Thursday, March 31, 2011

Pindah blog

Salam semua,

Entry ini adalah yang terakhir di blog ini. Aku terpaksa pindah blog atas masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.
So, please pada yang follow dan baca blog aku, terus ke blog ini;



Terus baca dan terus support ok..

Sekian, terima kasih.

Sunday, March 20, 2011

Bila dah penat sangat..

Salam,

Semalam kan pergi JB ada jemputan kenduri kawin..bertolak ke JB pun dah nak dekat pukul 2 petang, sampai sana lebih kurang sejam je. Lepas makan2 kat umah orang kawin, terus jalan-jalan kat JB..Ala, bukannya keluar dari keta pun, setakat duduk dalam keta, pegi nengok2 kawasan aku membesar time kecik-kecik dulu..(Aku membesar kat JB, sampai darjah 2 pindah balik Batu Pahat).

Konon malam tadi nak la update blog tapi hampeh, penat sangatt.Tapi dapatlah nengok cerekarama yang kelakar malam tadi..Itupun sambil2 terlelap jugak tu..Habis nengok tv, apalagi terus la zzzzzzz..

Part yang paling best dan paling syiok sendiri bila dah penat kan, mimpi la..Kali ni aku couple pulak dengan pengarah citer Khurafat tu.. perasan giler..Syamsul Yusof couple ngan aku eh?..:) Siap main kenyit2 mata lagi..Punyelah seronok dengan mimpi tu, sampailah aku tersedar si zara nangis nak susu..huhu....

Dah tu je nak citer..takder maknanya aku nak couple dengan si Syamsul tu..ntah naper boleh termimpi dia pulak padahal aku tak minat pun..huhu..lainlah kalau Remy Ishak..:)


Friday, March 18, 2011

Anak kedua memang cepat matang eh?

Salam,

Siapa anak no.2, angkat tangan!

 Saya anak no.2 ibu! Merangkap anak bongsu jugak!

Mrhubby kata zara cepat sangat membesar..I wish zara a baby..tapi mana mungkin kan..rasa cam baru je lahirkan dia..
Kenapa mrhubby kata zara cepat membesar? Mau taknya, zara dah takmo pakai pampers lagi, huhu..Kalau pakai pampers pun, asik nak salin pampers je..Lepas tu dah pandai nak pakai seluar sendiri, nak makan sendiri, semua nak buat sendiri la..Dah pandai pilih baju, dah pandai berangan depan cermin..ohh, cepatnya membesar dik..

Lepas tu zara ni garang. Zarif pulak cengeng asik kena buli jer dengan adiknya..camana tu?

Betul ke anak nombor dua ni cepat matang, pandai, garang dan tegas? Betul ke?.....Sapa anak nombor dua, sila jawabb..

Blogger bebas bersuara

Salam,

Artikel dari Kosmo

Kewujudan lebih dua juta blogger di negara ini membuktikan kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara sekaligus menolak tanggapan sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan hakikat itu. 

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman berkata, blog yang dikenali sebagai media baru itu membolehkan rakyat melontarkan pandangan dan kritikan terhadap sesuatu isu.

"Sebelum ini, ramai yang mempersoalkan kerajaan tidak mengamalkan kebebasan bersuara (media). Jumlah blogger yang semakin ramai kini membuktikan kerajaan memberi ruang kepada masyarakat untuk melontarkan pendapat masing-masing.

"Saya lihat blog di negara ini memiliki acuan tersendiri dan ia berbeza dengan amalan negara lain kerana media kita mengikut lunas perlembagaan dan perundangan," katanya.

Thursday, March 17, 2011

Sein dan Nana dah rujuk semula

Salam,

Setelah berpisah lebih tiga bulan akhirnya pasangan Juara Sehati Berdansa Musim Ketiga, Sein dan Nana telah mengambil keputusan untuk merujuk semula pada minggu lalu.

Perkara ini telah diakui oleh Nana sendiri sewaktu dihubungi murai.com.my.
Jelas Nana, menyedari masih ada cinta antara mereka, selain faktor dua cahaya mata comel yang masih memerlukan kasih sayang, ia membuatkan mereka sepakat untuk bersatu semula.

"Alhamdulillah, kami telah pun rujuk semula pada minggu lalu (Jumaat). Sein mengemukakan perkara tersebut kepada saya. Setelah berfikir dan berbincang akhirnya saya bersetuju untuk hidup bersama semula dengannya. Memang saya masih lagi menyayanginya selain kerana anak-anak kami," katanya kepada murai.com.my ketika diminta mengulas mengenai berita penyatuan mereka itu.

Menganggap apa yang berlaku sebagai satu pengajaran, jelas Nana, sepanjang tempoh perpisahan tersebut, ia banyak mengajar mereka berdua tentang erti kehidupan.
"Apabila berpisah, baru kami tahu kami masih memerlukan antara satu sama lain. Baru perasan yang kita ini dah kehilangan sesuatu yang amat berharga. Kadang kala, kita ingat kita boleh lakukan sesuatu benda itu secara sendiri. Rupanya tidak," katanya lagi.

Menyentuh mengenai kisah kewujudan orang ketiga yang dikatakan sebagai punca perpisahan antara mereka, Nana menafikan perkara tersebut. Sebaliknya, dia mahu membuka lembaran baru bersama suaminya itu.

"Benda yang dah lepas, saya malas nak fikirkan lagi. Saya nak buku buka baru dalam kehidupan kami. Tapi, mengenai isu orang ketiga itu saya sendiri tak pernah mengiyakan pun gosip itu. Doakanlah semoga kehidupan kami selepas ini aman bahagia," katanya yang akan mengadakan kenduri kesyukuran pada awal April ini.

Pasangan tersebut, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember tahun lalu.

Sein dan Nana mendirikan rumahtangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, setahun.

*Artikel dari murai.com.my*

Ben Ashaari : Lelaki vs Perempuan kerana fizikal


Salam,

Join segmen BA lagi, saja isi-isi masa senggang ni.. Nak join, jom klik kat gambar atas tu eh. Dan macam biasa jawab soalan lagi.

  1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
    Pernah. Dah sampai seru nak bercinta kot. Kerana keperibadiannya.

  2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
    Dulu-dulu ye la..tapi lepas kawin persepsi tu berubah..fizikal tak penting.

  3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
    Sebenarnya saya suka lelaki yang berbadan tegap dan suara macho. Rasa maskulin gitu..(iye ke?)

  4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju 
    Ye kot..suami tak bahagia ke kalau isteri hari-hari masak..:)

  5. Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda .
    Tak semestinya..Hanya segelintir saja kot.
      
  6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  ..
    Alamak? Lelaki idaman? Hmm..Jawapan jujur, kerana saya sudah berkahwin, maka lelaki pilihan itu adalah suami saya sendiri. Sebab dia memahami dan rajin gosok baju..:)

  7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
    Erk? Erm..oklah..dah kawin kan, maka kena terima kekurangan dan kelebihan pasangan kita seadanya.

  8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
    Erm..ok jugak kot..bolehla..

  9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
    Harusss...

  10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
    Ni memang pening..mungkin ada yang benar tapi ia menuntut komitmen dan disiplin yang tinggi. Kalau setakat beli lepas tu buat hiasan kat dapur, baik tak payah..Yang penting, senam dan amalkan pemakanan yang berkhasiat dan berserat tinggi.

    Ok..sekian.


Peringatan untuk sesama manusia


Salam,
 
Aku nak share tentang perkara ni dari facebook..rasanya ramai yang dah tau atau dah baca kan..Tapi ni bagi sesiapa yang tak tau lagi. Peringatan untuk kita semua termasuk diri aku sendiri.

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

5 tahun yang diuji

Salam,

Pernah tak dengar orang kata, 5 tahun pertama perkahwinan akan diuji? 5 tahun kedua akan diuji lagi? 5 tahun ketiga akan ada ujian lain? Pernah dengar tak?
Sebelum kawin, aku tak kisah sangat perkara-perkara ni..Ujian apanya la kan? Time tengah bercinta seronok gila..tak pikirkan sangat la semua ujian-ujian yang bakal datang ni..yang tau, dia lah kekasih hati kita.

Sekali...hamik ko...Dah kawin...best tak? Memang best..seronoklah kan bila dapat kawin dengan orang yang kita sayang.TAPIII..seronok dan best time happy je..Cuba time tak happy? Best tak? Ha.....baru tau kan, langit tu tinggi rendah.

Aku baru nak jejak 8 tahun..so aku adalah antara insan yang dipilih oleh Tuhan untuk diuji bila 5 tahun pertama perkahwinan..Rasa pedih tapi macamana nak mengatasinya? Hanya IMAN yang mampu membataskan segala-galanya. Alhamdulillah perhubungan kami masih teguh hingga hari ni. Jujurnya hasutan syaitan itu ada di mana-mana. Tinggal kita kena lawan semua tu..

Sekarang aku dalam fasa 5 tahun kedua..hmm, masih lagi diuji tapi dengan cerita yang berbeza pulak..Tapi masih lagi bertahan..Percayalah, kalau kita sayang dengan pasangan kita, tak kira lah di waktu susah dan senang, kita tetap akan bersama, kan? Dan kemanisan itu akan lebih dirasai bila kita dapat mengharungi rasa susah bersama-sama. Ingat, bukan time senang je nak sama-sama..

Aku terima segala ujian dari Tuhan walaupun ceritanya berbeza. Sebagai hambaNya aku redha dan pasrah. Dan aku percaya setiap ujian yang diberikan adalah mengikut kemampuan hamba itu sendiri untuk menerimanya.

So, nasihat pada adik-adik yang tengah syiok bercintan cintun tu - agak-agaklah ye bercinta ni..tak salahpun..memang semuanya indah, hidup bagaikan di awang-awangan..(aku pun penah rasa cam gini..) Time bercinta semua indah belaka..Kalau boleh nak letak la gambar bf kita kat dalam purse, jadik wallpaper pc, jadi skrin hp..kalau boleh kat celah buku pun nak letak gambar bf kita..kan? 

TAPI biarlah rasa cinta itu kekal bila kamu sanggup hadapi susah dan senang bersama..Selagi belum bernikah, lunaskan tanggungjawab pada pelajaran, dapatkan pekerjaan dan lunaskan tanggungjawab pada ibu bapa sebaiknya..

Kalau rasa semua dah lengkap, dan bersedia untuk bernikah, teruskan je niat yang baik dan binalah rasa tanggungjawab pada komitmen yang baru. Ok?

Maaflah pagi-pagi dah menceceh ni..

Wednesday, March 16, 2011

Layan hijau jap

alala..comelnya..puji anak2 sendiri..

pokok-pokok limau..

suka eh zara? zarif masam je..

jalan balik rumah..

sejuk mata memandang..

Mudah-mudahan dapat manfaat

Salam,

Aku nak share tentang ni..adik aku yana bagi inbox tentang ni kat aku..This note dari Wardina punya facebook page..Aku nak share dengan semua orang especially yang dah ada anak-anak..Moga dapat manfaat..AMIN.

........................................................................................

Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 tahun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

Tuesday, March 15, 2011

Berangan nak kawin?

Zarif : Ibu, kita hensem tak?

Ibu : Hensem..

Zarif : Tapi kan, kenapa kawan kita cakap kita tak hensem?

Ibu : Sapa yang cakap?

Zarif : Ada, kawan perempuan kita tu..

Ibu : Ye ke?

Zarif : Dia cantik ibu, tapi dia kata kita tak hensem..

Ibu : Jangan nak mengada dan gatal eh..kecik lagi ni..

Zarif : Kalau dah besar, boleh tak kita kawin dengan dia?

Ibu : Eh..cakap apa ni? Jangan mengada la...

Amboi budak-budak sekarang ni..entah pengaruh apa lah diaorang ni kan, kecik-kecik dah cakap pasal kawin...huhu..



Kamu semua adalah MY SWEET FRIENDS..


Salam,

Terima kasih pada semua sweet friends yang mengikuti blog ini, sama ada kamu pengikut setia ataupun sekadar mengikut lepas tu berlalu pergi begitu saja, tak apa..Saya hargai kamu semua..Terima kasih.

Di saat pengikut blogger lain beribu-ribu orang, saya baru je cecah 99 orang..hehe..sadis kan..tapi takper..itu dah kira banyak bagi saya yang memang tak begitu rajin untuk blogwalking disebabkan kekangan masa dan komitmen yang ada. Tapi sekarang saya cuba curi masa sikit untuk bw.

So, disebabkan dah 99 orang sweet friends, makanya sesiapa yang bergelar sweet friends yang ke 100, kamu akan menjadi insan bertuah..

Ingat! Sweet friends yang ke 100 jangan lupa komen di entry ini! Mesti yea! Ada something untuk kamu...



Ben Ashaari : Blogger ikut negeri kelahiran


Salam,

Join segmen Ben Ashaari lagi..Kali ni segmen blogger ikut negeri..kalau nak join, klik kat banner tu je..

Sila ceritakan latar belakang anda 
Asal memang dari Batu Pahat Johor, isteri orang, anak dua..

Profesion anda sekarang?
Setiausaha Pejabat 

Blog favourite anda .. kenapa ?
Ok, senang kata di bloglist adalah antara blog favourite saya..TAPI saya perlu dan wajib masuk blog redmummy dan blog mak hanis zalikha setiap hari..saya suka baca cerita mereka walaupun hanya cerita peribadi dan saya suka layan gambar-gambar dari blog mereka..

Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?
Hmm..saya suka layan semua blog, tapi saya rasa frust bila saya nak masuk blog yang agak lembap loading dan saya tak suka blog yang sarat sangat dengan pelbagai aksesori..sori yea..

Impian anda terhadap blog anda ..
Takder la impian tinggi sangat, biasa-biasa je, selagi ada reader yang sanggup baca, itu dah memadai buat saya..terima kasih.


Cerita kahwin di hotel


Salam,

Aku malas pulak nak letak gambar banyak-banyak, so aku letak gambar dengan pengantin terus.:) So far majlis di hotel kat batu pahat ni berjalan dengan lancar, setakat hal kecik-kecik tu takder hal la..Tema kahwin pada hari itu adalah oren dan hitam, tapi aku dan mrhubby pakai kaler pink ok..:) kids je aku pakaikan kaler oren bagi terang sikit..hehe


Satu hal lagi, zara ni memang kaki tido..tak kisah mana tempat pun..dia dah macam robot pun ye gak..dah set time..dah tau time dia sendiri..sampai masa tido. Tak kiralah bising ke, sempit ke tempat tu, kalau rasa perlu tido, tido saja..

Dan lagi, majlis ni dihadiri Datin Annahita Bakavoli, ala..artis la, pengacara pun ye gak..dia kahwin ngan dato' baru-baru ni..tak kenal ke?
Tak kenal takperlah..Actually pengantin lelaki dengan Annahita ni sepupu..


Yang baju merah berdiri tu dato' la suami si annahita ni..cun gak annahita ni, kurus je, sempoi lagi..Oklah, sekali lagi Tahniah buat pengantin farhan dan marina..Semoga berkekalan dan berbahagia ke akhir hayat. AMIN.

Hikayat Merong Mahawangsa

Salam,

Akhirnya semalam aku dah tolong pulangkan sikit modal Yusry KRU yang 8 juta buat filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) tuh. Tapi tak banyak la aku tolong, setakat RM25 jer (harga tiket termasuk kanak-kanak), terpaksa bawak zarif la pulak kan..

Tak payah buat review la kan..rata-rata blog pun dah buat review termasuklah dalam suratkhabar dah bersepah orang buat review filem ni..What to say, thumbs up pada Yusry termasuk semua para pelakonnya..

Hakikatnya bukan mudah nak buat filem bertaraf antarabangsa. Citer cicakman dulu tu pun aku tak minat nak nengok..tak taulah naper..tapi citer HMM ni buat aku rasa nak nengok lagi dan lagi walaupun ia boleh dikatakan citer sejarah la kan.
Dan, hasil daripada nengok filem ni buat aku nak kaji sejarah asal HMM..so, pada yang belum nengok lagi, silalah nengok ye..Tak rugi pun.. Support filem tempatan kita.

*Tetiba aku ter'minat' pulak dekat Stephen Rahman tu..*

Monday, March 14, 2011

Yang bergelar ibu kena baca!



Cerita final Tangkak


Tangkak adalah syurga kain..so sapa yang nak beli kain, boleh g sini je..


Salam,

Aku nak abiskan jugak cerita kat tangkak ni..sila jangan boring bila baca...aku nak publishkan jugak gambar-gambar yang ada walaupun hanya diambil menggunakan kamera phone..Kamera aku mana ntah bateri charger nya..Sakit jiwa je rasa..

Kalau gambar yang clear sangat tu dari hp mrhubby, padahal kamera hp aku megapixel nya lagi tinggi..hampeh..

dah nak gerak dah..

3 biras yang sangat kepochi..tak leh jumpa la..

pasukan kompang..

wajib kena tol...

pengantin pakai songket kuning..

Dah, entry seterusnya majlis kawin kat batu pahat pulak..haha..

Segmen Cari Gaduh : Lelaki vs Perempuan



Salam,

Ok..agak lama tak join segmen BEN ASHAARI..so kali ni aku join..korang nak join..Meh sini, g join SEGMEN CARI GADUH : LELAKI VS PEREMPUAN.

Jika anda blogger PEREMPUAN maka inilah soalannya ..
    1. LELAKI pilihan anda ?
      Dah tentu suami saya..Memahami perangai saya yang very unexpected person.

    2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ? 
      Seksi? Saya tak perlukan lelaki seksi..Tapi saya suka lelaki yang ada bulu kaki banyak..seksi ke tu? haha.
       
    3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ? 
      Untuk kes saya, rasanya memang suami berkorban segalanya..Selepas berkahwin jugak, dia masih sama seperti yang saya kenali dulu..
       
    4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ? 
      Bermadu tak salah, tapi kalau lelaki bijaksana, bersikap adil dan saksama, saya tak membantah untuk bermadu. Yang perempuan marah bila lelaki mahupun suami yang berkahwin lebih dari satu TIDAK ADIL. Berkahwin lebih ikut sunah nabi, tapi bersikap adil taknak pulak ikut sunah nabi.
       
    5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ? 
      Saya perlu bertindak ikut akal fikiran. Taknaklah macam orang meroyan nak menyerang perempuan lain kan? Saya akan tanya suami dan psiko-psiko dia..Saya akan tanya dia sambil nengok mata suami pasal saya tau suami saya tak pandai menipu..hehe (Kata orang kalau nak tau lelaki tu menipu ke tak, nengok mata dia..cubalah..)

    6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ? 
      Zaman sekarang dua-dua pun sama jer berlaku curang.
       
    7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ?? 
      Dah tentu, saya rasa perempuan. Sebab kalau suami mati dulu, perempuan biasanya tak terhegeh-hegeh la nak kawin lain, kerana setianya perempuan pada suaminya..Ini pendapat saya la..
       
    8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ? 
      50-50, saya jugak seorang yang open minded..Cemburu tu sangat perlu, menandakan yang kita ni sayang pada pasangan kita kan..

Cerita Tangkak 2

nikah sekali lafaz je..

baca lafaz taklik


sarung cincin

uhh..kiss..kiss..

Salam,

Aku malas nak citer panjang-panjang..gambar kat atas tu time nikah kat umah pengantin perempuan..wah, terer anak sedara suami, sekali lafaz je..tapi aku rasa budak-budak zaman sekarang memang terer-terer semuanya..dah buat latihan dulu kan..

Yang aku suka tok kadi tu muda lagi tuh..ala-ala imam muda, sempoi gitu..

Cuma satu je aku tak berkenan adalah nikah malam..leceh la nikah malam kan..Masa tu pendek kalau buat malam kan..kitaorang dapat makan dekat pukul 11 malam la..Aku ni tak kisah makan lambat, yang kesian tu kat budak-budak dengan mak n bapak mentuaku.

So, kalau boleh, buat jelah nikah siang..senang. Balik je dari majlis nikah malam tu, aku apa lagi, terus tido la..ok, sambung next entry pulak..



Ha, ni kes bila nikah malam, budak dah rengsa dan lemas..ntah kat ceruk mana ntah, buat susu, minum..janji ada port boleh baring-baring..hehe..

Terima kasih kawan





Salam,

Entry ini khas ditujukan buat zila yang memberi kids ni hadiah..suka diaorang. Maaflah sebab lepas jumpa tu akak tak dapat nak sms or call sebab kredit phone habis dan kitaorang terus rushing bersiap ke majlis perkahwinan kat hotel..Sampai rumah kat parit raja dah malam pun kredit hp still tak top up lagi. Really sorry ok.

Sekali lagi thanks..Bila kita ada masa terluang, kita boleh keluar dan bawak budak ni main sesama..Ok? Salam peluk cium untuk min..:)

*Gambar blur pasal guna kamera hp je..*

Sunday, March 13, 2011

Cerita Tangkak 1

Salam,

Oh..sangat syiok bila dapat mengadap pc apatah lagi berblog di waktu ini..Sangat tak sedar diri padahal esok harus bangun pagi-pagi lagi..huhu..takper, takper..jap je ni eh, aku post entry ini saja.
 
Pertamanya nak ucapkan rasa simpati dan takziah pada rakyat Jepun atas musibah yang melanda. Gempa bumi sekaligus mencetuskan tsunami meninggalkan kesan yang dasyat dan trauma pada mereka. Syukur kita hidup di negara yang aman dan jauh dari bencana begitu rupa. Tapi sebagai makhluk Tuhan, kita harus akur, tiada apa yang mustahil andai Tuhan sudah mengaturkan segalanya. Bersyukur, selalu muhasabah diri dan sering mengingatiNya..Mudah2an kita semua berada di dalam lindungan dan rahmatNya. Amin.

Ok, back to the topic. Ni aku letak gambar-gambar masa memula sampai kat Homestay Mazili di Bukit Kangkar, Tangkak. Homestay ni dekat kawasan dusun buah-buahan. Layan jelah gambar eh..


Simple je homestay nya..

See..simple kan..

Ni bilik kitaorang, kira ok la

Ni bilik yang ke dua

Ni dapurnya..simple je

Zara dah get ready nak g majlis nikah

Me n zara, pakai cotton je..simple kan?..

Ok, cerita seterusnya aku sambung nanti..Mata ni dah kuyu je..Kena tido sekarang jugak...

Tata..

Friday, March 11, 2011

Kaler tema pengantin

kek yang dibuat oleh kawan mrhubby - seorang lelaki

merewang

antara hantaran 

Salam,

Bermula hari ni seperti yang telah diperkatakan dalam entry sebelum ini, aku dan keluarga akan sibuk..

Maklumlah anak sedara suami (lelaki) akan bernikah malam ini di muar. So, jadual kami agak pack. Tema sebelah kami kaler oren hitam, tapi maaflah, aku tidak punya masa membeli kain ela, jugak tidak sempat membuat baju..Jadik kami akan pakai apa saja kaler..Tema kami sekeluarga pulak adalah colorful (suka suki je)..

Lagipun dalam majalah pengantin kata, kalau pengantin memilih kaler tema, sebagai contoh - anak sedara aku pilih kaler oren la kan, yang lain-lain tak perlu pakai kaler oren, sebaliknya pakai la kaler yang berbeza ataupun mungkin boleh cari tona yang light2 dari oren ke..kan? betul tak?

Dah kalau semua pakai sekaler dengan pengantin, time bergambar nanti tak nampak la seri pengantin..semua pun sama kan..nengok-nengok eh, mak atau kakak pengantin dah overshadow pengantin pompuan lak..:)

Jadik maaflah eh, kami memang tak mengikut tema..

Sound direct aje..

Salam,

Hmm, semalam aku agak laser sikit. Sound somebody yang bukan level aku. Agak emo. Ala, istilah lain sound tu macam aku berterus terang la segala benda yang aku tak puas hati. Rasanya ini bukan kali pertama kot..

Actually takder niat nak sound pun. Tapi ter..ter'sound' dan ter'laser'..
Agak bagus sebenarnya bila kita mampu berterus terang. Kadang-kadang berterus terang tentang perkara yang benar adalah menyakitkan dan memedihkan hati. Tapi impak dan kesan dari berterus terang tu yang aku suka. Ada kesan ke? Of course ada..

Dengan person yang aku berterus terang ni memang ada kesan..hmmm, agak terkejut jugak.. Tapi agaknya mesti dia memikirkan segala yang aku cakap semalam.

Dalam hidup ni kita akan berdepan dengan manusia yang bermacam sifat..Ada orang tu, kalau kita cakap dia memang faham dan cepat bertindak. Ada pulak tu, kalau kita cakap macam lemau semacam je, lepas tu nak buat tindakan pun macam berfikir-fikir ngan teragak-agak, patut buat ke tak eh?

So, bagi orang yang agak lemau ni la, kita kena sound kasi clear sikit. Kadang-kadang orang cam ni dia boleh fikir, boleh cakap, boleh bagi arahan, tapi tak pandai jaga perasaan orang lain..

Thursday, March 10, 2011

Aku sangat penat..

Salam,

Rasa nak tido dan terlepek je cam budak ni. Kalaulah boleh. Start hari ni sampailah ahad, confirm akan busy. Isnin - cuti (kalau dapat la..)

Sekali lagi oreo cheese cake

Salam,

Memula nak cakap tahniah pada pasukan bolasepak Malaysia..Seri tanpa jaringan malam tadi dan pasukan Malaysia menang dengan aggregat 2-0..Tapi takder siaran kat tv kan? Takder kan..lagipun aku tertido awal la malam tadi, penattt..

Ok, by the way aku nak tunjuk ni..


Akhirnyaa, aku berjaya buat oreo cheese cake lagi..hoyey! Tapi ni kecik je..cheese mana boleh makan tebal-tebal dan besar-besar kan..nanti muak, betul tak?


Ok, di atas adalah perbezaan di antara oreo cheese cake secret recipe dan yang aku punya. Yang tebal besar tu of course la SR punya kan..yang kecik cimonet tu aku punya la..hehe..Ketara benar bezanya..Tapi kan jujurnya aku suka aku punya cream cheese..Yang SR punya rasa cam masam-masam tak masuk tekak la..sedap lagi aku punya..:) (kena puji diri sendiri okeh)..

Dah..dah..aku amatur je..sekali lagi, ni kek simpan dalam fridge je, senang..Nak tau resipi? Aku tiru sini..korang pun boleh try k.

Ok, aku ada mesyuarat pagi ni, confirm lama..adoii..

Wednesday, March 09, 2011

Best atau tidak, tolak tepi..janji Remy Ishak..

Salam,

Aku tak kira samaada citer tu best ke tidak..asal Remy Ishak je aku kena nengok jugak..Kalau orang kata citer tu tak best ke, aku peduli apa..Kan dah kata kalau Remy Ishak berlakon je, mesti best la..(giler fanatik..ntah apa-apa..)

Sejak dia berlakon nur kasih, aku memang dah angau..kata minat kan, sampai termimpi-mimpi lagi..Walaupun aku penah twit kat dia, tapi langsung dia tak balas..takperlah, aku tak kisah, lepas ni aku akan twit lagi..hehehe..

So, this year, ada 2 movie harus atau wajib aku tonton..Tolong ye mrhubby, takder excuse - awak kena nengok jugak citer melayu..kena bawak jugak..Tapi kalau dah memang tak boleh g wayang jugak, kita tunggu kat astro first jelah..huhu..

Aku nak nengok movie CUN dan NUR KASIH..ohhh, tak sabar sangat ni..

 gambar dari ohbulan!

Hensem sangat ke Remy Ishak tu? Kawan aku kata cam bangla je, dia penah berlakon jadik bangla kan? Tapi aku peduli apa eh....:)

Mana tau kalau ada rezeki kan..:)

Salam,

Nengok dah berkelip-kelip dah blog aku nie..hehe..semuanya penangan ni la;


Sebab kat blog-blog lain pun dah ada heartbeat.my ni, maka aku pun sibuk sekali la..nak lah jugak kan..memula pun aku was-was nak pasang jugak, tapi nengok banyak blogger-blogger hebat lain letak  ni dan bagitau yang ia tak menjejaskan status glitterati nuffnang tu, aku pun letak jugaklah..

Jangan tanya la aku dah dapat berapa? Baru letak kot..bagi masa sikitlah..kan? Ok, sapa yang belum letak, meh la letak heartbeat.my ni..senang je kot.

Kalau tak tau meh, nengok tutorial cik epal ni..

Selamat Mencuba!

Sesi membongkar beg sekolah

Ntah apa-apalah si zarif ni simpan kat beg..

Apa benda la kad pokemon bagai ni semua?

Salam,

Malam tadi entah kenapa aku tergerak hati nak check beg sekolah zarif, biasanya check hari-hari, tapi kebelakangan ni agak penat sikit..so tak check la beg dia..Tapi malam tadi,  hati ni tergerak untuk bongkar beg dia..

Hasilnyaa...sila nengok gambar di atas.

Waktu aku check tu zarif nya dah tido..Aduhai anak laki sorang ni, ntah apa la dia buat harta dalam beg tu kan..ada kayu apa ntah (kutip kat mana la tu?), ada kad pokemon la, adoii, ni pegi sekolah agama ke pegi funfair? Pencil box pun sampai patah..tu aku tak snap gambar berus gigi dan ubat gigi yang dah bocor tersimpan dalam plastik..alahaii anak la anak..Dia memang kena bawak berus gigi dan ubat gigi pasal dia sekolah dari pagi sampai petang (tengahari kena mandi dan salin baju).

Cuba kongsi sikit, budak laki memang cam gini ke? Zarif ni baru sekolah tadika, baru 6 tahun..belum lagi sekolah rendah..macamana ni? Jenuh la kalau asik cam gini je...huhu..

*Ibu yang baik hati ni dah kemaskinikan beg sekolah zarif, dah cantik dan kemas lagi..entah berapa lama la boleh bertahan..*

Tragedi di harijadi

Salam,

Oh...terima kasihlah bebanyak pada mereka-mereka yang wish untuk birthday aku semalam baik melalui facebook ataupun sms..thanks a lot..

Dan petang semalam jugak, aku amik half day konon-konon nak spend time 2 orang je ngan mrhubby..Ala bukan ke mana pun..makan je..Lepas dah makan-makan, aku ajak mrhubby pergi ke pusat pos laju kat Taman Bukit Pasir pasal nak amik parcel..Kat sini cerita bermula..Baca betul-betul eh..:)

*Note: Kami berdating naik kereta kancil aku..Kereta kancil adalah subjek utama dalam cerita ini..

Ok..sementara menunggu mrhubby pergi mengambil parcel, aku tunggu dalam kereta sambil enjin kereta dihidupkan..Tunggu penuh kesabaran gitu.

Dekat luar kereta aku ni ada sorang apek sedang berdiri sambil tunggu seseorang la..Apek ni dah nengok aku semacam je..Aku cuak la..Risau gak, dia ni baik ke jahat..Sesambil dia nengok aku ni, aku dah kunci kereta..Risau kang tetiba dia bukak pintu kereta, payahlah pulak..

Sesambil tu aku nengok-nengok apek tu jugak..lepas tu dia macam nak say something kat aku sambil tunjuk2 kat keta aku..Ler, apahal la apek ni kan..Dalam hati aku dah fikir "ko nak buat taktik apa ni, nak culik aku ke?"

Aku pun keluar dari keta, dan dia tunjuk kat aku, ada air bocor dari keta aku...cam kaler hijau gitu..sumpah banyak giler...mengalir jerr...wahhh..aku dah cuak dah..aku fikir minyak ke? adakah keta ni nak meletup ke apa?

Apek tu tanya aku, "Temperature keta tinggi ke?" "Nie coolen bocor ni.."

Aku macam perempuan berlagak dalam risau masih lagi nak tunjuk ego pandai..aku pun dengan bangganya pegi nengok kat temperature keta dan jawab balik kat dia...."eh, takderlah..ok je..tak tinggi pun, lagipun i baru hantar keta ni pergi servis"..padahal kan, jarum tu kan dah kat tengah-tengah antara C & H (COLD & HOT)...(memang naif la aku..) dan aku terus tutup enjin keta..


Lepas tu dalam ego tu, aku tanya apek tu balik, "ni bahaya tak? kang keta meletup ke?"

Apek tu jawab, "tak bahaya tapi ni mesti temperature tinggi..saya ni mekanik..saya tau..."

Ok..apek tu mekanik ok..dan dia suggest aku bawak keta pegi bengkel..sebelum tu aku dah call mrhubby bagitau hal ni..dan mrhubby pun masuk dalam keta, bila hidupkan enjin dia kata....."haah la, ni temperature tinggi ni..."

Oh..betapa sengalnya aku jawab kat mekanik tu tak tinggi pun temperature..ceh, konon nak berlagak pandai depan mekanik..hahaha..(tiba-tiba termalu sendiri..)

Dan kebetulan pula bengkel dan mekanik yang selalu kitaorang pergi adalah di belakang pusat pos laju itu saja..(Ni banyak kebetulan dan takdir Tuhan jua..)

Dan, bila masuk bengkel tu je, bukak enjin je, habis dah berasap-asap keta aku..waaaaa..sadis..sadiss..

banyak jugak benda nak di'repair'..
mrhubby yang dah bosan..
300 lebih terbang begitu sajaa...:(

Ohhh..dekat 2 jam lebih kat bengkel tu tau..dan untuk pengetahuan semua, balik kerja pukul 2.30 gitu terus gerak ke bandar, tu pasal mrhubby pakai kemeja lagi dan aku ayu berbaju kurung duduk di dalam bengkel..

Kesimpulannya pukul 5 lebih petang semalam baru kitaorang keluar dari bengkel keta, aku mintak tolong kak lela amik zarif dari sekolah dan kak lela tumpangkan zarif dan zara kat umah member aku..Nasib baik..alhamdulillah..

Semua yang berlaku adalah ketentuan Tuhan..semua punya cerita tersendiri..

Dan aku bersyukur kerana kejadian ini berlaku di bandar, berdekatan dengan bengkel yang biasa kita hantar..Dan aku bersyukur jugak dan harus ucapkan terima kasih pada apek yang bagitau kereta aku bocor tu..Terima kasihlah apek..........Terima kasih jugak pada kak lela kerana sanggup amik zarif balik sekolah..Terima kasih jugak kat member aku pasal sanggup nengokkan zarif n zara sementara tunggu kitaorang balik dari bandar....

Haruskah aku sedih? Ketawa? Pasrah? Oh...aku redha atas segalanya, Tuhan...............

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...