Thursday, November 04, 2010

Grrrrrr....

Salam,

Hmmm..ni la anak laki sorang..memang kena banyak sabar lah..
Pagi ni memang elok je dia bersiap2 nak pergi sekolah, katanya van nak amik kat umah.oklah..by the time menunggu tu, hujan turun dengan lebatnya..
Tunggu punya tunggu, van nya tak sampai2, so kitaorang decide takpayahlah g sekolah..kesian pulak kat dia..

Kesimpulannya budak bertuah ni tak sekolah la hari ni..before pergi kerja aku pesan, suruh tolong abah kat umah nengok2kan adik..tapi yelah kan..nama pun budak..

Dipendekkan cerita, tengahari tadi si zarif ni boleh main dengan anak jiran aku tak hingat dunia sampai sebelum magrib tadi baru balik umah...oh hangin giler aku..sakit jiwa betul..tak penah aku bagi dia main dengan kengkawan dia, ni la first time dia main sampai lupa diri...

Aku tau zarif ni tak pandai nak keluar suka suki tapi kawannya yang ajak..adoiii..tension aku..Menambahkan lagi rasa geram, boleh pulak dia g umah kawan dia yang mana ntah, siap makan kat situ lagi..aku tak suka la kan, g umah orang suka2 ati..yelah kita tak tau mak bapak dia suka ke tidak kann...aku pun bukan lah benci budak2..tapi agak-agak lah kot nak main...

So, esok no more main cam gini..no more...kalau nak main pun cuma petang saja..itupun depan umah je..ni bukan cam zaman kanak2 aku dulu, pegi memana pun orang tak kisah..hmmm..
Aku pun tak tau nak marah ke tak..haisshh..pening kepala..bukan nak sekat aktiviti budak2..tapi pengaruh dari kengkawan tulah yang boleh buat aku sakit jiwa...kalau cakapnya elok2 takper..ni cakapnya sedih aku dengar..

Petang semalam ada sorang budak pompuan ni terjerit2 kat zarif n cakap cam gini " oii..dah la budak gemok..lepas tu mulut celuparrr.." Korang bayangkan budak pompuan yang umurnya dalam 6 ke 7 tahun gitu..dia cakap ngan zarif cam tu..pedih telinga aku ni tau...tetiba nak sound zarif mulut celupar..aku ni kat luar tengah sidai baju, nampak budak tu yang terjerit2..aku bukan nak menangkan anak sendiri..aku pun siap panggil zarif, tanya apa yang dia cakap..aku tak suka lah kan..budak kecik yang patut2 comel cakapnya tapi keluarkan ayat2 yang tak sepatutnya..aku pun marah gak zarif kalau dia cakap bukan2...

Haii..entahlah, yang aku boleh cakap, budak zaman sekarang memang lain..

lepas main, lapar kannn...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...