Saturday, November 20, 2010

Semoga selamat semuanya..

Salam,

Secara rasminya, cuti sekolah dah pun bermula..tapi tak rasminya si zarif dah mula cuti sekolah sebelum raya haji lagi..hehe..
Dan, aku tak rasa apapun walaupun bersuamikan seorang guru memandangkan mrhubby perlu jaga SPM bermula 23hb ni..(dah banyak kali rasanya aku inform dalam blog ni kan..)

So, kalau tanya plan cuti sekolah? Tak ada plan..serius takder lagi..cumanya nak buat something supaya masa zarif terisi la cuti sekolah ni..takder lah membuang masa nengok kartun je kan..
Ni pun dalam otak banyak benda nak kena buat sebelum naik sekolah..waaahh, baru mula cuti dah fikir benda2 untuk naik sekolah eh..hihi..
Baju sekolah zarif nak kena buat lagi..mau tak kena buat? last year punya ada 2 helai baju, kali ni  nak kena tambah lagi tau..pasal dua helai tu dah kira hancus!
Kata budak laki kan..ganas pakai baju sekolah..

Oklah, aku nak sambung masak ni, dah nak dekat pukul 1 baru nak masak eh..baru pagi tadi aku menyiang daging semua..so buat stew daging je ni..ringkas saja..

So, selamat bercuti..bagi warga Johor yang akan bercuti sampai hari Isnin ni, selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya walau ke mana haluan anda..:)
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...