Salam,
Nie berita dari kosmo yea..
Seorang pensyarah tidak menyangka kehadiran kali pertamanya ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 di sini semalam membawa tuah.
Ahmad Udin, 54, pensyarah Pendidikan Islam dari Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan telah dipilih sebagai pengunjung ke 1.5 juta pameran tersebut.
Berikutan itu, dia membawa pulang hadiah tiket penerbangan ke Australia, lima biji nangka gergasi bernilai RM3,000 dan seekor kambing kacukan Boer.
"Belum sempat melawat tapak pameran, saya sudah ditarik oleh ahli jawatankuasa dan diumumkan sebagai pengunjung bertuah," katanya selepas menerima hadiah daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.
Tahniahlah ye..
Kenapa aku suka nak letak entry ni? pasal aku dah lama berangan nak dapat cam dia dapat..
"Tahniah! anda adalah pengunjung Jaya Jusco yang ke 1234...hadiahnya adalah membeli belah secara percuma selama satu hari suntuk..belilah apa saja tanpa limit!" Syoknyaaaa!
"Tahniah! anda adalah pengunjung Baby Shop yang ke 5678...hadiahnya adalah pampers, susu dan barangan jagaan bayi selama setahun!"
"Tahniah! anda adalah pengunjung Jakel yang ke 8910...hadiahnya adalah membeli belah kain ela tanpa limit harga selama satu hari!"
Bestnya lah kalau hadiah cam gini kan...pasal aku memang selalu berangan nak dapat pengunjung bertuah..tapi sebab mengharapkan hadiah yang bukan2 maka Tuhan tak makbulkan impian aku..haha..padan muka..
Kesimpulannya, jangan terlalu mengharap..rezeki tu akan datang tergolek-golek dan tanpa diduga...
No comments:
Post a Comment