Friday, September 05, 2008

Another wedding..


Ok..kali nie nye wedding adalah di antara Datin Norazlina Redzuan dan Dato' Yusof..sebenarnya husband Alin nie adalah sepupu pada suami aku..kira sedara rapat lah..mak Dato' nie ngan mak mentua aku adik beradik..rasanya dah hampir 5 tahun kawin, aku tak penah nengok sepupu suami aku nie sampailah gambar dia kuar kat paper bila nak kawin ngan si Alin nie..majlis sebelah pihak lelaki nie diadakan pada Jumaat lepas (29/8/08) kat Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur..aku tak g pun wedding nie pasal malas disebabkan keadaan diri aku..lagi satu majlis nie kat Hotel dan dah diinform awal2 budak2 tak dibenarkan datang..lagi aku malas nak g..so abang jelah g di samping keluarganya..lagipun aku nie pemalas sikit bab protokol2 nie..lagipun kalau aku datang ke tak, majlis tetap akan berlangsung dengan jayanya..hehehehe..so far mengikut kata abang, majlis berjalan dengan lancar..so hopefully berkekalan hingga ke akhir hayat..

Thursday, September 04, 2008

Salam Ramadhan..

Hari nie 4 September 2008 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1429H..Alhamdulillah setakat nie aku masih lagi mampu berpuasa penuh..satu kredit untuk diri aku.hahaha..aku letakkan pukul 12 tgh sebagai penanda aras aku..kalau aku betul2 dah tak larat baik aku berbuka sebelum kul 12, tapi kalau lebih dari waktu tu lebih baik aku teruskan posa kan? Dan yang lebih membanggakan diri aku, aku bersemangat nak masak..padahal baru semalam first aku masak..heheh.tu pun kira mcam nak warm up setakat buat nasi goreng ngan salad dan ayam goreng serta telur, ngan sambal goreng tempe+ikan bilis+kentang (favourite hubby aku)..kira oklah kan...itu pun semalam abang dah kata "aik nasi goreng jer..takper..takper..abang mmg tak mengharapkan yang lebih2..." hihihihi..aku gelak jer...apapun aku bersemangat nak masak bulan posa nie pasalnyer aku malas nak berebut2 di bazaar ramadhan kecuali terpaksa..satu lagi makanan beli nie pun belum tentu sedap..so nye memasak tu adalah satu kepuasan walaupun penat..tapi penat tu terbalas bila nengok suami dan anak makan dengan berseleranya walaupun masakanku itu taklah seberapa..aku cuma berniat nak menjaga kebajikan suami dan anak di bulan Ramadhan ini sebaik2nya..hehehe..Amin..lagipun sejak aku disahkan mengandung kali kedua nie boleh dikira baper kali aku masak..lagipun aku tau abang dah bosan membeli..yang paling penting di bulan Ramadhan ini jangan membazir...mudah2an Tuhan memberi rahmat kepada kami sekeluarga di bulan Ramadhan ini..Insyaallah aku cuba melaksanakan amal ibadat mengikut kemampuan diri aku seadanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...