Monday, March 07, 2011

Kerana takutkan polis..

Melopong tido..

Punyelah syioknya tido..

Salam,

Hari tu member aku kata, berkuatkuasa bulan Mac ni, sapa tak pakai talipinggang kaledar kat tempat duduk belakang akan disaman, iye ke? Betul eh?

Disebabkan takut dengan polis, makanya aku kena buat sesuatu..Mungkin orang rasa dah lambat tapi rasanya perlu kot.

Sekarang aku duduk kat depan cam biasa..Zarif kena duduk kat belakang pakai tali pinggang dan zara kena duduk balik kat car seat ni semula..Beli dari zaman baby, tapi tak nak dilatih dari awal. Jadinya sekarang aku keluarkan balik seat ni.

Memula dia takmo pakai, tapi aku gertak2 dan psiko dia..kata polis nak tangkap kalau takmo duduk kat sini. Lepas tu aku cakap lagi, kalau tak duduk kat sini, nanti hantu limah ada kat tepi tingkap tu..waaa, gila kejam aku..Tapi terpaksa la..Bila dah cakap gitu, dia boleh duduk dengan baik dan sopannya..:)

So sekarang, insyaallah keadaan ok..kena latihla kan..Iye, aku memang takut kalau kena saman dengan polis..Sebab takut jugak jadikan aku berdisiplin..hehe..eleh, korang pun cam gitu gak kan..berapa kerat jelah yang betul2 ikut disiplin ni? Kannnn?

Kadang tengah jalan tiba-tiba nampak road block baru menggelabah nak pakai tali pinggang la apa la..kann? jangan nak tipu..hahaha, aku la yang selalu cam gitu..Tapi lepas ni serius aku kena berubah pasal zarif pandai lawan balik aku cakap..Sungguh2 aku suruh dia pakai seatbelt lepas tu dia sound aku lak, "Ibu tu kenapa tak pakai tali pinggang? Suruh kita pakai tapi diri sendiri tak nak pakai.." Ha amek ko...Direct je, rasa bagai ditampar-tampar pipi ni..huhu..

Makanya, marilah sesama kita praktikkan pemakaian tali pinggang keledar dan patuhilah peraturan..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...