Salam,
Pening..pening..aku tak tau mana yang patut aku pilih..before this aku makan pil noridays but only for 2 years kot..after that rancang sendiri..
Kali ni, entah kenapa tetiba nak buat secara terancang sikit..boleh je makan pil pun tapi kena amik pil lain la..pun boleh rancang sendiri..Tapi macam nak cuba implan..
Macam menarik je kan..but then, boleh trust ke? kang tetiba ter'pregnant' camana? huhu..
Tapi cam nak cuba implan la..kang makan pil ni aku memain kan..payah lak lagi menakutkan bila tiba bab penambahan berat badan..ngeriii..
Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.
Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.
No comments:
Post a Comment