Allah selamatkan kamu, allah selamatkan kamu, allah selamatkan Muhammad Zarif..allah selamatkan kamu....
Alhamdulillah, hari ini zarif genap 6 tahun..cepatnya masa berlalu..kenapakah kamu cepat sangat besar?huhu..
Membesarkan seorang anak lelaki agak payah jugak..kecik-kecik ok lagi, tapi bila makin besar, cabarannya makin terasa..kesabaran sebagai ibu juga semakin diuji..
Tapi, syukur pada Tuhan kerana dikurniakan seorang anak yg sihat dan normal..Kalau nakal tu, memang logik la kan..kalau tak nakal, pelik pulak kan..
So, sebagai ibu, aku cuma harap zarif akan membesar sebagai anak yang baik, dengar kata orang tua, seorang yang ringan tulang, seorang yang bijak dan segala-gala sifat yang baik la. Amin.
Nanti aku upload gambar bday dia, ok. Aku memang cuti hari nie dan kebetulan pulak tak sihat tetiba...
No comments:
Post a Comment