Wednesday, August 05, 2009

Hampir seminggu 'wake up call' itu berlaku..


Tangan siapakah ini? huhuhu..yea..tangan suamiku..hampir seminggu aku menunggu dan barulah berpeluang untuk meng'update' blog ini..itupun setelah menunggu keadaan reda dan tenang seketika..
Kenapa aku panggil 'wake up call'? kerana aku tak pernah rasanya diduga dengan ujian sebegini..kejadian hari rabu malam pukul 11.30 malam..abang call aku bagitau yang dia patah tangan setelah main futsal..bila dapat berita tu tak tau nak cakap mcamana?...tetiba mcam blur seketika..betul ker? ke nak ketawa? abang nie buat lawak ker?bila abang dah sampai umah, dia dah tak tahan sakit..doc kat klinik kata kena simen..so tgh malam dalam pukul 12 aku kejut budak2 masuk keta terus balik umah abah..nak antar sharul g hospital mlm tu gak untuk disimen..Sharul telah diberi MC 3 minggu...rutin hidup aku berubah start dari malam itu..

'Wake-up call' ini datangnya dari Tuhan dan aku bersyukur..bersyukur bukan suka tangan suamiku patah..tapi bersyukur kerana ujian ini baru sedikit dan boleh dianggap ringan..dan aku cuba menangani keadaan ini sebaik mungkin dan sepositif mungkin walaupun cabaran tu ada..:)

Selepas berkahwin, boleh dikatakan aku agak manja..manja ngan laki sendiri takper..:) segala urusan rumahtangga kami bahagikan agak sama rata..tapi bila diduga begini, baru aku sedar, banyak yang aku tak pernah buat sendiri..rasanya time belajar dulu, aku agak berdikari berbanding lepas kawin..so mmg bersyukur sangat bila diduga sebegini supaya aku sentiasa sedar diri dan supaya aku sedar tanggungjawab suami dan ayah itu bukan sedikit..selama ini tau arah2 ajer..hehehe..kenapa aku cakap mcam ni? :

  1. Tiap2 pagi selalu abang antar budak2 g taska..tetiba aku lak yang kena antar..takperlah, ok lagi...
  2. Kadang2 tengahari abang antar aku g keja, tapi sekarang dah tak boleh..tak bestnyerrr...
  3. Selalu petang abang amik budak2 balik taska..tapi sekarang tak lagi..
  4. Kitaorang selalu amik air masak dari penapis RO sekali 2@3 botol besar, selalu abang yang isik syiling amik air, angkut botol tu masuk keta..kali nie aku ker? hmmm..ye aku yang buat for the 1st time..
  5. Tiap2 malam abang basuh kain dan sidai..kali nie aku lagi ke?hehe..abang basuh tapi aku yang sidai..(bertambah kerja aku -sidai, lipat dan susun kain..:kerja yang paling aku tak suka)
  6. Selalu aku main arah2 abang g kedai beli barang2 basah, barang2 keperluan harian..haha..kali nie aku buat sendiri..rasa mcam tak percaya jer..selalu aku jadi mem besar tunggu dalam keta atau tunggu kat umah..ujung minggu baru keluar sesama..
  7. Selalu aku mintak tolong abang belikan makanan kalau aku tak masak..kali nie aku ker yang kena oder? lum buat lagi..sanggup aku masak dari g oder kat kedai pasal malu..tapi kalau dah terpaksa nak wat camna kan? abang lagi malu nak g kedai ngan tangan berbalut tu..
  8. Tiap2 malam abang selalu buatkan susu zarif, sediakan susu, botol ngan air masak bawak masuk bilik..kali nie aku lak yang buat..hmmm..
  9. Tiap2 malam gak abang yang selalu suh zarif buang air n then pakaikan pampers sebelum tdo..kali nie...AKU ke? dahlah zarif kusss semangat..yea aku ler..sapa lagi...
  10. Dan setiap malam juga bila zarif dah tertido kat ruang tamu, abang la yang angkatkan zarif ke bilik..dan pastinya bukan aku yang angkat zarif..giler ke nak angkat? takut kang ada 2 orang yang patah tangan..tapi secara diplomasi dan penuh ketegasaan aku akan kejutkan zarif untuk masuk ke bilik..(dugaannya sangat banyak..kadang2 sampai kena kuarkan rotan dan kena jerit2 di tengah malam..)
  11. Sebenarnya ada banyak lagi yang abang buatkan untuk aku isteri dia nie yang dah manja dan lemak berkrim nie..hehehe..tapi tak sanggup nak tulis..pasal nanti nampak cam aku nie langsung tak buat kerja lak..:)
Bila dah diduga mcam nie..kadang2 rasa nak marah, rasa stress semua ada, tapi aku muhasabah diri, ingatkan diri supaya fikir yang positif..aku nak hargai orang2 yang aku sayang masa dia adalah nie..kalau kita cinta dan sayang orang tu, kita mesti sanggup buat apa sahaja walaupun dia dah tak sesempurna lagi (dalam keadaan sementara ataupun tetap)..jadi aku cuba buat ikut kemampuan aku..penat memanglah penat, bukan layan suami aje tapi 2 anak lagi..tapi mcam aku cakap-dugaan yang aku terima nie baru sikit dan ringan...jadi aku bersyukur terima 'wake up call' dari Tuhan ni lebih awal supaya aku lebih peka dan lebih cekap menguruskan rumahtangga....:)

5 comments:

  1. patot pon org kate ko makin gemok mcm zarif,rupenye selame ni abag shahrolll yg susah payah yer....

    huahuahauhau...xsabar aku nak nunggu weekend ni.heheh.siap ar zarif aku bawak getah paip buat ganti rotan.huahuahau

    ReplyDelete
  2. ko bukan ke kene tulis abg shahrul iron baju sendiri, pastu abg shahrul mandikan zarif, pakaikan baju zarif..

    so sila la insappp..bahawa ko bnyk sgt melepaknye.sbb asyik mengarah jek.haha

    ReplyDelete
  3. ntah untung ko dpt abg shahrul layan ko mcm puteri raja. skg no time to rest yerh. skg takder saper gosok baju kjr ko. hahahaha. cian. takper. tuhan duga sket jerh ni.

    ReplyDelete
  4. yana-mana ada aku gemok? sila lah bersiap sedia menjaga 2 anak aku ye..

    mai-tak sanggup nak tulis tu semua, nampak mcam aku nie pemalas ngan dera suami sendiri gamaknya..huhuhu..walaupun hakikatnya tak mcam tu..;)

    rai-yer, mmg tuhan duga sikit sangat nie..takper aku leh handle lagi nieh..don't worry..

    ReplyDelete
  5. jangan dera suami !
    orang lelaki ni kekadang ada tahap kesabaran nya.
    pandai pandai la bagi keje.

    ini semua dugaan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...