Banyak-banyak berita hari ini, aku cukup tertarik dengan berita ni..
KUALA LUMPUR 26 Dis. – Perbincangan masalah rumah tangga secara terbuka di laman sosial Facebook semakin menjadi trend di kalangan pasangan suami isteri yang berdepan konflik perkahwinan.
Trend itu bukan sahaja mengeruhkan keadaan malah diibaratkan seperti membuka pekung di dada.
Sedangkan masalah tersebut seharusnya dibincangkan secara tertutup bersama pasangan masing-masing.
Buktinya, penyelidikan Utusan Malaysia mendapati, salah satu kumpulan dalam Facebook iaitu Kisah Rumah Tangga amat popular di kalangan pasangan suami isteri teraniaya.
Ia menjadi medan perbincangan dan luahan perasaan dalam mendapatkan khidmat nasihat berhubung konflik rumah tangga mereka.
Amat mengejutkan, ruangan mengandungi hampir 200 kisah dan konflik rumah tangga itu turut mendapat ratusan maklum balas serta pandangan daripada ahli kumpulan tersebut yang terdiri daripada 65,945 orang.
Membicarakan fenomena ini, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Keluarga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan berkata, komunikasi lemah antara pasangan dikenal pasti punca suami atau isteri beralih kepada Facebook atau laman sosial lain.
“Saya dapati pasangan suami isteri hari ini terlalu mudah mempercayai dan meluahkan perasaan mereka kepada orang yang tidak dikenali di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.
“Mungkin mereka fikir cara itu dapat meredakan tekanan. Hakikatnya, ia juga memporak-perandakan hubungan sesama pasangan. Tambahan pula, semakin banyak kes perceraian yang berlaku disebabkan amalan luahan perasaan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru.
Kesimpulannya apa saja cerita yang dipaparkan kat drama or filem melayu, itulah hakikat yang berlaku di zaman sekarang...Matlamat perkahwinan dan pegangan agama kurang menjadi faktor kepada segala permasalahan ini yang mengundang banyak kesan negatif..ermmm..Dunia memang dah di akhir zaman...
No comments:
Post a Comment