Wednesday, December 29, 2010

Yeay!!! Malaysia menang..

Salam,

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana menjadikan impian rakyat Malaysia satu kenyataan..akhirnya pasukan Malaysia berjaya jugak menang Piala AFF Suzuki 2010..Walaupun malam ni tewas 2 gol tapi sebab game aritu dah dapat 3 gol, so kita menang dengan aggregat 4-2.......Tahniah pada semua pemain dan jugak pada jurulatih, K.Rajagobal.

Sebab bola, semua rakyat Malaysia bersatu padu menyokong pasukan Malaysia..yang tak minat bola pun turut sama minat..tak caya gi lah nengok facebook dengan twitter..masing-masing pun berdebar-debar ngan sibuk nak jadik pengulas sukan..hehehe..

Dan disebabkan bola jugak, rumah aku malam ni huru hara tuh..makan malam lambat, dapur tak berkemas..senang kata bersepah la..serabut tuh..

Secara jujurnya, aku rasa goalkeeper kita, Khairul Fahmi tu patut dinobatkan sebagai pemain terbaik malam ni..kecekapan dia dapatlah selamatkan beberapa cubaan dari indo kannn..hehehe

Tahniah pada Mohd Safee Sali yang dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak...

1 comment:

  1. hai..i'allah nanti saya datang blog awak ye..tq sebab follow..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...