Friday, December 31, 2010

Tata 2010..

Salam,

Lagi beberapa jam kita akan menginjak ke tahun 2011.

Dan jujurnya aku memang nak beralih ke tahun baru dengan cepatnya..kerana apa? Kerana tahun 2010 tak banyak tinggalkan kenangan manis..senang kata banyak yang pahit untuk ditelan..dalam blog mungkin korang tak berapa perasan..hakikatnya aku sendiri yang tau very down nya this year...dan aku cuma  harap 2011 akan lebih bawak banyak kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup..

Cuma apa saja yang berlaku pada tahun 2010 lebih memberi pengajaran pada aku dan family..Untuk tahun 2011 aku cuma nak baiki apa yang lemah dan kurang pada tahun 2010..itu je..
Cuma nak share yang best sikit 2010, bila naik gred jawatan, gaji naik sikit dan ada tambahan cuti. Dan lagi satu, aku berjaya jaga cuti tahun ni dari habis terus dan jaga kesihatan anak2 aku..alhamdulillah..takderlah perkara2 duka macam 2009 bila zara asik kena warded je kan..alhamdulillah..ha, itu jelah kot...lain2 takder...

So aku harap 2011 akan membawa cahaya dalam kehidupan aku sekeluarga, i'allah..mudah2an..Amin.

Selamat Tahun Baru pada semua..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...