Friday, April 11, 2008

Dah sah dah...

semalam aku cuti sesaja..lagipun rasa mcam tak best je badan aku..aku tak antar zarif ke taska..biar dia tinggal ngan aku je..tetiba rasa mcam nak spend time ngan dia..nengok cd transformers ngan dia, main kaler2 ngan dia..rasa best sangat. Nak masak tapi terasa malas pulak..pasal badan mcam tak best..petang baru aku masak.
hari nie aku naik kerja dan kat atas meja ada surat untuk aku..heheh..surat pengesahan jawatan..akhirnya..aku disahkan dalam jawatan pada 28/3/2008..bestnya..bila dah sah barulah rasa puas...diam tak diam hampir 3 tahun aku bekerja..16/5 nanti genaplah tiga tahun aku kerja kat uthm..baru lagi..hijau lagi pengalaman..i'allah tahun depan aku nak amik ptk..nak meningkatkan pengetahuan di samping membaiki tahap kerjaya aku..so dari sekarang aku kena belajar....

My love..My heart..

me & hubby




zarif & his frog (acting je nie..)

konon2 frog gigit tangan..hehe..






Wednesday, April 09, 2008

Me getting older..29 years old.

kek aku (lilin 2 je buat syarat..)

with zarif



8 Mac 2008...alhamdulillah..masih dipanjangkan umur lagi..genap 29 tahun hari ini..rasanya masa berlalu cepat sangat..nearly 30's..at this point aku cuma mengharapkan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan dari segala penyakit yang teruk..pada aku bila umur makin meningkat kesihatan adalah perkara utama perlu diambil perhatian..tambah2 lagi orang mcam aku yang memang MALAS nak bersenam, TAK SUKA nak makan sayur sangat, TAK SUKA minum susu, KURANG minum air masak, KURANG makan buah, SUKA makan ayam, TAK SUKA nak ambil supplement..so AFTER THIS..IMMEDIATELY i have to change my lifestyle..The problem is "BOLEH KE?" Sebenarnya BOLEH sangat..tapi kalau hidup nie terlalu banyak alasan, yang BOLEH tu memang jadi TAK BOLEH dan MALAS..apa pun i HAVE TO DO & I MUST DO IT! apapun i'allah aku cuba dan akan berubah untuk kesihatan diri sendiri..by the way birthday aku nie nothing special..just beli cake and celebrate kat umah mak abah..beli kek tu biasalah buat syarat..janji zarif happy boleh tiup lilin..heheh..hadiah? at this age tak pernah harap apa2 hadiah pun, cuma sentiasa berdoa hidup aku dimurahkan rezeki, disayangi sentiasa, dikelilingi orang2 yang tersayang..itu dah memadai dan hadiah paling berharga buat aku.


Monday, April 07, 2008

stress...rilekss k..

erm..aku pun tak tau..stress? actually aku nie jarang stress..tak reti pun nak stress2 nie..cuma yang membingungkan aku dah hampir 3 minggu tak datang period..tak taulah naper..selalunya tak pernah lewat datang..aku pun dah confuse. bila buat test dah 4 kali dah semuanya NEGATIF..kalau ada best gak..and then aku mintak advice mak..and mak pun dah tanyakan pakar dia and jawapannya adalah 'DR. PAKAR KATA JANGAN STRESS. ITU DELAYED MENSES. JANGAN STRESS. BUAT RELAX JER..' erm..oklah..aku pun malas nak pk..biarlah..nak period ke taknak ker..biarlah..as long as takder penyakit yang teruk..tapi kalau pregnant best gak..zarif pun dah besar...lagipun rindu nak ada baby lagi..aku pun tak merancang tapi lum ada REZEKI lagi..takper..rileks..rilekss.....apapun aku tumpang happy bila best friend aku dah pregnant..congratulation is...jaga bebaik k...

Friday, April 04, 2008

Makan-makan kat umah mak

zarif with nasya

kek spiderman untuk zarif



cuba cari mana zarif? hehe

my friends

 
Birthday zarif tahun nie buat kat umah mak..kali ni mai tolong sponsor untuk buat majlis zarif..apa yang ada di majlis kira oklah..aku bersyukur seadanya walaupun ada masalah teknikal sikit mai tertinggal barang2 untuk majlis nie..tapi aku tak kisah..nie kira majlis besar untuk zarif lah walaupun tak sebesar mana..tapi aku happy..paling penting my FIL and MIL dapat datang..ipar dan biras aku datang..makcik and cousin serta jiran terpilih dapat datang..tu semua dah buat aku hepi..hehehe.dan paling best gak..kawan2 aku yang terpilih pun dapat datang..memang suka sangat..mana makanan yang tak abis tu anggaplah aku sedekah..paling penting zarif hepi..apapun nak ucapkan terima kasihlah pada mai yang sanggup bersusah payah untuk majlis nie dan buat zarif hepi..tq pada mak & abah sanggup bagi ruang kat umah untuk majlis..tq pada semua yang datang and tq pada sesiapa yang bagi hadiah & tq pada sesiapa yang menaja apa saja (mkanan dll..)..as long as zarif hepi..i'm happy too.





Yeah..akhirnya dapat gak...



Hari Keluarga UTHM telah berlangsung pada 02/02/2008..nie 1st time aku datang family day nie..hepi gaklah..dapatlah berkenalan ngan kengkawan baru, jumpa kengkawan yang lama tak jumpa walaupun kerja satu universiti..ramai yang datang pasal semuanya nak tunggu hadiah cabutan bertuah..nengoklah sapa yang bertuah pasal hadiahnya memang best2..aku pun penat gaklah tunggu sampai ke tengahari..agak2 sampai kul 1 mcam tak naik je nombor aku, aku dah boring..dah tahap lepak dah..su awal2 dah balik, pasal dia dah menang cabutan bertuah..jeles gak.hehe.aku cakap kat hubby "jomlah balik..tunggu2 pun watper..buang masa je kalau nombor tak naik..mungkin bukan rezeki.."(dengan nada kecewa) tapi sebelum balik aku sempat pesan kat asrol "kalau nombor akak naik, tolong amikkan eh" (masih mengharap lagi tuh..) sampai umah..aku dah lepak..baring2 jap..pastu tertido..tetiba aku tersedar ada msg kat hp, ina bagi -"uda, no kau naik..kau dapat dapur gas" mcam tak caya je..naper lah aku takder kat sana..tulah tak sabar..kalau sikit lagi sabar kan best..glamer sikit amik hadiah..apapun thanx asrol tolong amikkan hadiah..syukur alhamdulillah..

Zarif 3 years old..





'happy birthday to u..happy birthday to u..happy birthday to zarif..happy birthday to u..' 31/1/2008 genaplah usia anak aku yang ke 3 tahun..alhamdulillah..zarif sihat dan ceria..semoga zarif akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang sempurna..semoga anak ibu ni akan jadi anak yang soleh dan boleh jaga ibu dan abah nanti k..by the way birthday dia jatuh hari khamis..and aku dah plan nak buat majlis dia on sunday..nak buat saturday takleh coz UTHM ada buat hari keluarga..so terpaksa tunda lah..buat majlis kat umah mak..so ari khamis tu me & husband g lah kedai kek kat pt raja nie carikan kek yang comel je untuk zarif..jadiklah wat syarat dia untuk tiup lilin ngan potong kek..yang penting dia happy..


hai..

sebenarnya perkara yang paling malas aku nak buat adalah update blog..bila orang ada blog aku pun sibuk nak ada..tapi taklah canggih mcam blog orang lain..tapi bila time update tu yang paling malas..hari2 berniat nak update blog...tapi tak buat2 gak..baru nie lah berkesempatan..tapi aku akan kongsi dan cerita perkara2 yang aku ingat dan meninggalkan kenangan pada aku jer..ok...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...