Wednesday, December 30, 2009

2010

Tak nak ber'azam' mcam selalu pasal azam yang lepas pun tak tercapai..Kesimpulannya aku cuma nakkan 1 ANJAKAN dalam hidup bermula 2010 nie..ANJAKAN itu pastinya meliputi segala hal, baik tugas aku sebagai hamba kepada Tuhan, anak kepada ibu bapa, isteri kepada suami, ibu kepada 2 anak,menantu kepada mentua dan setiausaha kepada bos.


Paling utama aku mengharapkan aku dan family serta mak, abah juga adik2 dan mereka yang rapat dengan aku dikurniakan KESIHATAN yang baik..Kalau kesihatan ok, nak buat apa2 kerja pun takder masalah..

So wish this 2010 will be the best n lucky year for everybody..:)

What happen 2009

This 2009 is not the best year for me ~ tahun yang sangat tak cemerlang, tahun yang penuh dengan dugaan serta cabaran..

YANG BEST
~ bila dapat nengok perubahan zara dari dia kecik sampailah dia setahun
~ Fenomena NUR KASIH (always dream to be Nur..hehehehe)
~ Sudah period kembali 

YANG TAK BEST
~ bila kena pindah ofis
~ elaun setiausaha yang 120rm tu kena tarik balik
~ zara warded 2 kali (bulan 7&10) coz of pneumnonia n high fever
~ kena jaga 2 bos bila PA sorang lagi kena pindah ofis
~ tangan abang patah coz of futsal n me kena take over semua kerja termasuk driving
~ bila cuti aku tahun nie berbaki sehari jer..pasal masa banyak dihabiskan di hospital

See, kesimpulannya mmg tak best sangat...kalau boleh tak suka nak ingat apa yang berlaku tahun ini..cuma bersyukurnya zara alhamdulillah makin aktif dan sihat, mudah2an hendaknya..dan walaupun kena jaga 2 bos tapi mereka sangat baik..harap2 berkekalan ke tahun depan..


What will happen on 2010? next entry ok.. 

 

 

Monday, December 28, 2009

Kena ke hipokrit?

Tak tau naper nak buat tajuk atau nak cerita berkaitan camnie..takder pun nak kecik hati dengan siapa2..cuma prinsipnya di sini, aku rasa tak perlu nak hipokrit atau berlakon semata2 nak jaga hati sesiapa pun..
Dalam hidup nie kita kena hormat setiap orang..bila kita berkongsi hidup dengan seseorang, kita kena terima kelebihan dan kekurangan setiap pasangan tu..takkanlah aku nak ubah atau suruh dia berlakon semata2 kerana seseorang yang aku rasa taklah penting sangat kot..huhuhu.
Contohnya, aku dan pasangan aku..aku kena hormat dia..dia kan suami aku..takkan aku nak suruh dia jadik baik giler, g sembahyang kat masjid semata2 atau do something else yang mmg dia takpernah buat semata2 nak jaga hati orang lain..tak mungkin kot..
Samalah gak kalau suami aku suruh aku pakai tudung litup kat umah, pakai jubah labuh, pakai stokin semua semata2 nak jaga hati orang lain..semua benda tu mmg untuk kebaikan..tapi kalau aku rasa aku belum nak buat, mungkin aku tak buat kot...i'allah perubahan dalam diri secara ikhlas lebih baik..cuma antara sempat atau tak kan..yelah kita tak tau, umur kita nie panjang ke tak..cuma kita perlu berdoa supaya kita nie dibukakan pintu hati untuk jadi manusia yang lebih baik...
Kesimpulannya~aku lebih suka jadi manusia yang tidak hipokrit~

Tuesday, December 22, 2009

Kampungku Kesang






 
 
 
 

Dari melaka tu, terus kitaorang balik umah atuk kat kesang, muar.(pronounce as muor, yer..)
Bukan singgah umah atuk saja2 tau, TIDO di rumah atuk ok..
For information yer..aku last balik kampung adalah pada tahun lepas di kala aku mengandungkan zara..raya yang baru nie pun aku tak balik kampung..so sejak berkahwin, inilah pertama kali aku tdo umah atuk..Sejak berkahwin hampir 6 tahun ni (27 dis genap 6 tahun), inilah pertama kali abang tdo di kesang..juga pertama kali buat zarif dan zara tdo di kampung..heheheh..
tiba2 rasa cam rindu sangat kat kampung, rindu ngan atuk..betul..aku mmg rindu ler..bukan tipu ok..:)

Sebelum balik kampung, aku pun dah test zarif-sila baca doa makan..so bila dia leh baca doa ngan jayanya, maka kita leh balik kampung..:) 
Malam tu pun aku takleh tdo lena..tiba2 terbangun kul 1.30 pagi dengan keadaan sunyi sepi..agak menyeramkan..tu pun aku paksa2 diri cepatlah tdo..pasal dahlah duduk kampung pastu membayangkan yang bukan2..(tapi aku pun duduk kg gak..pt raja tu kan kampung?)
Bila dah lama tak balik kg, zara pun  nak recognize everything..sampai atuk cakap 'kalau selalu balik kg, mesti zara kenal ngan nak dengan atuk..' (statement apakah itu?)
..i'allah tahun 2010 cuba melapangkan diri untuk balik ke kampung..dengan syarat my parents perlu ada sekali..if not....oh, it's too hard for me to stay there without them..walaupun aku dah berkahwin but i still need my parents..kalau takde mak ngan abah mcamana aku nak mengadap atuk, sumpah mati kutu..dahlah abang pendiam..sepatah cakap, sepatah jawab..ada takder harap kan zarif ngan zara je nak buat kecoh..:)

Finale di zoo melaka


 





Sebenarnya mmg enjoy g zoo nie especially bawak budak2 yang tengah lincah nie..TAPI kan aku curious gak, ada ke pantang larang orang kampung yang kata tak elok bawak budak2 kecik g zoo? Ada apa2 kesan ke? Niat aku baik je rasanya..nak bawak pasal nak kenalkan budak2 ngan binatang2..tak taulah kalau ada pantang larang lain atau kesan2 lain kalau bawak budak2 kecik ke sana..sapa2 yang tau pantang larang pasal bawak budak2 kecik ke zoo sila jelaskan pada saya yer..
At the end journey di zoo tu, hujan pun turun..nasib ler masa tu dah nak habis nengok binatang..dan nasib baik lagi kitaorang bawak payung..so hujan pun tak lebat mana..renyai2 manja jer..hihihi..berteduh gak ler kitaorang kat pondok..
Berbaloi g zoo nie pasal jimat..harga tiket pun tak mahal..kalau ikutkan zarif yang umurnya bawah 5 tahun tu free, tapi kan abang leh takut orang tak percaya zarif bawah 5 tahun kalau nengok saiz badan dia, so zarif pun kira berbayar..tapi tak kisah..bukan mahal pun kan..


Jalan2 di zoo melaka part ii




 
 
 
 

Monday, December 21, 2009

Jalan2 di zoo melaka part i





 
 

Dah lama rancang nak gi zoo melaka nie..bila zara dah besar sikit nie, oklah kot nak bawak dia jejalan plus dia pun cam dah kenal binatang2 kan..zarif pun dah becok2 bercakap..dulu time bawak zarif dia kecik lagi, takleh cakap..
kitaorang g hari sabtu..sepanjang perjalanan dari bp ke melaka (kitaorang ikut hway), cuaca mmg tak memberangsangkan..nak kata redup, cam mendung, so dalam perjalanan tu dah berkira2 dan mcam2 plan dah ada kalau hujan..so berdoa jelah..pasal mmg tujuan utama mmg nak ke zoo..
bila dah sampai kitaorang nekad je..masa tu lum hujan lagi..tapi dah prepare ngan payung..so aku cakap kat abang 'kita nengok binatang2 yang penting je..jangan berenti lelama kat binatang yang tak penting..huhuhu..leh gitu?'
mmglah cam tak enjoy kan pasal kena jalan laju2..aku yang kecoh giler..abang ngan budak2 rileks2 jer..leh jalan slow2..aku bukan apa..risaulah kalau hujan turun..
oh yer..kitaorang tak naik train tu..pasalnya abang konon2 nak kenalkan budak2 ngan binatang..hehehe..so lebih puas nengok dari jarak dekat dari lalu sepintas lalu jer..so redah jelah..lagipun bagus untuk zarif exercise..tu pun dah mengeluh asik penat je..aku kata bagus nie..bagus untuk yip..pasal dia excited nak nengok binatang2 semua, maka dia pun cekalkan diri berjalan dan berlari semasa di zoo itu...:)

Sila kemas ye..


 
Cuti 3 hari di hujung minggu memang best..jumaat takder g memana..menghabiskan masa di rumah mengemas saja..aku bongkar laci yang ada buku2 zarif ngan aku nyer harta benda..mana yang pakai, sila simpan dan yang dah takpakai boleh ler dibuang..pastu jumpa lak banyak kaler pensil..so aku buangkan kotaknye..ambik je segala pensil kaler tu..aku suh zarif simpan..banyak gunanya nanti..sok kalau dah sekolah, kalau ada ilang sebatang kaler boleh ler kita ganti..takyah ler ilang sebatang tapi kena beli sekotak kaler pensil kan..jimat sikit..:)

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam..Alhamdulillah..diam tak diam cepat tul masa berlalu..petang tadi sebelum aku balik, bos besar jumpa n cakap kat aku, 'Ok, Huda..saya balik dulu..selamat tahun baru yer..' aku terus pandang muka dia n tanya balik 'Eh, naper dah wish selamat tahun baru? kan lambat lagi..' terus bos cakap, 'yelah..dah masuk tahun baru islam..'
'Ye tak ye gak kan...' Tulah..aku nie asik ingat tahun baru yang barat je..yang islam nye takmau ingat..bukan tak ingat lah..terlupa jer...:)
Aku harap dengan tahun baru nie, aku akan terhindar dari segala unsur2 yang tak baik...:)

Thursday, December 17, 2009

Budak zaman ini

 
 
 

Maaflah yer, asik kuar gambar2 zara je..bukan menganaktirikan anak yang 1 lagi. Tapi yang satu lagi sejak menjak dah besar nie susah tul nak bergambar plus takder aksi2 menarik yang boleh disiarkan melainkan terbaring dok mengadap kartun tak sudah2..so kena tunggu apa lah aksi2 yang menarik dan lain mcam sikit baru leh kuar kat blog..hehehe..
So, nak cakaplah kan, untung tul budak2 zaman sekarang..kecik2 molek dah tau banyak benda..termasuklah zara nie..yelah zaman2 aku dulu manalah ada hp..sampailah aku belajar kat uitm dulu zaman bercinta2 monyet pun pakai lagik public phone ngan kad telekom, takpun kumpul lah syiling bagai nak rak..sampai sekarang aku ingat model nokia 1st dulu nokia 3210..kalau tak silap lah..sekarang nie mcam2 dah ada..zarif pun dah tau dah apa nak tekan2 kat hp tu..lagiklah kalau game..dah nyorokkan kat folder lain dalam phone pun leh carik lagik..nak main psp ke ps pun tau..aku? harammm..nak start kan ps pun tak reti..hahaha...mintak maaflah yer..sikit hari lagi zara pun sama je mcam abang dia..gambar2 kat atas nie diambil semalam..actually aku on mp3 kat hp tu, tapi dia ingat orang phone, tu yang hp tu lekat kat telinga je..konon2 dia cakap ngan sapa ntah..padahal dah bertukar mcam2 lagu dah..:)


Dengan benda nie pun takut kerr...


 





 


Kenapalah aku nie ada unsur2 dengki pada anak sendiri kan? kalau lah mak abah tau nie mesti aku dah kena marah..hehehe..sebenarnya takder niat pun nak dengki ke takut kan zara..malam tadi zara berangin, emosi tak tentu hala..jadi aku nie pun bawak dia jejalan kat umah sambil2 nengok barang2 kat umah..
so disebabkan zara nie suka kucing, jadik aku bagi lah kucing kayu nie kat dia..aku pun lupa sapa bagi aku benda nie..aku ingat dia suka..sekali menangis2 lak si zara nie..hahaha..rupanya dia takut...maka...bila dia takut..aku pun apa lagi..terus lah nak mendengki...ish..ishh..tak baik tul aku nie...so nengok jelah gambar2 kat atas tu..
sampai dia bangun pagi pun aku terus dengki lagik..tu yang dia pukul kucing tu pakai roti tuh..:)


Monday, December 14, 2009

Sepagi di rumah

 
mana kucing nie nyorok eh?



 
 oh, tdo kat situ rupanya..



jap eh..kucing..jap lagi kita datang..


nah..amik kau..cucuk sini..cucuk sini lak..


taknak lari? nak tdo gak ke?


kucing taknak main, kita main sendiri lah..


ibu taknak main ngan kita ke?



mcm lapar lah pulakk..



sedap ke daun kering nie ek?


oklah..dah penat..tata. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...