Thursday, November 26, 2009

Buku baru..

Hari tu masa jalan2 kat popular book store, nak belikan story books untuk zarif n zara, aku terpandanglah satu buku nie..tajuknya -Why Men want sex and Women need love hasil nukilan dari penulis ini-sila ke link ini yea www.peaseinternational.com

Actually aku nie susah giler nak beli buku english..heheh..sila jangan salah paham.bukan tak paham baca english..aku suka english tapi malas je jawapannya..dan adik2 aku pun sangat tau aku suka baca magazine..any kind of magazine..cuma kalau magazine hiburan tu lagi cepat kot..sebabnya aku tak suka tension2, jadi aku suka release2kan otak..oklah berbalik pada buku itu, tak tau naper aku tertarik nak beli n baca..opss.pun jangan salah paham..bukan sebb tajuk semata2..tapi banyak yang menarik..:)
Aku baru baca sikit, tapi aku sukalah..:) pasal aku mmg suka mengkaji tentang hidup berpasangan nie..suka kaji dalam diam lah..walaupun dah kawin, konon2 mcam dah kenal lama, tapi hakikatnya ada jugak bahagian2 yang still aku sebagai isteri belum betul2 paham..so lumrah hidup berpasangan mmg ada pro dan kontra..

Hakikatnya hidup berpasangan nie mmg banyak cabarannya..dan aku paling percaya sikap sabar dalam mengharungi segala2nya, selain sabar kena positif dan percaya antara satu sama lain..juga terima kelemahan dan kelebihan seadanya...:)


Buku nie sesuai untuk semua golongan baik yang dah kawin mahupun belum kawin..so sapa minat beli lah ye..:)

 

YES


Year End Sale (YES)! oh no..nie yang aku tak sanggup nie..sana sini sales..boleh mabuk dibuatnya..cuma iman yang kuat je boleh membataskan nafsu..hehehe..
Semalam aku cuti g melilau jap kat parkson, diaorang tengah buat preparation jualan gudang ekstrem 70%, nak abis kan stok ler..tak tahan aku nengok..tapi start nya arini 26/12 sampailah 1 Disember...
Nak beli tu mmg boleh tapi yang tak tahan tu bila ramai orang ngan nak beratur bayar..tu yang aku tak sanggup tu..tapinya as told earlier..hanya iman yang membataskan segala-galanya..tepuk dada tanya selera..hihihihi..

Salam Aidiladha..



Selamat Hari Raya Aidiladha @ selamat hari raya korban pada semua umat Islam di seluruh dunia..Alhamdulillah..semoga raya ini disambut dalam kadar yang sederhana..
Tiba-tiba membayangkan seronoknya kalau ada kat tanah suci mengerjakan haji..i'allah harap2 rezeki tu ada hendaknya..paling tidak pun dapat buat umrah dulu..i'allah, mudah-mudahan..;)

Raya kali nie sama je mcam raya2 aku sebelum nie, balik umah kedua belah pihak..walaupun dekat tapi rasa meriah..pasal semua balik..aku pun dah excited kemas2 baju semua nak jumpa adik beradik..hakikatnya pada hari ini dan di waktu ini, aku sedang bekerja di ofis yang dah ala-ala sepi semacam je..maklumlah ramai dah cuti dah..tapi aku tak cuti memandangkan kedua2 bos aku takder, aku PA yang konon2 baik nie, kerja lah kan..melampau lah kalau bos2 cuti ngan PA nya pun nak cuti kan..agak2 lah..settlekan kerja sikit2 barulah senang hati nak cuti..

Pesanan pada semua dalam bersuka-suka jangan lupa pada yang susah ok..berhati2 di jalan raya..

Takder hutang lagi ye mak...

Kenapa tajuk di atas seperti itu yer? heheh..akhirnya selamat sudah zara disunatkan semalam di klinik..after a year...huhuhu..jangan salah paham..bukan tak nak buat dari kecik..masa dia 3 bulan dah penah bawak tapi dr taknak terima pasal dia kecik lagi..
Maka, aku nie pun asik tertunda2 lah..tak sempatlah, tambah lagi dengan zara sakit ngan mcam2 lagi alasan dari aku seorang ibu..plus dah tak tahan sangat dah dengar mak asik bising2 jer...bila nak sunatkan zara tu? last wk, mak boleh panggil zarif, bagi kat zarif keratan akhbar pasal sunatkan budak perempuan...huhu..zarif bagi aku.'nah ibu, tok zu suh baca..'hehehe..sampai cam tu sekali mak nak menyampaikan mesejnya supaya aku tak lupa tanggungjawab...

So finally...yesterday, aku amik cuti dan kebetulan lak abang tak jaga SPM semalam..petangnya bawaklah zara g klinik..nasib takder orang..dan prosesnya berlangsung dengan cepat dan jayanya..hehehe..logiklah zara nangis kan..tapi jap jerr...Kalau aku tau sekejap je, sumpah aku dah antar lama dah..tapi aku nie penakut sikit..tak taulah apa yang aku takutkan..lepas abis semua sesi tu, bawaklah zarif n zara g jejalan sambil minum2..kira macam upah lah kott..hehehe..


So mak, kak uda takder hutang lagi k...:)



Tuesday, November 24, 2009

Yeayy..dah cuti sekolah!!

Aku suka dah cuti sekolah..walaupun aku bukan cikgu..juga bukan seorang pelajar..cuma suamiku saja seorang cikgu..huhuhu..TAPI abang kena jaga SPM, tapi tak lama 6 hari je..oklah..

Maka, bila dah start cuti sekolah nie, peninglah kepala mak2 bapak semua nak fikir apa nak buat cuti sekolah nie, nak pergi mana dan mcam2 lagi lah..plus dah start pk keperluan2 yang nak dibeli untuk naik sekolah nanti..

So as parents, aku pun dah start pk..nak g mana...mcam2 plan dah ada..tapi rasanya nak g dekat2 je kot...conclusion paling dekat melaka jer kott..mesti orang fikir bosannya asik g melaka jer..tapi aku rasa ok je..pasal semua ada..jimat kos..bajet rendah..hahahah..
ingat nak g genting, tapi musim2 hujan nie rasa mcam tak best lah pulak kan..pastu pun mcam ingat nak g pd..tapi mcam bosan lah pulak..

Naper nak g melaka - pasal ingat nak g zoo..:) zara kan mula membesar..so nak nengok reaction dia bila nengok binatang2 semua..plus zarif yang dah mula kepoh2 nie..dulu time bawak zarif dia takleh cakap..kecik lagi time tuh..so bila bawak zarif n zara nie nak nengok reaksi diaorang..mesti seronok kan..hehehe..pastu nak bawak diaorang g swimming..so ingat nak g memana hotel lah..nie semua perancangan je..belum teliti lagi..lagi satu aku pun takleh nak g jejauh memandangkan aku punyer cuti dah tinggal sehari sajaaaa...huaaaa...cepatlah tahun depannn!

Lagipun aku ingat nak jimat2 nie, pasal zarif pun dah mula nak pra sekolah tahun depan, jadi aku dah start kena pikir keperluan2 untuk zarif pulak..dah start nak kena byr yuran, beli baju, beli kasut, beli...beli...dan beli........:)

Wednesday, November 18, 2009

Happy Belated Birthday to my little zara..


Happy Birthday to my dearest little zara..actually birthday zara semalam, aku dah masukkan entry dalam facebook pun semalam tapi baru hari nie sempat nak update dalam blog..
My little zara was born on 17th November 08, 10.59 pm at Hospital Batu Pahat. Weight 2.9 kg and panjangnya 48 cm..alhamdulillah sihat dan normal.

And now dah setahun..masa berlalu dengan pantassnya..cabaran nak membesarkan mmg ada..dalam tempoh setahun 2 kali masuk hospital coz of pneumonia and second pasal demam panas..

Little update about her: a garang girl, ganas, suka jerit2, tak sabar, suka nangis, suka kucing, start calling abah..and aku suka dengki dia..suka nengok bila dia garang dan marah2 bila tak dapat makan atau tak dpt sesuatu barang..hehehe..oh ye, zara juga suka berebut barang dengan zarif...:)

Saturday, November 07, 2009

Psiko zarif



Kenapa kan budak2 tak suka makan sayur? termasuk lah aku..huhu..sian kat sayur tu..sebab dia kaler hijau ke? heheheh..tapi aku bukan terus tolak sayur, still makan..tapi memilih la..tapi untuk budak2 aku paksa gak diaorang makan sayur..kadang2 tu kena trick gak..yerlah, sayur tu aku tak makan tapi aku paksa diaorang makan, mcamana tuh..

Lunch tadi kat umah mak, sungguh2 zarif makan, tapi bila bagi brokoli dia taknak makan, aku pun terus cakap 'makanlah..sedaplah brokoli nie'..aku terus makan...pastu sambil cakap kat dia..'zara pun makan brokoli nie..terer zara..(padahal tak makan pun..) lepas tu ayat lagi kat dia 'kalau makan sayur nie, boleh jadik sihat ngan kuat mcam Ben10 tau..Ben10 pun makan brokoli nie, pasal tu dia terer..baik yip makan..kalau makan sayur nie takderlah sakit2...:)'

Dan hakikatnya budak2 mmg senang dipengaruhi..mmg kena tricky sikit..lepas tu zarif boleh makan sayur tu mcam tu jer..:) 'betul lah ibu..ok je makan sayur nie..' 'mmglah ok..sapa kata makan sayur tu tak sedap..' kalau mcam nie jenuh gak asik nak buat citer je setiap kali nak makan sayur..heheh..takperlah..pengaruh budak buat benda baik takper, jgn buat benda tak elok pulak.

Tak ada & sangat bosann..

Hari ini my hubby outstation ke Mersing pasal membawa budak2 ragbi ada tournament kat sana..sangat membosankan..tdo sana lagi, esok baru balik..
Aku kan tak suka sebenarnya berjauhan..hehehe..mcam geli jer..tapi it's a fact..bukan tak boleh..boleh je..aku fleksibel sebenarnya, tapi kan tak taulah kan..suka hatilah kalau orang nak kata ngada2 ke apa ke..pasal kalau hubby duduk umah pun bukan aku wat apa pun..nak kata cakap banyak ngan dia pun tak gak..tapi suka lah nampak semua ada depan mata..
pasalnya aku mcam rasa sedih je bila berpisah nie..yelah kan, kita tak tau apa jadik bila jauh..just fikir baik jer..pasal fikiran aku nie suka pk benda yang bukan2..tu yang aku tak suka..Nie aku nak citer lah nie..rasanya kejadian last 2 week kot;

Biasanya pagi aku akan drive sendiri g kerja tapi bila nak masuk balik kul 2, abang yang dah balik kerja (kalau takder meeting dll), dia akan hantar aku semula..kira mcam manja dan ngada2la kan..tapi hubby suka, aku ok jela kan..dan setiap petang dia akan amik either aku or budak2 dulu..so hari kejadian tu aku dah siap2 pesan tgh tu, 'ptg nie abang amik awal sikit eh, amik b dulu pasal b nak beli barang2 sikit, pastu baru amik budak2..'
Maka petang tu, kul 5 tepat je aku call dia dulu, yelah biasanya aku akan call dia tanya kat mana, dah sampai kat bawah lum,kalau dah sampai baru aku turun..tapi aku call tak berjawab..berkali2 aku call mcam nak giler..langsung tak berjawab..aku dari opis kat tingkat atas nie langsung tak nampak keta dia kat bawah..aku pun malas nak turun..orang2 opis nie semua dah balik..aku dah mcam kalut..fikir dah bukan2..abang nie tdo ke, biasa tak mcam nie..aku cuba lagi call..tak berjawab gak..sudah..dalam otak aku dah terpikir, ada orang ceroboh umah aku ke, ada orang rompak abang ke, abang dah mati ker, (teruk kan aku pikir...)..dari jam 5 ptg dah menginjak ke 5.15, 5.20..aku terus call pengasuh..konon2 nak mintak tolong g umah aku mintak tengokkan apa dah jadi kat abang..manalah tau jadik apa2 kan..sudahnya masuk voice mail lak bila call pengasuh tu..ermm..masa tu keadaan aku dah serabai, mcam dah kalut sangat lah..aku terus terpikir siannya kat anak2 aku..kalau abang dah mati aku jadik janda ke,mcamana nak jadi ibu tunggal...huhu..(mmg teruk betul aku pikir..)
Aku nekad 5.30 aku turun kat bawah..nanti pepandailah aku mintak tolong kat sesapa antar aku balik umah..turun je kat jalan, TETIBAA.....surprise!!
abang tengah tunggu dalam kancil aku suh aku cepat naik keta...errr..aku mcam terpinga2..masuk je dalam keta dia leh tanya 'naper lama sangat?kata nak cepat tadi?'
dah nak bergaduh lak aku ngan dia..aku cakap lah 'abang tu naper tak angkat phone, mcam nak giler saya call tau, ingat dah mati kena bunuh ke? risau tau saya..' 'lerr..telefon saya tertinggal kat umah lah..dah setengah jam saya tunggu tau kat bawah nie..awak tu tak reti2 nak turun ke?'
Terus aku terdiam..tak tau nak marah sapa..terasa mcam bodoh pulak..nak ketawa pun ada bila dah pikir yang bukan2...:)

Kesimpulannya-korang buatlah kesimpulan sendiri..heheh..pasal bila aku teringat je kisah nie, aku terasa nak ketawa pun yer..terasa kenapa hari tu aku mcam terpendek akal seketika..sepatah kata abang masa tu 'awak tak boleh terpikir langsung ke yang hp abang tertinggal kat umah?'......

Macam-macam..

Last wk and this whole is the tough week for me..and also boleh dikatakan agak bz dan menegangkan segala urat2 kepala..kalau nak diikutkan aku nie very positive and open minded person..suka senyum2, suka gelak2 dan suka tak kisah memanjang..(nie kes citer kat opis ler..)
Ditambah2 lagi dengan jaga 2 bos lak sekarang nie..kerja non-stop..sangat bz..huhuhu..sebelum nie aku selalu cakap kat orang.."tak payah nak stress2 sangat..kerja kena rileks..lepas tu organize semula..nengok mana yang penting, kita dulukan..yang kurang penting atau tak, kita ketepikan.." pandai cakap kan...
ha, skang..AMIK KAU!!! rasalah sendiri...:(
sebenarnya aku suka mcam bz2 nie..tapi mmg mencabar diri..sampai satu tahap aku rasa dah tak tau nak buat per..last2 aku biarkan jer..camana? dari rumah dah plan, dah organize nak buat mcam2, tetiba sampai opis semuanya lari..datang lak kerja lain..dah bertimpa2..huuuhh..nie aku baru je setiausaha..jawatan kecik jer..lum lagik jadik bos..bila aku nengok bos nyer keja je, aku pun jadik penat..muka masing2 pun dah ketat jer..nak senyum ke tak senyum kerr...tapi nama pun dah tanggungjawab kan..
tu citer kat opis yang mmg tak kan abis nyer...yang kat umah lain lak..maklumlah anak 2 mmg mcabar, tengah2 nak membesar kan..ngan zara dah pandai sepah2 kan barang..aku still bersabar..setiap kali nengok umah yang mmg serabai nie, aku istigfar dulu, tarik nafas..fikir positif..baru leh start kerja..huhuhu..tapi khamis lepas aku mmg dah tak leh tahan sangat..ngan bebudak nangis merengek2 nak susu..ngan aku period pain..PLUSS, yang buat aku nak naik angin tak tentu arah tu..bila mata aku nie ternampak kain baju aku yang kotor tu dah sama tinggi dgn mesin basuh aku!!tu yang aku tak tahan giler, terus aku marah2..hehehehe..sian kat bebudakkk..nasib lah hubby sesangat memahami..dia mmg tau angin aku tak baik..tapi aku pun ngamuk bukan lama..just need a space..serasa2 dah lepaskan angin kemarahan tu, aku ok la semula..kain2 kotor yang banyak giler tu aku masukkan dalam beg plastik hitam paling besar untuk dihantar terussss ke dobi..hahahaa..mintak maaflah aku nak basuh semua memandangkan keadaan cuaca yang sangat tak mengizinkan plus kawasan nak sidai kain yang sangat terhaddd..hihihi..so reda sikitlah perasaan aku bila nengok bakul kain tu terus merosot..tapi ada lagi yang tak surut2 gak..kain2 baju yang bersih tu dah mcam pulau2 kecik pulak tak berlipat..sangap tul nak melipat...nanti2 lah..tu pun nasib hubby paham..ntahlah..as i told earlier..bz gilerrr..weekend nie pun bawak balik kerja..claim2 bos yang perlu disiapkan..ermmm..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...