Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Thursday, June 04, 2009

Cuti..kawin..cuti..kawin..

Kalau dah namanya cuti sekolah nie kan, pastilah ada je kad jemputan yg dtg menjengah ke umah..this weekend-7 jun, ada 3 jemputan termasuk cousin aku kat rengit nanti..ermm..penatnya...tapi kalau dah terima undangan tu, kalau tak datang nanti berdosa lak kan..nama pun walimatul-urus..wajib hadir tuh..tapi kalau dah namanya perempuan, belum lagi sampai hari majlis dah pikir2 dulu, baju apa nak pakai, nak matching ngan tudung cmana, beg apa nak bawak, anak2 nak pakai baju apa, suami lagi..wah..sakan bagai..lum lagi kalau yang nak bergaya ngan barang kemas lagi..hmmm..ikut suka hati masing2 lah..kalau aku nie..simple dan selesa jer..suka nak bergaya tapi kena nengok keadaan dan tempat lah..tambah2 lagi ada anak kecik nie..lum lagi kalau ujan time datang umah orang kawin niee...pasal aku ada pengalaman..g umah mana ntah aku dah lupa..kawasan jalan tanah merah baru lepas ujan, konon nak berlagak pakai heels..amik kau..dah tenggelam dalam tanah..sakit jiwa...yang penting biarlah selesa kalau datang umah orang kawin..lagipun bukan aku yang jadi pengantin..:) so SELAMAT PENGANTIN BARU pada sesiapa saja yang akan melangsungkan perkahwinan cuti sekolah nie..SELAMAT MENEMPUH KEHIDUPAN BARU & MOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT..


Friday, September 05, 2008

Another wedding..


Ok..kali nie nye wedding adalah di antara Datin Norazlina Redzuan dan Dato' Yusof..sebenarnya husband Alin nie adalah sepupu pada suami aku..kira sedara rapat lah..mak Dato' nie ngan mak mentua aku adik beradik..rasanya dah hampir 5 tahun kawin, aku tak penah nengok sepupu suami aku nie sampailah gambar dia kuar kat paper bila nak kawin ngan si Alin nie..majlis sebelah pihak lelaki nie diadakan pada Jumaat lepas (29/8/08) kat Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur..aku tak g pun wedding nie pasal malas disebabkan keadaan diri aku..lagi satu majlis nie kat Hotel dan dah diinform awal2 budak2 tak dibenarkan datang..lagi aku malas nak g..so abang jelah g di samping keluarganya..lagipun aku nie pemalas sikit bab protokol2 nie..lagipun kalau aku datang ke tak, majlis tetap akan berlangsung dengan jayanya..hehehehe..so far mengikut kata abang, majlis berjalan dengan lancar..so hopefully berkekalan hingga ke akhir hayat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...