Tuesday, March 08, 2011

Astro First ni ok ke tak?

Salam,

Ok ke tak eh? Korang dah try Astro First? Memula aku ingat astro first ni boleh layan kat tv yang flat screen je..almaklumlah aku ni masih lagi guna tv yang gedabak besar..Selagi tv tu rosak takderlah nak tukar tv baru..Sekali rupanya boleh jugak digunakan kat tv besar eh..:)

Aku baru try sekali astro first ni..dua minggu lepas, aku sesaja je cuba nak nengok citer Khurafat..Nak gak nengok seram benar ke citer yang diperkatakan orang ni? Sekali bila dah nengok, bolehlah..bolehlaa..takderlah seram sampai aku tak boleh tido langsung kan..boleh je..cuma ada je part-part terkejut tu..

Pada aku bagus jugak ada astro first ni..tak payah nak susah g wayang semua kan..boleh nengok citer satu keluarga..Tapi yang tak bestnya kan, bila ada yang salah guna astro first ni..

Haritu ada member aku g beli cd pirate la..dahlah bayar murah, beli kat pasar malam je kot..sekali baik je kualiti cd tu..member aku kata siap ada lambang astro first lagi..huhu..korang nengok..kita kena bayar 15rm satu movie, tapi member aku nengok bayar 5rm je kot untuk cd tu..waaaa..tak bestnyaa..

Aku rasa kan, kalau nak tayang kat astro first ni biarlah movie yang dah lama sikit..Maksudnya lepas dah 6 bulan keluar kat wayang, baru boleh keluar kat astro first kan..Tapi tuhla, nak membendung masalah cetak rompak ni memang payahlah..


Ni lagi la cerita Hikayat Merong Mahawangsa nak keluar dah ni..Buatnya orang yang malas cam aku ni nak g wayang, tunggu je kat astro first..kan? Rugi KRU kalau ramai orang cam aku ni dok tunggu citer ni kat astro first tau..

KRU keluar modal 8 juta tu nak buat citer ni...Jadik marilah kita beramai-ramai pulangkan modal diaorang balik..hehehe..sama-samalah support filem melayu yea..Nengok kat wayang feel dia lain sikit, skrin besar..Ni kalau nengok guna tv besar, sound effect tak best..hehe..

1 comment:

  1. hai awak :) saye da join awak :) follow me back ok :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/rasmi-senarai-pasukan-f1-2011.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...