Monday, January 31, 2011

Zarif dah 6 tahun

Salam,

Allah selamatkan kamu, allah selamatkan kamu, allah selamatkan Muhammad Zarif..allah selamatkan kamu....

Alhamdulillah, hari ini zarif genap 6 tahun..cepatnya masa berlalu..kenapakah kamu cepat sangat besar?huhu..

Membesarkan seorang anak lelaki agak payah jugak..kecik-kecik ok lagi, tapi bila makin besar, cabarannya makin terasa..kesabaran sebagai ibu juga semakin diuji..

Tapi, syukur pada Tuhan kerana dikurniakan seorang anak yg sihat dan normal..Kalau nakal tu, memang logik la kan..kalau tak nakal, pelik pulak kan..

So, sebagai ibu, aku cuma harap zarif akan membesar sebagai anak yang baik, dengar kata orang tua, seorang yang ringan tulang, seorang yang bijak dan segala-gala sifat yang baik la. Amin.

Nanti aku upload gambar bday dia, ok. Aku memang cuti hari nie dan kebetulan pulak tak sihat tetiba...


Sunday, January 30, 2011

Cerita satu malam

Salam,

Ohh.cuaca masih sama lagi seperti semalam..serasa-rasanya seminggu ni cam ginilah rasanya..sesejuk dan dingin saja..

Malam tadi mrhubby sampai umah pukul 9 malam..agak lambat jugak baru sampai..risau gak aku, nak contact dahlah tak boleh, pasal bateri dia dah kong..so tunggulah kami 3 beranak ni ngan penuh kesabaran dan penuh mengharap..alhamdulillah selamat sampai..

Dan, malam tadi jugak aku tetiba boleh nengok bolasepak piala sumbangsih antara team selangor dan kelantan...oh, kenapakah? tetiba saja..aku sokong siapa? aku bukan orang selangor jauh sekali kelantan..hahaha..faktor apakah aku perlu nengok bola nie? yeay..tetiba je..yang penting kelantan menang dan khairul fahmi menang man of the match..so, sangat berbaloi yea..


Mrhubby kata, sangat ajaib bila tetiba aku tunjuk minat nengok bola...ditambah lagi aku bertukar-tukar chanel tv..sekejap nengok bola, kejap lagi aku nengok Menantu Tip Top kat tv3, jap lagi tukar chanel 133 nengok Dilwale pulak..melampau ko..

Yang pasti malam tadi sangat enjoy...:)

Saturday, January 29, 2011

Lagi - bayi dibuang

Salam,

Bagi yang tak berani, better jangan nengok..actually aku pun tak berani jugak, tapi atas dasar kemanusiaan, maka aku nak paparkan jugak kat blog ni..gambar diambil dari fb member aku. Duduk kat parit raja jugak.

Tapi ayah dia ada kedai kat air hitam, dan bayi ni dijumpai depan kedai ayah dia..see, duduk kawasan kampung tu..still ada kes bayi dibuang..entah siapa punye kerja, memang tak taulah kan..memang sedih..:(


Mayat bayi ni dijumpai pada pukul 9.00 pagi tadi..Ya Allah, apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang? tak takut dosa ke?

Ada je orang yang tak ada anak, buat berbagai cara, keluarkan banyak belanja nak dapatkan anak, ni senang2 dapat anak, ko pegi buang bayi tu macam buang anak kucing..kalau ye pun takmo bayi ni, biarkan lah dia bernyawa.... 
Agaknya manusia zaman sekarang sudah hilang sifat kasih sayang..ermm..

Mudah2an, mereka yang membuang ni akan insaf dan terima hukuman yang sewajarnya..Dan yang pasti bayi ini sudah punya tempat di syurga kelak..

Mode : sedih & insaf..

Bila hujan tak berhenti

Salam,

Adui, hujan berterusan dari pagi tadi sampailah ke petang ni..berenti kejap pastu hujan lagi, sampailah ke waktu aku tulis entry ni..memang syiok untuk tido semata je..
Rumah aku pun dah serupa cam kem pelarian..dah bergantungan baju di atas kerusi semua..mujur gak minggu depan cuti sekolah kan..tapi banyak yang aku nak basuh ni terutamalah baju2 aku dan baju budak2..
Ada member aku suggest beli mesin pengering baju, tapi rasanya belum lagi la ke arah tuh..guna kipas pun boleh kan..haha..
Bila cuaca tak menentu cam gini, mood untuk ke mana-mana pun takder..yelah hujan2 gini, mana jelah boleh pergi ye tak? baik duduk umah..

Nak update blog pun sebenarnya malas..hihi. Tapi paksa diri jugalah..By this time mrhubby masih lagi di kl, entah pukul berapa sampai umah pun tak tau..harap semuanya selamat..tak senang aku bila hujan-hujan ni jalan jauh..kelmarin ke semalam ada 2 accident, maklum jelah kan waktu hujan, jalan pun licin..
So, berhati-hati di jalanraya andai mau ke mana-mana..have a nice weekend..:)

Friday, January 28, 2011

Cuti-cuti

Salam,

Hari yang sangat menenangkan hari ni. Dan cikgu-cikgu termasuk anak-anak murid mesti suka sokmo..almaklum jelah hari last sekolah sebelum cuti seminggu..amboi..galak..Zarif yang sekolah agama tu pun cuti seminggu tau, walaupun takder budak cina kat sekolah tu.

Kata mrhubby, memang semua sekolah diselaraskan..senang kan, tak kisahlah ada budak cina ke tak, kata satu malaysia ye tak?
 
Dan aku of course kerja la kan, kecuali hari isnin tu cuti pasal bday yip tu..harus cuti untuk bersantai-santai di rumah menggembirakan anak..hehehe.


Mrhubby iallah akan ke kl hari esok bersama kakak-kakaknya nak melawat ayah mentuaku yang warded di GH..so me n kids dok umah je kemaslah apa yang patut..Lagipun diaorang pegi pun balik hari je..
Untuk pengetahuan ayah mentuaku warded kerana sakit kulit ye..kalau nak citer pun panjang, tapi tu jelah sebabnya..doktor tahan di wad tak pasti untuk berapa lama lagi, yang pastinya nak mencari sebab musabab penyakit kulit ayah mentuaku itu.


Harapannya semoga dia cepat sembuhlah yea, iallah..




 

Thursday, January 27, 2011

Ada je yang tak kena...

Klik gambar kalau nak nengok lebih jelas

Salam,

Situasi petang tadi;

"M.U.H.A.M.M.A.D   Z...tu huruf Z ke abah?" tanya zarif

"Yelah..kan huruf Z tu.."

"Tapi kenapa macam nombor dua jer (2)?" tanya zarif tak puas hati lagi

Hahaha..serius aku gelak..gelak dalam hati je, pasal zarif dengan seriusnya tanya ayah dia kan..Untuk pengetahuan, ayah dia lah yang tuliskan nama dia ni kat buku..Lepas tu zarif dengan baiknya nak mengeja la namanya semula..tu yang dia pertikaikan tulisan ayahnya..

Okeh..berbalik soalan tadi, aku bagitau lah zarif, tu tulisan orang dah besar, abah nak cepat tu pasal huruf z nampak macam nombor dua..tapi budak-budak tak boleh buat cam tu tau..kena tulis z betul-betul..Zarif pun angguk jelah (paham lah tu kott..)

Lepas tu dia terus la sambung eja lagi..sampai huruf B dia stop lagi..

Lagi sekali dia tanya, "Abah, tu huruf B ke?"
Mrhubby angguk jelah..
"Tapi kan, kenapa huruf B tu macam ada tanda sikit kat belakang dia" (maksudnya macam ada ekor sikitlah kan..)

Aiyooo..sekali lagi aku gelak dalam hati sambil-sambil pandang mrhubby..

Sampai macam tu sekali si zarif ni perhatikan..punyelah teliti..payah betul lah..

Yelah, dah kita mengajar dia suruh buat huruf satu-satu ikut tulisan dot-dot tu kan...mau dia tak tanya cam gitu..lain yang dia belajar tulis, lain yang ayahnya buat..hehehe..

Abis sesi tanya menanya tu, aku bisiklah kat mrhubby "Dengan budak-budak kena belajar jadik jujur...fikiran diaorang lain, jadi kena tulis macam diaorang tulis.." hehe..

Kisah itu dan ini

Salam,

KISAH 1

"Abang, jom kita g karok (karaoke) nak tak? "

"Ibu, nak pergi karaoke ke?" tanya zarif

Lorr..budak kecik ni paham la pulak..ingat dia tak tau karok tu apa...huhu..

"Ibu ni mesti nak nyanyi lagu citer Asmara nie..(lagu Menyesal 6th sense)

"Kalau ibu nak pegi karok ngan abah boleh ke yip?"
"Ei..tak boleh la ibu..kan berdosa..pegi nyanyi lepas tu nanti minum air arak..berdosa laa.."

Huhu..sabar jelah budak kecik nie...

Serius, aku tak penah pegi karaoke..entah semalam tiba-tiba je rasa nak pegi..mrhubby lagi tak penah nyanyi..memang kalau kitaorang pegi sumpah buang tebiat..huhu..nengoklah camana kan..


KISAH 2

Sapa nengok citer GEMILANG hari isnin lepas? Arahan Khabir Bhatia..sedih kan citer tuh..kan ada part citer tuh, yang anak dia pegi tolong ayah dia toreh pokok getah, so aku pun cakaplah kat yip cam gini;

"Yip, nengok tuh, kesian anak dia kan, kecik-kecik dah kena tolong ayah dia toreh getah..pakai baju buruk ngan koyak2 lak tuh.." (dengan nada sedih konon2 zarif insaf la..)

"Yelah ibu..memanglah dia kena pakai baju buruk nak toreh getah..takkanlah dia nak pakai baju baru pulak, kalau getah tu kena kat baju dia kan susah..lepas dia dah balik rumah nanti barulah dia tukar baju baru.."

*Blur dan blank..*

Macamana ni? Tujuan aku konon2 nak insafkan dia..haha..tapi jawapan zarif tu kena balik kat aku..memang pun logik kan jawapan dia..adoii..budak zaman sekarang ni sumpah terer..




Tanpamu



Biasanya aku lelap tidur...
terbangun 'tuk fikirkan diri mu
mengenangmu yang kini telah jauh

Biasanya aku tenang tidur
terbuaiku mengingat dirimu
mencintamu namun kau terlalu jauh

Kucuba lupakan dirimu
mengingatmu hancurkan hatiku

Dahulu seia sekata,
namun kini semua telah berlalu

Sayang kuingatkan dirimu....
bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.


Tetiba aku boleh tersuka dekat lagu ni..semua ni gara-gara cerita TRILOGI CINTA la..yang tak nengok drama melayu, abaikan okeh..


Drama ni hasil adaptasi dari 3 novel hasil karya Sharifah Abu Salem;


Sapa peminat novel dan cerita melayu, digalakkan la nengok citer ni ok...setakat ni aku memang tak boleh tinggal nengok..walaupun ngantuk2 tu tetap nak menahan mata jugak..huhu..dari 3 novel ni aku cuma dah baca 2 je..macam perlu untuk beli novel yang last tuh..

Wednesday, January 26, 2011

Sembahyang bersama

Salam,

Mrhubby ajak sembahyang maghrib berjemaah tadi. Bukannya nak jadi isteri ingkar dan bukan suka memberi alasan, tapi sejak ada anak kecik ni memang jarang sekali sembahyang berjemaah..Tapi tadi, bila mrhubby ajak secara lembut, hati ni terbuka la..benda baik kan, memang tak patut kalau tolak..

Makanya aku pun sembahyanglah diikuti dengan zara sekali..tapi biasalah, tak rukuk lagi rakaat pertama, zara dah buat hal dah..haii, sabar jelah..confirm memang tak kusyuk aku..siap menjerit2 nangis lagi pegang2 aku, berdiri depan aku lagi..takper dugaan..
Tapi kan, sebenarnya aku dah memang tak kusyuk pun..aku nampak zara nak masukkan senapang dalam beg barbie dia, tapi tak muat..so dia menangis2 la nak masukkan senapang tu jugak..
Tapi aku teruskan jugak sembahyang la kan...dan dalam pada sembahyang tu si zarif boleh tegur2 lak zara "kenapa dik?"...haiii, dugaan betul laa sembahyang ni..

Sampai sudah sembahyang si zara melalak menjerit2..haii..dugaan...dugaan..

Mrhubby kata ini dugaan saja, kena sabar..yelah, sabar jer..tapi kalau budak tu dah menjerit2 lepas tu nanti kalau dia peluk2 aku berdiri depan aku sampai tak boleh gerak, camana? (wah, ada saja alasan yea?)

Takper, esok kita cuba lagi..nengok si zara camana lagi..takmo putus asa..adatlah tu..lelama nanti mungkin zara paham kot..

Hujan oh hujan

Salam,

Pagi ni hujan lebat dari pukul 2 lebih pagi sampailah ke waktu aku nak pegi keja TAPI aku datang lambat sikit..pukul 8.15 baru sampai (itupun masih hujan lebat)..bayangkan pukul 6 pagi pun masih tarik-tarik selimut lagi..sedap tido tuh..rasa macam nak cuti je kalau boleh, tapi rasa sangat tak patut..huhu..
Memaksa diri untuk bangun pukul 6.30, lepas solat semua barulah siapkan anak-anak...lambat-lambat je aku nak siap, boleh bfast lagi. 

Alhamdulillah by the time aku tulis entry ni, hujan dah reda pun..matahari pun dah mula nampakkan sinarnya..

*Aku kagum dengan sesorang, dapat ilmu berguna hari ni-memang perumpamaan don't judge a book by its cover tu sangat bertepatan sekali*



Tuesday, January 25, 2011

Sudah pindah..

Salam, 

Wah..tetiba kan aku rasa macam malas pulak nak update blog...apakah halnya ni? hmmm..
Takdak mood le..

Tapi dalam takdak mood ni, laju je jejari ini menaip..

Ikan-ikan ni dah ada tempat baru dah.ala beli bekas kaca ni kat kedai 2ringgit je..Kedai nama 2ringgit tapi bekas ni harganya 9rm lebih..huhu, takperlah demi ikan2 comel ini, ku pasrah..:)


Mesti ikan-ikan ni lega bila rumah diaorang dah bertambah besar dan luas..senang ikan-ikan ni nak bergerak...yeay!

*Satu terapi bila nengok ikan bergerak-gerak nie..tenang saja..*

Akhirnya katil itu kami yang punya!

Salam,

Selamat pagi..semalam takder update pun, huhu.
Semenjak dua menjak ni, aku n mrhubby rasa lapang sikit bila nak tido malam..kenapa ye? 

Ha, ni nak citerlah..Sejak lahir si zara tak penah berenggang tido dengan aku..kiranya ada dia la di antara aku dengan mrhubby..Ntah kenapa la pulak kebelakangan ni, dia dengan tiba-tiba nak tido sendiri kat tilam bawah..si zarif pulak takmo tido kat tilam yang lebar tu tapi sanggup nak tido kat lantai je pasalnya dia kata panas..ha, tak kisahlah tu..

Dan, belum masuk seminggu lagi si zara tido sendiri kat tilam bawah (masih sebilik ngan aku lagi), boleh dia tido dengan cool je..bayangkan tilam besar tapi dia sorang je kecik yang tido situ..tak banyak karenah..huhu, sangat mengagumkan!

Aku mestilah suka kot..yelah, dah lama rasanya tak tido di atas katil berdua kecuali masa belum dapat anak-anak lagi..hehe..akhirnyaaa..lapang sikit katil tu..:)

Sunday, January 23, 2011

Kerja hujung minggu





Salam,

Sesekali bila cuti hujung minggu memang kena latih budak-budak ni..eii, ni bukan dera eh..zara tu yang mengada-ngada nak kemas ngan nak menyapu sekali..

Kalau si zarif tu memang patut la..dari mata aku ni sakit dok nengok dia mengadap chanel ceria je kan, ada baiknya dia membakar lemak-lemak dengan mem'vakum' rumah..:)
Tapi aku ni tolong sekali yea..takder nya la aku ni kejam sangat, biar diaorang buat keja n aku ni goyang kaki..tidak yeeaa...

Kalau kita nak latih diaorang buat kerja, maka kita kena sesama turut serta, barulah diaorang bersemangat sekali..ni kalau main arah2 je tapi kita tak buat apa2 pun tak patut la kan..

Semalam ni kitaorang bertiga je kat umah..mrhubby kan sekolah ganti untuk CNY. So, sakanlah mengemas rumah yang seadanya tu..plus menghabiskan melipat stok kain baju untuk tempoh seminggu tuh.......hebat..hebat..:)

Kenapa nak kena cabut harga?

Salam,

Satu persoalan...
Kenapa kalau kita beli barang lepas tu nak bagi hadiah kat sesapa, kita mesti cabut/buang tag harganya?

Kenapa eh?
Apa salahnya kalau kita biarkan je harga tu? hehehe..yang tanya soalan ni pun sebenarnya sama je..serabut tuh..ntah apa-apa..
Nak bagi roti kat kawan pun, aku nak kena buang harga dulu..bersungguh-sungguh kopek tanda harga roti yang RM2.00 je..logik la kan roti harga begitu rupa..
Salah ke kalau kita biarkan harga tu kat barang yang kita nak bagi orang? Tak salah kan...cumanya rasa segan ek?

Jujurnya aku memang segan kalau aku bagi hadiah yang murah..tapi kenapa eh? rasanya bukan aku sorang kot..semua pun ada rasa cam gitu kan?..jangan tipu..hehe..kalau boleh taknak orang tau kita beli hadiah tu kat kedai 2 ringgit je..lainlah kalau beli kat pasaraya besar-besar kan dan harga barang tu mahal-mahal? hehe..
Ok, lepas ni apa kata kita biarkan je harga barangan yang kita beli tu, boleh tak? biar orang tau harga sebenarnya..

Yang penting bukan murah atau mahal tapi keikhlasan memberi tu yang paling utama..:)
Sekian..

Hantu Limah



Adik kata dia 'Hantu Limah'....hehehe..Letak bedak kat muka je dah jadi 'Hantu Limah'..:)

Blogger untung 1 Juta!

Salam,

Wah, hari ni muka depan berita minggu ada kisah pasal blogger la..kisah blogger yang boleh untung riban-riban, juga boleh untung sampai 1 juta..klik sini

Eh, aku takderlah sampai tahap tu lagi..jangan nak perasan..hehehe..

Jom beli berita minggu...:)

Kisah petang semalam yang tak diduga

Salam,

Apa khabar? Harap semua sihat2 di hujung minggu ni..:)

Oklah, nak story kisah petang semalam. Dalam pukul 4 petang kami bergerak dari pt raja menuju ke batu pahat (nak tido umah mak)..So plan nya adalah mau ke pasar malam dan jugak mau ke padang, saja-saja nak bawak zarif n zara main badminton.

Bila dah nak sampai area pasar malam ni (plan asal nak ke pasar mlam dulu) tetiba kan ada dengar bunyi benda meletup..hoho..Ingatkan mrhubby terlanggar tin kosong ke, rupanya tayar keta sudah meletup larrr...alamakkk..

*Tiba-tiba kan aku terbayangkan andai kata la tayar tu meletup masa tengah bawak laju dari pt raja ke bp, camanalah gamaknya kan? ada lagi ke kitaorang kat dunia ni? hmmmmm* (Tuhan masih sayangkan kami..-insaf-)*

Dan nasib baiknya bila tayar tu meletup, kereta sedang dipandu perlahan di dalam kawasan perumahan, bernasib baik lagi pasal memang dekat sangat dengan kawasan rumah mak abah..fuhhh, tarik nafas lega jap...alhamdulillah takder apa2, semua pun ok..

Apa lagi, mrhubby bawak pelan2 dan terus ke umah mentua aku (kebetulan diaorang takder, g kl kan) kitaorang pakai lah keta kancil ayah mentua aku..
So, mungkin hari ni mrhubby nak ganti ngan tayar spare atau sabar dulu (paham2lah kan, gaji pun lum ada lagi..ni tahap sengkek dah ni..)

So, lepas dah tukar keta semua, (tukar plan-pegi padang dulu) pegilah padang jap..bagi budak2 main jap, lepas tu barulah kitaorang gerak nak ke pasar malam..TAPI hampaaa..pasal dari cuaca panas tiba2 boleh pulak hujan selebat2nya...ohhh, kecewaa..

Kempunan aku nak makan cendawan goreng ngan kuih2..huhu..3 kali kitaorang ulang alik ke pasar malam tu (siap tunggu dalam keta lagi) tapi still hujan tak berenti..nak buat camana kan, takder rezeki..sabar jelah..

So, itu jelah kisah petang semalam yang segalanya berlaku tanpa diduga dan atas kehendak Tuhan jua..

Saturday, January 22, 2011

Zakuan Adha bernikah dengan Ayu Raudhah

kredit to murai.com
Salam,

Selamat sudah si Zakuan Adha dengan Ayu Raudhah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz..Alhamdulillah..

Semoga berkekalan la hendaknya ye..:)

Nak baca lagi pegi klik sini.

Nak nengok gambar lagi boleh klik kat sini

*Tapi kan, kalau makeup ayu tu natural je lagi cantik kot..huhu*

Malam tadi yang enjoy..

Salam,

Malam tadi aku ada dinner dengan member aku, Is (member sejak dari sekolah lagi). Dia sebenarnya tengah sambung belajar phd kat australia tapi cuti 3 bulan pasal nak bersalin anak kedua kat malaysia next month.
So, kitaorang makan beramai-ramai dengan Is n family, ayah n adik Is, aku n family n 3 of her friends..Istimewanya Is ni, anak dia yang sulung (lelaki) dengan si zara lahir selang sehari je..memula zara dulu, esoknya adham pulak..
So, since bersalin sampai la dia dah sambung belajar kat luar negara, tak penah jumpa betul-betul..so malam tadi barulah officially jumpa dok depan-depan beramah mesra semua..hehe.

Kitaorang makan kat Johnys Batu Pahat..Tak penah aku makan kat situ (walaupun mrhubby berulang kali ajak makan di situ sebelum ni).
Memang ok sangatlah makan steamboat, puas hati (thanks a lot friend..)

Yang paling kecoh malam tadi adalah anak-anak aku la..alahaii budak..sabar jelah.. Especially zara la kot, yang tak sabar-sabar nak makan..(malu aku..huhu)
Entah energy mana yang datang kat zara ni, aktif semacam je..abang dia lagi la..

But again, thanks a lot la Is..lain kali kita boleh keluar sesama lagi eh..boleh syok2 makan terlupa pulak nak amik gambar..


And thanks again for this lovely souvenir...:)

*Lepas ni nak ajak parents aku lak pegi situ...

Friday, January 21, 2011

Cinta Tiga Musim



Salam,

Tetiba pagi jumaat ni feeling teringat kat lagu-lagu and citer lama..Ni salah satu telefilem yang aku minat waktu belajar kat uitm dulu..feeling jiwang-jiwang (time belum kawin memang gatal)..haha. Citer ni time tu dikeluarkan dalam bentuk vcd..ada 3 siri kalau tak silap..



Tv takmo tayangkan semula ke citer ni? tayanglah lagi gantikan citer-citer indon yang ada..

Aku cuba carik citer ni kat youtube, tapi tak jumpala pulak, yang ada cuma soundtrack nye je..tak silap dulu, aku memang ada beli vcd citer ni, ntah kemana perginya...

Takperlah layan lagu nya je ok..

Thursday, January 20, 2011

Bila tak kerja

Salam,

Ada ke cuti yang tak best? Takde kann..kalau esok sambung cuti, lagi best kann..:)

Semalam mood kureng sikit pasal hp lack, but now dah ok la..

Hari ni cam biasa, mentang-mentang tak keja ngan tak sekolah, amik kesempatan....bangun lewat sikit..
Tapi kena berkejar ke bandar, jumpa parents in law jap (pasal diaorang nak g kl esok)..before that aku singgah umah makcik aku jap..pasalnya nak pulangkan barang2 niaga anak dia..kat situ, makcik aku yang baik hati ni bagi zarif n zara sorang satu ni;


Akuarium yang comel (kaler pink n biru lagi) plus 2 ekor anak ikan yang comel..Suka budak2 ni..jakun pun ye jugak..thanks mak e.

Lepas dah singgah umah parents in law, balik umah parents aku jap (diaorang takder, balik muar), singgah situ, makan n rehat jap..after zohor g jenjalan jap kat bp mall..
Macam mrhubby kata 'shopping tingkap'..ramai gak orang especially nya chinese la kan (nak shopping CNY)..kitaorang takder beli apa2 pun..saja-saja masuk kedai kasut try kasut tinggi..eh, rasanya dah lama dah tak beli heel..kasi try2 berangan depan cermin (tapi tak amik gambar la, segan dowh..ramai orang kat VINCCI).

Keluar dari bp mall terus balik parit raja, pegi singgah kedai ikan jap (beli makanan ikan), lepas tu terus pegi singgah restoran ala-ala arab (baru bukak kat taman rumah aku)..Member2 aku ada yang dah try makan kat situ, tapi aku baru nak try NASI MANDI..tau tak? ala, confirm ramai dah tau kan..tapi kitaorang tak makan kat restoran tu, beli bawak balik je..kat restoran ni pulak ramai student2 luar negara dok lepak especially dari negara2 arab la..

Satu bekas ni harganya 11rm yea (gile besar ayam tu)..actually 1 bekas je isi ayam n satu lagi tu hanya nasi je (itupun 4rm), memanglah mahal, tapi kitaorang nak try je..actually hari tu diaorang ada offer nasi n ayam rupa tu 7rm je..
Sebenarnya kan dengan 1 bekas ni boleh kongsi 2 orang makan, 3 pun boleh kot..hehe kalau 2 bekas nasi plus ayam ni 4 1/2 orang boleh makan..

telah ditukar bekas dan get ready untuk dimakan oleh mak bapak budak..


Amik laa..makan nasi ni dua orang saja..budak2 takmo makan..memang sedap..korang nengok berasnya panjang2 tuhh..mau tak kena 11ringgit kann..

makan

.
.
.
.
.

makan

.
.
.
.
.

makan


Oh..confirm gemuk ni.....

Boleh masuk lagi ke?..dah tak boleh lagi laa..
cuba pikir masuk amazing race (kena makan banyak2..) jangan bazir..

Makan lagi...
Dah..dahh..stop..tak buleh lagi ni..

Ok...

Tadaa..

Kira habis la ni kan...
Ok..cukup program hari ni...lepas makan ada hati nak update blog sambil meniarap..huhu..Tapi rasa macam biadap pulak memandangkan baru lepas makan..dah makan banyak2 tiba2 ada hati nak berbaring or meniarap??

So, aku berblog sambil duduk ni..dengan kadar yang sopan dan penuh harap agar segala nasi2 dan ayam tu telah hadam dengan sempurna...hehe..

Malam, takder makan2 lagi dah..nak minum air panas je konon2 boleh memecahkan lemak2..(boleh ke?...)

Ok sekian..

*perut masih lagi penuh ni..senak dan sebu pun ye gak..esok pagi @ tengahari baru makan k..haha.

Wednesday, January 19, 2011

Memang tahap bengang giler!

Salam,

Hari ni memang bengang giler! Bengang pasal aku tak boleh dan tak berapa nak fokus kerja..Sebab hp rosak! Ohhh! Stress!!

Masih boleh sms, boleh call dan boleh terima call tapi ada yang lack sikit..aku ni bila ada lack sikit je start la serabut..kalau boleh nak perfect je..tensi..tensi..

Haiii, nasibla esok cuti..rileks sikit..cuti thaipusam..rasanya tak semua negeri amik  cuti ni..

Dah..aku nak meng'godeh2' hp ni lagi....selagi tak ok, selagi tu la aku tak boleh duduk diam..............

Alahaiii budak cimonet ini..

Salam,

Si budak cimonet ni sudah pandai berangan ler..adoi nak jadik apa ni..Ni berangan guna moksu dia punya makeup ler..

Ada bakat tak saya? huhu...

 Ibu, ni nak pakai kat mana nie? mata eh?..

 Macam ni ke ibu?

 Ok..dah cantik tak ibu?..

Tuesday, January 18, 2011

Mana lagi best sms ke call terus?

Salam,

Aku secretary (eh cam poyo je..), takder nak cakap cam gini sebenarnya; biasanya secretary prefer taip2 kan..so mestilah dia suka sms, ye tak?

Tapinya kan..aku adalah pemalas nak sms..kalau boleh nak call je terus..tak kisahlah sms dengan sapa2 pun, baik dengan bos mahupun mrhubby..

Dahlah malas nak balas sms, kadang2 kalau dapat sms tu, boleh tak perasan lak..dah biasa dah kena bebel dengan mrhubby (Kenapa susah sangat nak balas sms?)..Bukan time dah kawin ni aku pemalas, sejak dari couple lagi adalah pemalas..Orang time couple mestilah suka sms2 kan..tapi aku suka call je..(memang patutlah kena marah ngan mak abah pasal bil telefon melambung-lambung...)

Senang kata, aku ni kategori liat sikit la..Dan lagi best kadang-kadang hp aku tu letak je kat dalam handbeg (ni time kerja la..) sometimes bos ada bagi sms pun aku tak perasan..macam hampeh..
Bila bos nengok sms tak berbalas, terus dia call..hehe..so sekarang aku kena lagi alert la..setiap kali datang kerja, pertamanya aku pastikan hp la benda pertama yang aku keluarkan dari handbeg..but still, malasnyaaa nak balas sebarang sms....

So, kesimpulannya, mana lagi best? of course la call terusss..kan?

Sangap

Salam,


Hari ni aku rasa keadaannya seperti tajuk di atas..sangap tu istilahnya bosan..tak tau lah kenapa..

Still kerja tetap berjalan..Hari ni agak mencabar sikit pasalnya aku kena adjust jadual bos yang agak padat, start dari minggu ni sampailah ke minggu depan..huhu..padat dan penuh..semua pun nak mesyuarat ngan bos, bos pun nak mesyuarat ngan orang..semua pun URGENT..mana2 yang clash tempat semua kena uruskan pelan-pelan..calling-calling orang lagi..mau tempah makan lagi..pening-pening..

Oh menambahkan rasa bosan lagi kerana internet slow..geram betul..ni aku post ni pun dari microsoft word je..cepatlah hari khamis, nak cuti mau jalan…

Monday, January 17, 2011

Again..

 It is possible to fail in many ways...
while to succeed is possible only in one way
ARISTOTLE

Terpaksa half day tuh..

Salam,

Huhhh..terpaksa tuh..tak buleh elak..
Kenapa? 

Takderlah..terpaksa gak amik half day petang tadi....

Kerana....................

gambar ihsan google

Kain baju kotor ku dah sama tinggi dengan mesin basuh....waaaaa...(aku lemas nengok baju-baju kotor tinggi menggunung..basuh hari2 tapi kenapa tak surut2)

Tension....walaupun pagi tadi cuaca panas dan petang tadi hujan sekejap, but still ok..
Mrhubby dah bising baju keja dah takder (tipu..sebenarnya dia ada banyak baju keja..)

*Macam teringin nak amik part time maid je..huhu, boleh ke sayang?*

Sunday, January 16, 2011

Lagi 15 hari

Salam,

Hari-hari zarif dok tanya, "bila harijadi kita, ibu?"
Dia ni memang excited sikit bila bab harijadi..tak puas2 nak mengadap kek, tiup lilin dan yang pastinya dapat hadiah (confident je dapat..)

So, lebih kurang 2 minggu lagi..actually this year birthday dia jatuh hari isnin, hari kerja so kitaorang decide nak buat awal sehari la, mungkin hari ahad kot - senang sikit orang nak datang kan (padahal ahli keluarga je kot) bukan ada orang lain pun..

Semua tak rancang lagi..bila tanya dia nak kek apa? Zarif kata nak kek Ben 10..tak sudah2 Ben 10..so tak mungkin kot akan ada Ben 10 lagi..sudah-sudah la..
Masih takder plan lagi..

I'allah aku nak masak sendiri waktu tu..hehe..ala masak simple je kot, kan?? Perasan konon masak sedap..oklah tu..

Memula aku decide takmo buat apa2 pun..malas rasanya..tapi sian pulak kat zarif, lagi pulak dia tanya kenapa taknak buat? bila cakap kenapa nak buat? Dia kata nak ramai orang datang..haha..tau kenapa dia nak ramai orang datang? 

Pasalnya dia nak HADIAH..nasib sedara sebelah mentua ramai..so bolehlah dapat hadiah ye yip..:) (tu pun kalau ada orang nak bagi)

Aku lagi la tak tau nak bagi apa..sebenarnya kan aku ingat nak bagi dia something to educate him..something yang boleh dibawa ke mana-mana, boleh mengisi masa lapang, something tu yang memberi faedah, boleh jadik game, boleh jugak memberi ilmu, something yang tak bersepah dan senang disimpan..apakah itu? *takder idea* 

Atau patutkah bagi something yang boleh menguruskan badan dia? hehehe...



So, masih ada masa lagi untuk difikirkan..seriously sepanjang birthday2 dia ni, aku rasa tak penah lagi kot aku bagi apa2..pasal dia selalu dapat yang best2 dari orang..e'eh.. ada lah, last year bagi beg sekolah BEN 10 :)

Just wait n see..haiihh, dah besar dah anak ibu..

Saturday, January 15, 2011

Menu tengahari ini

 Begedil - sebelum
  Begedil - selepas




Menu tengahari tadi

Salam,

Hari minggu lagi..Hai la masa, cepat betul berlalu..

So hari ni, aku masak simple je, disebabkan zarif  batuk dan selsema dan mrhubby batuk tak sudah2..makanya aku masak bubur ajer..simple kan..
Tapi bila dah siap terhidang semua, mrhubby tanya "ni bubur ke nasi"...hahaha...ye aku ngaku aku masak bubur tapi ntah kenapa ter'keras' sikit..:) ala..kira halal je la kan..sedap jugak.

Biasa makan bubur ngan ikan bilis, kacang dan lain-lain kan..tapi kali ni aku padankan ngan begedil daging, sup ayam dengan ikan sepat goreng dan sambal kicap sikit..
Sampai zarif cakap, "ibu, lain kali kalau kita selsema, ibu masak cam gini je ok, sedap.."

Alhamdulillah kenyang..simple je..

Korang makan apa hari ni?


Friday, January 14, 2011

Kenapa bila dah gagal....

Salam,

Entah kenapa dengan kita semua kan..Dah terhantuk baru nak terngadah..itu lumrah biasa bagi orang-orang kita, termasuklah aku..
Tapi kenapa mesti dah berlaku baru nak menyesal?

Kenapa bila dah gagal baru nak merayu? 
Kenapa bila dah gagal baru nak teringat kita ada adik beradik ramai? 
Kenapa bila dah gagal baru nak teringat mak kita kerja jual kuih je?
Kenapa bila dah gagal baru nak teringat ayah kita kerja petani je?
Kenapa bila dah gagal baru nak teringat keluarga kita orang susah?
Kenapa bila dah gagal baru nak kata hanya aku satu-satunya anak yang masuk u dan boleh diharap?
Kenapa bila dah gagal baru mintak diberi peluang?
Kenapa bila dah gagal baru nak janji akan berusaha bersungguh-sungguh?

Kenapa dan kenapa?

Aku simpati bila ada student macam ni..Tapi kena ingat peluang tak datang selalu.

Peluang yang datang tu gunakanlah sebaik-baiknya..Ingatlah pada pelajar u semua..Selagi peluang ada di depan mata, gunakanlah sebaik mungkin..

Belajar betul-betul..jangan bila dah gagal baru nak menyesal..

Sekian.

Tau tak?

Salam,

Tau tak bahawasanya aku sangat penat berlakon menjadi orang lain..menjadi orang yang ceria, ketawa, rajin, menghiburkan hati kawan sedangkan hati aku lara sebenarnya..
 
Tau tak bahawasanya tak ada siapa pun rakan sekerja mahupun bos-bos yang tahu apa yang sarat di hati aku sekarang kerana mereka hanya nampak seorang setiausaha yang sangat ceria tertawa tanpa sebarang masalah.
 
Tau tak bahawa aku memang penat dan tak tertanggung lagi..Tak tertanggung menahan segala rasa dan dugaan..

Sampai bila?
Aku akan terus bersabar selagi boleh dan aku akan terus berlakon jugak berdalih selagi boleh..Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya...

Sebenarnya hanya kewarasan akal dan iman mampu menjadi benteng dari melakukan perkara yang tak berfaedah..

Enough and that's it!!!

Thursday, January 13, 2011

Cerita petang semalam

Salam,

Oklah ni aku nak cerita jugak walaupun dah penah cerita dalam entry sebelum ni pasal zara yang suka menangis2 ni.. 

Petang semalam mrhubby belikan la si zarif n zara ni nugget kat pasar malam, 2 cucuk je..sorang satu la kan..tapi dua cucuk tu diletakkan dalam satu plastik je..zara pulak yang pegang plastik tu..si zarif dia baru bangun tido (penat balik sekolah, tertido jap)..bila dah bangun dia nak la nugget dia..Sekali si adik ni sudah mengamuk macam orang hilang akal..siannnn kat zarif..

Zarif memang takder buat salah pun..tapi si zara punye mengamuk2 memang taknak bagi langsung kat zarif la..siap pukul2 lantai, menendang2 & menghentak2 kaki..waaahhh..geram betul aku..zarif siap dah tutup2 telinga dah..tak tahan nak dengar pekikan dan jeritan si zara tuh..(by this time aku dah amik pun satu cucuk nugget tu bagi kat zarif).
 
Serius aku surrender la nak pujuk zara, pasal macam orang hilang akal kan, nak2 lagi dah dekat waktu maghrib..serius aku nak peluk dia takmo, menolak2 lagi lah kalau cakap pelan2..semua tak jalan dahh..maka mrhubby yang sangat baik mengambil tempat aku..dia memang nengok je zara menjerit2 nangis2...aku ngan zarif dok diam2 peratikan je..

Last but not least, mrhubby boleh menjerit kat zara (tapi tak pukul la) just gertak je..ala-ala cikgu tu sambil pegang pedang mainan zarif...(tujuannya nak menghentikan tangisan zara)..sekali zara boleh diam laa..nak kena gertak jugak tuh..(sambil tersedu sedan la zara nya).
 
Takut dowhh..macam gitu sekali mrhubby jeritt..tak penah lagi kot dia marah anak2 dia cam gitu..tapi ini kes terpaksa, dah takder pilihan dah..Mrhubby kata itu adalah last option dia (bila option2 lain semua tak berjaya-walaupun sebenarnya dia tak rela dan tak sampai hati).

Tapi bagusnya zara diam menangis..itu yang bagus..korang, aku dah cuba buat yang terbaik sebagai ibu..tapi kalau jenis yang memang cam gini, cara lembut pun tak jalan, kenalah cuba cara keras sikit..
Terus terang cakap, sekarang kalau nak balik umah pun aku takut..takut nak dengar zara ni menangis2 melalak2 yang melampau..macam kitaorang tak boleh salah cakap sikit, tak boleh terusik langsung..fobia..fobia..huhu..

* Dan kesimpulannya lepas ini, kalau nak belikan apa-apa untuk zarif dan zara, TAK BOLEH SHARE lagi..semua kena sorang satu dan plastik berasingan..kalau nak share jugak, KENA PSIKO DULU DARI AWAL...* 
Memang anak perempuan yang kedua cam gini ke??? Atau bongsu perempuan memang cam gini ke?


Saya takderlah garang sangat..grrrrr

Terima kasih banyak-banyak..

Salam,

Pertamanya terima kasih lah banyak-banyak pada cik shida, tuan punya blog ini.

Semalam, selamat dah terima barang ini;


Cantik, hasil kraftangan dari daun getah eh..kreatif..dapat kad sekali, tapi aku terlupa namanya..ada blog jugak untuk tempah cenderahati sebegini (yang dibuat dari daun getah)..nanti aku letak address blognya kat sini.

Terima kasih ye bebanyak..aku dapat ni pun pasalnya aku adalah follower ke 111 blog dia..tak sangka..:). Boleh baca entry shida kat sini
 
Mrhubby yang tukang amik benda ni dari encik posmen, dia tanya aku "apa benda lagi la yang awak beli online ni?"
"Ha? mana ada beli online apa-apa.." (tapi cam dah boleh agak la mesti dari shida ni)

E'eh tetiba ada pulak makhluk kecik nak interframe sekali..ha meh la sini, karang kalau tak bagi nangis menjerit2 pulak...


Sekali lagi, terima kasih..

Maaf yea..

Salam,

Bagi mereka2 yang sms aku semalam, mintak maaflah banyak tidak reply sms..pertamanya kerana takder kt (sebenarnya dah beli top up tapi ter miss place kat mana ntah) dan keduanya semalam adalah hari letih aku..Confirm aku tido awal..tak boleh nak bukak mata dahh..terus zzzzzz sampai pagi ni..
Hari ni macam segar sikit la..tapi still kt takder jugak so tak boleh nak balas sms.. tunggu nanti aku reply k..but for now aku pun tak buleh nak update entry banyak kerana kerja2 jugak sedia menunggu dengan banyaknya..

Cuma satu je nak say congrats to semua pemain bolasepak..Waahh, meriah dengan habuan dari kerajaan..itulah dinamakan rezeki..sekali lagi duit takkan datang tergolek2 dengan free kat kita tanpa usaha yea..nak duit kena kerja dan jugak mesti ada usaha..ingat tuh..
 
Lepas ni, kalau zarif nak jadi pemain bola sepak pun boleh je..janji buat betul-betul tau..hehehe

Wednesday, January 12, 2011

Pemenang AJL 25 Tiru Gaya Artis - Misha Omar (Pulangkan)



Salam,

Ni aku share video peminat yang menang tiru gaya artis sempena AJL 25 haritu..memang kelakar..dahlah group lelaki..

Hasil kreatif diaorang dapatlah hadiah RM5000..nampak tak? mana ada dapat duit free je..nak duit kenalah usaha kan..congrats guys!

Andaikata fb ditutup....

Salam,

Kembali kerja pada hari ni..huhu...Ok, dengar topik hotchat kat hot fm berkenaan facebook yang katanya nak ditutup pada 15hb ni..yer ke? aku pun tak tau citer sebenar..samaada betul ataupun tidak..
Tapiii, sekiranya benar sekalipun fb ditutup dan dah takder fb lagi, aku tak kisah pun..tak memberi impak yang besar pada aku kecuali susah nak communicate ngan member2 lama..itu je..lain dari tu takder hal la..
Lagi bagus adalah kot. Takderlah lalai semua orang nak mengadap fb je kan..dan mungkin prestasi kerja masing-masing lagi meningkat..hihi..
Pasal kalau takder fb aku ada blog..dan jugak twitter (walaupun biasa2 je, tapi bolehlah..).

So, tunggu dan lihat sajalah eh.

Tuesday, January 11, 2011

Jangan harap rupa je..

Published with Blogger-droid v1.6.5

Salam,

Hari ni masak mihun goreng lagi..eh, apasal lately ni asik letak gambar makanan je kan? hehe..suka atila eh..

Yang penting bila masak rupa dan finishing mesti cantik..haha..rasa no.2, boleh gitu?..takderlah, gurau je..make sure rasa pun mesti sedap la kan..taknaklah nampak macam sedap tapi sebenarnya tak pun..
Ok..?

*Happy Birthday Dato' Siti..cantik tarikh hari ni -11.1.11-*

Cuti lagi

Salam,

Yea, indahnya hari ni bila kita bercuti lagi..Cuti yea..Cuti kerana Hari Hol..Tak tau hari hol? Hari hol tu maksudnya hari memperingati kemangkatan sultan (kalau tak silap la..) So hari ni adalah hari memperingati kemangkatan almarhum sultan iskandar yang mangkat tahun lepas (ayahnda pada sultan johor sekarang).

Fuhh, dengan cuaca semalam yang ala-ala best tuh, malam tadi tido lambat..apa lagi hari ni..tido tak hengat punyaa..(by the way dah bangun awal solat semua ok)..lepas tu g sambung tido semula..bfast pukul 10 pagi..waktu tulis entry ni belum start masak lunch...jap2 lagi ni nak masaklah tunggu mrhubby balik belikan bahan..

Bfast pun tadi buat jemput-jemput ikan bilis dengan roti telur je..oklah kan..bagi alas-alas perut..so hati pun senang bila kain baju yang tak berlipat seminggu lepas settle malam tadi je (pasal dah niat awal memang nak lipat malam tadi @ hari ni)..alhamdulillah..kalau tak mata ni sakit nengok kain baju tu..ni kat luar ada lagi kain baju bersidai, yang tengah dibasuh tu pun ada jugak..huhu..

Ok, bagi yang bekerja dan bersekolah hari ni..selamat ye semuanya..ala, minggu depan pun cuti lagi kan hari Khamis..:)

Tata...


Monday, January 10, 2011

Lapar tak terkata..

Salam,

Hari ni, cuaca masih lagi sesedap dan sesejuk rasa. Masuk opis campur dengan aircond, bertambah lagi sejuk yang turut menambah rasa lapar..

Tengahari konon nak balik lunch tapi mrhubby ada meeting so, aku tak balik  pun..Bila tak balik rumah, takderlah makanan..gila lapar tuhh..lapar sokmo..mengagau carik makanan dengan officemate..

Nak keluar g beli makanan malas..so korek sana sini, terjumpa pulak ini;


Ya..kuih tart..tapi jangan salah paham..ni bukan tart time raya tuh..ni kebetulan officemate aku oder dari sorang member last month kot..kira baru lagi la kan..:)

Haii tart..ko lah penyelamat aku ngan officemate aku..seriuss..ko bayangkan dari jumlah kat atas tu terussss jadik cam gini;


Confirm memang kitaorang laparrr..sian kann..hehe..tak penah2 aku makan tart banyak-banyak..tapi disebabkan lapar.......inilah hasilnya..:)

Balik keja..aku memang dah lapar sangat dahh..tak boleh tahan punya lapar tuh..kebetulan mrhubby nak pegi bp mall, nak survey barang..after survey terus makan kat KFC;


 empunya diri yang makan satu beger dengan gelojoh tanpa toleh kiri kanan...
ditemani mrhubby dan anak-anak yang sporting..:)


AJL 25

Salam,

Oklah, aku rasa last year AJL is better than this year..I don't know why..tapi tu pendapat aku la..peserta semua memang best but then too much drama la..tak suka..huhu..but mrhubby kata, it's ok with all the dramas..sebabnya itu kreativiti masing-masing kan, setiap orang ada cara nak luahkan lagu masing-masing..ok, enough..

But for me, less is better..kalau tanya suka lagu apa- of course aku tetap pilih lagu Drama King..hehehe..tak tau naper suka lagu tuh, kalau tanya persembahan best, aku pilih Hanyut -Faizal Tahir..totally 'speeches' (ikut FBI...haha)..gimik jadik..aku suka..dah tu je..

Serius aku suka persembahan Dato Siti..Rasa cam dah lama tak nengok dia nyanyi..hehe..

So the winners are;

1st : Ana Raffali - Tolong ingatkan aku (jangkaan mrhubby tepat okeh?)

2nd : MUH & Black - Drama King (naib juara pun okeh la..i suka..hehehe)

3rd : Hafiz - Noktah Cinta

Vokal Terbaik : Hafiz - Noktah Cinta

Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Hanyut

Congratulation guys! Aku tak kisah sapa pun menang..Janji Drama King in the list, aku boleh tido lena ni..hehehe..

Nite..tido..tido..esok kerja...

Sunday, January 09, 2011

Hari masak dan makan sesaja..

Salam,

Hari ni cuaca memang mendung jer..sejuk sama je cam semalam..memang berbaloi la cuti weekend kan..Disebabkan cuaca sebegitu, maka nafsu makan makin membuak2..huhu..jadinya, inilah aktiviti yang dilakukan;


 isi daging & sayur campur

 isi ketam

 telur hancur

 kulit popia

 gam (tepung gandum)

Yeay! Mari kita buat popia..hehe..lama dah kot aku tak buat popia ni..aku pun lupa since kawin ada buat ke tak? Yang aku tau masa nak tackle mak mentua dulu, aku buat popia la bagi kat diaorang..hehe...since dah lama sangatttt tak buat, makanya skill melipat popia pun jadik huru hara..serabut giler..haha..but then, bila fikir nak buat makan je kan..maka, belasah jelahhh...

Oh ye, isi popia ni memang ada 3 jenis, jadi suka hati la..nak campur2 pun boleh..janji tak sakit perut..hehe..



Hasilnyaaaa...tadaaa..:) 


Selamat dibawak balik ke umah mak petang tadi..dan sudah selamat jugak di dalam perut..


Disebabkan mood yang melampau nak memasak saja kan, walaupun cuaca sejuk..tapi aku gigihkan jugak nak buat puding..tapi tak makan lagi..sejuk ko..simpan dalam fridge dulu..mana tau sok cuaca panas kan..(boleh gitu?) boleh sejukkan tekak..

 sebelum diletak agar-agar

selepas diletak serbuk agar2 yang dibancuh dengan susu cair & gula..

Nama puding aku tak tau..sebarangan je ni..campak2 asal jadik..sos puding ni belum siap lagi..

Oh..lunch aku masak spageti saja..takpayah letak gambar la..pasalnya dah banyak gambar spageti yang aku letak dalam blog ni..

p/s- sambil buat entry sambil nengok AJL 25..rasa AJL last year lagi best kot..tu pandangan aku laa..

Majlis la majlis..........

Salam,

Alahai..tahun ni ada majlis kahwin yang melibatkan aku secara tak langsung..majlis adik aku bakal diadakan bulan Oktober nanti, i'allah..tu dah tentulah yang utama kan, adik sendiri..so aku dah bajet2 cuti lebih kurang 3 ke 4 hari untuk preparation sebelum dan jugak selepas majlis..

Tapi sebelum tu bulan 3 ni ada majlis kawin anak sedara (lelaki) suami..majlis nikah dicadangkan 11/3 (hari jumaat-last day before cuti sekolah) malam....waktu malam yea....adoii, aku lemah betul kalau nikah ni buat waktu malam..kalau dekat2 takper..ni dekat muar..

Kata kakak ipar aku, orang muar takder nikah waktu pagi, memang semuanya nikah malam je..eh, betul ke? sapa yang baca blog aku ni orang muar, sila bagitau k..aku musykil ni..

Dan, kalau betul la nak nikah malam, aku tak kisah, but then please la pihak perempuan sediakan tempat bermalam untuk kami semua..hehe..ye tak? walaupun muar dengan batu pahat lebih kurang sejam perjalanannya, tapi kalau dah buat malam, nak habis majlis tu pukul berapa eh? ermmm...macam-macam..

Ni pun aku n mrhubby tengah nak survey ada tak homestay dekat muar ni...ada suggestion??

Saturday, January 08, 2011

Timang lah tinggi-tinggi....




Salam,

Hari ni aku letak gambar je eh....sila layann...malas nak tulis panjang-panjang..:) Sebenarnya tahap jakun asik publish through handphone..hehe..

Zzzzzzzzz......


Published with Blogger-droid v1.6.5

 Salam,

Ni lah akibatnya bila suruh tido petang takmo, tapi bila dah keluar rumah dan nak g beli barang, baru sibuk nak ngantuk dan tido...hai la budak bertuahhh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...