Senang cerita semalam aku ke melaka..saja pusing2 jalan2 bawak budak-budak..actually cuaca tak menyebelahi..tapi kitaorang proceed saja..takderlah hujan lebat ke..cuma suam2 gitu plus renyai2 seadanya...
Memula nak pegi Melaka Wonderland plan asalnya, tapi dibatalkan kerana cuaca yang tak best..karang kalau zara dah demam, satu hal pulak...so bebila la kita boleh pegi lagi la eh...Tapi kan, walaupun hujan, still ramai orang tau..berderet kereta...sanggup diaorang berpayung semua...
Memang Melaka ni hebatlah..sumber pendapatan diaorang memang mostly dari pelancongan..kereta-kereta banyak dari luar je, dari Singapore pun ada..memang best..:)
So, tempat pertama aku tuju ke JJ dulu, memandangkan zarif nak sangat main kat zone game tuh kan..gambar aku upload nanti la..gambar pun biasa2 je..lepas tu terus lunch kat JJ jugak..
Cumanya aku nak citer, kejadian yang tak penah berlaku kat aku TAPI terjadi semalam..Sebenarnya aku period dan baru masuk hari kedua..Memang agak heavy...But aku stay cool je..
Yang tak bestnyaaaa...sampai Jusco je, baru keluar keta je, mrhubby kata aku bocor..bocor ok..dahlah aku pakai baju senteng, ngam2 jer..memang confirm la nampak kebocoran itu..wahhh..tak suka laaa...:(
Maka, dipendekkan cerita, terpaksa lah aku mengeluarkan duit untuk membeli sehelai baju yang murah tak murah laa..bawah 30rm iaitu 29 rm..hmm..terpaksa lorr..semata2 nak cover kesan kebocoran tuh...
First time tuh terjadi dalam hidup aku..tak penah pun sebelum ni...
Baju tu sebenarnya walaupun labuh tapi cam seksi sikit..tu pasal aku ada cover2 sikit..sometimes rasa cam 'naked' pun ye gak..hmmm....
No comments:
Post a Comment