Friday, March 04, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di tempat kerja

Salam,

Hari ni aku terlibat dengan perarakan majlis Maulidur Rasul UTHM..rasa semangat membara dan seronok bila sama-sama dapat berarak dan berselawat dengan kawan-kawan dan bos-bos..:)

Abis urat-urat aku tegang semua..lama tak berjalan ngan senam..padan muka..Abis berarak masuk dewan nak dengar ceramah pulak..alhamdulillah ramai yang datang..tempat banyak yang penuh..aku ngan member terus duduk kat tingkat atas..apalagi, gelap2 dengan aircond, tentulah tido jap sementara menunggu penceramah..Tapi awal-awal ceramah pun aku terlelap jap..memula macam slow je penceramah tu tapi lelama baru ok...

One part yang aku suka bahagian penceramah tu kata;

Nabi Muhammad SAW tak merokok..Sapa yang merokok tu ada 5 kebodohan..Salah satu kebodohan itu adalah MENYEMPITKAN PERBELANJAAN..duit yang beli rokok tu sepatutnya diperuntukkan untuk nafkah isteri dan anak, tapi bila dia beli rokok dan menyebabkan kesempitan untuk memberi nafkah maka hukumnya adalah HARAM..HARAM kerana nafkah itu adalah WAJIB pada isteri dan anak-anak yang merupakan AMANAH TUHAN...

Sila ambil iktibar ye..

Oklah itu je..sorilah takde gambar perarakan..aku tak amik pasal takder kamera, tapi orang lain adalah amik gambar aku..kalau ada, nanti aku letaklah kat sini ok..


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...