Tuesday, September 29, 2009

Al-Fatihah...




Salam Takziah aku ucapkan pada family makcik Noli (adik abah di Melaka) atas pemergian anak bongsunya Mohd Arif malam ni sekaligus aku kehilangan seorang sepupu..Aku terima 4 misscall dari Mai plus 2 sms dari yana dan mak..

Arwah mmg ada masalah kesihatan sejak dari kecil lagi. Harap family makcik Noli tabah dan sabar terima dugaan dari Tuhan tambah2 lagi di bulan Syawal yang mulia ini..Sekurang2nya arwah akan pergi dengan aman pasal family makcik noli menjaga arwah dengan baik dari kecik sampai dia dewasa...Tuhan lebih sayangkan arwah..




Setia pada yang satu


Macam jiwang je title aku - setia pada yang satu..:) dah lama aku nak tulis entry nie..nak menunjukkan rasa sayang aku pada DiGi..hehehe..boleh ker? aku tau orang lain pun pengguna setia gak pada line masing2..
Naper DiGi?
Pasal abang lah..dia yang belikan aku prepaid digi..ingat lagi masa awal2 couple ngan dia..dia bagi aku simpack digi..time awal2 dulu masa akhir 99 ke awal 2000, harga simpack mahal..beratus tuh, tak mcam sekarang, semua harga simpack dah murah, bawah 10rm lagi..time awal2 dulu, Maxis,TMTouch ngan Celcom antara yang popular la..sian kat DiGi..:( kira sapa pakai digi tu mcam loko lah..hehehe..abang pun sama, dia bagi aku digi tapi dia sendiri pakai Celcom..
So, bila orang dah belikan kita simpack DiGi tu, aku terimalah..walau apa pun orang kata..takder line lah..apa lah..tak best lah..tapi aku masih setia..:) sehingga kini..
Bayangkan dalam family aku jer, aku sorang je yang guna 016..dulu kat opis lama aku, pun aku sorang je guna 016..semua orang gelak2kan aku..tapi aku tak peduli..ada banyak sebab kenapa aku setia..pasal digi sangat menghargai pelanggannya..bila rajin topup maka banyaklah bonus yang aku dapat..nak2 lagi time belajar dulu, tengah2 sengkek tak mampu nak topup tetiba aku dapat bonus prepaid 100rm..sapa tak suka?? giler sakan bergayut...
Motifnya di sini-aku rasa aku antara pengguna digi yang terawal dan masih dan cukup setia sehingga kini walaupun hanya prepaid sahaja..so DiGi takder ke nak bagi reward yang lebih berharga untuk para pelanggan yang sangat setia menyokongnya? hehehehehe...

Jom makan..



Sebenarnya aku tak tau nak masak apa hari nie..rasa perut nie dah makan macam2 sejak raya aritu..malam tadi selak2 majalah rapi so ternampak lah resipi spageti sup ayam..mcam menarik jer..lagipun untuk makan malam jer..balik kerja ptg tadi terus jer masak..everything serba cepat dan ringkas sahaja..takdelah asik buat spageti bolognese je kan..kira mcam buat mi sup jelah..hehehe..tinggal ganti ngan spageti jer..:)

So, semua orang leh buat spageti sup ayam nie..:), sedap dan mengenyangkan..lagi bagus nak buat sup tu guna minyak zaitun..dari segi kesihatan penggunaan minyak zaitun dalam masakan dapat mengurangkan risiko kerosakan sel tubuh dan minyak yang paling sesuai untuk melancarkan proses pencernaan..tapi aku kat pt raja..susah sikit nak carik olive oil..so guna minyak masak biasa jer..:)

Sunday, September 27, 2009

Raya 2009







Raya 2009..for me this hari raya is so and so saja..the most important adalah berkumpul bersama-sama dengan orang yang tersayang..dapat bersama-sama mak n abah, adik beradik, ipar duai, sedara mara dan seangkatannya lah..paling penting anak-anak happy..as for me, semua dah berlalu..masa time budak2 dulu..sekarang nie biasa2 saja..bila dah lama cuti, terasa rindu nak kerja pulak..rindu dengan bebanan kerja..:)
RAYA PERTAMA:
Berkumpul di rumah my mom, sarapan pagi dengan lauk pauk hari raya..(aktiviti wajib, sunah nabi, makan sebelum sembahyang hari raya ok)..selepas sembahyang, sesi bermaaf-maafan serta mengambil gambar..after that my family move on to kampung di Muar while me n family pergi umah mentua, makan lagi, mintak maaf dan ambil gambar lagi (this year semua adik beradik suami balik..) after zohor g umah kak ogy di banang heights, beraya dan makan kfc serta pizza hut..after that ke umah aku di pt raja makan sandwich yang biasa2 serta makan buah..kemudian balik umah mak di bandar..siap2..malam g umah kak suzie lak di linau..makan lagi..raya pertama ni makannn jerrr...
Part yang paling aku tak suka-dari pukul 2pg sampai dekat pukul 4pg aku sakit perut yang amat dan tergolek2 ke sana sini mcam orang giler..sakit yang amat..nasib kat umah mak..aku tak berebut bilik air ngan sapa pun..hehehe..walaupun g sana sini asik makan jer, tapi aku control..bukan aku main lantak saja..tapi dah nak terkena, nasib lah...

RAYA KEDUA:
Bersama-sama family mentua serta adik beradik ipar pergi ke Kluang rumah tok sedara..satu umah jer..tapi kat sini ada cerita lak, zarif ngan sepupu2 dia boleh pulak g beraya umah besar sapa ntah selang 2 rumah dari umah tok sedara yang kitaorang beraya tuh..bangga betul zarif dapat beraya kat situ sambil tayang duit 1rm yang dia dapat..memula gelabah gak nengok diaorang takder, yelah takut hilang kena culik ke apa ke..nengok2 diaorang kuar dari umah banglo besar tu terjerit2 ngan berlari2 sambil kepoh citer g umah tu dapat duit 1rm..hehehe..mcam tak caya jer zarif dah pandai raya umah orang..teringat zaman kecik2 dulu..:)
At the same time kat umah mak, pakngah, pakcik rahmad and makcik noli dan family masing2 datang beraya..(adik2 abah..), mak buat nasi ayam plus puding kastard..
Pukul 4 ptg bergerak ke rengit umah uteh (kakak mak)..makan2 lagi..sangat sedap-ayam masak ungkep..after that move on to rumah maknjang lak..(kakak mak lagi..), balik ke bp pukul 8 mlm..
RAYA KETIGA:
Lunch kat umah mentua, makan nasi bukhari@bukhara..at the same time juga, busu noi n family datang umah..mak buat spageti bolognese, nasi goreng cina, goreng nugget dan puding kastard lagi..hehehe..after zohor, the whole family uteh datang..mmg happening..
Lepas asar, khalid n family datang beraya kat umah..(Khalid ni kira 2 pupu kot ngan aku..:))
Tido umah mentua..
RAYA KEEMPAT:
Siap pagi2 lebih kurang pukul 10 bertolak ke Pontian ngan my family..abiskan utang beraya umah orang..raya umah acik (kakak mak lagi..)after that headed to Johor Bahru g umah Pakngah (adik abah) di Kg Melayu Majidee..Lunch kat umah Pakngah..Pukul 3 lebih beraya lak umah sepupu abah, tak jauh dari umah Pakngah..Then 4.30, terus masuk highway menuju ke Benut umah Tok Siti (sedara jugaklah..every year mesti dtg punyer..)
7 malam sampai bp terus ke umah Mak-E (kakak mak lagi), magrib kat situ dan beraya sampai isyak..

RAYA KELIMA:
Hanya menunggu orang datang beraya dari pagi sampailah ke malam..Tolong mak masak apa yang patut..Pagi lebih kurang 9 lebih abang mok n family datang..(anak sedara mak)..Hari nie mak masak soto, spageti bolognese lagi dan puding lagi kot..:)
Tengahari rai n friends datang..havoc..pas asar a.zul n family datang (anak sedara mak lagi), kak azah n anak2, kak nana n family dan amat n wife datang beraya..(semua pun anak sedara mak..)
Malam the whole family mak-e membalas kunjungan raya..:)
Raya mmg best bila dapat bersama sedara mara..gossip2 dan tukar2 cerita..
RAYA KEENAM:
Abang n zarif dah g kl with my mentua..me stay at home..rehatkan diri dan minda..plus zara tetiba mcam demam..tgh balik pt raja jap untuk kemas umah plus basuh2 baju yang dah menggunung di bakul..petang cari klinik dengan rai dan yana, konon2 nak bawak zara..tapi hampeh, klinik melayu still tutup lagi..and klinik cina pun ada yang tutup? so tak dapat bawak zara..sian dia..
RAYA KETUJUH:
Pepagi dah bangun..siap2..kejut yana pasal nak mintak teman g klinik Tay kat Taman Bukit Pasir..sampai sana giliran aku 22..sedangkan dr baru check patient no.2..giler? aku dapat bayangkan berapa lama nak menunggu kat situ..takperlah..demi zara...huhuhu..so the result is..zara ulser kot..atau istilah lain..mata ikan yang banyak..hmm.patutlah air liur asik meleleh jer..
Rai n Wan balik pas magrib..mak sedih..huhuhu..
RAYA KELAPAN:
Abang n Zarif balik dari kl..sampai umah dekat 3 lebih..me mengemas2 segala baju2 pasal dah sampai masa balik umah..abah n mak sibuk kemas umah pasal marhaban umah mak malam nie..so masa untuk kembali bekerja pada hari esok..ohhh..Monday Blues again :(.......but i miss my workplace..hehe..miss my bosses..miss all the works..:)

Thursday, September 10, 2009

Terima kasih kat keladi...

Hari nie aku ada bagi biskut coklat kat semua pengasuh zarif n zara..nak raya kan, aku pun tak tau nak bagi apa..untuk mak n mentua aku pun ada gak..
So, petang lepas amik zarif n zara, aku ada berbual ngan zarif;
 
Me: Yip, mak lela (salah sorang pengasuh dia) suka tak biskut yang ibu bagi tu?
Yip: oh..kita lupa nak cakap, mak lela suh cakap, terima kasih..terima kasih kat daun keladi...
Me: ha? kat daun keladi? bukan mcam tu..terima kasih daun keladi..
Yip: kalau mcam tu, ibu kena salam daun keladi lah..cakap terima kasih kat dia..
Me: ??
 
Budak2 yang dilahirkan zaman millennium ni mmg bijak2 belaka..kadang2 apa yang diaorang tanya ataupun fikir tak terjangkau dek akal kita..so kita kena jadi lebih bijak dan lebih kreatif..kalau tak tau nak jawab sekalipun kena tunjuk lah mcam kita pandai..:) plus vocabulary atau ayat2 yang budak2 skang guna pun boleh tahan gak..dah mcam orang dewasa padahal dia kecik lagi..contohnya zarif lagi ler..
 
Ada satu hari tu, dia nak main kereta remote control, so dia pun cakaplah 'kita nak main kereta nie, nak tunjukkan kat zara, mesti dia TERUJA nengok kereta nie nanti..' see, dia cakap TERUJA tau..aku siap suh dia ulang 2 kali, betul ke apa yang aku dengar..mcam tak caya je dia cakap TERUJA...aku tanya dia semula 'TERUJA tu apa maksudnya?' dia cuma senyum jer..hmm..anak la anak...

Wednesday, September 09, 2009

Tetiba rasa banyak lum settle...

  1. Langsir raya lum basuh..(tengah pakai lagi kat umah nie), bila nak basuh? ahad depan dah raya..huhu..
  2. Kuih2 raya lum beli lagi..at least kena lah beli kan..1 @ 2 jenis..
  3. Kerepek2 yang major pun lum beli lagi..
  4. Karpet utama dah basuh tapi lum amik kat kedai
  5. Rumah totally belum kemas betul2 untuk raya nie...
  6. Bunga2 perlu beli ke? aku tak minat bunga pun..
  7. Baju raya aku? lum amik kat kedai lagi niee..tudung raya pun lum beli lagi..
  8. Baju kurung zara lum beli lagi..
  9. Bajet untuk duit raya dah listed, by next week dah leh tukar kat bank
  10. Bekas2 nak letak kuih, by next wk leh amik dari umah mak..hehehe..
Jadi apa sebenarnya yang aku dah buat untuk raya nie? hehehe..mcam takder apa jer..biar betul..nampaknya mcam next week kena amik cuti gak lah..aku suka kemas umah last minit..baru nampak segar dan cantik..nak vacum, nak lap habuk2, sesawang lagi, nak adjust ngan alih2kan perabot lagi..wahhh..kaget aku nie...tetiba rasa cam nak demam lak..hahahaha..

alamak, lum settle jugak nak balas masak untuk mengunjung..waaaa..tolongggg..



090909

Tarikh cantik hari nie..090909..maka sesiapa punye bday hari nie, selamat hari lahir lah..ada ke yang kawin hari nie ek? hari nie kan hari rabu?..:)
hari nie dah 19 ramadhan..maka aku masih berpuasa lagi dan harapnya dapatlah berpuasa penuh..:)
Semalam abang masih pergi fisioterapi lagi dan nampaknya perkembangan yang semakin baik..so next week adalah last session fisio..oklah..at least before raya everything will be fine..
so nak citer sikit kisah berbuka puasa semalam..abang mintak aku buat kari ayam, sayur kacang buncis & tempe pedas..oklah..takder hal..dan abang sendiri cakap dia nak buat air sirap bandung cincau @ lebih dikenali dengan nama bancau..oklah..takder hal jugaklah..buatlah abang..yelah orang nak buat..kan..so kita bagi dia buatlah walaupun aku tak suka dapur kecah2 atau sepah2, tapi kita kena respect suami kita kalau dia nak buat something kannn..:)
so abang buatlah air bancau tuh..hehehehe..of course tak samalah mcam air bancau yang ada dijual kat luar tuh..the point is- walaupun air bancau abang tu taklah sesedap rasa air bancau yang dijual kat luar, rupa air bancau tu gak taklah secantik mcam air bancau yang dijual kat luar TAPIIII bila nengok kesungguhan abang yang beria2 buat air tu buat aku tak sampai hati kalau tak rasa dan tak minumm..:)
Maka..sebagai isteri kita kena respect apa yang suami kita nak buat untuk kita..yang penting kesungguhan dan keikhlasan..walaupun dapur kita comot2 ke melekit2 atau bersepah2, takper...hehehe..
But at last, abang pun tak abis minum air tuh...aku cuma cakap kat abang, takper..practise make perfect..
Tak taulah aku- dah 2 atau 3 kali abang try buat air sirap bandung or bancau nie tapi tak berapa nak jadik and tak cantik sangatlah...
so pada sesiapa yang tau buat air sirap bandung @ bancau nie, if ada idea, leh bagi or share tak...sekian..tq..

Monday, September 07, 2009

Cerita raya lah pulak..

Hari nie dah 17 Ramadhan..alhamdulillah bersamaan dengan Hari Nuzul Quran..diam tak diam dah..lebih kurang 2minggu lagi kita dah nak sambut raya..sekejapnya masa..start by this week radio2 dah start pasang lagu raya lah..bersemangat nie, zarif pun dah start main bunga api..heheh..plus orang semua pun dah sibuk beli kerepek lah, kuih lah..aku lah tuh..tapi aku malas nak beli kuih bebanyak, pasal orang tak makan sangat pun..yang penting aku nak serba sederhana..
Baju budak2 semua dah settle, ayah budak pun settle gak..nie aku nyer baju raya nie apa citer? aku lum call lagi kedai tu..this week lah amik..harap2 lah baju tu semua elok, kalau tak nangis aku..aku dah perasan dah, dah imagine lawa je aku pakai baju raya tu..(perasan jelah..)
Cuti raya? Kalau tak silap kita akan berhari raya hari ahad dan isnin..so kebiasaannya orang akan amik cuti the whole week..disebabkan raya hari ahad, maka akan diforwardkan ke hari selasa..jadi biasanya orang akan sambung cuti rabu - jumaat.TAPI..kali nie aku cuma akan cuti sampai hari khamis saja..jumaat aku dah naik kerja..pasalnya cuti aku dah tinggal sikit nak menunggu kan sampai ujung tahun nie..lagipun aku nak spare kan cuti aku yang kurang 10 hari tu untuk apa2 hal yang emergency..contoh macam anak2 sakit ke, aku sakit ker, aku penat ker..dan etc...lagipun aku rasa cukup sangatlah cuti raya yang ada tuh..rasa mcam dah lama sangat pun..AND might be this year aku tak g kl..mungkin abang je g kot @ abang ngan zarif je kot.. lagi satu aku serik lah..aku rasa selagi zara tak cukup setahun aku takmau g kl lagi lah..aku rasa zara nie mcam tak cukup kuat..mcam kitaorang g time konvo wan arituh..sebelum g dia ok..balik dari kl, melarat sakit...mungkin baby kan, ketahanan badan tak cukup kuat dibawak jalan ke sana sini..
Disebabkan aku n abang asal mmg dari bp, umah mak dan mentua pun selang sejalan je, maka kitaorang nie taklah bergaduh nak raya mana dulu, kebiasaannya pagi raya makan di rumah mak dulu pasal kat umah mak makan sebelum sembahyang raya, pas dah settle sembahyang sesi bergambar bagai dan segalanya barulah ke umah mentua aku, makan kat sana lak..
This year, raya pertama bersama mentua aku..so tak baliklah muar..ini disebabkan ipar2 aku balik 1st raya..dari dulu perjanjian mmg mcam tuh..kalau ipar aku semua ada 1st raya, aku tak ikut parents balik muar..kalau ipar2 aku balik 2nd or 3rd raya, maka kitaorang akan balik ke muar..so far, sampai sekarang nie tak menimbulkan sebarang masalah pun..nasiblah aku kawin orang senegeri, setaman..hahaha..tak yah nak gaduh2..
p/s-tak sabar nak tunggu kedatangan saudara-saudaraku di hari raya ini...dah terasa-rasa bahang kemeriahannya..:):)

Saturday, September 05, 2009

Teringat..

Salam 15 Ramadhan..Lately ni aku mmg betul2 bz, nak update blog asik tak sempat aje..bukak fb pun tak sempat nak update status. Maklum jelah sejak2 dah jaga 2 bos nie agak kelam kabut gak..so take time to make everything ok..mmg aku tunggu2 ari jumaat nie, hari untuk me'release' kan otak..

Ok, just now aku baru je dapat call dari liza, my best buddy masa belajar kat KOLEJ CHERMAI, BAHAU N9 (97-early 99)..tu pun aku dah delay bberapa hari nak sms dia pasal asik tak sempat jer..suka sebenarnya dapat trace liza semula setelah beberapa tahun terpisah..hehehe..rasanya last jumpa dia masa tahun 99 tu lah..sekarang masing2 dah kawin, dah ada anak n dah ada life sendiri..oklah, aku nak citer sikit pasal KOLEJ CHERMAI aku tu..


Aku taknaklah cerita yang aku gagal belajar kat KC (shortname KOLEJ CHERMAI)..rugi tau 2 tahun..rugi umur aku..kalau aku tak belajar kat KC tu mungkin aku dah belajar ke tahap yang lebih bagus ngan kerja yang jauh lebih baik dari sekarang..hmm..tapi tu semua TUHAN dah tentukan..aku bersyukur apa yang aku ada sekarang..pasal kat KC tulah aku belajar banyak pengalaman hidup ngan jumpa mcam2 orang..
KC tu letaknya kat BAHAU..kalau sesiapa ada sedara atau pernah g SERTING, ha KC tu atas lagi..dah nak masuk GAMBANG dah..KC ke BAHAU jer dah makan masa sejam..lama giler tu..kalau nak outing tu, punyelah seksa..malas nak kuar dari bilik..malas nak tunggu bas..dalam bas tunggu lagi..bas masuk felda serting pusing2..hmmm..penatt tau..tapi tu semua pengalaman..


TAPII..aku nak share pengalaman yang aku tak suka di KC adalah bila TAKDER AIR..aku mmg manusia yang hangin satu badan kalau air takder..AIR kan penting...AIR tu untuk basuh muka, amik air sembahyang, buang air, mandi, basuh baju etc...so bila air takder mcamana tuh? kalau sehari ok lagi..nie sampai 3 hari semata2..boleh tahan ker? huh..kat belakang KC nie pulak ada jeram mcam di kaki gunung lah..so bila air takder, member2 aku nie g kat jeram tu mandi ke buang air ker...alamak..aku tak penah lak jejakkan kaki ke situ..pasal diaorang gi reramai campur laki ppuan kot..kalau tak salah la..aku penah tahan buang air sehari suntuk lah..rasa2 mcam dah nak masuk 2 hari kot aku tahan..bayangkanlah..seksa ke tak seksa..penah tak mandi hampir 2 hari..untuk basuh muka ke gosok gigi pun takder air...seksaa sangatt..
Pastu pepagi kul 4 lebih, member2 cakap ada air kat tandas blok2 bilik kuliah, diaorang cakap air tu ada sekejap jer..sebelum 7 pagi nanti air tu mati lagi..aku sanggup meredah sejuk pagi2 ngan liza ngan member2 lain g tandas kat bilik kuliah tu semata2 nak mandi..Nikmatttnya bila dapat air, TUHAN je yang tau..lagi2 bila dapat buang air..hehehe..


Pada aku semua tu adalah pengalaman hidup..banyak lagi citer2 yang berlaku kat KC tu, tapi lain kali aku kongsi lagi..pasal kalau nak tulis kat sini mmg terlalu panjang..so bila sekarang takder air ke, aku cam leh sabar lagi lah pasal pengalaman yang aku dapat kat KC tu satu pengalaman yang berharga ngan bermakna, menjadikan aku manusia yang lg tabah juga penyabar sikit lahhh..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...