa-doakanlah ye..

Aku memang ada misi tersendiri tahun depan..Terus terang tahun ni bukan tahun yang baik untuk aku..Mungkinkah ada cahaya tahun depan..kita tunggu je..aku takmo cakap lebih-lebih, nampak cam poyo je..baik usaha dulu okeh...

Sup tulang

Salam,

Nah..amik ni sup tulang yang aku buat hari ni..ntah apa-apa je rasanya..janji aku penah buat kan..wah, galak siot makan daging je cuti ni..hamik la ko....dah, last resipi daging hari ni..


Hari ni memang hari tido sokmo....sakan tdo dengan cuaca yang panas takder angin pun, rumah takder econ..sadis..

Salam

Salam,

Hari ni adalah hari yang sangat menenangkan..Hari cuti umum di negeri Johor sempena Hari keputeraan Sultan Johor..sangat bestt..plus esok aku sambung cuti lagi..tak agak2..suka hatilah kan aku nak cuti baper banyak hari pun..

Sekarang aku nak pegi masak SUP TULANG, semalam balik bp jap, mak bagi aku tulang sikit..wah, first time aku nak buat nie..tak taulah jadik ke tak..doa2 lah jadik eh..

Kalau jadik nanti, aku publish gambar kat blog..

So, selamat bekerja pada member2 di negeri lain dan selamat bercuti pada warga Johor..yeay!

Sunday, November 21, 2010

Makan-makan di Sabak Aur




Salam,

Apa plan hari ahad ni? Kalau aku confirm la paling utama, lipat kain baju yang banyak menggunung tu dengan masak2 saja..i'allah petang ni nak balik bandar jap, jumpa mak abah..Tapi mungkin tak tido..lepas tu nak bawak kids main kat padang, amik angin jap dari nengok tv tak berkesudahan kan..

Ha, tu gambar kat atas tu takder kaitan ngan aku TAPI ada kaitan dengan mrhubby..Malam tadi dia pegi makan2 dengan member2 sekolah dia kat SABAK AUR..aku pun tak penah pegi lagi..dia ajak tapi aku takmo pegi..bukan ingkar cakap suami tapi malam tadi kan ada citer best2 kat tv..lagipun zara susah sikitlah nak kuar malam2 makan nie..zarif je aku bagi ikut..itupun si zarif on the way dah tdo..balik sampai umah dah nak dekat pukul 12 dah mengamuk2..tu baru zarif, kalau aku bawak zara, confirm aku tak makan..

Budak2 ni memang dah ada timing tido dia..memang dia tdo cepat..kalau pegi makan ramai2 camana dia nak tdo kan..so aku memang takmo pegi atas reason utama pasal anak..reason kedua pasal ada citer best..ala, lagipun mrhubby bukan drive, tumpang kawan dia..

Ramai jugak pegi sini..i'allah la, kalau ada rezeki aku join sekali yeaa...aku layan makan stew daging ngan zara je..masyuk gakkk..hehe.

-Kata mrhubby makan kat sabak aur ni lagi ok n murah dari kat umbai...cubalah-

Saturday, November 20, 2010

Stew daging

versi aku punya..
Salam,

Yeay..hari ni aku buat stew daging..tau tak? ala, masaknya lebih kurang macam sup je..tapi tambah tepung jagung bagi pekat sikit..nak resipi? ok..aku ikut resipi Chef Hanieliza..jom try..sedap makan dengan nasi or dengan roti pun boleh...

Bahan A

500 gm daging (dibasuh dan ditoskan)
400 gm kentang (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
2 batang saderi (dipotong pendek)
5 biji tomato (dipotong dadu) *pun aku takder ni, jadi aku tak letak*
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan tepung jagung dan
1/2 cawan air (dibancuh)
2 sudu makan minyak masak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1/2 biji capsicum hijau *aku takder jugak ni*

Bahan B (Dihiris)

1 labu bawang besar Holland (aku pakai bawang besar biasa saja)
1 1/2 inci halia
3 ulas bawang putih

Cara Membuat

1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan halia dan bawang putih sehingga layu
2. Masukkan daging, kentang, serbuk rempah sup, lobak merah, daun saderi, lada hitam dan air. Masak sehingga semua lembut.
3. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih dan pekat.
4. Masukkan bawang besar dan tomato.
5. Angkat dan hiaskan dengan capsicum hijau.
6. Sedia dihidangkan.


*Sumber : Buku 1 Hari 1 Resipi - 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza

Hanya kerana masak kicap..

Salam,

Kelmarin aku memang bengang tahap gaban..gaban? apa itu gaban? apa2 jelah yang korang nak fikir..kenapa bengang?
Pasal aku masak kicap tak jadik..huhu..sila lah gelakkan saya sampai nak terguling2 pun takper..bukanlah sebelum ni tak penah buat ataupun tak penah belajar dari mak..tapi tak taulah kan, sejak abis bulan posa aritu, apapun yang aku masak semuanya macam tak menjadik..sadis sungguh..

Pasal masak kicap nie, terus teranglah, penah jadik tapi tak sesedap dan tak sepekat mak buat..tak suka tau..anak dah 2 masak kicap celah jari pun tak reti..hmmm..
Bila dah tak jadik tu, rasanya punyelah masin, ntah baper banyak kicap aku letak, konon2 nak kuahnya jadik pekat..sengal ok..bila dah siap, aku pesan kat mrhubby n budak2-sila amik ayamnya saja..kuahnya takpayahlah, kalau nak kuah, letak je kicap biasa..hehe..kesian2..diaorang ikut je lah arahan aku..

Esoknya aku citerlah kat member aku ni..member aku ni anak 7, kira super senior lah..dia pun dah baper kali ajar aku masak kicap, bagi resipi siap ngan caranya sekali..tapi tuhlah, tangan aku ni takder magic la..tak jadik jugak..


Petang jumaat semalam, dia sudah bagi aku bekal ayam masak kicap la..adoiii..malu lerr..tapi tak kisahlah kan..kata kawan..:)

Sebenarnya masak kicap memang senang..cumanya cara memasak tuh..itu je..harap2 lepas ni aku boleh buat le..

Semoga selamat semuanya..

Salam,

Secara rasminya, cuti sekolah dah pun bermula..tapi tak rasminya si zarif dah mula cuti sekolah sebelum raya haji lagi..hehe..
Dan, aku tak rasa apapun walaupun bersuamikan seorang guru memandangkan mrhubby perlu jaga SPM bermula 23hb ni..(dah banyak kali rasanya aku inform dalam blog ni kan..)

So, kalau tanya plan cuti sekolah? Tak ada plan..serius takder lagi..cumanya nak buat something supaya masa zarif terisi la cuti sekolah ni..takder lah membuang masa nengok kartun je kan..
Ni pun dalam otak banyak benda nak kena buat sebelum naik sekolah..waaahh, baru mula cuti dah fikir benda2 untuk naik sekolah eh..hihi..
Baju sekolah zarif nak kena buat lagi..mau tak kena buat? last year punya ada 2 helai baju, kali ni  nak kena tambah lagi tau..pasal dua helai tu dah kira hancus!
Kata budak laki kan..ganas pakai baju sekolah..

Oklah, aku nak sambung masak ni, dah nak dekat pukul 1 baru nak masak eh..baru pagi tadi aku menyiang daging semua..so buat stew daging je ni..ringkas saja..

So, selamat bercuti..bagi warga Johor yang akan bercuti sampai hari Isnin ni, selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya walau ke mana haluan anda..:)
 

Friday, November 19, 2010

Petang raya

 birthday girl..

 kek harijadi.......

zara dan kek..

Salam,

Ha, ni jelah gambar2 time bday zara..yea, aku kedek...ut...

Bukan apa..gambar2 lain sensored pasal ada gambar aku yang tidak menutup aurat..hihi..

Ala..lagipun yang penting pun gambar zara ngan gambar kek je kannn..kan?

Nak ucapkan terima kasih pada tetamu yang sudi datang petang tu, Mak-e, Kak Suria ngan family jugak Abang Diat sefamily..

Meriah rumah ada ramai kanak-kanak riang, tak sangka masing-masing berebut2 nak tiup lilin, hehehe..sampai 2 kali tu hidupkan lilin semata2 nak bagi kanak-kanak riang dapat tiup..thanks jugak pada mak yang baik hati, sanggup buat sup tulang yang fresh hasil daging korban kan...

Lewat petang ada Kak Azah ngan anak-anak jugak Kak Linda sekeluarga..memang bestt...

Dan paling bagus, semua makanan habis sebelum magrib..alhamdulillah..majlis yang sangat sederhana tapi puas hati..

Jamu Mak Dara


Salam,

Nie ha, nak share benda yang aku beli raya haji aritu setelah dihasut secara baik oleh kawanku..hehe..

Ok, terus terang aku bukan jenis manusia yang makan-makan supplement ni apatah lagi la jamu kan..padahal mak abah aku memang jenis jaga kesihatan, kalau nengok bakul ubat diaorang, takut eh..sangat berdisiplin makan ubat dan supplement..dah berkali-kali kot parents aku suruh makan supplement, tapi aku ni malas dan degil..

SAMPAIII laa waktu aku sakit baru-baru ni, demam, batuk, selsema, letih, plus sakit2 lain..terus aku realize yang aku ni bukan muda lagi..dan badan aku dah tak fit pun (senam pun tak, fit apa bendanya kann)

Jadiknya, sorang member aku ni suggest la JAMU MAK DARA ni..pasalnya dia ni jenis yang cepat letih-letih..sekali bila dia dah makan, dia kata ketara la perubahan yang dia alami..

Maka, aku manusia yang cepat terpengaruh...terus la rasa nak beli JAMU ni...dan akhirnya berjaya berada di genggaman..hehehe..setakat ni aku baru makan lagi la kan..kot nak cakap perubahan yang ketara sangat tu belum lagi la kann..kalau terus ada perubahan korang kata menipu lak..

Antara khasiat JAMU MAK DARA ni kan;

-Memberi tenaga
-Menyuburkan rahim
-Mengatasi masalah keputihan
-Membuang toksik dalam badan

Kalau nak tau khasiat-khasiat lain meh klik kat SINI....

Aik..demam lagi ke?

Salam,

Ok..hari ni lambat buat entry dan mmg tak siapkan entry pun dari semalam..ngantuk giler aku malam tadi plus ada projek khas....hahahaha..kata malam jumaat kannn..tetttttt...takderlah..

Si zara la..tetiba pulak boleh demam..adoii..dapat upah lagi ntah sempena genap 2 tahun kan..kan macam aku biasa cakap, zara suka bagi demam terkejut-kejut..so ibu dia nilah yang bersengkang mata jaga..bagi  dia ubat,jelum2 kan dia..dodoi2kan dia yang merengek2 tuh..
Kalau boleh si zara ni nak aku ada 24 jam je kat sebelah dia, dapat mengulit2 aku..sabar jelah kann..

Jadiknya pagi ni aku lambat pergi kerja, zara meragam2, nak bagi dia warm up punyelah lambat..last2 aku bagitau mrhubby, suruh dia amik aku n budak2 pukul 9 pg..makanya aku g kerja lambat hari ni demi anak2ku..

So nanti aku sambung buat entry ye..ni nak balik umah nak potong daging...nak masak lauk daging pulak petang nie..
 
*Tension semalam tak abis lagi nie, sebab GAGAL masak lauk ayam masak kicap dengan team Malaysia GAGAL dalam Amazing Race Asia...*

 

Thursday, November 18, 2010

Noh (Hujan) dah bertunang dengan Mizz Nina

Salam,

Okeh..gosip lagi..ni sapa yang minat Noh kumpulan Hujan la kan..dia dah tunang ok..dengan Mizz Nina..tak kenal?
Mizz Nina yang seksi tu yang nyanyi lagu What You Waiting For dengan Colby O' Donis tuh...kalau tak tau, google jek..


Nak kawin dah tahun depan..nak tau g la baca kat murai..

Aku bukan peminat HUJAN mahupun MIZZ NINA nih..saja je share berita..adik aku yana minat kot NOH ni..kan yana??

Kerjaaaa

Salam,

Kemalasan melanda diri bila mana datang ofis, keadaan sunyi sepi..huhu..Bos-bos semua takder, semua pun bercuti lagi, terus sampai minggu depan..kebetulan pulak negeri Johor sambung cuti sampai hari isnin-22hb, kerana harijadi Sultan Johor..yeehaaa..seronok...dan di saat orang lain dah naik kerja maka aku akan menyambung cuti pada 23hb tuh..hahaha..

So, hari ni aku buat pengorbanan, pergi kerja lah eh..cukup2lah duduk umah, nak makan ketupat apa lagi..semua pun dah licin..
Dengan baik hatinya, aku bawak bekal roti dan rendang daging yang makcik aku bagi semalam..buat alas perut..alhamdulillah....:)

So, ok..cukup dah...aku nak g sambung buat kerja pagi ni..kerja bertimbun2 niee...nanti petang2 aku update lagi eh..
Tata semua..:)

Saerah dah kawin


Salam,

Nah, aku share sekeping gambar saerah kawin..dia dah kawin tau..bagi yang tak tau boleh g nengok kat blog beautifulnara okeh..ada banyak lagi gambar kat situ..hensem gak suami dia ek...:)
Katanya masa dia kawin ni, dato' ct tak datang pasal ada konsert..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...