Jangan marah k, kalau aku letak gambar makanan, bukan suka2 nak letak tapi nak share je..sempena bulan posa ni, taska kids dah bagi msg kat semua parents agar membawa bfast untuk kids (tak diwajibkan tapi digalakkan je)..taska cuma masak untuk lunch n petang bagi diaorang la kan..yelah budak2 kecik takkan nak posa.
So kan, aku ni memang dasar pemalas tak pernah buat bfast untuk kids dihantar ke taska..tak pernah tau..terlupa pulak kalau pernah buat, tapi majoritinya memang tak pernah la..since dapat msg dari taska tu, entah rahmat dari Tuhan kot sempena bulan posa ni, setiap hari aku mmg buat bfast hantar ke taska..kalau ada rasa malas2 pun aku paksa diri buat gak, pasal tetiba rasa kesian pulak kat kids kalau diaorang tak makan pagi kan..
And hari ni aku buat;
Nama asal resipi ni; Pita kurma manis..roti tu patutnya roti pita..tapinya mrhubby yang baik ni belikan roti nan..dia kata sama je...sama ke? lain kan..
Tapi orang dah beli, aku buat je..Aku belasah je ok, roti nan ke roti pita, lantak la..janji boleh makan.
Senang je buatnya, korang sapu sos tomato, pastu sapu mayonis, tabur kurma yang dihiris2 ngan sayur campur pastu toppingnya mayonis lagi..tapi mayonis aku dah tinggal sikit tu toppingnya ala-ala je.
Pastu g bakar 180 darjah selama 15 - 20 minit..pastu bila dah siap potong2 la gi bawak bekal..senang kan..hehe..
Ni untuk kids ye bukan untuk kitaorang..mrhubby siap tanya lagik naper kalau untuk budak2 semuanya sedap2? sedap ke? aku pun tak tau pasal time buat ni pukul 6 tadi so dah tak boleh rasa..and aku pun tak tau iyer ke zarif n zara makan? ntah2 anak orang lain yang makan..tapi aku tak kisah..anggap je sedekah kan di bulan mulia ini..
Pada yang ada anak2 tu boleh dicuba2, aku pun tak pandai..tapi cam biasa nengok buku lah ye..
awat sedap giler makanan ko ni udetttt!!
ReplyDeletemana ada sedap..ni untuk anak2 aku le..aku pun takmkan ni..hehe..ko main belasah2 je..kalau kau dah kawin nanti confirm kau nak cuba macam2..kau pikir aku terer sangat? haha
ReplyDelete