Thursday, February 10, 2011

Kemahiran apa yang korang ada?

Salam,

Kemahiran atau skill apa yang korang ada?
Tau tak bila ada kemahiran kita boleh buat duit...buat duit okehhh..Kemahiran yang kita ada boleh menambahkan pendapatan..So lihat diri sendiri apakah kemahiran yang kita ada? Apa yang kita boleh buat?

Check diri.....check diri sekarang....

Memasak?
Buat kek? Buat kuih?
Buat coklat?
Menjahit?
Bercakap? ---- cakap tu kemahiran jugak tau..macam pakar motivasi & jurujual.. Buat duit tuh..
Menulis? ------ tulis blog kemahiran gak kan..hehehe, boleh buat duit jugak kannn..
Main bolasepak?

Ada banyak lagi kot kemahiran-kemahiran yang aku tak list kat sini..So korang tau-tau sendiri jelah kan..

Ok, nengok diri sendiri, apakah kemahiran yang aku ada?

 sumber : google


Huhuhu...satu je yang konon2nya aku rasa aku paling cekap sekali..MENAIP..thank god aku amik kursus secretary dulu walaupun tak minat sebenarnya..tapi itulah satu-satunya kemahiran yang aku paling terer sekali..

Itulah dulu abah suruh belajar menjahit takmo, berlagak kan..zaman sekarang kalau nak tambah pendapatan kena ada kemahiran..kalau ada kemahiran baru boleh hidup..Tu pasal wujud subjek Kemahiran Hidup (eh, ada related kah? ada lagi ke subjek tu?)

So, aku rasa dengan kemahiran yang seadanya ni, mungkinkah aku boleh menjana pendapatan? Apa korang fikir tak boleh tambah duit ke dengan menaip?

Bukan setakat buat entry blog je eh (belum ada rezeki dapat duit.)..Tapi aku kerja di universiti..di keliling aku adalah pelajar yang masih menuntut..Lebih-lebih lagi di zaman mencabar ini..

PELAJAR + KOMPUTER + MENAIP + ASSIGNMENT + TESIS + PRINT = DUITTTTTTT

So, marilah kita sesama menuju ke satu tahap untuk menambahkan pendapatan...Nak duit..nak duit..huhuhu...

So, sapa ada kemahiran, mari sama-sama gunakan kemahiran yang ada untuk tambah pendapatan!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...