Showing posts with label pra-raya. Show all posts
Showing posts with label pra-raya. Show all posts

Wednesday, September 09, 2009

Tetiba rasa banyak lum settle...

  1. Langsir raya lum basuh..(tengah pakai lagi kat umah nie), bila nak basuh? ahad depan dah raya..huhu..
  2. Kuih2 raya lum beli lagi..at least kena lah beli kan..1 @ 2 jenis..
  3. Kerepek2 yang major pun lum beli lagi..
  4. Karpet utama dah basuh tapi lum amik kat kedai
  5. Rumah totally belum kemas betul2 untuk raya nie...
  6. Bunga2 perlu beli ke? aku tak minat bunga pun..
  7. Baju raya aku? lum amik kat kedai lagi niee..tudung raya pun lum beli lagi..
  8. Baju kurung zara lum beli lagi..
  9. Bajet untuk duit raya dah listed, by next week dah leh tukar kat bank
  10. Bekas2 nak letak kuih, by next wk leh amik dari umah mak..hehehe..
Jadi apa sebenarnya yang aku dah buat untuk raya nie? hehehe..mcam takder apa jer..biar betul..nampaknya mcam next week kena amik cuti gak lah..aku suka kemas umah last minit..baru nampak segar dan cantik..nak vacum, nak lap habuk2, sesawang lagi, nak adjust ngan alih2kan perabot lagi..wahhh..kaget aku nie...tetiba rasa cam nak demam lak..hahahaha..

alamak, lum settle jugak nak balas masak untuk mengunjung..waaaa..tolongggg..



Monday, September 07, 2009

Cerita raya lah pulak..

Hari nie dah 17 Ramadhan..alhamdulillah bersamaan dengan Hari Nuzul Quran..diam tak diam dah..lebih kurang 2minggu lagi kita dah nak sambut raya..sekejapnya masa..start by this week radio2 dah start pasang lagu raya lah..bersemangat nie, zarif pun dah start main bunga api..heheh..plus orang semua pun dah sibuk beli kerepek lah, kuih lah..aku lah tuh..tapi aku malas nak beli kuih bebanyak, pasal orang tak makan sangat pun..yang penting aku nak serba sederhana..
Baju budak2 semua dah settle, ayah budak pun settle gak..nie aku nyer baju raya nie apa citer? aku lum call lagi kedai tu..this week lah amik..harap2 lah baju tu semua elok, kalau tak nangis aku..aku dah perasan dah, dah imagine lawa je aku pakai baju raya tu..(perasan jelah..)
Cuti raya? Kalau tak silap kita akan berhari raya hari ahad dan isnin..so kebiasaannya orang akan amik cuti the whole week..disebabkan raya hari ahad, maka akan diforwardkan ke hari selasa..jadi biasanya orang akan sambung cuti rabu - jumaat.TAPI..kali nie aku cuma akan cuti sampai hari khamis saja..jumaat aku dah naik kerja..pasalnya cuti aku dah tinggal sikit nak menunggu kan sampai ujung tahun nie..lagipun aku nak spare kan cuti aku yang kurang 10 hari tu untuk apa2 hal yang emergency..contoh macam anak2 sakit ke, aku sakit ker, aku penat ker..dan etc...lagipun aku rasa cukup sangatlah cuti raya yang ada tuh..rasa mcam dah lama sangat pun..AND might be this year aku tak g kl..mungkin abang je g kot @ abang ngan zarif je kot.. lagi satu aku serik lah..aku rasa selagi zara tak cukup setahun aku takmau g kl lagi lah..aku rasa zara nie mcam tak cukup kuat..mcam kitaorang g time konvo wan arituh..sebelum g dia ok..balik dari kl, melarat sakit...mungkin baby kan, ketahanan badan tak cukup kuat dibawak jalan ke sana sini..
Disebabkan aku n abang asal mmg dari bp, umah mak dan mentua pun selang sejalan je, maka kitaorang nie taklah bergaduh nak raya mana dulu, kebiasaannya pagi raya makan di rumah mak dulu pasal kat umah mak makan sebelum sembahyang raya, pas dah settle sembahyang sesi bergambar bagai dan segalanya barulah ke umah mentua aku, makan kat sana lak..
This year, raya pertama bersama mentua aku..so tak baliklah muar..ini disebabkan ipar2 aku balik 1st raya..dari dulu perjanjian mmg mcam tuh..kalau ipar aku semua ada 1st raya, aku tak ikut parents balik muar..kalau ipar2 aku balik 2nd or 3rd raya, maka kitaorang akan balik ke muar..so far, sampai sekarang nie tak menimbulkan sebarang masalah pun..nasiblah aku kawin orang senegeri, setaman..hahaha..tak yah nak gaduh2..
p/s-tak sabar nak tunggu kedatangan saudara-saudaraku di hari raya ini...dah terasa-rasa bahang kemeriahannya..:):)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...