Wednesday, March 09, 2011

Tragedi di harijadi

Salam,

Oh...terima kasihlah bebanyak pada mereka-mereka yang wish untuk birthday aku semalam baik melalui facebook ataupun sms..thanks a lot..

Dan petang semalam jugak, aku amik half day konon-konon nak spend time 2 orang je ngan mrhubby..Ala bukan ke mana pun..makan je..Lepas dah makan-makan, aku ajak mrhubby pergi ke pusat pos laju kat Taman Bukit Pasir pasal nak amik parcel..Kat sini cerita bermula..Baca betul-betul eh..:)

*Note: Kami berdating naik kereta kancil aku..Kereta kancil adalah subjek utama dalam cerita ini..

Ok..sementara menunggu mrhubby pergi mengambil parcel, aku tunggu dalam kereta sambil enjin kereta dihidupkan..Tunggu penuh kesabaran gitu.

Dekat luar kereta aku ni ada sorang apek sedang berdiri sambil tunggu seseorang la..Apek ni dah nengok aku semacam je..Aku cuak la..Risau gak, dia ni baik ke jahat..Sesambil dia nengok aku ni, aku dah kunci kereta..Risau kang tetiba dia bukak pintu kereta, payahlah pulak..

Sesambil tu aku nengok-nengok apek tu jugak..lepas tu dia macam nak say something kat aku sambil tunjuk2 kat keta aku..Ler, apahal la apek ni kan..Dalam hati aku dah fikir "ko nak buat taktik apa ni, nak culik aku ke?"

Aku pun keluar dari keta, dan dia tunjuk kat aku, ada air bocor dari keta aku...cam kaler hijau gitu..sumpah banyak giler...mengalir jerr...wahhh..aku dah cuak dah..aku fikir minyak ke? adakah keta ni nak meletup ke apa?

Apek tu tanya aku, "Temperature keta tinggi ke?" "Nie coolen bocor ni.."

Aku macam perempuan berlagak dalam risau masih lagi nak tunjuk ego pandai..aku pun dengan bangganya pegi nengok kat temperature keta dan jawab balik kat dia...."eh, takderlah..ok je..tak tinggi pun, lagipun i baru hantar keta ni pergi servis"..padahal kan, jarum tu kan dah kat tengah-tengah antara C & H (COLD & HOT)...(memang naif la aku..) dan aku terus tutup enjin keta..


Lepas tu dalam ego tu, aku tanya apek tu balik, "ni bahaya tak? kang keta meletup ke?"

Apek tu jawab, "tak bahaya tapi ni mesti temperature tinggi..saya ni mekanik..saya tau..."

Ok..apek tu mekanik ok..dan dia suggest aku bawak keta pegi bengkel..sebelum tu aku dah call mrhubby bagitau hal ni..dan mrhubby pun masuk dalam keta, bila hidupkan enjin dia kata....."haah la, ni temperature tinggi ni..."

Oh..betapa sengalnya aku jawab kat mekanik tu tak tinggi pun temperature..ceh, konon nak berlagak pandai depan mekanik..hahaha..(tiba-tiba termalu sendiri..)

Dan kebetulan pula bengkel dan mekanik yang selalu kitaorang pergi adalah di belakang pusat pos laju itu saja..(Ni banyak kebetulan dan takdir Tuhan jua..)

Dan, bila masuk bengkel tu je, bukak enjin je, habis dah berasap-asap keta aku..waaaaa..sadis..sadiss..

banyak jugak benda nak di'repair'..
mrhubby yang dah bosan..
300 lebih terbang begitu sajaa...:(

Ohhh..dekat 2 jam lebih kat bengkel tu tau..dan untuk pengetahuan semua, balik kerja pukul 2.30 gitu terus gerak ke bandar, tu pasal mrhubby pakai kemeja lagi dan aku ayu berbaju kurung duduk di dalam bengkel..

Kesimpulannya pukul 5 lebih petang semalam baru kitaorang keluar dari bengkel keta, aku mintak tolong kak lela amik zarif dari sekolah dan kak lela tumpangkan zarif dan zara kat umah member aku..Nasib baik..alhamdulillah..

Semua yang berlaku adalah ketentuan Tuhan..semua punya cerita tersendiri..

Dan aku bersyukur kerana kejadian ini berlaku di bandar, berdekatan dengan bengkel yang biasa kita hantar..Dan aku bersyukur jugak dan harus ucapkan terima kasih pada apek yang bagitau kereta aku bocor tu..Terima kasihlah apek..........Terima kasih jugak pada kak lela kerana sanggup amik zarif balik sekolah..Terima kasih jugak kat member aku pasal sanggup nengokkan zarif n zara sementara tunggu kitaorang balik dari bandar....

Haruskah aku sedih? Ketawa? Pasrah? Oh...aku redha atas segalanya, Tuhan...............

4 comments:

  1. syukur tak kena tgh2 jalan...klu dak jenuh gak tu..byk hikmah...now nie think positif jek..mana tau kot2 klu ditakdirkan kete tu tak blaku hari tu..blaku hari lain n tak de sape bole tlg..mmg haru kan...

    so clebrate mana bday ;)

    ReplyDelete
  2. Memang betul pun kak dayah..kita redha saja..tu pasal kita cakap alhamdulillah..segala yang berlaku atas ketentuan Tuhan kan..Tuhan dah aturkan cerita yang baik untuk kita..Bday tak celebrate kat memana..Kita makan-makan dengan suami saja..

    ReplyDelete
  3. Syukur alhamdulillah tak terjadi di tengah jalan. mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...