Thursday, January 06, 2011

Sesi akademik IPT akan bermula September

GEORGETOWN: Semua naib canselor institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk memulakan sesi akademik baru pada September bagi semua pelajar mereka, bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Rektor dan Naib Canselor Malaysia, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, berkata perkara berkenaan diputuskan ketika perbincangan bersama semua naib canselor IPT, kelmarin.
“Kami berpandangan anjakan kemasukan pelajar IPT yang lazimnya pada Julai kepada September akan meningkatkan status universiti tempatan menjadi lebih cekap serta bertaraf global, termasuk membantu melicinkan lagi program pertukaran pelajar antarabangsa.

“Penyelarasan itu perlu kerana kebanyakan institusi pengajian di negara luar memulakan sesi akademik mereka pada September. Malah, kebanyakan IPT negara jiran Indonesia dan Filipina juga memulakan sesi akademik baru pada bulan itu," katanya. 

Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke depan setiap sesi akademik supaya fasa peralihan dari Julai ke September dapat dilaksanakan mulai sesi akademik 2013-2014.
Khaled, berkata penyelarasan itu penting dan menjadi sebahagian pendekatan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memperkukuh serta transformasi sektor pengajian tinggi negara menerusi Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2015.

*Berita Harian -6/1/11*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...