Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday, February 19, 2010

Kadang2 kita lupa pada janji..

Kadang2 kerja mmg lerr sangat memenatkan, mana nak layan karenah2 individu2 yang berbeza perangai ngan kita..yang tu perangainya gitu..yang nie perangainya cam gini lak..yang tu lak tak reti bahasa..

kadang2 rasa lak nak marah bila kerja2 yang patut leh habis dalam sehari tapinya tertunggak, plus dtg lak kerja2 lain ataupun kerja2 yang bukan kerja kita, tapi kita kena buat..
Kita kan manusia jer..semua manusia ada perasaan..so tak salah kalau kita rasa nak marah, nak tension kan..tu adalah lumrah..
Tapi aku selalu ingatkan diri supaya profesional, dan berfikir positif..mmg boleh marah tapi aku takmau marah pasal aku baik..(hehehehe)
Memanglah tertekan tapi kan itu part of life and works..lagipun bukan selalu..sometimes tekanan tu perlu dalam hidup pasal nak jadikan kita manusia lagi tabah..

Cuma, kalau agak2 aku mcam dah lupa diri..aku selalu ingatkan diri..
"huda, dulu kau takder kerja..susah nak cari kerja.."
"baper banyak surat mintak kerja kau hantar dulu?"
"baper banyak tempat kau gi interview dulu?"
"dulu, kau selalu janji, kalau dapat kerja, taknak memain, nak kerja sungguh2.."

So, peluang dah dapat..dapat naik gred lagi, naik gaji..takkan nak kerja memain kan..
kenalah bebetul..so aku mmg selalu kena ingatkan diri supaya tak mudah lupa..
ingat asal usul aku yang susah nak kerja dulu after grad..

Nie dapat kerja kerajaan lagi, dah tentu2 terjamin hidup..
so, jangan lupa diri k..


Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan ke-5

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-5 hari nie..And this morning first day sahur di rumah sendiri..kalau kat umah mak makan nasi tapi sharul mmg kurang makan nasi masa sahur..dia lebih prefer roti atau oat..and i'm the one yang very flexible..hehehe..kalau ikutkan tekak sungguhlah nak makan nasi kan..tapi pasal nak jimatkan masa, maka buat 1 menu saja yang sangat simple..roti+tuna+baked beans+sosej comel rebus...oklah..kenyang gak..:)
Sebenarnya tak tau nak citer apa, tapi rasa seronoklah start dari semalam abang dah boleh antar aku g kerja..maklum jelah simen tangan dah bukak...hehehe..kalau ikutkan dah baik cuma tak kuat nak genggam..so kena buat fisio kat hospital..
One more thing, starting today, i'll be alone at the office, officemate aku kena pindah office..actually aku kan setiausaha..dia pun setiausaha gak..tapi dia kena pindah and jaga bos lain, so takder orang yang akan replace tempat dia maka i'll take over all her works..means aku kena jaga 2 bos yer..:) kalau ikutkan rasa mcam berat tanggungjawab tu tapi dalam masa yang sama aku akan anggap nie semua tanggungjawab dan amanah..Unsur perbandingan pasti akan ada tambah pulak aku pun baru 5 bulan kerja kat fakulti so banyak benda aku kena belajar..apapun aku cuba jadik diri sendiri..nak puaskan hati semua orang mmg tak boleh..mesti ada + & -..harap2 aku leh buat yang terbaik lahh...positive ye nurulhuda....;)

Wednesday, July 01, 2009

Update

Hampir seminggu tak tulis apa2 kat blog, asik jengah blog orang je..tak sempat nak update atau dalam istilah lain M.A.L.A.S...plus sekarang nie budak2 lepasan SPM baru je mendaftar masuk U so aku mmg agak bz..tambahan lagi aku setiausaha pada Timbalan Dekan (Akademik). Banyak hal ehwal akademik yang perlu aku amik tau, walaupun adakalanya tak paham langsung..tapi sebagai setiausaha yang bijak, aku perlu ambil tau tentang hal2 akademik mahupun perkara2 yang berlaku di dalam fakulti walaupun perkara2 tu langsung takder kaitan ngan aku..Kadang2 segan gak kat bos aku..bila aku bagi surat2 nak mintak ttgn ke atau apa2 untuk tindakan dia, dia akan tanya aku balik benda2 yang berkaitan ngan akademik..aku lak mcam blur ngan selamba leh kata kat dia 'err..tak tau..' @ 'tak pastilah Prof..' ada ke patut? mmg tak patut pun..alasan aku yang logik: dia kan orang akademik, Profesor lagi tu, takkan tak tau (nie cakap dalam hati jer)..hehehe.. so I have to change my attitude..jadik lately nie segala mcam surat2 yang berkaitan ngan akademik aku akan baca betul2 dan berkali2 bagi paham bebetul..at least bila aku mengadap bos, aku da get ready ngan jawapan2 yang agak brilliant..

Friday, June 06, 2008

Stress huh?


I never feel like this..but this time i'm a little bit stress..really stress for this situation..maybe orang fikir perkara nie kecik jer..tapi pada aku agak besar kot..suppose 6-8 jun nie pusat kesihatan tempat aku kerja nie nak buat mesyuarat pemurnian fail meja dan manual prosedur kerja..so sedari awal aku dah book the hotel..but maybe lack of communication and misunderstanding so we have to cancel the booking last minute..arrrggghhh..aku terasa sangat STRESSsssssnya kali nie..kerana aku rasa bertanggungjawab atas segala kesalahan tu semua..maklum jelah masa tu cuti sekolah..and my friends dah janji ngan anak masing-masing nak g hotel mandi kolam semua..so aku rasa bersalah yang amat sangat..nak angkat muka pandang muka member2 pun rasa bersalah..apatah lagi bila dah batal nie, masing2 dah mula cari tempat nak bawak anak masing2 bergembira..by the time aku tulis blog nie aku sepatutnya dah on the way ke hotel tuh..huhuhu.skang nie aku cukup rasa bersalah, nak gelak rasa macam tak patut pulak..aku rasa mcam diri aku tengah berkabung pulak..ntahlah ek..yelah aku dapat rasakan perasaan masing2..walaupun g hotel tu atas dasar kerja tapi dalam masa yang sama diaorang nak bawak anak masing2..hmm..aku tak taulah bila rasa bersalah aku nie akan hilang..maybe bila bos aku nak marah aku ker, taknak tegur aku seminggu ke mungkin aku akan ok kot (??)..ntahlah..tapi secara peribadinya di blog ini, SAYA INGIN MEMOHON MAAF KEPADA RAKAN DI PKU ATAS KEJADIAN YANG TIDAK DISANGKAKAN INI..Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada aku untuk menjadi insan yang lebih cekap dan lebih teliti dalam menghadapi tugasan harian..mudah2an juga aku akan menjadi insan yang lebih tabah dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mendatang..

Friday, April 11, 2008

Dah sah dah...

semalam aku cuti sesaja..lagipun rasa mcam tak best je badan aku..aku tak antar zarif ke taska..biar dia tinggal ngan aku je..tetiba rasa mcam nak spend time ngan dia..nengok cd transformers ngan dia, main kaler2 ngan dia..rasa best sangat. Nak masak tapi terasa malas pulak..pasal badan mcam tak best..petang baru aku masak.
hari nie aku naik kerja dan kat atas meja ada surat untuk aku..heheh..surat pengesahan jawatan..akhirnya..aku disahkan dalam jawatan pada 28/3/2008..bestnya..bila dah sah barulah rasa puas...diam tak diam hampir 3 tahun aku bekerja..16/5 nanti genaplah tiga tahun aku kerja kat uthm..baru lagi..hijau lagi pengalaman..i'allah tahun depan aku nak amik ptk..nak meningkatkan pengetahuan di samping membaiki tahap kerjaya aku..so dari sekarang aku kena belajar....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...