Wednesday, October 28, 2009

Selepassss...







Sebelum & Semasa..









Kenapa lama tak update?

Kenapa? sebab zara warded lagi di HBP pada 8/10 hinggalah 12/10/2009..uhh..sangat mencabar dan sangat tragik.kenapa di warded? pasal demam panas akibat jangkitan kuman..plus aritu mcam ada sawan sikit tapi dr kata tak jelas resultnya..yelah zara pun bukan sawan yang kritikal cuma kata mak dia kaku dan mcam takder respon je time kejadian tuh..adus..aku mmg tak leh lupa that moment..kalau boleh tak nak ingat langsung..pasal bila yana call aku cakap zara dah biru dan tak respon apa2..aku dah cuak..dalam kereta dari pt raja ke umah mak aku cuma diam jer..fikiran dah bukan2..nak nangis ke tak, aku pun tak tau..aku cuma diam dan berdoa je..just think positif tapi dalam masa yang sama aku tak ready nak dengar anything berita buruk..huhuhu..dalam masa on the way tu aku dah suruh yana call ambulan dulu..on the way ke hospital, aku, mak n zara naik ambulan..aku dah agak zara akan admit pasal mmg dia demam panas..sampai kat hospital pun dah 40 darjah..tinggi tuh..so kesimpulannya zara mmg kena duduk wad selama 5 hari 4 malam..nasiblah before this aku mmg dah penah duduk hospital..so kali nie aku dah mcam expert kot..dah tak kekok mcam pertama kali zara admit..zara ditempatkan dalam wad yang kebanyakan budak2nya mmg ada penyakit sawan..alhamdulillah berkat doa dan juga hasil rawatan doktor2, doktor2 pakar di wad kanak-kanak hospital batu pahat akhirnya zara kembali sihat..



Selamat Ulangtahun sayanggg...(ikut versi lagu imran ajmain)


Salam kembali setelah aku menyepi agak lama..huhu..later akan diceritakan..by the way hari ni entry khas ini ditujukan buat suami tersayang En. Shahrul Faizal bin Jaafar..ok, kalau baca entry nie dan kedengaran agak jiwang sori lah..actually aku nie bukan lah romantik maupun jiwang orangnya..huhuhu..Selamat Hari Lahir @ Happy Birthday to u abang..b doakan semoga abang panjang umur n murah rezeki dan menjadi pelindung yang baik dan bertanggungjawab kepada kami sekeluarga & moga Tuhan berikan kesihatan yang baik sentiasa..huhuhuh...:) Tahun ni no surprise present dari aku..aku dah bagi pun last wk dan abang pun dah selamat pakai..hehehe..
Umur abang? 32 tahun dahh..dah 2 anak pun..tapi kan semua cikgu2 sekolah ingat dia bujang lagi n tak percaya dia dah ada anak..iyerr ker? hmmm..tak kisahlah..aku ok je..:) Love u..

p/s-pagi nie zarif tanya aku 'hari nie bday abah eh? kenapa abah sekolah?' ler..aku jawab balik 'abis tu takkan nak cuti lak.'huhuhu.


Friday, October 02, 2009

Again Zara!




Yer, again n again..kena selalu sabar..tak apa..mmg diakui zara senang kena demam..tak mcam abang zarif..tapi takper, aku dah lali..tak semestinya 2 beradik serupa kan..mesti ada perbezaan, kalau si abang senang, sebaliknya pulak si adiknya..
Tapi tak teruk sangatlah..mcam biasa bagi ubat, jelum jer ngan towel basah2..zara mmg perlu diberi perhatian lebih sikit, nasib zarif memudahkan semua walaupun a bit nakal...a bit ker? hehehe..tapi it's normal for kids age macam zarif tu, aku kena admit lah..rasa2 jiran2 aku nie dengar suara aku setiap pagi n magrib..aku try to control..dari lembut sampai lah ke nada yang tak sepatutnya..ermm..
Tapi mana ada emak yang tak sayang anak kan? sayang semuanya..sayang yang tak berbelah bagi lagi, kalau boleh aku taknak ada istilah pilih kasih..tapi dari sekarang nak kena didik..kalau terlalu berlembut pun payah gak..yang penting dari sekarang nak ajar bagi dia bezakan mana yang betul dan salah..
Kalau boleh nak mcam zaman aku n adik beradik dulu..baru kena panggil ngan abah, semua dah tunduk, tak berani bersuara..abah baru cakap sikit dah nangis..itu tak kena pukul ke apa dah nangis..
Nie budak zaman sekarang, dah kuar rotan pun masih leh bersoal jawab lagi..mintak maaf tu mcam dah lali dah..tapi takper kena sabar dan sabar lagi..harap2 bila budak2 nie dah sekolah perangai pun akan berubah menjadi lebih baik..AMIN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...