Thursday, January 22, 2009

i love..


Sebenarnya aku ada banyak kerja..tapi terasa mcam boring lak arini..break jap..so letak gambar diaorang nie..wpun baru kerja 4 hari aku memang dah terasa penatnyer..tapi mengenangkan 2 orang nie aku sentiasa bersemangat dan cuba think positif..taknak layan sangat rasa penat tuh..at least aku kena spend time sket layan si zarif yang makin membesar nie..paling tidak layan nengok kartun ke, layan dia cakap ker..or bacakan buku ker or 'belajar'kan (ikut zarif cakap) dia ke..dan wajib cium dia..hehehe..kalau tak cium dia rasa tak sah hidup nie....samalah ngan zara..tapi dia kecik lagi..tak sabar tunggu dia besar..nak nengok mcmana gelagat dia n abang dia tuh...ibu sayang anak2 ibu..

Wednesday, January 21, 2009

I'm back..

Yeah..i'm back for work..kerja ok..aku dah kerja semula...huhu..isnin,19/1/09 aku dah kembali ke opis semula..masuk arini dah 3 hari aku kerja..alhamdulillah..everything is fine..rasa hepi pasal dapat jumpa kengkawan..borak2, gosip2..hehehe..zara? she's ok..aku bagi stok susu. setakat nie masih lagi susu badan..lum dicampur lagi...yang kecoh lagi kepoh abang zara ok..sapa lagi kalau bukan si zarif tu..:) dia punyer suka zara g taska..mcam dia sorang jer yang ada adik...hehehe..ok rutin harian aku mcam nielah dari awal pagi (sejak naik kerja);
5.30: bangun tido
5.45: kemas2 umah apa yang patut, kemas dapur dll
6.00: sembahyang subuh
6.10: perah susu at least 2 bekas (1 bekas lebih kurang 1.5-2 oz) (dari malam aku dah siap perah untuk 3 bekas)
6.20: lipat kain (kalau rajin), kalau tak, aku kemas2 beg zara & zarif nak bawak ke taska
6.30: start kejut zarif (aku kejut jer, yang uruskan zarif, suami aku..)
6.35: uruskan zara, salin pampers zara ngan bagi breastfeed kat zara
6.45: siap2kan bekal makanan aku dan kemas2 lagi
6.50: mandi
7.00 - 7.15: bersiap2 untuk g kerja
7.20: amik susu zara letak dalam bekas berisi ais untuk dibawa ke taska
7.30: gerak ke taska antar zara / ke opis
* setakat nie aku lum masak pagi lagi..kalau masak rasanya aku akan bangun lagi awal
* suami aku yang antar zarif g taska kul 6.55 pagi, lebih menjimatkan masa..hehe.pembahagian tugas yang adil..
* kami basuh baju malam, sidai pun malam..menjimatkan masa gak..hehehe..
* aku tak buat sarapan coz suami aku tak makan berat pagi..dia takut sakit perut..jimat masa lagi..hehe.
setakat nie semua ok lagi..pasal dah ada 2 anak, jadi pembahagian kerja kena adil..pasal sama2 kerja dan sama2 penat..kena ada give and take..yang penting kita kena enjoy ngan life kita..ok...

Sunday, January 11, 2009

Jalan2 ke Melaka..









Jejalan ke Melaka..dah masuk tahun baru dah baru aku nak tulis entry nie..asik tak sempat jer..actually g Melaka nie masa anniversary aku baru2 nih, 27 n 28 dis 2008..dan masa tu pulak aku baru 40 hari..lum abis pantang lagi..kalau ikutkan mak aku memang tak galakkan berjalan..yelah ada baby lagi kan..kalau ikutkan aku nak bermalam 2 malam tapi kebanyakan tempat dah penuh..so dapat 1 malam jer lah..dan weekend yang ada cuma tu jelah..next week nya abang dah prepare nak naik sekolah..oklah..nak g Melaka nie memang plan aku khas untuk mak abah n zarif dan abang..kenapa untuk mak abah? sebagai cara untuk mengucapkan terima kasih pasal jaga aku semasa berpantang..untuk zarif n abang? pasal cuti sekolah dan siankan dia yang asik nak mandi kolam jugak siankan abang pasal banyak buat2 kerja semasa aku berpantang..kalau ikutkan tak puas 1 malam jer..tapi nak wat mcamana kan..kitaorang bermalam kat Shah Beach Resort..so petang tu sampai rileks2 jap..abang, zarif wan n yana ke eye on Malaysia..aku, zara n mak abah tinggal je kat resort..kalau takder bby, mau kitaorang dah g ikut..malam aku belanja diaorang makan kat everly resort hotel sebelah resort nie jer..bukan nak berlagak mcam orang kaya..tapi nak treat my parents..mak abah dah buat mcm2 untuk aku n family sepanjang tinggal bersama..kalau ikutkan g Melaka nie tak berjalan sepenuhnya...i'allah bila zara dah besar sket aku akan bawak semua jalan2 lagi ke Melaka, boleh g umah kak suria..boleh kan? dan i'allah tahun nie aku akan rancang cuti bejalan jauh sikit..tak jauh mana..dalam malaysia jer..tapi semua tunggu zara besar sikit ok....

Boleh ke?


Ok..of course semua orang tau pun nie alat timbang berat kan..haha..ok..yup..aku baru beli semalam kat guardian jer..and aku saja pilih color pink terang..abang pun terkejut..naper kaler nie..pasal aku saja nak biar nampak terang dan biar aku, abang n zarif akan teruja untuk menimbang berat...actually aku target nak 45kg..kalau boleh lah...boleh ke ek? tahun lepas, azam aku pun nak turunkan sampai 45kg, abis satu opis aku tau azam aku tuh..tapi hampeh...bukan kurang..mengandung lagi adalah..hahaha..and now berat aku kembali normal 50..but i wish 45 mcam berat b4 kawin..i'allah aku cuba...and untuk abang yang berat dah cecah......tu kan..apa lagi...and to zarif gak yang berat dah tak seimbang ngan umur tuh...harus dikuruskan..hehehe..untuk menambahkan lagi keazaman untuk mengurangkan berat badan nie, kami dah berpakat untuk buat contest..hehe..dalam sebulan sapa dapat turunkan 1kg (paling minimum lah, kalau banyak lagi baguslahh..)akan dapat hadiah..mudah2an usaha murni kami nie akan mendapat hasil yang menakjubkan...:) boleh ke? i'allah....

Saturday, January 10, 2009

Back to normal..


Yea..aku dah balik ke parit raja semula..back to normal..masa memula ke umah mak pertengahan november lalu 3 orang and now balik ke umah dah 4 orang..alhamdulillah..puas rasa balik umah sendiri..alhamdulillah zara pun ok takder masalah..zara leh tdo lama kat sana, maybe pepagi kat sana sejuk kot..dia rasa selesa..dia boleh tdo lama dan memudahkan aku nak wat kerja2 surirumah..abang pun dah stat keja pagi..so everything adjustable..so aku rasa by the time aku naik kerja aku boleh cope everything..cuma as kak suria cakap before this..i need supplement..yup..pasalnya right now nie aku lum naik kerja lagi plus aku lum menjalankan 'tanggungjawab' sebagai isteri lagi...so bila wat2 kerja umah aku leh berehat2, tdo2 jap..sok kalau aku dah naik keja..mcamana? so i need supplement untuk mengekalkan stamina dan kecergasan aku..hehehehe..

Friday, January 02, 2009

Happy 5th Anniversary

Alhamdulillah 27 Disember 2008 lalu genap 5 tahun usia perkahwinan aku n abang. Setakat ini kami berjaya mengatasi segala dugaan dan cabaran bersama2..Gaduh?..Ermm..i like gaduh2 nie..hehe..tapi bukanlah gaduh besar2, biasa2 jer..pada aku gaduh tu perlu sebab bila kita gaduh, kita lebih kenal siapa pasangan kita..dan paling penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga kita perlu banyak bersabar, mengalah, bertolak ansur dan saling memahami...
Perkahwinan kami juga telah dikurniakan 2 orang anak, Muhammad Zarif dan Zara Afina..Moga hubungan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat..AMIN.

Thursday, January 01, 2009

It's 2009..

Salam tahun baru 2009 dan juga salam maal hijrah 1430..hari nie 1 Januari 2009 bersamaan dengan 4 Muharam 1430..Biasanya tahun baru akan disulami ngan azam2 yang baru..so do I...ok..sebenarnya banyak gak azam aku nie..azam tahun lepas pun aku dah lupa...tapi this year antara azam2 aku adalah;

  1. kalau boleh, nak tido awal supaya leh bangun pepagi (5.30pg ke atas..)
  2. kalau boleh, lebih rajin sediakan sarapan untuk suami dan anak2
  3. kalau boleh, nak masak nasi dan lauk sebelum g kerja...
  4. kalau boleh, nak lebih berjimat tahun nie..jangan boros..
  5. kalau boleh, nak luangkan masa yang berkualiti lebih untuk suami dan anak2
  6. kalau boleh, nak belajar masak dengan lebih lagi dan cuba untuk masak laksa johor..
  7. kalau boleh, nak amalkan hidup cara sihat tahun ini (lebihkan makan sayur2 n buah2an serta bersenam)
sebenarnya banyak giler azam aku..tapi paling penting biarlah aku praktikkan..setakat tulis ngan cakap je tak memadai...kata orang cakap berdegar2..biarlah aku buktikan dulu k...baru aku puas ati..kalau aku cakap kat abang pun..paling tidak abang akan kata..'ermm..' so..i'll prove it to u ok..cuma aku berharap dan berdoa supaya tahun nie akan jadik tahun yang cemerlang untuk aku dan juga seluruh ahli keluarga aku..didoakan supaya dijauhkan dari segala bencana mahupun segala penyakit berbahaya..i just want to live in a happy family...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...