Wednesday, January 05, 2011

Strok

Salam,

I just want to share the info;

Strok @ angin ahmar adalah sejenis penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba. Ia biasanya berlaku disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah. Kebanyakannya pula berpunca daripada darah beku di dalam saluran darah.

Di Malaysia, dari segi peratusan penghidap, ia lebih banyak menyerang generasi muda berbanding negara maju lain yang kebanyakannya adalah golongan berusia.
 

Faktor penyebab strok;

-Pemakanan
-Tabiat merokok
-Tinggi kolestrol
-Kurang bersenam
-Darah tinggi
-Kencing manis
 
Dan juga dikaitkan dengan faktor umur;
-Keturunan / genetik
-Umur yang semakin lanjut

Strok bukan sahaja menyebabkan seseorang itu hilang upaya dan kerja, malahan ia turut melibatkan banyak pihak termasuk keluarga. Memeritkan lagi kos rawatan pesakit adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat pula mengambil masa yang panjang dan mahal.

Kesimpulannya, hargailah diri dan jagalah kesihatan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...