Wednesday, July 22, 2009

Untuk yang dah kawin juga yang bakal kawin :)


RESIPI PERKAHWINAN BAHAGIA

2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara
1kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan
1 cawan rasa kepuasan
1 cawan budi bahasa
1 cawan perasaan timbang rasa
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan-kelemahan pasangan
2 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting untuk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua. Curahkan kerjasama yang perlu dan persediaan kerja berpasangan dan perkongsian.


CARA MEMBUAT ATAU MENGAMALKANNYA:

Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.

Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.

Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.


PERINGATAN:

Jangan sekali-kali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang.


Sumber : Buku ‘Hadiah Buat Muslimah’
Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Ida Ezyani Othman

Tuesday, July 21, 2009

Ye ke Zarif?







Bila nengok2 gambar lama zarif, rasa nak tergelak pun ada..rasa mcam tak percaya pun ye jugak..zarif ke ni? mcam taknak mengaku anak pun ada gak..bila nengok zarif yang sekarang nie 'sihat' sangat, rasa tak percaya lak nengok dia dulu2..kan aku dah kata zarif bukan gemuk dari kecik..sejak dari tahun lepas bagai dipam2..geram aku..susu botol masih lagi tapi kat umah jerlah..tau lak malu kat taska taknak isap botol..aku tau anak tak elok gemuk2 nanti obesiti..bahaya..aku bukan lah jenis sua semua makanan kat dia..mcam aku penah cakap, kadang2 makan pun aku tak pelawa dia..hahaha..tapi dia pandai berlakon ngan buat muka sedih mcam budak tak penah ngan tak cukup makan seminggu...kadang2 aku ngan sharul nak supper pun sembunyi2 atau tunggu dia tdo dulu..kalau tak, dia pun nak rasa sekali apa yang kitaorang makan..hopefully lah sekolah nanti dia leh kurus..sekarang nie pun aku banyak suh dia jejalan..banyakkan berjalan kat umah..dia takleh malas2..pantang tul aku kalau pas makan baring jer...tapi kalau nak kata dia 'sihat' sebab baka pun yer gak...:)




Nak berdiri ker?


Sejak keluar dari hospital ni, zara makin aktif la pulak..merangkak dah sampai ke bilik2, dapur, bilik air semua..hehehe..la nie dia nak berdiri ngan memanjat lak..confirm raya nie mmg huru hara aku..yang tukang bagi contoh memanjat serta memberi arahan adalah abang pada si adik..:)

Zara yang baru



Ini adalah rupa terbaru zara lepas keluar dari hospital aritu..agak susut sedikit dan muka cengkung..sangat sedih..tapi takper..dalam proses untuk menambahkan berat badan..rambut juga telah digunting..bagi nipis sikit..kalau tak, bukan zara je yang rimas, ngan aku2 sekali yang rimas..

Serasi Bersama

Jumaat lepas aku kan cuti lagi jaga zara, so nengoklah rancangan wanita hari ini (antara favourite rancangan aku nie), topik hari tu adalah serasi bersama..maksudnya serasikah anda dengan pasangan? aku agak suka lah topik ini, kadang orang kat studio tv3 tu berdebat, aku kat umah pun berdebat gak, debat ngan suami sendiri..serasikah aku ngan suamiku? susah nak kata..hehe..di awal2 dulu, agak tak serasi..tapi sekarang nie konon2 mcam serasi lah..alhamdulillah..ada orang kata kita boleh serasi kalau minat kita serupa dan etc...tapi aku lak tak suka sangat semuanya hampir sama..aku suka ada beza2 sikit..dan hakikatnya mmg berbeza..abang diam, aku bising, abang kaki game, aku lak tak minat game, abang suka gajet2, aku lak tak suka benda alah tu semua, aku suka beli buku, baca majalah hiburan, suka gosip, abang lak kurang gemar gosip, apalagi beli magazine..hahaha..aku suka beg (boleh dikatakan mmg giler beg serta kasut juga..) tapi abang tak macam aku..tapi kitaorang sangat memahami..bila memahami, yang tak serasi leh jadi serasi..bila abang paham minat dan kegilaan aku, maka dia akan layankan apa yang aku suka..tu yang best tu..kadang2 dia buat SURPRISE!! beli majalah ke buku..bestnyeee..jadi kalau abang leh layan aku, maka aku pun begitu juga..walaupun tak minat gajet2 ataupun game2..aku kena buat2 suka dan amik tau..:) dan konon2 nya kami nie juga pasangan yang ala2 ada instinct sama..heheh..kadang2 aku pk nak makan bla..bla.. tup..tup..abang balik belikan makanan yang aku terpikir kan tadi..bestnya..serasikah maksudnya tu?:)

Monday, July 20, 2009

Air berubat

Pagi nie aku naik kerja setelah bercuti selama 6 hari. Semangat berkobar2 tu nak kerja..zara pun alhamdulillah sihat hendaknya..sesampai di ofis dan baru mengemas2 meja sambil menyelak2 segala dokumen..belum sempat pun nak bergosip ngan opismate, aku dapat phone call dari taska..alamak..dah rasa tak best dah..ngapelah pulak nie..janganlah zara wat hal lak..tadi pagi ok jer masa nak g taska..seperti diduga, pengasuh dia call beritau zara nangis2..taknak diletak..alamak..mcamana lak nie.takkan aku nak cuti lagi kot? dah cuti lama dah..so, aku bergegas g taska amik zara ngan pengasuh dia g carik umah orang yang pandai mengubat..tapinya orang tu takder g kl lah pulak..jadiknya aku ngan redha dan tawakal terpaksa lah letak zara kat taska jer..dia pun bukanlah nangis sepanjang masa cumanya takmau diletak jer..kalau boleh nak pegang je sepanjang masa..susah la kan..Aku janji petang akan bawak zara g umah ustaz lain plak nak g berubat..Aku bersyukur gak lah keja kat kawasan kampung mcam nie..pasal ada banyak alternatif dan orang2 yang bijak pandai dalam hal2 perubatan tradisional nie..
After balik kerja tadi, aku ngan hubby n bebudak pun g lah Kg Pasir Panjang, dekat2 sini gak jumpa ngan person yang terer bab2 mengubat nie..kitaorang bawaklah air mineral (telah dipesan oleh pengasuh anak2ku), nasib orang tak ramai...orang tu cuma tanya nama zara, nama aku ngan nama pengasuhnyer..pastu dia pun bawaklah air mineral tu g kat bilik lain dan buat per aku tak tau..tak lama pastu dia jumpa kitaorang bawak air yang dah dibaca2 kot ngan terang2kan apa yang patut dibuat..sangat simple dan senang..masa tu orang2 lain dah start datang..lepas settle semua kitaorang pun nak balik dah...tetiba kan si zarif nie bersuara;
Zarif: ibu, dah sudah ke ibu?
Aku: dah lah..kenapa?
Zarif: takkanlah mcam tu jer?
Aku: macam tu apa?
Zarif: yelah..takkan dia bagi air aje, kata ubatkan zara..
Aku: abis tu nak buat mcamana?
Zarif: kata ubatkan, baca lah doa kat zara ker..
Aku: takper..air tu dah berubat dah...
Sebagai ibu aku cuma berusaha jer mana yang mampu, yang lain2 semuanya dengan izin Tuhan jua..moga2 zara akan sihat sejahtera..Amin..

Wednesday, July 15, 2009

Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena..










Ahad merupakan hari huru hara aku dimana zara dimasukkan ke hospital pasal suspek jangkitan kuman paru-paru..blur, blank, serabut semua ada kat kepala aku time tuh..tak tau nak cakap mcamana..zara warded dari ahad sampai lah selasa. Memula aku cam berat nak masuk hospital tapi bila dah stay 3 hari kat situ plus dah bercampur ngan orang ramai, aku rasa sedih lak bila nak kuar..:) Kalau ikutkan aku suka duduk bilik sorang tak bercampur ngan orang ramai tapi once bila dah bergaul ngan orang ramai buat aku bersyukur dengan diri sendiri..ramai lagi orang yang menghadapi masalah lebih teruk dari aku..ada yang sakit jantung, sakit hati..sedihnya...kalau ikutkan aku nie sensitif, hati cair..tapi bila duduk kat wad kanak-kanak nie, aku kena keraskan hati sikit..hati mak mana yang tak luluh kalau dengar budak2 jerit 'sakit', merayu2 panggil mak, sakit kena cucuk ubat, taknak makan ubat semua...huhuhu..that's why aku takleh jadi doktor kot..hehehe..back to zara, pasal dia batuk berbunyi2 dia kena on nebulizer..6 kali dia neb dari isnin petang sampailah selasa pagi...nasiblah zara nie ikut kata..senyap jer..sesekali je menjerit..apapun aku bersyukur zara getting better..aku cuti this whole week pasal nak pantau kesihatan zara plus kena continue bagi antibiotik pada dia..hopefully by next week dia akan recover sepenuhnya...





Thursday, July 09, 2009

Cerita Pelangi


Semalam petang masa tengah tunggu abang beli makanan kat pasar malam;

Zarif: Ibu, kita dah nampak dah..tu ada kaler kuning, biru, hijau...
Aku: Aah..tu lah namanya pelangi @ rainbow
Zarif: Ibu, pelangi tu kat mana?
Aku: err..kat mana? (sambil buat2 tak dengar dan memikirkan jawapan..)
Zarif: Yelah..kita tanya pelangi tu kat mana? ke pelangi tu ada kat parit raja ke atau kat mana.
Aku: Pelangi tu ada kat langit la..semua orang boleh nampak pelangi, bukan kat parit raja aje..
Zarif: Oh ada kat langit...

Serasa2 mcam tak best je jawapan kat langit tuh..tapi kalau difikirkan dan logik akal mmg kat langit pun kan..yelah pasal kita nengok langit kita nampak pelangi dan ke mana kita g pun kita nampak pelangi kan..hehehe..abah penah kata budak2 seusia zarif nie cepat ingat apa yang kita cakap so after magrib semalam aku test lagi zarif kat mana kita leh nengok pelangi..so dia jawab 'Kat Langit..' Oklah tu kan...:)

Wednesday, July 01, 2009

Zarif la pulak..


Diam tak diam, Zarif dah pun 4 tahun lebih..cepatnya masa berlalu..rasa2 mcam baru je pas lahirkan dia..pastukan rasa mcam tak relakan je dia nie membesar..leh gitu? :) mcam gak budak2 lain yang seusia dia, makin besar makin banyak karenah..banyak ragam dan sangat menguji kesabaran..makin jugak gemukkkk..tak suka..tak suka...sebenarnya aku control gak makan dia..cara control: time aku makan aku tak pelawa pun dia..heheh..jahat kan?...taklahh..kadang2 je wat mcm tu..it depends..dan aku jugak..bila takder kerja, suka menyakat..aku kan ibu yang psiko..heheh..kalau tak buat budak nangis memang tak sah..suka aku nengok budak2 nangis merayu2 kat aku..:) jangan ikut mcam aku..tak baik..Zarif lah mangsanya..Tahun depan nak masukkan zarif pra sekolah..tak dapat nak bayangkan zarif nak sekolah..tu belum sekolah betul lagi...mau aku nangis nanti bila dia g sekolah rendah...At the age zarif nie takleh wat perangai bukan2..kena tunjuk perangai yang baik2..takleh bohong2..dia juga sangat kepoh dan suka menyampaikan..so aku n sharul kena pandai cover dan cakap yang bagus2, kalau tidak segala keburukan dan kekurangan akan sampai di rumah orang tuaku..hehehe..

Dah jadi nenek..

Ok..nielah baby yang zara nengok tadi-Muhammad Idrakee Zaquan..baby zaquan yang merupakan anak saudara zarif dan zara dan juga cucu saudara aku..:) aku dah bergelar nenek lah.baby zaquan nie dilahirkan pada 6 Jun2009..ini adalah anak Lina (anak kakak ipar aku..cucu sulung mentua aku)..kira inilah 1st cicit dalam keluarga mentuaku..berat dia je 3.69kg..pjg kalau tak silap 51cm..anak2 aku pun tak panjang cam tu..hehe..semua comel2 bawah 50cm..takper..janji sihat..:) tapi baby zaquan nie dilahirkan secara operation..baby nie bijak dan cepat tersenyum..sebijik ikut muka ayah dia..suka nengok..So, selamat datang ke alam baru Lina n Zakee...

Nengok sapa tuh?

Zara nengok sapa tuh? nak tau? jap eh...

Zara lagi?

Yea..zara lagi..kali nie nak cakap pasal keadaan zara bila tdo..ingatkan dapat anak dara nie mungkin tdonya sopan..hihi..TAPI...aduss..rupanya sama jer ngan abang dia..aku n zara tdo sesama kat tilam jer..dah lama aku tak tdo atas katil ngan abang..walaupun sebilik tapi tak sekatil..:) ok..ok..berbalik pada citer zara..kebelakangan nie tdo nya agak melampau..melampau tu bukan apa..dia leh beraksi mcam kat atas nie..sekali dia leh pusing 360 darjah..pastu waktu tgh tdo tu aku leh bangun 3 kali semata2 nak mengangkat si zara yang dah berpusing dan tergolek2 sampai ke ujung kaki aku, sampai dah terhantuk kat bucu katil..pastu siap dah tergolek sampai depan pintu bilik air walaupun aku dah buat penghalang guna segala mcam bantal2 yang ada..yg bagusnya dia tak menangis pun..pergerakan je yang lebih..tapi aku suka..suka pasal aku tdo malam mmg cukup..setakat dia merengek2 nak susu..mmg tak menyusahkan..lagipun aku breastfeed je..so sangat tak menyusahkan..

Zara n Abah




Testing..


Update

Hampir seminggu tak tulis apa2 kat blog, asik jengah blog orang je..tak sempat nak update atau dalam istilah lain M.A.L.A.S...plus sekarang nie budak2 lepasan SPM baru je mendaftar masuk U so aku mmg agak bz..tambahan lagi aku setiausaha pada Timbalan Dekan (Akademik). Banyak hal ehwal akademik yang perlu aku amik tau, walaupun adakalanya tak paham langsung..tapi sebagai setiausaha yang bijak, aku perlu ambil tau tentang hal2 akademik mahupun perkara2 yang berlaku di dalam fakulti walaupun perkara2 tu langsung takder kaitan ngan aku..Kadang2 segan gak kat bos aku..bila aku bagi surat2 nak mintak ttgn ke atau apa2 untuk tindakan dia, dia akan tanya aku balik benda2 yang berkaitan ngan akademik..aku lak mcam blur ngan selamba leh kata kat dia 'err..tak tau..' @ 'tak pastilah Prof..' ada ke patut? mmg tak patut pun..alasan aku yang logik: dia kan orang akademik, Profesor lagi tu, takkan tak tau (nie cakap dalam hati jer)..hehehe.. so I have to change my attitude..jadik lately nie segala mcam surat2 yang berkaitan ngan akademik aku akan baca betul2 dan berkali2 bagi paham bebetul..at least bila aku mengadap bos, aku da get ready ngan jawapan2 yang agak brilliant..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...