Friday, February 11, 2011

25 Resipi Bahagia dalam Perkahwinan

Salam,

Ni aku nak share artikel dari majalah NONA tentang resipi bahagia dalam perkahwinan..Untuk aku jugak kan..dalam perkahwinan kan ada pasang surutnya, so meh kita share sesama, kadang-kadang kita dah lupa kan macamana nak hangatkan suasana rumahtangga..semoga mendapat manfaat ya..

  1. Selalu setia kepada pasangan anda. Jangan biarkan pasangan derita dengan ketidakjujuran anda. 
  2. Tunjukkanlah sokongan emosi kepada pasangan anda. Jangan terlalu 'tidak kisah' dengan pasangan.
  3. Khabarkan dan nikmatilah kisah-kisah kejayaan bersama. (Contohnya kisah kejayaan di ofis ke..)
  4. Ciptakan satu suasana yang harmoni dan romantis di kediaman anda.
  5. Sentiasa menjaga dan menghormati hak privasi pasangan. Ada ketika pasangan mahu bersendirian. Hormati hak tersebut.
  6. Sentiasa memanggil pasangan dengan nama sebenarnya. Ini lebih bermakna.
  7. Jadikan pasangan sebagai orang kepercayaan anda. Jangan mudah ceritakan rahsianya pada orang lain.
  8. Berikan kad ucapan, hadiah atau sekadar ucapan sebagai tanda ingatan di hari ulangtahun perkahwinan anda berdua.
  9. Sentiasa berada di sisi pasangan tika susah mahupun senang. Sokongan sangat penting.
  10. Berbicaralah dari hati ke hati dengan pasangan tentang perasaan masing-masing. Selesaikan masalah secara berhemah.
  11. Maklumkan kepada pasangan tentang jadual kerja mahupun perjalanan anda. Ini penting, agar pasangan tidak tertipu dan boleh rancang aktiviti keluarga dengan lebih teratur.
  12. Menerima rakan-rakan pasangan dengan baik. Terima kehadiran mereka kerana mereka mungkin sebahagian daripada kegembiraan pasangan anda.
  13. Jangan mencela pasangan di khayalak ramai. Pasangan perlu dihormati.
  14. Minta nasihat/pandangan daripada pasangan. Jangan perlekeh setiap pendapat pasangan.
  15. Banyakkan berbicara soal agama, politik, seks dan kematian bersama pasangan. Ini sangat perlu kerana semua ini akan menambah kebahagian dan kemesraan anda berdua.
  16. Tatap mata pasangan anda saat anda berbicara dengannya. Ini sebagai tanda anda memberi perhatian dan juga sebagai tanda kejujuran.
  17. Sentiasa berbincang soal kewangan bersama pasangan. Jangan bebankan masalah kewangan hanya kepada pasangan. Sebagai suami isteri anda perlu bertolak ansur.
  18. Sentiasa memberikan sentuhan kepada pasangan. Semakin banyak usia perkahwinan, jangan pula surut belaian. Sentuh dan belailah pasangan agar kasih sayang dapat mengalir dalam hati. 
  19. Sentiasa bergurau senda dan saling menggoda pasangan bagi menyemarakkan rasa cinta dan kasih.
  20. Minta pertolongan daripada pasangan jika anda perlukan. Jangan terlalu ego hingga akhirnya musnahkan hubungan.
  21. Tunjukkan kepada pasangan jika anda sedang bersedih, risau atau kecewa. Jangan pendam seorang diri kerana ia akan merosakkan perasaan.
  22. Sentiasa bersedia memberi pertolongan mahupun pujian kepada pasangan.
  23. Usahlah diungkit kisah lalu apatah lagi yang negatif.
  24. Buang rasa cemburu yang tidak bertempat. Cemburu ibarat racun yang boleh membunuh hubungan anda berdua secara senyap.
  25. Jaga komitmen antara satu sama lain. Usah berjanji jika anda tidak mampu memenuhinya. Ia akan mengurangkan rasa hormat pasangan terhadap anda.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...