Monday, November 22, 2010

Duit takkan datang tergolek-golek

Salam,

Entah semangat apa yang datang kat aku petang tadi pun aku tak tau..sebenarnya lately ni la kan, aku memang dah rasa boring sangat dengan kerja, tapi tak bermakna yang aku kena berhenti kerja..ingat senang ke nak berhenti kerja...
 
Cumanya rasa zaman ini perlu buat kerja sampingan untuk menambahkan pendapatan..rasanya semua orang pun ada buat part time..aku nak duittt..ingat kalau jerit nak duit, duit-duit tu akan datang percuma dari langit macam hujan turun mencurah-curah atau duit tu nak datang tergolek-golek kat aku? hmmmm..tak mungkin...

Yer, aku ter 'inspirasi' dengan sendirinya dengan bakat dan kelebihan Puan Hanis
Apa yang dia mampu beli semua pun mengujakan aku...Apa yang dia buat semua pun menjeleskan aku..Dari sorang surirumah sampailah ke bisneswoman..Aku nak jadik macam dia tapi aku kena usaha, setakat cakap je tak payahlah..tapi tak bermakna aku nak jual Premium Beautiful..

Sama jugak lagi sorang yang aku ter'inspirasi' dengan adik aku sendiri, Mai
Dari sorang yang tak reti jahit macam aku, tiba-tiba dengan magiknya boleh menjahit dan boleh menjual...arrhhhh..jeles-jeles..Jeles sebab benda baik tak salah..

Memang..memang aku nak kaya..bukan kaya raya sangat, maksudnya nak senang..nak ada duit lebih, nak jadik manusia yang kuat semangat, yang tak peduli cakap orang..Sebenarnya semua orang boleh buat, semua orang pun boleh jual apa saja, dari barang yang mahal harga ribu ataupun semurah dua ringgit pun..

Aku percaya pada kuasa membeli manusia..jugak aku percaya semua orang kena usaha dan perlu ada pengorbanan..Yup...aku akan cuba..aku cuba buang segala sifat-sifat negatif, i'allah..

Sampai bila pun aku takmo ada kat takuk lama..aku nak jadik macam mereka..semua orang pun ada magis tersendiri..Nak duit kena usaha, takder duit yang datang free-free kat ko..

Dan, i'allah aku cuba buat..aku percaya pada USAHA DAN TAWAKAL..Usaha dan jugak perlu mintak tolong dari Tuhan, perlu jugak dapat restu dari keluarga tercinta..i'allah..doa-doakanlah ye..

Aku memang ada misi tersendiri tahun depan..Terus terang tahun ni bukan tahun yang baik untuk aku..Mungkinkah ada cahaya tahun depan..kita tunggu je..aku takmo cakap lebih-lebih, nampak cam poyo je..baik usaha dulu okeh...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...