Sunday, February 21, 2010

Berderai lagi..

 

serius aku mmg nangis..bukan sebab bergaduh tapi sebab citer nie (mak dia mati pasal pokok tumbang n hempap dia ye)..tak kisahlah orang nak kata citer melayu banyak nangis ker, meleret2 ke..tak bagi motivasi ker, asik nak rasa sedih..

Aku tak kisah..lain orang lain pendapat kan..kita kena respect..tapi pada pendapat aku ler, secara peribadinya kalau cerita tu bagus dan berkualiti tak salah nengok dan jadikan sempadan ataupun pengajaran..realitinya kalau takder berlaku keadaan cam tu takder lah kot cerita cam gitu..
Lagipun kan, aku rasa kita nie orang melayu, cerita2 cam tu mmg dekat lah kat hati kita..plus, zaman nie televisyen tu mmglah medium paling utama nak menyampaikan apa saja maklumat kepada orang ramai khasnya pada anak2 lah kan..

Aku mmg nangis tak ingat ler ngk citer ni, sampai bengkak2 mata..mungkin jiwa aku nie mmg sensitif, aku suruh gak zarif nengok..yelah dari dia asik nengok chanel Ceria tak sudah, asik GBS, AFI DAN ABAH la..ntah apa2 citer lagi, baik dia nengok citer nie..leh lah terserap sikit2 pengajaran plus aku pun leh la bagi nasihat sikit2..
Mungkin esok lusa dia dah lupa, tapi kalau kita keep on remind pada dia.."ha cuba ingat cerita hari tu," i'allah dia ingat kot..
Lagi satu bukan untuk zarif je, peringatan untuk diri sendiri gak, kadang2 yang dewasa nie pun selalu lupa..sekolah pun dah lama tinggalkan, pastu takder sapa nak ingatkan diri, so melalui pembacaan ngan nengok tv citer2 yang bagus je boleh ingatkan diri yang kita nie ada mak ayah lagi..TAPI jangan nengok jer, kena terapkanlah apa yang baik kita ikut..

Mmg citer tu ada kebenaran-pelajaran jelah yang boleh mengubah hidup seseorang..serius aku menyesal main2 belajar dulu, kalau tak mungkin aku dah jadi manusia yang lebih baik dari sekarang..tulah..padan muka diri sendiri, dulu mak abah marah2 taknak dengar....1000x menyesal pun tak guna....:(

* I rate 5/5 for this drama*
 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...