Showing posts with label Zara Afina. Show all posts
Showing posts with label Zara Afina. Show all posts

Tuesday, February 02, 2010

Zara dah besar

Usia Zara dah nak masuk 1 tahun 3 bulan..so apakah perkembangan anak dara aku sorang nie?
Ermm...zara adalah seorang budak pompuan yang ganas sikit (suka pukul & ketuk orang sesuka hati), moody, tak boleh kalah dengan abang dia, suka berebut barang dengan abang dia gak, suka kucing, tak suka makan ubat..

 

Alhamdulillah kesihatan dia makin ok..tapi budak kecik kan, selalu lah kena bersedia if anything happen..pengalaman lalu aku jadikan sempadan dan pengajaran..apa2 pun aku mesti kena alert tak kiralah penyakit dia tu berisiko rendah atau tinggi..jangan leka dan terus bawak ke hospital..
Betul kata orang~salah satu ubat untuk hilangkan stress adalah budak kecik..bila nengok keletah zara di usia ini buat aku rasa tak sabar nak balik umah..kerja banyak pun boleh rasa terubat..tambah lagi bila dia dah pandai mintak susu (dia tak cakap, tapi dia tunjuk je nak botol susu..), berlari sana sini, bila dia ketawa semua tu buat aku rasa bahagia tak terkata...:)
Lagilah dia budak pompuan, time shopping adalah time yang paling best..hehehe..serasa2 sapa ada anak pompuan mungkin perasaan dia sama kot ngan aku..

Ok, agak2 kan zara nie muka sapa ek? abah dia ke? ibu dia ker?


 

 

Thursday, December 17, 2009

Dengan benda nie pun takut kerr...


 





 


Kenapalah aku nie ada unsur2 dengki pada anak sendiri kan? kalau lah mak abah tau nie mesti aku dah kena marah..hehehe..sebenarnya takder niat pun nak dengki ke takut kan zara..malam tadi zara berangin, emosi tak tentu hala..jadi aku nie pun bawak dia jejalan kat umah sambil2 nengok barang2 kat umah..
so disebabkan zara nie suka kucing, jadik aku bagi lah kucing kayu nie kat dia..aku pun lupa sapa bagi aku benda nie..aku ingat dia suka..sekali menangis2 lak si zara nie..hahaha..rupanya dia takut...maka...bila dia takut..aku pun apa lagi..terus lah nak mendengki...ish..ishh..tak baik tul aku nie...so nengok jelah gambar2 kat atas tu..
sampai dia bangun pagi pun aku terus dengki lagik..tu yang dia pukul kucing tu pakai roti tuh..:)


Tuesday, July 21, 2009

Nak berdiri ker?


Sejak keluar dari hospital ni, zara makin aktif la pulak..merangkak dah sampai ke bilik2, dapur, bilik air semua..hehehe..la nie dia nak berdiri ngan memanjat lak..confirm raya nie mmg huru hara aku..yang tukang bagi contoh memanjat serta memberi arahan adalah abang pada si adik..:)

Zara yang baru



Ini adalah rupa terbaru zara lepas keluar dari hospital aritu..agak susut sedikit dan muka cengkung..sangat sedih..tapi takper..dalam proses untuk menambahkan berat badan..rambut juga telah digunting..bagi nipis sikit..kalau tak, bukan zara je yang rimas, ngan aku2 sekali yang rimas..

Wednesday, July 01, 2009

Zara lagi?

Yea..zara lagi..kali nie nak cakap pasal keadaan zara bila tdo..ingatkan dapat anak dara nie mungkin tdonya sopan..hihi..TAPI...aduss..rupanya sama jer ngan abang dia..aku n zara tdo sesama kat tilam jer..dah lama aku tak tdo atas katil ngan abang..walaupun sebilik tapi tak sekatil..:) ok..ok..berbalik pada citer zara..kebelakangan nie tdo nya agak melampau..melampau tu bukan apa..dia leh beraksi mcam kat atas nie..sekali dia leh pusing 360 darjah..pastu waktu tgh tdo tu aku leh bangun 3 kali semata2 nak mengangkat si zara yang dah berpusing dan tergolek2 sampai ke ujung kaki aku, sampai dah terhantuk kat bucu katil..pastu siap dah tergolek sampai depan pintu bilik air walaupun aku dah buat penghalang guna segala mcam bantal2 yang ada..yg bagusnya dia tak menangis pun..pergerakan je yang lebih..tapi aku suka..suka pasal aku tdo malam mmg cukup..setakat dia merengek2 nak susu..mmg tak menyusahkan..lagipun aku breastfeed je..so sangat tak menyusahkan..

Zara n Abah




Tuesday, April 14, 2009

Zara sayang...









muka2 zara dari awal lahir hinggalah yang terkini, dari rambut asal hinggalah rambut selepas dicukur..serasa2 muka siapa yer? aku ke suami aku? :)







Monday, December 01, 2008

Dah bertambah..







Hari Jumaat lepas, nurse ada datang umah buat checkup lagi, and dia ada bawak timbang untuk timbang zara..pastu dia cakap zara dah 3.7 kg..aku pun terkejut..biar betul? lum sampai 2 minggu dah 3.7kg? padahal masa lahir cuma 2.9kg jer..tapi aku tak nafikan lah yang dia kuat menyusu plak lately nie..tapi yang bestnya nie conversation aku ngan nurse tu hari tu..
Nurse : Hari tuh lahir baper dik? (sambil menimbang zara-dia guna timbang kecik yang dicangkuk pada lampin zara..)
Aku : 2.9 kg, naper?
Nurse : Oh, nie dah 3.7 kg..
Aku : Ha? Ye ke? betul ke? takkanlah cepat je naik? ntah2 timbang tu rosak kot..(suka2 ati aku je cakap timbang dia rosak..haha)
Nurse : Betul dik..nie memang keja saya,..timbang nie tak rosak..lagipun kalau saya nengok pattern budak nie (zara) memang saiz 3.7 kg..lagipun saya dah biasa keja menimbang budak..
Aku : huhuhu (dalam hati jer..dia kecik ati ke aku cakap timbang tu rosak? yelah nak pertikaikan keja dia pulak kan..heheh)
Apapun, kalau betul lah zara dah bertambah berat alhamdulillah..


Saturday, November 22, 2008

Hopefully everything is ok..

Alhamdulillah setakat nie aku berada dalam keadaan yang sihat dan baik..i'allah aku dan suami dah decide nama anak ZARA AFINA yang bermaksud puteri@permaisuri yang memaafkan..harap2 dia menjadi orang yang lembut hati..sebenarnya sepanjang aku mengandung nie penuh dengan dugaan dan cabaran..tapi biarlah aku sorang yang tahu, yang penting alhamdulillah aku berjaya mengharungi segala dugaan itu dengan penuh kesabaran..setakat nie aku bersyukur sangat suami dan keluarga jaga aku dan baby penuh kasih sayang..tak sabar nak sihat cepat nak tolong2 mak dan juga suami..dah 2 hari nurse datang umah n cakap bby mcam jaundis..tu perkara biasa bagi bby baru lahir, tapi aku n mak pantau gak, as mak ada xperience sbg jururawat so aku banyak mintak advice dari mak, so aku banyak bagi breastfeed as susu aku pun banyak dah kuar nie..hehehe..tapi Zara nie jenis yang tdo siang and berjaga malam, tapi selagi ada shahrul, aku rasa mudah segala tugas..Tapi..semalam petang, abah bagitau yang aku kena g Klinik Pakar 5, 3/12/2008 nie memandangkan masa lahir haritu, dioarang nengok result T4 (hormon tiroksin) anak aku rendah..(93/100)..ermm..sebenarnya rasa sedih gak..zara kena repeat amik darah semula..kalau doc nengok keputusannya ok, there's nothing lah..but if the result still rendah lagi, mungkin kena dapatkan consultation dari doc and kena start ubat kot (mcam mak cakap..)..tapi aku doa2 harap takder apa2lah..nie semua kerja TUHAN..apa sekalipun keadaan zara, she still my daughter and i will love her forever n ever..i hope that everything is ok....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...