Showing posts with label zara sakit. Show all posts
Showing posts with label zara sakit. Show all posts

Friday, October 02, 2009

Again Zara!




Yer, again n again..kena selalu sabar..tak apa..mmg diakui zara senang kena demam..tak mcam abang zarif..tapi takper, aku dah lali..tak semestinya 2 beradik serupa kan..mesti ada perbezaan, kalau si abang senang, sebaliknya pulak si adiknya..
Tapi tak teruk sangatlah..mcam biasa bagi ubat, jelum jer ngan towel basah2..zara mmg perlu diberi perhatian lebih sikit, nasib zarif memudahkan semua walaupun a bit nakal...a bit ker? hehehe..tapi it's normal for kids age macam zarif tu, aku kena admit lah..rasa2 jiran2 aku nie dengar suara aku setiap pagi n magrib..aku try to control..dari lembut sampai lah ke nada yang tak sepatutnya..ermm..
Tapi mana ada emak yang tak sayang anak kan? sayang semuanya..sayang yang tak berbelah bagi lagi, kalau boleh aku taknak ada istilah pilih kasih..tapi dari sekarang nak kena didik..kalau terlalu berlembut pun payah gak..yang penting dari sekarang nak ajar bagi dia bezakan mana yang betul dan salah..
Kalau boleh nak mcam zaman aku n adik beradik dulu..baru kena panggil ngan abah, semua dah tunduk, tak berani bersuara..abah baru cakap sikit dah nangis..itu tak kena pukul ke apa dah nangis..
Nie budak zaman sekarang, dah kuar rotan pun masih leh bersoal jawab lagi..mintak maaf tu mcam dah lali dah..tapi takper kena sabar dan sabar lagi..harap2 bila budak2 nie dah sekolah perangai pun akan berubah menjadi lebih baik..AMIN..

Monday, July 20, 2009

Air berubat

Pagi nie aku naik kerja setelah bercuti selama 6 hari. Semangat berkobar2 tu nak kerja..zara pun alhamdulillah sihat hendaknya..sesampai di ofis dan baru mengemas2 meja sambil menyelak2 segala dokumen..belum sempat pun nak bergosip ngan opismate, aku dapat phone call dari taska..alamak..dah rasa tak best dah..ngapelah pulak nie..janganlah zara wat hal lak..tadi pagi ok jer masa nak g taska..seperti diduga, pengasuh dia call beritau zara nangis2..taknak diletak..alamak..mcamana lak nie.takkan aku nak cuti lagi kot? dah cuti lama dah..so, aku bergegas g taska amik zara ngan pengasuh dia g carik umah orang yang pandai mengubat..tapinya orang tu takder g kl lah pulak..jadiknya aku ngan redha dan tawakal terpaksa lah letak zara kat taska jer..dia pun bukanlah nangis sepanjang masa cumanya takmau diletak jer..kalau boleh nak pegang je sepanjang masa..susah la kan..Aku janji petang akan bawak zara g umah ustaz lain plak nak g berubat..Aku bersyukur gak lah keja kat kawasan kampung mcam nie..pasal ada banyak alternatif dan orang2 yang bijak pandai dalam hal2 perubatan tradisional nie..
After balik kerja tadi, aku ngan hubby n bebudak pun g lah Kg Pasir Panjang, dekat2 sini gak jumpa ngan person yang terer bab2 mengubat nie..kitaorang bawaklah air mineral (telah dipesan oleh pengasuh anak2ku), nasib orang tak ramai...orang tu cuma tanya nama zara, nama aku ngan nama pengasuhnyer..pastu dia pun bawaklah air mineral tu g kat bilik lain dan buat per aku tak tau..tak lama pastu dia jumpa kitaorang bawak air yang dah dibaca2 kot ngan terang2kan apa yang patut dibuat..sangat simple dan senang..masa tu orang2 lain dah start datang..lepas settle semua kitaorang pun nak balik dah...tetiba kan si zarif nie bersuara;
Zarif: ibu, dah sudah ke ibu?
Aku: dah lah..kenapa?
Zarif: takkanlah mcam tu jer?
Aku: macam tu apa?
Zarif: yelah..takkan dia bagi air aje, kata ubatkan zara..
Aku: abis tu nak buat mcamana?
Zarif: kata ubatkan, baca lah doa kat zara ker..
Aku: takper..air tu dah berubat dah...
Sebagai ibu aku cuma berusaha jer mana yang mampu, yang lain2 semuanya dengan izin Tuhan jua..moga2 zara akan sihat sejahtera..Amin..

Wednesday, July 15, 2009

Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena..










Ahad merupakan hari huru hara aku dimana zara dimasukkan ke hospital pasal suspek jangkitan kuman paru-paru..blur, blank, serabut semua ada kat kepala aku time tuh..tak tau nak cakap mcamana..zara warded dari ahad sampai lah selasa. Memula aku cam berat nak masuk hospital tapi bila dah stay 3 hari kat situ plus dah bercampur ngan orang ramai, aku rasa sedih lak bila nak kuar..:) Kalau ikutkan aku suka duduk bilik sorang tak bercampur ngan orang ramai tapi once bila dah bergaul ngan orang ramai buat aku bersyukur dengan diri sendiri..ramai lagi orang yang menghadapi masalah lebih teruk dari aku..ada yang sakit jantung, sakit hati..sedihnya...kalau ikutkan aku nie sensitif, hati cair..tapi bila duduk kat wad kanak-kanak nie, aku kena keraskan hati sikit..hati mak mana yang tak luluh kalau dengar budak2 jerit 'sakit', merayu2 panggil mak, sakit kena cucuk ubat, taknak makan ubat semua...huhuhu..that's why aku takleh jadi doktor kot..hehehe..back to zara, pasal dia batuk berbunyi2 dia kena on nebulizer..6 kali dia neb dari isnin petang sampailah selasa pagi...nasiblah zara nie ikut kata..senyap jer..sesekali je menjerit..apapun aku bersyukur zara getting better..aku cuti this whole week pasal nak pantau kesihatan zara plus kena continue bagi antibiotik pada dia..hopefully by next week dia akan recover sepenuhnya...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...