Tuesday, January 25, 2011

Akhirnya katil itu kami yang punya!

Salam,

Selamat pagi..semalam takder update pun, huhu.
Semenjak dua menjak ni, aku n mrhubby rasa lapang sikit bila nak tido malam..kenapa ye? 

Ha, ni nak citerlah..Sejak lahir si zara tak penah berenggang tido dengan aku..kiranya ada dia la di antara aku dengan mrhubby..Ntah kenapa la pulak kebelakangan ni, dia dengan tiba-tiba nak tido sendiri kat tilam bawah..si zarif pulak takmo tido kat tilam yang lebar tu tapi sanggup nak tido kat lantai je pasalnya dia kata panas..ha, tak kisahlah tu..

Dan, belum masuk seminggu lagi si zara tido sendiri kat tilam bawah (masih sebilik ngan aku lagi), boleh dia tido dengan cool je..bayangkan tilam besar tapi dia sorang je kecik yang tido situ..tak banyak karenah..huhu, sangat mengagumkan!

Aku mestilah suka kot..yelah, dah lama rasanya tak tido di atas katil berdua kecuali masa belum dapat anak-anak lagi..hehe..akhirnyaaa..lapang sikit katil tu..:)

2 comments:

  1. salam jemput join our giveaway & help Rumah Titian Ashraful Rohaniah..

    zar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...