Friday, April 17, 2009

Sayu..sedih..


Kereta diseret 15 meter sebelum meletup
ANGGOTA polis dan bomba memeriksa kenderaan yang terbakar selepas dirempuh bas ekspres di KM 16, Jalan Kluang-Batu Pahat dekat Kampung Parit Kaspan, Batu Pahat, semalam. Dalam kejadian itu, kereta dipandu suri rumah, Siti Kalsom Borhan diseret bas lalu terbakar dan turut meragut nyawa dua anaknya Shahira Aishah Hafiz, 6 dan Shahira Aliya, 3.
Tiga beranak dalam perjalanan pulang dari kelas Tadika ketika nahas dengan bas.
BATU PAHAT:Lagi nahas membabitkan bas ekspres. Kali ini seorang suri rumah dan dua anaknya rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dirempuh bas itu di Kilometer 16, Jalan Kluang-Batu Pahat berhampiran Kampung Parit Kaspan di sini, semalam. Dalam kejadian jam 11.50 pagi, Perodua Kancil yang dipandu suri rumah itu, Siti Kalsom Borhan, 35, dikatakan diseret bas berkenaan sejauh 10 hingga 15 meter sebelum kereta itu berpusing di tengah jalan dan terbakar. Mayat Siti Kalsom serta dua anaknya, Shahira Aishah Hafiz, 6 dan Shahira Aliya, 3, ditemui terperangkap dalam kereta, manakala pemandu bas ekspres serta lapan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan awal polis mendapati pemandu bas ekspres itu memiliki enam kesalahan lalu lintas sebelum ini, kebanyakannya kerana memandu melebihi had la-ju. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata bas berkenaan dipercayai mengekori rapat kereta mangsa menyebabkan pemandunya tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang Perodua Kancil ketika Siti Kalsom hendak membelok ke simpang jalan Kampung Parit Kaspan.
Beliau berkata, orang ramai cuba menyelamatkan tiga beranak itu, tetapi gagal apabila api marak dengan cepat. Ketika kejadian, Siti Kalsom dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Parit Kaspan selepas mengambil Shahira Aishah dari kelas Tadika di Batu Pahat. Pemandu bas berusia 46 tahun dan berasal dari Pasir Gudang itu kini ditahan di Balai Polis Batu Pahat untuk siasatan lanjut. Polis juga mengambil sampel darah dan air kencing pemandu bas itu untuk ujian dadah atau alkohol.
-Aku sangat sedih dengan apa yang berlaku, semalam kitaorang dah dapat berita nie..biasalah tempat kerja dekat area kampung, so apa saja yang berlaku mesti cepat tersebar..tambah lagi mangsa merupakan adik pada salah seorang staf akademik UTHM. Yang buat aku sedih sangat pasal ada budak2..mudah2an semuanya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..AL-FATIHAH..
-Tolonglah pada semua pemandu bas, janganlah drive melulu..sedar2lah orang sekeliling..lagi2 kat kawasan kampung mcam kat pt raja nie..dah tentu banyak simpang2 nak belok2 kampung..tak payah nak bawak laju2...bukan nak kejar apa pun..!!!




5 comments:

  1. Nice Blog!
    Do you know Korea?
    If you're interested in Korea,
    Feel free to visit my Blog!
    Thanks a lot~ ^^

    ReplyDelete
  2. innalillah
    sedih betul baca ni..
    mangsa keadaan
    diorg tak salah tapi menjadi mangsa
    geram nya kat pemandu bas tu
    mmg byk pemandu bas kurang ajar
    sorry la ckp camni
    tp mmg geram sgt
    btw..salam kenal
    sy salwa
    dari blog intan tadi

    ReplyDelete
  3. hai salwa..salam perkenalan..tulah memang geram ngan driver bus nie..tulah, kat jalan raya kita takleh jadi raja tapi kena fikir nyawa orang lain...

    ReplyDelete
  4. uda, sedih sangat..apatah lagi membabitkan ibu & anak. sungguh menginsafkan.

    ReplyDelete
  5. hati2 bila memandu, ingat orang tersayang.

    kebanyakan pemandu di Malaysia ni suka berlumba2.
    sedih tengok anak2 kecil yang tak tahu apa2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...