Friday, December 31, 2010

Tata 2010..

Salam,

Lagi beberapa jam kita akan menginjak ke tahun 2011.

Dan jujurnya aku memang nak beralih ke tahun baru dengan cepatnya..kerana apa? Kerana tahun 2010 tak banyak tinggalkan kenangan manis..senang kata banyak yang pahit untuk ditelan..dalam blog mungkin korang tak berapa perasan..hakikatnya aku sendiri yang tau very down nya this year...dan aku cuma  harap 2011 akan lebih bawak banyak kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup..

Cuma apa saja yang berlaku pada tahun 2010 lebih memberi pengajaran pada aku dan family..Untuk tahun 2011 aku cuma nak baiki apa yang lemah dan kurang pada tahun 2010..itu je..
Cuma nak share yang best sikit 2010, bila naik gred jawatan, gaji naik sikit dan ada tambahan cuti. Dan lagi satu, aku berjaya jaga cuti tahun ni dari habis terus dan jaga kesihatan anak2 aku..alhamdulillah..takderlah perkara2 duka macam 2009 bila zara asik kena warded je kan..alhamdulillah..ha, itu jelah kot...lain2 takder...

So aku harap 2011 akan membawa cahaya dalam kehidupan aku sekeluarga, i'allah..mudah2an..Amin.

Selamat Tahun Baru pada semua..:)

Klik! Klik! Klik!







Salam,

Gambar-gambar ini sebenarnya aku dah masukkan dalam fb..tapi belum letak lagi kat blog ni..ni semua ambil guna hp saja..bukan guna kamera apatah lagi DSLR..huhu..

Sapa yang ikuti blog ni dari awal, mungkin perasan yang aku banyak letak gambar anak-anak dari gambar diri sendiri..kenapa? sebab paling utama-aku memang tak suka bergambarr...tak suka..korang boleh carik baper keping je gambar aku sorang2 dalam blog ni..boleh kira tau..ntah ada ke takder..

Kenapa letak gambar anak-anak? Pasal budak-budak jujur...apa yang diluahkan mereka jujur (itu pendapat aku)..lagi satu aku suka nengok perubahan masing-masing bila aku selak-selak balik gambar lama..Lagi satu diaorang ni patuh pada arahan..suruhlah buat gaya apapun..ikut aja..hehe..tu pasal aku suka amik gambar diaorang..

Malam tadi aku bagitau mrhubby - "Syg, andaikata satu hari nanti saya dah takder kat dunia lagi, blog ni saya tinggalkan khas untuk awak dan anak-anak ye.."

Lepas tu aku kena cubit ngan kena marah..dia memang tak suka aku cakap cam gitu..:(

Ok..dah...itu je..

Selamat Berhujung minggu yea...

Thursday, December 30, 2010

Sejuknyaaa...

Salam,

Kenapalah dua tiga hari ni kan, aku rasa cuaca cukuplah dingin dengan sejuk sekali...sejuknya sampai ke tulang2..korang ada rasa cam gitu tak? ke aku sorang je yang rasa?

Nak kata hujan lebat tu takderlah pulak..maksud aku kat kawasan batu pahat ni ler, especially kat pt raja ni..dari kat umah, sampailah masuk opis, hinggalah balik kerja, still rasa sejuk..Sejuknya tu sampai aku rasa takmo mandiiii...tapi kena jugak mandi dan umpamanya aku siram badan dengan ais batu..giler ko..sumpah tak boleh g oversea..tak layak..baru sejuk sikit dah bising..huhu.

Takder heater ke? ada, tapi airnya keluar pelan sangat, tak semangat nak mandi..jadi redha kan diri jelah mandi air sejukkkkk...

Tapi kalau malam ni sejuk ngan dingin cam gini ok jugak..malam jumaat lagi..ditambah esok cuti pulak..:) - eh, aku cuti, tapi mrhubby tak cuti pasal ada pendaftaran pelajar kat sekolah..siannn..
Takper, takper...aku dah kawin..tak dosa pun...tambah pahala lagi ada laaa..:):)

Dah..takmo mengarut..mari kita hangatkan badan..tata..

Opss..Kena tegur la pulakk..

Salam,

Tetiba rasa cam tak tertelan air liur bila kena tegur pagi ini..Kena tegur dengan bos besar pulak tuh..ermmmm..:(

Adusss..dia kata lain kali kalau cakap kat telefon jangan cakap kuat-kuat, pasal dia boleh dengar sebiji-sebiji apa yang aku cakap...

Apakah??? ohhhh..terkesima dan terkedu...terus terfikir "kuat sangat ke aku cakap?" "kenapa baru hari ini tegur?" "yer ke aku cakap kuat????"

Aku argue sekejap lah tadi..tapi argue cara baik la..aku tak kisah pun nak kena tegur..tapi yelah kan, agak tersentak jap..tapi it's ok for me..

Teguran membina untuk kebaikan diri...


TADI BOS BESAR SUDAH DATANG DAN CLEARKAN KEADAAN (ada misunderstanding)...HAKIKATNYA BUKANLAH AKU YANG DIMAKSUDKAN ITU..TAPI ORANG LAIN...LEGAAAAAA......sebenarnya aku tak penah cakap kuat2..selalu cakap bagaikan di balik kelambu..hihi....

Esok cutiiiiii

Salam,

Hoyeee! Jumaat cuti umum disebabkan Malaysia menang Piala Suzuki..tetiba aku rasa bersemangat giler nih..plus sangat bangga jadik anak Malaysia..:)
In fact sekalipun Malaysia kalah, aku tetap akan bangga..kita sepatutnya berada di sisi pasukan Malaysia walaupun kalah ataupun menang..betul takkkk?

By the way..yang aku tak tahan tuh, mrhubby boleh baca blog girlfriend khairul fahmi tau..mrhubby bukannya minat sangat baca blog2 ni kecuali blog aku..TAPIIIIII dia boleh baca blog www.jejariruncing.blogspot.com.. 

Ko bayangkanlahhh..tak ku sangka..ini semata-mata kerana bolasepakkk...:)

Ok dah..aku mau siap2 dan kemas rumah..nak g kerjaa..esok cutiiiii....

Wednesday, December 29, 2010

Yeay!!! Malaysia menang..

Salam,

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana menjadikan impian rakyat Malaysia satu kenyataan..akhirnya pasukan Malaysia berjaya jugak menang Piala AFF Suzuki 2010..Walaupun malam ni tewas 2 gol tapi sebab game aritu dah dapat 3 gol, so kita menang dengan aggregat 4-2.......Tahniah pada semua pemain dan jugak pada jurulatih, K.Rajagobal.

Sebab bola, semua rakyat Malaysia bersatu padu menyokong pasukan Malaysia..yang tak minat bola pun turut sama minat..tak caya gi lah nengok facebook dengan twitter..masing-masing pun berdebar-debar ngan sibuk nak jadik pengulas sukan..hehehe..

Dan disebabkan bola jugak, rumah aku malam ni huru hara tuh..makan malam lambat, dapur tak berkemas..senang kata bersepah la..serabut tuh..

Secara jujurnya, aku rasa goalkeeper kita, Khairul Fahmi tu patut dinobatkan sebagai pemain terbaik malam ni..kecekapan dia dapatlah selamatkan beberapa cubaan dari indo kannn..hehehe

Tahniah pada Mohd Safee Sali yang dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak...

Pilih yang menjimatkan

PILIHAN 1

Sekolah PASTI  = RM80 (Sekolah sampai pukul 12.30 tgh)
Taska                 = RM100
Van                    = RM20
Mengaji             = RM30

Jumlah                = RM230


PILIHAN 2

Sekolah PASTI  = RM200 (Sekolah sampai pukul 5.00 ptg)

Jumlah                = RM200



Ni baru untuk zarif je tau..belum masuk lagi zara yang yuran taska nya RM200. Kalau campurkan zarif punye yuran dengan zara adalah RM400 lebih kan..
Pasal tu lah aku buat perbandingan ni...

Baru pagi tadi aku call Tadika PASTI zarif..so cikgu dia ada bagi pilihan la kan..ada 3 pilihan..pertamanya kelas sampai pukul 12.30, keduanya sampai pukul 2.00 petang dan ketiganya sampai pukul 5.00 petang..Bila aku dengar yuran 200rm je terus aku kata nak kelas sampai tengahari je...

Tapi lepas letak telefon je kan, aku duduk diam dan otak aku terus buat calculation..setelah dicampur dan ditolak, dikira-kira dan jugak hasil perbincangan dengan mrhubby tengahari tadi...Terus come out with one solution...memandangkan zarif pun nak masuk 6 tahun kan, jadinya aku pikir2 tak perlulah dia duduk taska lagi..lagipun pihak sekolah PASTI tu punya silibus pun macam menarik..

Oklah takmo cerita banyak..hari isnin nanti aku jumpa je cikgu nya citer panjang sikit..:)

Nak settle itu ini

Salam,

Bermula dari petang ni sehingga hari jumaat bos-bos aku takder..wahhh...:). Akan jumpa balik pada minggu depan..
Tapi aku tak jahat..aku baik..semangat nak kerja masih lagi membara-bara..hehe..maklumlah pc baru..:)
Tahap kejakunan masih tak surut-surut..tak habis explore lagi nie..bau baru pun ada lagi ni, rasa mcam nak cium2 je..hahaha..sumpah buruk perangai..

Actually aku dah mohon cuti dari bos pagi tadi..cuti untuk 3/1/2011..Ada apa waktu tu? Bagi yang takder anak sekolah memanglah tak tau kan or tak penting pun tarikh tu..
3/1 tu isnin depan la...hari pertama naik sekolah..huhu..pening kepala aku nie..Tapi aku cakaplah kat bos, ni saya isi je..incase kalau settle semua awal, saya masuklah keja yea..
Rugi ko cuti kalau boleh urus semuanya cepat..isi borang cuti tu incase saja.

Zarif belum sekolah darjah 1..ni sekolah tadika 6 tahun..masalahnya last year punya pendaftaran seminggu sebelum naik sekolah..kali ni dia buat hari pertama sekolah..lepas tu zarif dah tak sekolah kat sekolah yang tahun lepas punya..ni pindah sekolah..sekolah tadika nya dekat taman rumah kitaorang je..senang keja aku..senang sangatlaaa..

Maka akan bermulalah lembaran baru lagi..cepat betul masa berlalu..sekarang ni rasa setahun tu sekejap betul..entry akan datang kita start cerita la azam tahun baru..setiap tahun pun asyik berazam jer....

Eh dah terlebih eh?

Salam,

Hari tu kan aku ada cakap nak buat 1000 entry sempena 1 Januari 2011...boleh rujuk sini.

Sekali kan, membebel punya membebel (dalam versi taip) tanpa disedari rupanya dah lebih eh dan akan terus melebihi..:)

Entry ni je dah jadik yang ke 1002..oklah..takper, tukar pulak..dah tak boleh nak jadik 1000 entry maka kita tukar kan 1111...boleh ke?
Sebenarnya memang boleh sangat, tapi takut terlebih jer..hari ni 29hb kan..so boleh ni..chaiyok...:)

Tuesday, December 28, 2010

Entah..kecewa kot?

Salam,

Tak taulah perangai sesetengah orang hari ni..lagi-lagi yang bergelar kawan mahupun teman..

Aku nak cerita banyak pun malas..yang aku boleh cakap aku cukup kecewa..kecewa bila ada yang menipu..kenapa mesti nak tipu?

Apa alasan perlu menipu? Aku ditipu hidup-hidupppp tanpa alasan yang konkrit! Aku tak suka..
Fikiran agak terganggu tapi mrhubby nasihatkan jangan fikir sangat..

Perempuan kan agak emo kalau berlaku hal-hal macam ni..nak terbawak-bawak dalam tido lah, lepas tu nak termimpi lagi..sampai esok pun nanti nak terfikir-fikir lagi...hissshhh..

"Cuba fikir positif je, boleh tak?" kata mrhubby..

"Ermmm.."

Aku memang boleh fikir positif..TAPI terganggu sikit bila terngiang-ngiang lagi dia menipu............ko fikir itu lawak ke?

Oh, dia dah ada yang punya..

Salam,

Pagi ni blogwalking dari satu blog ke blog yang lain, terjumpalah satu blog yang sangat lah comel..Lagi bertambah sweet dan comel bila dapat tau si pemilik blog ini adalah gf kepada penjaga gol bolasepak skuad malaysia..tak kenal ke penjaga gol malaysia yang terer tu?

Ni ha...


Jadik, bagi peminat-peminat si Khairul Fahmi ni, sila bertenang ye..dia sudah pun berpunya..:)

Kalau nak tau cerita lanjut boleh lah pergi ke blog ini..jejariruncing.blogspot.com

Semoga hubungan Elia dan Fahmi akan berkekalan hendaknya...:)

p/s-Semoga team malaysia akan berjaya pada perlawanan menentang Indonesia esok..

Gembiranya di hati..:)

Salam,

Haiiii...rasa macam nak sambung lagi waktu kerja 9 jam lagi..hahaha..gedik ok..atau istilah lainnya adalah JAKUN..

Akhirnya impian di hati menjadi kenyataan..dah dapat PC baru..huhu..efisyen wei keja..keyboard ni pun ketat lagi ni..hehe..bayangkan (ala jakun yang melampau..) monitor aku 19"..besar dan luas pandangan..

Tapiiiiiiii...yang tak bestnya (tak best ke?) sebenarnya best, tapi kena explore lagi le..aku nya pc ni guna Windows 7 dannnnn Microsoft Ofiice 2007. Ha, amik ko..sebelum ni aku beli netbook, Office aku 2007, tapi pasal malas nak explore dan belajar sanggup aku g hantar kedai n tukar balik 2003...la ni dekat desktop office takkan nak g hantar kedai pulak kan..Sama ada aku suka ke tak, aku memang kena jugak explore Office 2007.

Kesimpulannya aku suka la..suka sangatt..:) Ada ke yang tak suka dapat benda baru? Suka kannnn...

Penat dah tunggu

Salam,

Awal tak aku buat entry ni? hehe..Bangun awal tau, pasalnya dah tak buleh nak tdo lagi..malam tadi tdo awal..lepas tu dah rasa lamanya aku tdo..so have to wake up laa..
Salah satu sebab aku punya bersemangat nak bangun pagi ni kerana aku nak dapat pc baru...desktop pc la..tapi bukan hak milik sendiri..ni kat opis punya..dari khamis lepas berjanji sampailah semalam tak kunjung tiba gak..lepas tu diaorang cakap pagi ni dapat..penat dah aku alihkan semua kerja-kerja aku dalam tu...dah kosongkan pc, dah clearkan history bagai..still pc baru tak muncul-muncul..

Yerr, aku memang excited pasalnya aku nak dapat pc yang flat screen tuh..la ni aku pakai pc yang gedabak besar tu lagi..sian kan...ada profesor tu siap kutuk2 aku lagi yang pc aku ni zaman tok kaduk dah..sian tau..tu yang aku tak sabar nak dapat pc baru ni....

Harap2lah jadi kenyataan pagi ni..:)

Monday, December 27, 2010

Facebook tempat luah masalah suami isteri

Salam,

Banyak-banyak berita hari ini, aku cukup tertarik dengan berita ni..


KUALA LUMPUR 26 Dis. – Perbincangan masalah rumah tangga secara terbuka di laman sosial Facebook semakin menjadi trend di kalangan pasangan suami isteri yang berdepan konflik perkahwinan.

Trend itu bukan sahaja mengeruhkan keadaan malah diibaratkan seperti membuka pekung di dada.
Sedangkan masalah tersebut seharusnya dibincangkan secara tertutup bersama pasangan masing-masing.
Buktinya, penyelidikan Utusan Malaysia mendapati, salah satu kumpulan dalam Facebook iaitu Kisah Rumah Tangga amat popular di kalangan pasangan suami isteri teraniaya.

Ia menjadi medan perbincangan dan luahan perasaan dalam mendapatkan khidmat nasihat berhubung konflik rumah tangga mereka.
Amat mengejutkan, ruangan mengandungi hampir 200 kisah dan konflik rumah tangga itu turut mendapat ratusan maklum balas serta pandangan daripada ahli kumpulan tersebut yang terdiri daripada 65,945 orang.

Membicarakan fenomena ini, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Keluarga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan berkata, komunikasi lemah antara pasangan dikenal pasti punca suami atau isteri beralih kepada Facebook atau laman sosial lain.
“Saya dapati pasangan suami isteri hari ini terlalu mudah mempercayai dan meluahkan perasaan mereka kepada orang yang tidak dikenali di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.
“Mungkin mereka fikir cara itu dapat meredakan tekanan. Hakikatnya, ia juga memporak-perandakan hubungan sesama pasangan. Tambahan pula, semakin banyak kes perceraian yang berlaku disebabkan amalan luahan perasaan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru.

Aku cukup takut dengan fenomena zaman sekarang ni..dan aku cuba masuklah dalam kumpulan ni - Kisah Rumahtangga..uhhh..giler ko...banyak betul masalah yang melanda rumahtangga kebanyakan individu ini..So scaryyyyyy....Seriously, aku tumpang simpati..aku cuma mampu baca tajuk je belum lagi nak baca satu-satu masalah diaorang in detail..

Kesimpulannya apa saja cerita yang dipaparkan kat drama or filem melayu, itulah hakikat yang berlaku di zaman sekarang...Matlamat perkahwinan dan pegangan agama kurang menjadi faktor kepada segala permasalahan ini yang mengundang banyak kesan negatif..ermmm..Dunia memang dah di akhir zaman...

Dah 7 tahun pun...

Salam,

Hari ini pergi kerja dengan perasaan berbunga-bunga..jiwang jap..hehehe..
Nak say CONGRATS to myself n mrhubby coz it has been 7 years we live together..7 years ok..

Jujurnya, aku bangga sebab masih lagi bertahan hingga kini dan dikurniakan 2 cahayamata..Bukan senang membina hubungan yang penuh rintangan dari awal hubungan, hingga punya ikatan, sampailah ke hari ini..dugaan demi dugaan aku dan mrhubby tempuh..TAPI alhamdulillah, kami masih lagi bersama..dan sampai bila-bila pun aku akan menghargai ikatan suci ini..

Ok, this is for u sayang,


"Abang, thanks pasal u pilih i jadi wife u ..Serius, i rasa, cuma u je yang paham i..pasal i ni unpredictable punya person..dan i rasa, kalau laki lain jadik suami i, confirm dia tak tahan dengan perangai i...Walaupun sampai sekarang i still tak tau main PS2 or main PSP, jugak tak tau tukar tayar keta dan u tak tau lipat baju, but  we are still together..Kelemahan dan kekurangan melengkapi hidup u dan i..so i really appreciate it..Banyak benda yang i nak buat lagi dengan u..so i cuma harap kita berdua akan diberikan kesihatan yang baik dan hidup kita sekeluarga akan diberkati Tuhan hendaknya.. i memang harap hubungan kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat.......AMIN..I LOVE U!!

Ok..banyak-banyak lagu entah kenapa aku nak bagi lagu ni..mungkin sebab aku suka dan lagu ni memang sepadan ngan impian aku..-SEHIDUP SEMATI..-

Ok, layan je eh.....:)



Sunday, December 26, 2010

Semangat Malaysia Boleh!!!

Salam,

Wah! Tetiba aku rasa sangat sangat bersemangat..Tak kira siapa, tua muda, kecik besar semua punya semangat yang sama - nak Malaysia MENANG lawan Indonesia pada final pertama Piala Suzuki yang baru je berakhir ni..
Kalaulah final ni sekali je, confirm dah Piala Suzuki tu Malaysia yang punya..tapi sebab ada dua kali kan, jadinya belum confirm hak milik la..

Macamana pun, aku nak ucap BIG CONGRATS to MALAYSIA TEAM..permainan yang best malam ni antara 2 pasukan..aku tak boleh nak elaborate in detail memandangkan aku bukan pakar pun..TAPI aku suka nengok permainan malam ni pasal pemain kita ada kerjasama..itu je..:) Pasal ada usaha dan kerjasama maka terhasil la 3 gol yang bermakna malam nie..CHAIYOK MALAYSIA!

MALAYSIA = 3  INDONESIA = 0

So, kena tunggu last final Rabu depan..apa lagi...GO MALAYSIA!!!

-Boleh tido lena malam ni, semangat Malaysia menang jugak semangat nak dapat PC baru kat opis esok...ermm..jugak semangat anniversary esok..:)-

500 Blog

Salam,

Lagi segmen dari Ben Ashaari..takmo bebel panjang2..sapa nak join, klik sini. Okeh? Jom, mari sama-sama meriahkan segmen ni.

Syarat biasa..mesti ada header..ni wajib ni..


Nak kenal diri? Nama penuh dah penah ada dalam entry sebelum2 nie..nak rajin kena cari lah..tapi mesti malas kan, jadik aku letak je nama ringkas Nurul..okeh? Biasanya guna missbby..asal dari Johor..31 tahun, berkerjaya, juga ibu pada 2 orang cahayamata..:)

Tujuan jadi blogger hanyalah kerana suka2 je..umpama e-diary..takyah tulis2, main taip je..takder sebab musabab yang utama..hanya kerana suka2, maka dapatlah tambah ramai kenalan jugak tambah ilmu..

Ok itu je..i want to be on the list..tq Ben..:)

Hari special abah

Salam,

Hari ni 26 Disember 2010 - Selamat Hari Lahir yang ke 62 abah..Semoga dipanjangkan usia dan dirahmati Tuhan hendaknya.

Aku baru datang umah mak pagi ni sebabnya malam tadi zara cimonet tak sihat..demam panas tetiba..so aku yang tdo ala lena tak lena menjelum (sponging) la dia nak bagi kurang panas kan..Itu pun aku n zara tdo kat hall, mrhubby ngan zarif tdo kat bilik..
Dan pagi ni alhamdulillah, zara dah ok..harap2lah kan..so lunch tadi buat surprise kecil pada abah n mak yang balik dari kenduri kawin..:) Actually bersekongkol dengan mak, yana dan jugak wan..ala biasa2 je..takder apa2..mak masak spageti bolognese (itulah yang sesimple mungkin).

Again, kek lagi..hoho..bulan ni macam bertambah naik je berat aku..diaorang beli kek cheese raspberry..cheese tuhh..aku ni bukan penggemar cheese tapi kena makan jugakk...sedap of course laa..

Dah 62 tahun abah..sekejap je rasanya..kalau boleh nak pusing je masa balik..teringin nak kembali ke waktu2 yang abah sibuk bekerja..but life must go on..usia memang pasti meningkat kan..jujurnya aku hanya mau abah sihat dan dielakkan dari sebarang penyakit merbahaya..aku sayang abah..:)

yang 2 ni memang sentiasa ada..yang bertukar hanya tuan punya kek je..

settle..mari kita potong...

oh..looks yummy..:) motif lilin 3 batang?

suka gambar ni..:) tetiba rasa semua sedondon secara tak sengaja..

Saturday, December 25, 2010

Kenali Pisang

Salam,

Aku lupa la hari ni 25/12..It's christmas!....Alangkah bagusnya kalau hari krismas ni esok kan, naperlah tak esok, kalau tak dah dapat sehari lagi cuti umum..:)
Ok..motif entry hari ni adalah kenali pisang..kat umah aku ni ada pisang yang diberikan abang ipar aku last week..so pisang tu tak masak lagi, kaler hijau lagi..but then aku tak tau apakah nama pisang itu..sengal dowh...

 ha..cuba teka pisang apa ni?

Dan bertambah sengal, aku duduk di kawasan persekitaran kampung..yang mana rata-rata ada kebun..malu lor bila aku tak tau jenis-jenis pisang..bila kawan-kawan office galak bercerita pasal kebun pasal pisang la dan apa2 je yang berkaitan, aku senyap..yup! aku tau pisang, tapi jenis2 nya aku tak tau kecuali la PISANG TANDUK..ha tu je aku tau..pisang nak buat jemput2 pun aku tak tau namanya..sengal kan?.... 

Jadi mari kita kenali pisang..actually penat aku google semalam nak cari maklumat pasal pisang ni..dan akhirnya aku bertemu dengan blog ini.. Nama blog pun pokok-pokok-pisang.blogspot.com

Asalnya aku nak je copy paste segala gambar pisang tu kat sini..tapi rasanya macam malas pulak..isshh..tak baik sungguh..so takperlah..

Kita sama-sama belajar jenis pisang dengan pergi ke blog pokok-pokok-pisang.blogspot.com

Ok ye?...Selamat Belajar Mengenali Pisang bagi yang tak tau terutamanya aku..haha..

Checklist..dah nak sekolah dah

Salam,

Petang semalam pegi belikan zarif beg sekolah..belikan kat kedai biasa2 je..last year belikan kat parkson, begnya boleh koyak lor..zarif yang ganas sangat ke atau kualiti beg tuh?

Perasan tak sekarang ni, beg sekolah punyelah berbagai2 jenis..dan jugak harga yang berbagai2..
Nak lagi best, seakan dah trend rata2 beg sekolah mesti ada gambar-gambar kartun kegemaran budak-budak..sebutlah apa je, confirm ada..Nak Ben10, Barbie, Dora, Transformers dan lain-lain....Kenapa zaman aku dulu2 takder eh? huhu...pakailah beg apa saja..seingat aku dulu time sekolah, ada trend diaorang pakai beg UMBRO tau..apa lagi mintaklah kat abah tersayang..nasib dapat..pakailah beg tu dekat 2 ke 3 tahun..tu rasa beg paling mahal la aku ngan mai pakai..

So, balik pada story..si zarif ni pun dok belek2 la beg-beg yang berbagai tu kan..dah rambang mata la nengok macam-macam kartun..Mula-mula dia mintak beg yang ada roda, konon2 feel la nak main tarik2 beg kan..huh, takder maknanya..takkanlah kot baru tadika dah sibuk nak beg beroda2..

Last-last beli saja ini (alhamdulillah harga pun ok, setelah penat tawar menawar ngan apek kedai..);


Bagi yang ada anak laki, kalau tak tau Bakugan memang tak logik la..ada yang tak tau ke? ok takper, kita geng yaa..sampai sekarang aku cuma tau ia adalah kartun sahaja...samaada Bakugan itu adalah hero ke, atau nama gasing ke, ataupun nama kuasa ke ataupun nama binatang ke, semua aku tak tau dan aku tak kuasa nak tau..hehehe.. 
Checklist;

Beg sekolah - /
Kaler pensil - /
Pensil - /
Kasut sekolah - tak payah..ada 2 pasang elok lagi..
Stokin - akan beli

Pasal zarif hanya sekolah tadika, so keperluan takderlah melampau sangat..biasa2 je..mana yang elok guna semula..yang penting adalah yuran dia..itu saja.....so korang dah prepare untuk keperluan anak-anak nak sekolah?

Friday, December 24, 2010

Eh, dah jumaat ke?

Salam,

Cepat benar masa ni..esok dah kembali semula sabtu dan kemudian ahad..ohhh..kurang 2 minggu lagi sekolah akan bermula..
Ok, pagi ni nak share ilmu sikit. Ilmu yang diambil dari buku "Hadiah Buat Muslimah"

Ni khas untuk para isteri la kan..bagi yang dah terlupa ke, marilah kembali ke jalan yang asal, dan ingat peranan kita sebagai isteri dalam menghormati suami;

CARA MENGHORMATI SUAMI

1. Tidak mengkritik suami keterlaluan

2. Tidak merendahkan suami sama ada di hadapan orang lain atau ketika bersendirian dengan suami.

3. Tidak mengingkari segala arahan dan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat.
 
4. Mengutamakan suami dalam segenap perkara.

5. Meminta pendapat suami walaupun taraf pendidikannya lebih rendah daripada isteri.

6. Melayan suami dengan seikhlas hati.

Thursday, December 23, 2010

Lagi 14

Salam,

Ini adalah entry aku yang ke 986 sejak mula berblog dari tahun 2007..kedengaran macam dah lama, tapi tak popular pun ngan tak dapat apa pun..tapi aku suka..suka walaupun tak berapa mendatangkan hasil..hehehe..
Lately ni blog tumbuh bagaikan cendawan segar..:) berkembang  pesat di alam maya..tak tau nak pilih blog yang mana bagus..semua pun bagus2 lagi bagus dari blog aku yang tak seberapa ni..

Tapi aku memang ada 1-2 blog yang wajib dan perlu aku baca tiap hari..ibarat kalau tak baca tu, macam tak makan nasi n kelaparan la jawabnya...:)
Ok, berbalik pada topik..yea..aku hanya memerlukan lagi 14 entry bagi mencukupkan 1000 post / entry semenjak aku memulakan aktiviti blog..bayangkan sejak 2007 sampai ke 2010 baru 1000 entry..Ben Ashaari pun tak heran tau..dia boleh dapat 1000 entry dalam tempoh 2 bulan jek..hehe..

Aku nak masuk  3 tahun lebih baru nak kecoh 1000 entry..Tapi takper..tak kisah pun..yang penting achievement tuh..ingat senang nak buat..

So, boleh ker nak cukupkan lagi 14 entry sebelum tahun baru nanti?......

Chaiyok...i'allah boleh......:)

1111-entry ke 1000..will make it real..

Tahniah..

Salam,

Tahniah pada mereka2 yang berjaya mendapat keputusan dalam PMR..aku tak sure kot kalau ada sedara belah aku yang amik peksa ni..aku lupa kalau2 ada cousin aku amik kan..

Tapi yang confirm ada 3 orang anak sedara sebelah suami yang amik peksa ni..Tahniah pada yang berjaya ok..kalau ada dapat result yang tak memberangsangkan takper..jangan mengalah..usaha lagi..Usaha tu kan tangga kejayaan...

Takziah

Salam,

Aku nak ucapkan takziah pada member aku, noi owner blog ini atas kehilangan ayah tercinta...

Semoga dia sabar dan tabah dalam menghadapi keadaan ini..Takziah sekali lagi dan moga roh ayahnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Katalah apa saja..

Salam,

Orang boleh kata dan cemuh apa saja..itu adalah hak manusia, kebebasan untuk bersuara mahupun berfikir apa saja...takper aku tak marah pun..

Di saat macam ni, di waktu yang sukar, memang tak ada siapa boleh memahami, hanya aku dan orang-orang tertentu memahami..sesekali aku memang merungut tentang segala kepayahan..TAPI aku percaya di sebalik kesusahan dan kesukaran ini PASTI ada hikmah yang tersembunyi...

Aku tak kisah dan aku akur, i'allah aku percaya ada jalan yang baik untuk aku..Masa hadapan akan berubah..

Di sini aku akan terus setia dan harungi bersama segala kesukaran demi kebahagiaan bersama..itu lebih bermakna dan di saat ini juga aku tenang di sini.....................di tempat aku mencari rezeki...

Moga Tuhan merahmati segalanya......:)




Sindrom M melanda

Salam,

Tetiba macam takder mood pulak nak berblogging..why? 
Entah..entah..entah..dan dah 2 malam kot aku tdo awal..nak bukak blog ke fb pun malas..
Mrhubby pun tanya malam tadi, "awak tak buat post baru ke kat blog?"
"Malas..."

Tak tau kenapa..kemalasan melanda tiba-tiba..mengenangkan lagi kurang 2 minggu lagi cuti sekolah nak abis..cepatnya masa berlalu..
Aku cuma nak hidup bahagia...........a lot of thing i have to think..


Tuesday, December 21, 2010

Imaginasi tinggi vs Berangan?




Salam,
Nengoklah anak dara sorang ni..that's why i need a little girl in the house..yeay! aku memang perlukan sorang budak yang kuat berangan macam aku..:) At least i have a member..hehe..

Berangan tahap gaban..daya imaginasi yang sangat tinggi..kalau betul2 jadi doktor alhamdulillah..sejuk hati ibu abah..senang bila sakit sok..




Daya imaginasi berterusan..Kasut dia pun nak disarungkan pada patung..alahai adik....keletah zara ni betul2 buat aku rasa tenang dan cukup terhibur..anak ppuan korang cam gini tak?....

Monday, December 20, 2010

Ha, kan dah kena..

Salam,

Ohh, cuti aku dah sampai ke penghujungnyaa...waaa..esok dah kerja..aduh, boringnya..ni la dia kalau dah cuti lama2..nak naik kerja, berat je rasanya...hihi.
Oklah, ni aku nak share gambar weekend ari sabtu arituh;



Tak pasal-pasal dah kena basuh basikal..mau taknya, zarif ni kan baik hati lagi pemurah..tiap-tiap petang bagi kawan dia main basikal termasuk skuter dia..ha lepas tu bila dah rosak dah kotor, kawan dia buat bodo je lah.. Sambil basuh basikal dapatlah tazkirah free dari abah tersayang..

Kadang2 kan geram jugak..bukan apa..aku suka je zarif berkawan, sama jugak ngan aku time kecik2 dulu..tapi...sigghhhh...susah la nak cakap..

Kita kan belikan barang2 untuk kegunaan zarif, kalau kawan2 dia nak main sama2 takper, tapi biarlah ada rasa tanggungjawab kan..bila pinjam or pakai, guna elok2..janganlah pulak lenjan sampai hancur n rosak lepas tu buat tak tau..geram tau..lepas tu mengajar zarif bukan2..pantang betul aku..

Tapi tuhla kan..kita terikat dengan konsep kejiranan..aku baik ngan mak bapak diaorang..tak sampai hati nak cakap or nak marah2..buruk2 pun aku marah si zarif la..hmm...

So, ada idea ker bagaimana nak menangani keadaan cam gini? mak kata cakap terus terang je kat kengkawan zarif, means cakap je tak boleh...hisshh..boleh ke aku? 

Pasal tu aku tak suka bawak basikal or skuter ke sini, aku lagi suka letak kat umah mak abah..

Ni waktu aku tengah tulis entry ni, aku dengar ni diaorang sedap je main2 skuter zarif...sat lagi aku nak kuar ni.....................grrrrrrrrrr...

Birthday lagi....

Oh..serius giler kek ini sangat sedap!! tapi tak tau namanya..


Zarif ada perut doraemon..:)


ermm..sedapnya..


yang diraikan adalah mereka yang dewasa ye..

Salam,

Happy Birthday to my 3rd sis, Rai yang tarikh lahirnya hari ni 20hb..Tapi mak n abah dah belikan kek yang punya 3 nama di atasnya, Rai, Wan & Yana..Wan n Yana tu tarikhnya dekat2 je bulan November hari tu..nak jimat - ha amik semua letak nama atas 1 kek..
Supposely semalam patutnya lagi meriah la kan, ada wan sekali, TAPI disebabkan kes hilang kamera tu makanya wan dah takder mood..but it's ok..Bukannya buat apa pun..makan2 kek saja..

Oh..sedap dowh kek tu..mak n abah yang oder..selalunya kalau kat secret recipe ni asiklah beli kek chocolate indulgence je kan..TAPI adik aku si yana tu mengada tak boleh makan coklat, since bila aku tak tau lah kan..Tapi kek ni memang sedap..Mrhubby kata boleh dibeli time anniversary kami nanti..:) Abis la, gemuk aku nanti..

Feel free...

Salam,

Yeay! Feel free....Aku cuti lagi ni..best giler ohh duduk umah..pemalas ok..dahlah semalam layan citer twilight new moon tuh..yup! aku memang lembap, orang dah nengok eclipse aku baru terhegeh2 nak feeling bagai....:)
Lagi best bila nengok citer tu berdua dengan mrhubby..berangan mengulit sana sini..haha..ditambah budak2 tdo awal..feeling jap la konon2 aku si bella and mrhubby si edward cullen...apa2 jelah kan..:;)

Dan pagi ni bangun dengan semangat yang segar bugar, mau nengok lagi ulangan citer twilight lagi tgh nanti kot..tak agak2 laa..

Nama pun cuti kan, dahlah tak gi memana, so layan tv jelah..hilang stress tau..

Tapi ni pun aku bengang gak ni, tetiba air takder..Ok aku nak kemas umah dulu..serabut nie..

Tata..

Sunday, December 19, 2010

Hari ini yang tak best

Salam,

Oh, hari ini adalah hari yang tak best..
Nak citer pendek ke citer panjang? Aku citer tak pendek dan tak panjang..:)
Pagi ni mrhubby nak keluar beli suratkhabar, so bila dia nak keluarkan kereta adik aku si wan, dia perasan something, pintu kereta belakang kancil wan, macam renggang sikit..oh tidakkkk..



Dia panggil aku n dia rasa ada orang masuk umah malam tadi, tapi hanya di porch kereta saja..so dia rasa ada something yang hilang..dia kata macam dia perasan ada beg hilang kat kancil wan, aku tanya mak n mak call wan (wan n abah aku otw dari muar nak balik bp), wan sahkan ada beg berisi kamera kat kereta dia....

Waaaaa..kamera dslr ok...sangat frustt!! bukak semua pintu termasuk bonet nak confirmkan lagi kot2 tersalah letak ke, but then it's true..beg kamera dah takder, dah hilang! Waaaahhh, cilanat betul pencurik ni!! aku lak gerammm! sapalah punye kerja ni kannn..
Masuk ni dah 4 ke 5 kali umah mak aku kena masuk orang, tapi diaorang amik barang kat area porch keta ngan belakang umah je.. ni belum masuk umah lagi..adoiii, sangat bahaya dowh!

Wan balik umah dah muka ketat jer..tau dia frust sangat..tapi tulah kan, pengajarannya di sini, jgn simpan barang berharga di dalam kereta..what to say, what is past is past...mungkin si pencurik itu dah aim dari awal kot..i mean, kancil wan memang sudah tersedia di luar umah since dari pagi, jadiknya pencurik ni mungkin dah pasang niat dari awal..nengok kan barang dalam keta itu..tunggu waktu berharga untuk amik saja..mungkin..aku nak tuduh2 pun tak tau siapa yang patut dituduh..
Wan sampai umah je terus g balai polis ngan mrhubby..polis pun dah datang umah check n amik gambar..tapi aku or family tak meletak sebarang harapan..hmm...

Kalaulah aku dapat si pencurik tu, mau je aku siat2kan kulit muka ke tangan kau..tetiba aku geram sangat..nak je aku doakan yang tak baik pada si pencurik tu tapi tak baik kan..sigghhhhhhh..

Wan, just learn from the mistakes ok..Tuhan memang dah rencanakan semua ni, adalah kebaikan dan hikmah yang tersembunyi tuh..

Saturday, December 18, 2010

Sahabat Selamanya...



Salam,

Lagu ini aku tujukan khas untuk semua sahabat2 blogger, jugak semua sahabat yang kenal aku dari dulu, kini dan selamanya...:)

Mood baik malam ni, pasal Malaysia layak ke final Piala Suzuki bakal menentang Indonesia, Tahniah Malaysia!! Dan pasangan Razif menang pertandingan Mari Menari...Tahniah!!

So, layannnn...

Tron Legacy

Salam,

Hari itu, aku n mrhubby g nengok movie, kali kedua dalam tahun ini..Mula2 perasaan macam nak nengok movie Hantu Kak Limah Balik Rumah, tapi lepas tu terus tukar fikiran disebabkan aku terpengaruh dengan iklan dalam radio pasal cerita Tron ni..macam gempak je sound trailer dia..huhu..

Mrhubby ikutkan saja, walaupun dia pelik la, aku nak nengok citer Tron padahal sebelum tu berdegar2 nak nengok citer hantu kak limah tu..aku cakap takper, Tron saja, paham ke tak, best ke tak, belakang citer..
Nak dijadikan citer, punyelah ramai manusia especially budak2 sekolah la kan (kata cuti sekolah) kat MBO..tak taulah diaorang nak nengok citer apa..tapi aku ni cepat lemas..tak suka ramai2 orang...bila dah masuk cinema, terus tarik nafas lega..fuhhh..

Ramai2 tu semua nak nengok citer hantu kak limah tu,hehe..dan aku n mrhubby dengan tenangnya masuk dalam cinema yang hanya ada sorang je orang cina..and after that bertambah la yang aku rasa dalam 20 orang or lebih sikit kot..semuanya cina, hanya ada empat orang melayu termasuk aku n mrhubby..


Truly, aku tak tau asal usul citer ni semua..serius memang tak tau..kosong, masuk cinema mcam berlagak konon tau padahal apa pun tak tau..so dengan baik hati mrhubby citer la kat aku segala asal usul secara ringkas...oklah..not bad..aku suka..:)

Entah bila lah malaysia nak buat citer yang penuh dengan teknologi yang canggih ni..aku memang cepat terpedaya dan khayal dengan segala penipuan teknologi ni semua...:)

Nah, baca ringkasan citer ni;

Sam Flynn (Hedlund), a rebellious 27-year-old, is haunted by the mysterious disappearance of his father Kevin Flynn (Bridges), a man once known as the world's leading video-game developer. When Sam investigates a strange signal sent from the old Flynn's Arcade -- a signal that could only come from his father-- he finds himself pulled into a digital world where Kevin has been trapped for 20 years. With the help of the fearless warrior Quorra (Wilde), father and son embark on a life-or-death journey across a cyber universe -- a universe created by Kevin himself that has become far more advanced with vehicles, weapons, landscapes and a ruthless villain who will stop at nothing to prevent their escape.- Written by Walt Disney

Nak bagi suka makan sayur


Salam,

Tiba-tiba nak ada gambar makanan pulak..aku post gambar ni kat fb pagi tadi..member aku tanya apa ni? aku jawab - salad campur2..

Actually aku buat ni semalam..ok, apakah motifnya?
Motifnya nak melatih anak makan sayur..huhu..
Walaupun zarif dah pun 5 tahun, badan gedebob cam gitu, tak makan sayur ke? bukan tak makan, tak gemar sangat la..sebenarnya ibunya ni pun sama je..

Aku memang tak suka yang kaler2 hijau ni walaupun sebenarnya yang kaler hijau ni la penyumbang segala vitamin2..so motif aku buat salad ni nak membiasakan anak2 dengan kaler hijau..jadik taknaklah terlalu ketara jadik aku mix and match la..

So, salad ni aku racik halus2 ye..after that, campurkan la dengan fishcake (telah digoreng dulu) dan dihiris halus2, campur lagi ngan nugget yang telah didadu (tak banyak la), tomato jugak yang telah didadu2, telur hancur, kemudian bagi cantik dengan siraman sos dan mayonis...dah siap..
Ada lagi, aku campur dengan kacang tanah yang telah dikisar (dah ada jual siap2)
Senang kan..hehehe..

Confirm tak sakit perut..budak pun suka, ibu ngan ayah budak pun sama..lepas ni boleh la buat macam2 lagi..nak ajar anak makan sayur memang tak mudah, tapi tak boleh la terus2 bagi keluar sawi hijau or kangkung bagai terus2 nak suh dia makan..aku punye konsep slow n steady, ada psikologi sikit..lain anak lain caranya...

Oklah tu jer...kalau nak cuba, boleh lah ikut cara aku ni, kalau taknak takper...but make sure salad tu dibasuh selai-selai...

Ohh la la la..

Salam,

Seronoknya bila internet telah kembali berfungsi di rumah...:) hehehe..

Rasa macam banyak jer benda nak dikongsi tapi pelan2 dulu lah ye...banyak kerja nak buat ni..baru lepas kemas bilik, buang benda2 yang tak patut..memang best cuti lama2 ni...syiok..

Ok..selamat berhujung minggu ye..have a good weekend..tata..

Wednesday, December 15, 2010

Al-fatihah, moga dicucuri rahmat

Salam,

Al-fatihah..tak sangka pulak yang juruterbang helikopter maut terhempas tu abang pada salah seorang staf kat fakulti ni..terkejut jugak bila terima email tadi..

Al fatihah moga rohnya dicucuri rahmat...kalau ada yang tak tau beritanya, boleh baca kat sini ok..

Mari bercuti sakan..

Salam,

I'm taking leave for three days....yeehaa! sambung sekali dengan sabtu ahad maka total semua adalah 5 hari..what a heaven! Heaven ok?...:) So baki cuti untuk tahun ni ada lagi 5 hari...sangat gembira....

Semua pun tanya nak pergi mana cuti lama-lama? Tapi terus terang cakap, takder pergi mana..saja nak menenangkan diri kat umah..huhu..boleh ke camtu?
Seriously, nak duduk umah sambil mengemas2..rumah aku dah serupa cam rumah berhantu..ada habuk sana sini lagaknya macam tak berpenghuni..huuuhh..aku rasa cam tak bertanggungjawab pulak..so peluang cuti ni lah aku nak mengemas2, menyiapkan apa yang patut..

Memasak untuk mrhubby dan anak2 tercinta..chewahh...rasa rugi pulak kan, akhir tahun tak bercuti..mrhubby pun dah kecik hati jugak tawar hati nak pergi berjalan2 memandangkan dia kena jaga SPM, last SPM 20hb nanti..huhu..

Oklah tu jer yer, cuma nak bagitau kalau esok, lusa, tulat aku takder entry baru maaf la yer..harap maklum..

Tuesday, December 14, 2010

Betul ke kakitangan awam ni teruk sangat?

Salam,

Entah kenapa aku tiba-tiba nak sentuh topik ni memandangkan aku nengok dalam fb ada antara kengkawan aku yang pernah bagi pendapat lebih senang nak deal dengan pekerja private sector dari government sector..
Ok, aku bukan orang yang bijak pandai, tapi ni pendapat aku la..dan aku tak menyebelahi mana2 pihak pun, walaupun aku bekerja di govt sector..
Memang tak dinafikan la..ada yang punya masalah dengan mereka2 yang bekerja di govt sector ni..

Sebelum aku mula bekerja, habis belajar dulu punyelah payah aku nak mohon kerja..dah banyak resume aku hantar ke merata company baik govt ataupun private..aku tak kisah mana2 pun, cuma aku dah janji kalau aku dapat kerja, aku akan bertanggungjawab pada kerja sebaik mungkin..

Dan aku pernah bermasalah dengan govt sector (adalah..tak payah cakap) yang bila kita pergi tempat dia, langsung takder orang!! takder orang eh di tempat kerja pada waktu bekerja..jugak aku pernah bermasalah bila bercakap dengan mereka yang takder etika di kaunter pertanyaan..serius aku memang sakit hati (waktu tu, aku belum dapat kerja lagi la)..pernah jugak aku telefon tak berjawab sedangkan masa tu adalah waktu kerja..pagi lagi kot..

Jadiknya bila aku dapat bekerja di govt sector, aku taknaklah jadik seperti mereka2 itu..aku cuba disiplinkan diri datang seawal mungkin..kalaupun nak layan fb ke blog ke, seawal pagi aku buat janji tak menganggu kerja hakiki..fb aku on tapi takderlah aku nak membuang masa yang lama..kerja2 aku tetap buat..telefon aku jawab macam biasa, takderlah aku buat pekak je layan fb or blog..

Student datang nak jumpa bos, semua pun aku layan, aku akan buat kerja macam biasa, takderlah pulak aku nak bergayut kat telefon or chatting or mengular tak tentu hala...itu aku laa..tapi TAK DINAFIKAN adalah yang bermasalah..tapi tak semua..cuma mcam kata orang 'sebab nila setitik, rosak susu sebelanga'....

Dan tak dinafikan jugak, pekerja2 private sector memang bagus, TAPI pun tak semua kot..pasal aku pernah jugak deal dengan mereka di private tapi layanan pun macam hampeh jugak..

Senang kata ada pro dan kontra..Cumanya aku rasa macam tak adil kalau nak salahkan govt sector 100%, masing-masing pun cari makan..Aku pun tak suka kalau orang kerja lembap tapi majikan la kena pantau staf2nya dengan lebih bagus..
Aku pun taknaklah mengata lebih2 pasal orang kerja kerajaan, pasal aku belajar guna duit mak abah aku yang kerja kerajaan, aku ngan adik beradik aku pun makan hasil kerja keras mak abah aku yang kerja kerajaan..dan sekarang aku sendiri kerja kerajaan, gitu jugak mrhubby...

Pokok pangkalnya, diri sendiri..disiplin diri sendiri la..kalau diri sendiri tak bagus, lepas tu mental pun pikir 'senangnya dah dapat kerja tetap, kerja kerajaan, tak payah nak rajin-rajin sangat..buat kerja biasa2 je, yang penting gaji masuk tiap bulan..' Kalau dapat jenis yang pikir cam gini, memang habis lah...

Bukan suka2 nak membebel, tapi mentaliti setiap orang kena tukar..kalau boleh taknaklah orang selalu kata orang govt sector ni lembap or pemalas..kalau boleh aku nak tukar mentaliti sebegitu..

Kicap Cap Kipas Udang tiruan?

Salam,

Banyak-banyak berita aku tertarik nak letak ni kat blog aku..kenapa? pasal kicap adalah sebahagian daripada bahan asas masakan...lagi-lagi kicap cap kipas udang, pun ada jugak yang nak buat tiruan? kenapalah manusia ni..

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mengesan kicap tiruan jenama Cap Kipas Udang yang dijual secara berleluasa di pasaran, terutama di kedai runcit di negeri ini.

Difahamkan, kicap tiruan itu yang kelihatan hampir sama dengan produk asli turut dikesan dijual di kedai runcit di Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Pahang sejak tiga bulan lalu. 

Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Mohd Nor Musa, berkata pihaknya menerima laporan pengeluar sebenar kicap berkenaan, Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd (ZFISB) yang berpangkalan di Johor Bahru dan membuat serbuan di sebuah kedai borong di Jalan Tuanku Antah di sini, jam 1 petang semalam. 

Mohd Nor berkata, pihaknya juga akan menjalankan ujian kimia bagi mengetahui kandungan kicap tiruan itu termasuk sama ada ia berbahaya untuk kesihatan.
Sementara itu, Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran ZFISB, Hasnah Abdul Rahman, berkata pihaknya tidak menjamin keselamatan orang ramai yang menggunakan kicap tiruan. 

Katanya, cara mudah untuk mengenal pasti kicap tiruan adalah penutup lubang bagi penutup plastiknya berlubang, manakala penutup bagi kicap asli itu sebaliknya. 

Tu pasal aku takut sekarang ni, apa saja yang ada keliling kita tak tentu selamat especially yang melibatkan bab2 makanan ni..pasal kita makan masuk dalam perut dan boleh menjejaskan kesihatan..so berhati2 la...

Aku memang antara pembeli kicap cap kipas udang ni, tapi aku suka tukar2 dengan kicap JALEN..so pada semua orang berhati2 la, bukan dengan kicap je, apa saja ok.... 

Monday, December 13, 2010

Kami Merayu


Salam,

Lagi segmen dari Ben Ashaari. Kalau nak join segmen ini mari klik sini .

Ceritakan satu pengalaman anda bersama mereka yang merokok yang mana anda amat tidak suka sama sekali sikap mereka itu

Sebenarnya saya memang tak suka pada perokok tapi ada beberapa pengalaman kecil la melibatkan orang-orang yang saya sayang;

Ayah saya dulu adalah seorang perokok dan masa umur 8-9 tahun selalu kena belikan rokok untuk ayah saya kat kedai..tapi dulu boleh lagi kan, takderlah polis nak tangkap ke..alhamdulillah ayah saya dah berenti merokok berkat nasihat emak saya..(dah lama dahhh)

Suami saya jugak seorang perokok sebelum kenal dan kawin dengan saya TAPI selepas saja berkahwin, dia TERUS BERHENTI MEROKOK DENGAN TIBA-TIBA..alhamdulillah..memang beruntung saya tak payah nak sedut asap yang beracun tuh..

Ha, yang ni last ni, satu-satunya adik lelaki saya yang masih merokok..masih lagi mengharapkan dia berhenti..memang tak senang, tapi saya dan keluarga tetap menaruh harapan agar dia berhenti..:)


Rayuan anda pada mereka

Rayuan saya hanyalah pada adik lelaki saya, bawak2 la berenti merokok ye..sangat membahayakan kesihatan..huk.huk.huk..Ingatlah orang-orang yang tersayang..:)

Cadangan anda kepada kerajaan terhadap isu rokok ini

Apa lagi cadangan yang molek dan baik untuk dicadangkan? Saya rasa kerajaan dah buat macam-macam..letak gambar penyakit kronik kat kotak rokok pun tak jalan gak, orang tak takut, still nak merokok..harga naik pun sama je..paling mudah HARAMKAN SAJA..TAK PAYAH JUAL ROKOK LAGI...BIARLAH TAK ADA ROKOK PUN DI DUNIA INI...

So gegirl la....






Salam,

Aku memang suka ada gambar-gambar dalam blog..dari tulis semata..kalau ada gambar kan cantik, nampak colorful kan, lagi-lagi gambar anak..baru puas..aku kalau g blog orang pun suka nengok gambar..lumrah la tu kan...

So nengoklah gambar terkini si zara dengan 'baby' baru dia..budak pompuan memang kuat berangan kan..dan aku memang suka dia cam gini..baru ada beza dengan abang dia...pergi makan kat warung pun bawak baby dia ok..so nak rasa malu pun tak patut kan, dah namanya budak, redha jelah..:)

Nak tdo pun nak kena letak jugak atas katil, siap berselimut lagi, tapi bila dia dah lena aku kena alihkan la, dah kalau semua pun nak letak atas katil, mana aku ngan mrhubby nak tdo pulak kan....

Paling best bila nengok dia berimaginasi dengan baby dan dora dia tuh..cakap sorang2, bagi makan, bagi botol susu ngan cium2..hahaha..such a  sweet things....

Sunday, December 12, 2010

6 Perkara Perlu Dielak Ketika Melakukan Seks

Salam,

Ni aku share ye..artikel dari majalah yang aku baca untuk tatapan semua..ilmu ni tau..untuk diri sendiri, jugak untuk mereka2 yang sudah berumahtangga ataupun bakal berumahtangga....:)

TIDAK MEMBERUS GIGI
Pastikan mulut dan gigi anda bersih dan juga bau nafas. Mana mungkin memberikan kucupan mesra kalau terbayang gigi yang kotor dan terlekat pula sisa makanan di celahnya...

JANGAN TUNDA BUANG AIR KECIL
Meskipun sedang dirayu hebat oleh pasangan tapi sebaiknya janganlah menunda keinginan yang satu ini, kalau tidak ia pasti akan menganggu tumpuan anda ketika bersama pasangan.

MENOLAK POSISI BARU
Bila pasangan mengajak mencuba posisi baru, janganlah ditolak mentah-mentah. Tidak salah mencuba selagi ia tidak bertentangan dengan hukum agama. Siapa tahu posisi baru ini bakal memberi sensasi yang lebih. Setelah dicuba dan rasa tidak selesa, luahkan pada pasangan.

MENUDUH SUAMI TIDAK 'KUAT'
Ada masanya lelaki tidak bersedia untuk melakukan hubungan intim. Tidak bersedia ini tidak bermaksa mereka hilang kekuatan atau ada masalah dengan seks cumanya lelaki sukar terangsang jika punya masalah, kepenatan dan banyak lagi. Sekiranya suami mengalami situasi ini, sebaiknya tunda dulu hubungan seks.

PURA-PURA PUAS
Demi menjaga hati suami, ramai isteri berpura-pura puas menikmati seks walaupun hakikat sebenarnya tidak. Perkara ini wajar dielak kerana kalau isteri berpura-pura puas atau orgasme, suami tidak akan belajar cara memuaskan diri isterinya.
Sebaiknya jujur sahaja dengan pasangan kalau anda tidak puas begitu juga kalau anda puas menikmatinya.

ELAK SEKS KETIKA HAID
Ini memang tidak boleh dan sudah termaktub dalam hukum agama sendiri. Ketika haid, cairan pencegah jangkitan yang dihasilkan semula jadi oleh vagina diganti oleh darah. Sebarang kemasukan pada alat sulit wanita juga akan menyebabkan aliran darah haid berbalik dan menimbulkan infeksi pada rongga pinggul.
Kalaupun pasangan begitu menginginkan seks ketika ini, mintalah dirinya bertahan. Bertegaslah sedikit dengan suami. Atau sebagai alternatif, bolehlah puaskan suami dengan cara memegang alat kemaluannya ataupun cara lain.

Ok..paham tak...

Sekian..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...